Anda di halaman 1dari 3

Pertandingan e-Mahrajan Peringkat Negeri Selangor Tahun 2022.

Tarikh cadangan: 17-19 Mei 2022


Tempat: Dalam Talian

A. Kategori Pertandingan:
1. Pertandingan e-Azan Asrama Harian SR (L) - Rakaman Video
2. Pertandingan e-Bercerita Kisah dari Al-Quran Asrama Harian SR (P) - Rakaman
Video
3. Pertandingan e-Hafazan Asrama Harian SR (Terbuka L) - Secara atas talian
4. Pertandingan e-Hafazan Asrama Harian SR (Terbuka P) - Secara atas talian
5. Pertandingan e-Hafazan Asrama Harian SM Ting. 1&2 (Terbuka L) - Secara atas
talian
6. Pertandingan e-Hafazan Asrama Harian SM Ting. 1&2 (Terbuka P) - Secara atas
talian
7. Pertandingan e-Syarahan Asrama Harian SM Ting. 3&4 (L) - Rakaman Video
8. Pertandingan e-Syarahan Asrama Harian SM Ting. 3&4 (P) - Rakaman Video
9. Pertandingan e-Tazkirah Asrama Harian SM ( Terbuka L) - Rakaman Video
10. Pertandingan e-Tazkirah Asrama Harian SM ( Terbuka P) - Rakaman Video

B. Syarat-syarat pertandingan:
1. Tajuk dan Tema:
a) e-Bercerita: kisah nabi yang terdapat di dalam al-quran
b) e-Syarahan: tema iman/islam/zakat/rezeki/adab
c) e-Tazkirah: iman/islam/zakat/rezeki/adab

2. Kaedah dan Syarat e- Hafazan


a) Keesahan murid Asrama Harian berdasarkan ‘ tagging’ Asrama Harian dalam
APDM
b) Pertandingan secara Google Meet.
c) Semua peserta dan guru akan berada dalam satu group whatapps yang
akan dibuat khusus untuk pertandingan.
d) Link pertandingan akan diberikan pada hari pertandingan.
e) Hanya seorang peserta sahaja dibenarkan berada dalam talian ketika diuji
oleh Fateh Munabih dan dan penilaian dijalankan oleh para hakim.
f) Guru dibenarkan masuk tetapi tidak dibenarkan memberi sebarang arahan
atau bantuan dan hanya sebagai pemerhati.
g) Peserta diwajibkan memakai penutup muka ketika sesi ujian dan membuka
aplikasi kamera dan mikrofon.
h) Peserta akan diuji dengan 4 soalan

3. Pertandingan antara asrama-asrama sekolah harian Negeri Selangor

4. Pertandingan secara dalam talian ( penghantaran video rakaman dalam format AVI,
WMV, MOV, FLV dan MP4 yang sesuai diterbitkan dan dipaparkan)

5. Video yang terpilih bagi mewakili asrama masing-masing perlu dimuat naik ke akaun
Youtube oleh penyelaras JPN (akan dimaklumkan)
6. Format rakaman video
a) Murid bertanggungjawab sepenuhnya dalam proses rakaman. Semua
penyertaan adalah secara individu.
b) Resolusi video haruslah sekurang-kurangnya video HD-720p. Rakaman
dalam bentuk landskap.
c) Setiap penyertaan adalah karya asli peserta. Video yang diambil perlulah
berterusan dan tidak boleh diedit,disunting atau verdub dengan solfware.
Sekiranya peserta melanggar peraturan maka penyertaan akan dibatalkan.
d) Proses penyesuaian pentas warm-up perlulah dibuat sebelum rakaman.
e) Tempoh video berdurasi adalah seperti berikut:
▪ e-Syarahan : Tidak melebihi 7 minit
▪ e-Tazkirah : Tidak melebihi 5 minit
▪ e-Bercerita : Tidak melebihi 5 minit
▪ e-Azan : Tidak melebihi 5 minit

7. Surah-surah hafazan
8. Lantikan panel hakim adalah di bawah penyelarasan negeri dan di bawah nasihat
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH).

Anda mungkin juga menyukai