Anda di halaman 1dari 11

PERTANDINGAN JUNIOR STEM CODING CHALLENGE

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1.0 PENGENALAN

Pertandingan JUNIOR STEM CODING CHALLENGE merupakan yang pertama


seumpamanya dianjurkan oleh Bahagian Sukan Kokurikulum dan Kesenian (BSKK),
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ia merupakan satu platform di mana kita
akan melihat kepelbagaian hasil projek daripada murid-murid sekolah rendah dari
seluruh negara.

Tujuan pertandingan ini adalah untuk melihat sejauh mana perkembangan dan
kefahaman murid-murid terhadap ilmu coding serta corak pemikiran kritis dan KBAT
mereka. Antara kemahiran lain yang boleh dikembangkan adalah penyelesaian
masalah, percambahan kreativiti, analisis kritis, kerja berpasukan, komunikasi dan
literasi digital. Ia juga selari dengan hasrat kerajaan yang mahu melihat murid kita
bersedia ke arah era IR 4.0. Coding juga merupakan asas kepada ilmu kejuruteraan
dan robotik. Kelak, murid-murid inilah yang akan mencorakkan kemajuan negara di
masa hadapan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mencungkil bakat murid-murid di dalam bidang pengaturcaraan.

2.2 Memperkembangkan potensi dan kemahiran menganalisis masalah


seterusnya menyelesaikan permasalahan tersebut.

2.3 Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial dalam proses


pembangunan projek.

2.4 Mengembangkan kebolehan murid dalam bidang Sains, Kejuruteraan dan


Matematik ke platform yang lebih tinggi.

2.5 Meningkatkan dan mengembangkan minat murid dalam bidang Sains,


Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui cabang
pengaturcaraan.

2.6 Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial dalam proses


pembangunan projek.

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM 2021 – Junior STEM Coding Challenge I 1
3.0 TEMA

STEM Adventure Games (PERMAINAN)

● Anda diminta untuk membina satu permainan daripada perisian SCRATCH


bertemakan STEM Adventure. Versi Scratch yang digunakan adalah bebas,
sama ada versi 2.0 atau versi 3.0.

● Gunakan segala ilmu pengetahuan yang telah dipelajari dalam subjek TMK dan
RBT.

● Permainan yang dibina perlu ada pelbagai PERINGKAT CABARAN DAN


TAHAP KESUKARAN SUPAYA ia lebih seronok dimainkan.

● Projek ini boleh dilaksanakan dalam individu atau kumpulan maksima 3 orang
dengan bantuan seorang guru pembimbing.

● Topik STEM yang dikaitkan boleh daripada bidang Sains, Matematik, Teknologi,
Kejuruteraan ataupun gabungan dua atau lebih bidang yang telah disebutkan.

4.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

4.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah bantuan


kerajaan persekutuan. Murid dari sekolah bantuan kerajaan negeri
dibenarkan menyertai pertandingan ini di peringkat daerah dan negeri atas
dasar jemputan.

4.2 Pertandingan ini melibatkan murid tahun 4, 5 dan 6 atau gabungan tahun 4,
5 dan 6 pada tahun 2021.

4.3 Satu pasukan terdiri daripada 1 hingga 3 orang murid dan 1 orang guru
mentor (pembimbing).

4.4 Ahli pasukan mestilah dari sekolah yang sama.

4.5 Sijil penyertaan disediakan kepada setiap peserta pertandingan. Nama yang
tertera pada sijil berdasarkan ejaan sewaktu pendaftaran dalam talian.

4.6 Pertukaran ahli kumpulan selepas pendaftaran tidak dibenarkan.

4.7 Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 24 JULAI 2021.

4.8 Projek mesti selari dengan tema pertandingan.

4.9 Pertandingan peringkat negeri akan dijalankan secara dalam talian. Peserta
perlu menghantar source code, dokumentasi dan video rakaman projek
(berdurasi tidak lebih 5 minit) SEBELUM tarikh ditetapkan.

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM 2021 – Junior STEM Coding Challenge I 2
4.10 Permainan yang dihasilkan mestilah bersifat baharu. Bagi permainan yang
telah dipertandingkan dan memenangi sebarang anugerah mesti melakukan
pengubahsuaian ke atas projek berkenaan.

4.11 Keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang aduan tidak akan dilayan.

5.0 PERINGKAT PERTANDINGAN

5.1 Peringkat Negeri:


Source code, dokumentasi dan video akan dinilai oleh hakim untuk memilih 5
penyertaan yang terbaik. 5 penyertaan terbaik itu akan dinilai secara sidang
video pada tarikh yang akan ditentukan oleh pihak penganjur.

5.2 Peringkat Kebangsaan:


Setiap wakil negeri akan dinilai secara sidang video atau bersemuka
bergantung kepada keadaan semasa.

6.0 PROSEDUR PENYERTAAN

6.1 Proses pendaftaran mesti mengikut prosedur berikut

6.2 Semua pendaftaran mesti dilakukan melalui dalam talian.

6.3 Semua butiran dalam borang pendaftaran dalam talian mesti diisi dengan
lengkap dan betul.

6.4 Pautan projek (source code, dokumentasi dan video) mesti dihantar melalui
google form yang disediakan oleh penganjur.

6.5 Peserta diminta untuk menggunakan akaun email moe


(m-12345678@moe-dl.edu.my) untuk mengakses borang dalam talian.

6.6 Penganjur peringkat negeri dan kebangsaan berhak untuk menolak mana-
mana penyertaan yang tidak lengkap atau lewat.

7.0 VIDEO PEMBENTANGAN

7.1 Kos penyediaan dokumentasi dan video adalah di bawah tanggungan peserta
pertandingan sepenuhnya.

7.2 Durasi pembentangan adalah tidak melebihi 5 minit. Tempoh ini termasuk
montaj persembahan.

7.3 Peserta dibenarkan menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris


sahaja bagi keseluruhan pembentangan kecuali beberapa istilah
pengaturcaraan komputer yang tidak dapat diubah maksudnya.

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM 2021 – Junior STEM Coding Challenge I 3
7.4 Hasil karya persembahan hendaklah sesuai untuk dipaparkan dalam segala
bentuk media video. Format yang dibenarkan bagi video adalah WMV, MP4
atau MOV. Resolution video yang ditetapkan adalah:

● HD – 720p: maksima

7.5 Video perlu dihantar melalui pautan yang akan diberikan oleh penganjur.

8.0 DOKUMENTASI

8.1 Peserta hendaklah menyediakan dokumentasi projek mengikut format yang


telah ditetapkan. ( sila rujuk Lampiran 1 )

8.2 Format menyediakan dokumentasi/ ringkasan projek mestilah menggunakan


font Arial, saiz tulisan 12 dan double spacing.

8.3 Laporan yang dihantar mestilah dalam bentuk pdf.

9.0 PROSES PENJURIAN

9.1   Semua urusan penilaian pertandingan (peringkat negeri) akan dilaksanakan


secara dalam talian. Pelaksanaan peringkat kebangsaan adalah secara
bersemuka bergantung kepada makluman terkini KPM / MKN.

9.2   Fail source code, dokumentasi dan video telah siap perlu dimuatnaik ke
pautan google drive yang akan disediakan oleh penganjur.

9.3   Jadual Penjurian akan diberi untuk sesi soal jawab bersama panel juri:
● 5 terbaik peringkat negeri
● 16 pasukan peringkat kebangsaan

10.0 PROSES PENILAIAN PERINGKAT NEGERI

10.1 Saringan dan penilaian projek awal untuk memilih 5 penyertaan terbaik
dilaksanakan secara dalam talian oleh penganjur peringkat negeri.

10.2   Semua source code, dokumentasi projek dan video akan disahkan / diperiksa
oleh pihak penganjur untuk memastikan bahawa pendaftaran memenuhi
syarat penyertaan dan prosedur pendaftaran.

10.3   Source code, dokumentasi projek dan video yang diterima akan dinilai oleh
panel hakim negeri.

10.4   Setelah saringan awal, penganjur akan mengumumkan lima pasukan terbaik
yang akan dinilai semula oleh hakim (hakim digalakkan untuk berbincang
secara bersemuka) secara sidang video (sesi soal jawab sahaja) bagi
tujuan pengesahan projek.

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM 2021 – Junior STEM Coding Challenge I 4
10.5   Hakim akan melihat semula video penyertaan terbaik yang telah disenarai
pendek bersama-sama.

10.6   Para Hakim akan bersoal jawab dengan peserta melalui sidang video.

10.7   Hakim akan berbincang dan menentukan kedudukan pemenang. Ranking


lima terbaik tidak menjamin keputusan akhir pertandingan. Ia bergantung
kepada hasil perbincangan akhir pihak hakim.

10.8   Hanya Johan sahaja yang akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.

10.9   Keputusan para hakim adalah muktamad.

11.0 PROSES MENILAI PERINGKAT KEBANGSAAN

11.1   Kaedah dalam talian

11.1.1 Penilaian projek akan dilaksanakan oleh penganjur peringkat


kebangsaan.

11.1.2 Penganjur peringkat negeri diminta menghantar source code,


dokumentasi dan video berdurasi tidak melebihi 5 minit dan butiran
peserta kepada penganjur kebangsaan melalui pautan yang akan
disediakan oleh pihak penganjur.

11.1.3 Semua source code, dokumentasi dan video yang diterima mewakili
negeri akan dinilai oleh panel hakim kebangsaan sewaktu karnival
sedang berlangsung.

11.1.4 Video persembahan projek yang diterima awal akan disimpan sebagai
backup sekiranya sidang video bersama peserta terganggu
disebabkan oleh talian yang kurang stabil.

11.1.5 Semua penyertaan yang mewakili negeri akan dinilai dengan kaedah
sidang video melalui pautan yang akan diberi oleh penganjur.

11.1.6 Peserta diberi masa tidak lebih dari 5 minit untuk membuat
pembentangan projek kepada panel hakim manakala sesi soal jawab
tidak melebihi 7 minit.

11.1.7 Adalah menjadi tanggungjawab peserta yang mewakili negeri untuk


menyediakan talian internet yang sempurna bagi tujuan sidang video.
Sebarang gangguan yang disebabkan oleh capaian peserta di bawah
tanggungjawab peserta.

11.1.8 Manakala, tanggungjawab penganjur kebangsaan untuk menyediakan


talian dan capaian internet yang stabil bagi tujuan sidang video
bersama peserta.

11.1.9 Keputusan para hakim adalah muktamad.

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM 2021 – Junior STEM Coding Challenge I 5
11.2 Kaedah bersemuka (dengan kelulusan MKN dan KPM)

11.2.1 Bagi peringkat kebangsaan, sekiranya pertemuan secara bersemuka


dibenarkan, penilaian adalah berdasarkan pembentangan dan
demonstrasi.

11.2.2 Peserta diminta menyediakan source code, dokumentasi projek (2


salinan) dan video dalam pendrive untuk tujuan backup (berlabel dan
diserahkan semasa pendaftaran pasukan oleh ketua kontinjen negeri).

11.2.3 Semua finalis kebangsaan akan membuat pembentangan projek


mereka pada hari pertandingan mengikut jadual yang disediakan.

11.2.4 Peserta perlu bersedia dan membawa sendiri komputer riba yang
digunakan bagi tujuan backup sekiranya komputer yang disediakan
oleh penganjur tidak dapat digunakan.

11.2.5 Projek akan dinilai oleh panel hakim kebangsaan (3 hakim KPM + 2
Hakim IPTA) berdasarkan pembentangan projek.

11.2.6 Peserta diberi masa tidak lebih dari 5 minit untuk membuat
pembentangan projek kepada panel hakim manakala sesi soal jawab
tidak melebihi 8 minit.

11.2.7 Panel hakim akan menilai dan memilih projek yang memenuhi kriteria
penilaian untuk pemilihan pemenang pertandingan.

11.2.8 Keputusan para hakim adalah muktamad.

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM 2021 – Junior STEM Coding Challenge I 6
12.0 KRITERIA PENILAIAN

Penilaian akan dibuat berdasarkan kriteria berikut:

KRITERIA MARKAH PENERANGAN

● Projek menepati dengan tema yang


TEMA 5 diberi.

PERANCANGAN ● Menghasilkan projek dengan tersusun


20 dan sistematik.
PROJEK

PROSES ● Penglibatan pelajar dalam


10 penghasilan projek.
PENGHASILAN

● Keupayaan peserta dalam memahami


setiap baris coding, penggunaan loop,
PENGATURCARAAN 30 if-else, variable, complicity dan amalan
terbaik pengaturcaraan.

● Pemilihan karakter, susun atur


REKABENTUK penceritaan, plot, kepelbagaian
20 peringkat, pemilihan audio dan suara
KREATIVITI
latar, reka letak props.

● Penyampaian adalah sistematik dan


menarik, jelas, padat serta mudah
PEMBENTANGAN difahami.
20
PROJEK ● Peserta berpengetahuan dan
berkeyakinan tentang projeknya.

● Menyediakan dokumentasi mengikut


format yang telah ditetapkan.
o Pendahuluan
o Pengumpulan maklumat
o Perancangan / gantt chart /
storyboard
DOKUMENTASI 15 o Algoritma / carta alir /
pseudokod
o Proses pembinaan program
o Source Code
o Refleksi / penambahbaikan
o Bibliografi

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM 2021 – Junior STEM Coding Challenge I 7
13. PERTANYAAN

EN. KANG FAIRUZ


SK. Sinulihan Baru, Keningau
Tel: 010-5821050
Junior STEM Coding Challenge (Rendah)
Pertandingan Karnival STEM 2021
Peringkat Negeri Sabah

Urusetia Peringkat Negeri

PN ROSAINEH SUHAIBUL
Penolong Pengarah
Unit Pengurusan Bakat Murid
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Tel: 088-537010 ext. 7220
Alamat emel: bakatmuridsabah@gmail.com

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM 2021 – Junior STEM Coding Challenge I 8
Lampiran 1

FORMAT DOKUMENTASI PROJEK

1. Muka surat hadapan


Tajuk projek, nama sekolah dan nama peserta.

2. Isi Kandungan Halaman


Senaraikan bahagian dokumentasi dan nombor halaman yang sesuai.

3. Pendahuluan
Huraikan secara ringkas berkenaan projek tersebut.

4. Pengumpulan maklumat
Merekod segala kaedah pengumpulan maklumat yang telah dibuat.

5. Perancangan / gant chart / storyboard


Melampirkan perancangan, gant chart atau storyboard yang telah dibuat.

6. Algoritma / carta alir / pseudokod


Melampirkan algotirma, carta alir atau pseudokod yang telah dibuat.

7. Proses pembinaan program.


Membuat laporan bergambar tentang proses pembinaan program.

8. Source Code
Screenshot source code yang telah dibuat.

9. Refleksi / penambahbaikan
Membuat refleksi atau penambahbaikan yang boleh dibuat kepada projek.

10. Bibliografi
Nyatakan sumber yang digunakan dalam penyelidikan, jika ada.

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM 2021 I 110


Lampiran 2
Contoh Games:
https://scratch.mit.edu/projects/26999060/editor/
Contoh GUI Scratch :

Contoh GUI ( Graphical User Interface ) Games :

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM 2021 I 111


Contoh Screenshot Source Code :

Kertas Konsep Pertandingan Karnival STEM 2021 I 112

Anda mungkin juga menyukai