Anda di halaman 1dari 15

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PIDATO PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2022

KERTAS KONSEP
KARNIVAL BAHASA MELAYU:
PERTANDINGAN PIDATO PERINGKAT
NEGERI SARAWAK TAHUN 2022
(EDISI DALAM TALIAN)
PINDAAN 18 JULAI 2022

Anjuran:
Unit Pembangunan Bakat Murid
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN PIDATO 2022

1.0 PENGENALAN

Pertandingan Pidato adalah salah satu aktiviti anjuran Unit Pembangunan Bakat
Murid (Kokurikulum), Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) dengan
kerjasama semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang akan dilaksanakan
secara dalam talian.

Pidato ialah satu cabang seni penyampaian mesej secara lisan yang
mengandungi idea, menaakul konsep, menghuraikan dan merumuskannya
secara berkesan. Penyampaian pidato yang berkesan adalah secara bersahaja
dalam bentuk nasihat, peringatan, penegasan, sindiran dan selingan kecindan
yang bertujuan untuk mempengaruhi audien. Penyampaian pidato yang juga
bergantung kepada kesesuaian nada dan gaya bukannya menggunakan emosi
seperti dengan nada suara yang tinggi, menyanyi, dan bersyair. Sentuhan seni
pidato adalah unik tidak seperti seni bahas yang bertujuan menegakkan dan
mematikan hujah lawan. Justeru, pertandingan pidato ini dijalankan untuk
memastikan kemahiran seni ini tidak terus lenyap ditelan zaman.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mencungkil bakat dan kreativiti murid berpidato secara bersahaja dan
meyakinkan.

2.2. Menggalakkan murid membaca dan menghayati karya ilmiah penulis-penulis


tempatan dan luar negara.

2.3 Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing
dalam kalangan murid.

2.4 Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca


dan menulis.

2.5 Mencungkil bakat dan kreativiti murid dalam menjana idea secara spontan
dan meyakinkan berdasarkan bahan rangsangan.

3.0 PELAKSANAAN

3.1 Pertandingan peringkat daerah akan dikendalikan oleh Pejabat Pendidikan


Daerah (PPD). Hanya tiga (3) pemenang peringkat daerah akan bertanding
ke peringkat negeri.

3.2 Pertandingan peringkat negeri akan dikelolakan oleh JPN bersama PPD
Pengelola yang telah dilantik.

2
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN PIDATO 2022
4.0 KATEGORI

4.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah rendah dan sekolah
menengah yang terbahagi kepada tiga (3) kategori secara individu seperti
berikut:

4.1.1 Sekolah Rendah : Murid Tahun 4 - 6


4.1.2 Sekolah Menengah Rendah : Murid Tingkatan 1 - 3
4.1.3 Sekolah Menengah Atas : Murid Tingkatan 4 - 5

4.2 Pertandingan peringkat negeri akan dijalankan dalam Bahagian Pertama


sahaja. Tema pidato untuk Bahagian Pertama ialah BEBAS tetapi
masih berpandukan isi kandungan buku teks atau isu semasa.

4.3 Kandungan pidato mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran


dan nilai-nilai murni sejagat yang tidak menyentuh isu-isu politik, kaum,
agama dan tidak menghina mana-mana pemimpin.

4.4 Hanya LIMA peserta terbaik bagi setiap kategori akan layak ke
Bahagian Kedua.

5.0 SYARAT-SYARAT DAN PELAKSANAAN PERTANDINGAN

5.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia di


sekolah rendah dan menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM).

5.2 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu melalui pihak sekolah
dan mendapat kebenaran daripada ibu bapa.

5.3 Pakaian peserta hendaklah sopan dan sesuai. Penggunaan kostum dan
tatarias dibenarkan tetapi sekadar hiasan sahaja dan tidak diberi sebarang
markah. Pakaian seragam sekolah dibenarkan.

5.4 Rakaman video pidato bagi Bahagian Pertama yang dihasilkan tidak boleh
melalui proses suntingan. Persembahan yang melebihi masa yang
ditetapkan akan dipotong lima (5) markah daripada markah keseluruhan.
Setiap peserta diberikan masa rakaman video berdurasi seperti berikut:

5.4.1 Murid Tahun 4 - 6 : lima (5) minit sahaja


5.4.2 Murid Tingkatan 1 - 3 : tujuh (7) minit sahaja
5.4.3 Murid Tingkatan 4 - 5 : sembilan (9) minit sahaja

3
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN PIDATO 2022

5.5 Peserta dikehendaki menyampaikan persembahan di hadapan kamera


(komputer, telefon pintar atau peranti lain) dengan jelas merangkumi aspek
visual dan audio. Rakaman video mestilah dilakukan secara rakaman pegun
(single shoot) dan tidak boleh melalui proses suntingan. Video tersebut
hendaklah memperlihatkan sekurang-kurangnya 70% imej peserta dan
hendaklah dirakam secara melintang dalam format AVI atau MP4 dengan
resolusi 720P/1080P serta dihantar dalam bentuk pautan.

5.6 Wajah peserta hendaklah jelas (tidak terlindung). Tidak dibenarkan zum
dekat (zoom in) dan zum jauh (zoom out) semasa sedang merakam video.

5.9 Kandungan video tidak boleh memaparkan sebarang bentuk perkataan atau
grafik yang menunjukkan identiti sekolah atau negeri. Penggunaan layar
hijau (green screen) sebagai latar belakang adalah tidak dibenarkan.

5.10 Teks pidato mestilah ditaip menggunakan aksara bersaiz dua belas (12),
font Arial dan langkau dua (2) baris atau double spacing.

5.11 Teks pidato hendaklah dihantar kepada pihak pengelola melalui pautan
Google Form pendaftaran dalam format PDF dan dinamakan dengan
caption NamaPPD_TajukPidato sebelum dimuatnaik.

5.10 Hanya lima (5) peserta terbaik dalam Bahagian Pertama akan layak ke
Bahagian Kedua pidato yang akan dijalankan pada tarikh yang akan
ditetapkan.

5.11 Pelaksanaan Bahagian Kedua:

5.11.1 Hanya 5 peserta yang mendapat markah terbaik dalam


Bahagian Pertama, akan dipanggil untuk Bahagian Kedua.

5.11.2 Peserta akan memilih nombor yang dipaparkan pada skrin.

5.11.3 Setelah mendapat tajuk, peserta diberi masa satu (1) minit untuk
membuat persediaan tanpa bantuan oleh mana-mana pihak, alat
tulis, kertas catatan, alat komunikasi dan alat elektronik. Peserta
akan diberi tempoh berikut untuk menyampaikan pidato spontan.

Murid Tahun 4 - 6 : tiga (3) minit sahaja


Murid Tingkatan 1 - 3 : empat (4) minit sahaja
Murid Tingkatan 4 - 5 : lima (5) minit sahaja

4
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN PIDATO 2022

5.11.3 Loceng akan dibunyikan sekali iaitu satu (1) minit sebelum tamat
dan dua (2) kali setelah tamat bagi setiap kategori pertandingan.
Penyampaian pidato selepas loceng penamat dibunyikan tidak
diberikan markah.

5.12 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu menggunakan borang


penyertaan yang disediakan dan dihantar kepada PPD Pengelola mengikut
tarikh yang ditetapkan.

6.0 ASPEK PEMARKAHAN

6.1 Bahagian Pertama

6.1.1 Idea/Isi 30 markah


6.1.2 Bahasa 20 markah
6.1.3 Penyampaian dan Persembahan 50 markah
Jumlah 100 markah

6.2 Bahagian Kedua (Spontan)

6.2.1 Isi 40 markah


6.2.2 Bahasa 30 markah
6.2.3 Penyampaian dan Persembahan 30 markah
Jumlah 100 markah

7.0 PENGHAKIMAN

7.1 Pertandingan peringkat daerah atau negeri dinilai oleh tiga (3) orang hakim
termasuk ketua hakim.
7.2 Setiap hakim akan menilai pertandingan secara keseluruhan.
7.3 Lantikan panel hakim Peringkat Negeri di bawah penyelarasan Unit
Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), SPbM, JPNS.
7.4 Hakim mesti mematuhi peraturan pertandingan yang terdapat dalam kertas
konsep JPNS.
7.5 Keputusan panel hakim adalah muktamad.

5
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN PIDATO 2022
8.0 HADIAH PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN

Pemenang akan mendapat pengiktirafan seperti berikut:

Johan : Hadiah dan sijil pencapaian


Naib Johan : Hadiah dan sijil pencapaian
Tempat Ketiga : Hadiah dan sijil pencapaian
Tempat Keempat : Hadiah dan sijil pencapaian
Tempat Kelima : Hadiah dan sijil pencapaian

Setiap penyertaan akan menerima sijil penyertaan peringkat negeri.

9.0 PROSEDUR PENYERTAAN

9.1 Semua pendaftaran mesti dibuat secara dalam talian.


9.2 Semua butiran dalam pendaftaran mesti diisi dengan lengkap dan betul.
9.3 Peserta yang terpilih bagi mewakili PPD masing-masing perlu memuat
naik video ke Google Form pendaftaran yang disediakan oleh PPD
Pengelola.
9.4 Fail video perlu dinamakan dengan caption NamaPPD_TajukPidato
sebelum dimuatnaik ke pautan pendaftaran.
9.5 Borang penyertaan hendaklah diisi dengan lengkap dan disahkan oleh
sekolah.
9.6 Senarai borang/dokumen yang perlu dilengkapkan dan dimuatnaik ke
Google Form pendaftaran:
9.6.1 Borang Penyertaan (Lampiran 1)
9.6.2 Borang Kebenaran Ibu Bapa/Penjaga (Lampiran 2)
9.6.3 Karya Video (AVI atau MP4)
9.6.4 Teks pidato (format PDF)

10.0 Setiap peserta peringkat negeri hendaklah mendapat pengesahan daripada


PPD masing-masing melalui surat iringan yang dimuat naik ke Google Forms
pendaftaran.

11.0 TARIKH DAN TEMPAT

Tarikh Mula Pendaftaran : 1 Ogos 2022


Tarikh Tutup Pendaftaran : 4 Ogos 2022
Tempat : Secara dalam talian

PPD Pengelola : Pejabat Pendidikan Daerah Subis (SR)


Pejabat Pendidikan Daerah Sri Aman (SMR
&SMA)

6
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN PIDATO 2022

12.0 TINDAKAN

Pihak JPN berhak membatalkan penyertaan yang melanggar syarat-syarat


yang telah ditetapkan dalam kertas konsep.

13.0 HAK MILIK VIDEO

Pihak KPM berhak menyiarkan rakaman video pertandingan dalam sebarang


pelantar bagi tujuan hebahan atau pendidikan.

14.0 AM

14.1 Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang
pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau
semua perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan
oleh pihak Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.

14.2 Konsep pertandingan peringkat negeri ini adalah selaras dengan


konsep pertandingan peringkat kebangsaan Tahun 2022.

14.3 Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Jabatan Pendidikan Negeri


Sarawak.

14.4 Maklumat pertandingan turut dihebahkan melalui Facebook pages


Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Facebook pages Unit Koku
JPN Sarawak.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

SHARIFAH ZAHARAH BINTI WAN BUJANG


Penolong Pengarah (Koakademik BM)
Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
082-473670/013-8292969

NECCO LIM
Pegawai Teknikal Negeri Pidato BM
011-64902706

7
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN PIDATO 2022

Lampiran 1

BORANG PENYERTAAN

KARNIVAL BAHASA MELAYU - PERTANDINGAN PIDATO


PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2022

KATEGORI PERTANDINGAN (tandakan √ pada satu petak sahaja)


 KATEGORI SEKOLAH RENDAH
 KATEGORI SEKOLAH MENENGAH RENDAH
 KATEGORI SEKOLAH MENENGAH ATAS
PPD
NAMA SEKOLAH
TAJUK PIDATO
MAKLUMAT MURID
NAMA MURID
NO KAD PENGENALAN / MYKID
TAHUN/TINGKATAN
KAUM
JANTINA
MAKLUMAT GURU PEMBIMBING
NAMA GURU
NO. TELEFON

Dengan ini, saya / kami mengesahkan bahawa penyertaan ini adalah hasil karya asal saya / kami.
Saya / kami setuju dengan syarat – syarat pertandingan ini.

__________________________
(Tandatangan Guru Pembimbing) Tarikh :

Pengesahan Guru Besar/Pengetua: ________________________ Cap rasmi sekolah:

8
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN PIDATO 2022

Lampiran 2

KARNIVAL BAHASA MELAYU - PERTANDINGAN PIDATO


PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2022

BORANG KEBENARAN IBU BAPA/PENJAGA

Saya _____________________________________________(Ibu/Bapa/Penjaga) No. Kad


Pengenalan _____________________________ membenarkan anak jagaan saya
__________________________________________________ No. Kad Pengenalan
_________________________________ menyertai KARNIVAL BAHASA MELAYU-
PERTANDINGAN PIDATO PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2022.

Sekian, terima kasih.

Tandatangan: __________________________________

(Ibu/Bapa/ Penjaga)

Tarikh: _______________________________________

9
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN PIDATO 2022

CONTOH BORANG PEMARKAHAN


KARNIVAL BAHASA MELAYU:
PERTANDINGAN PIDATO
PERINGKAT NEGERI SARAWAK
TAHUN 2022

(EDISI DALAM TALIAN)

Anjuran:
Unit Pembangunan Bakat Murid
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

10
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN PIDATO 2022
BORANG PEMARKAHAN PIDATO (BAHAGIAN PERTAMA) SR/SMR/SMA

Giliran Peserta: ……………………………..


Idea/Isi (30 markah) Bilangan Idea/Isi Idea/Isi Huraian Contoh/Data Jumlah
(2 markah) (4 markah) (3 markah)

Peserta akan diadili dari segi: Idea/Isi 1


-idea/isi yang bernas
-huraian yang jelas Idea/Isi 2
-data/contoh yang
Idea/Isi 3
tepat/logik
-Maksimum 3 idea/isi Kematangan isi Markah maksimum 3

Jumlah markah idea/isi dan takrifan

Bahasa (20 markah)

Peserta akan diadili dari segi: Tatabahasa (10 markah)


- bahasa yang jelas
- bahasa baku Gaya bahasa yang berkesan (5 markah)
- gaya bahasa yang berkesan/
tepat
Bahasa baku (5 markah)

Jumlah markah bahasa

Penyampaian dan persembahan


(50 markah)

Peserta akan diadili dari segi: Kepetahan, kelancaran, dan intonasi suara (10 markah)
- kepetahan
- kelancaran
- intonasi suara Penyampaian/persembahan yang menarik (10 markah)
- gaya yang
menarik/berkeyakinan
Susunan idea/isi (10 markah)
- dapat mempengaruhi/menarik
perhatian Audiens
- susunan idea/isi Berkeyakinan, dapat mempengaruhi dan menarik perhatian audiens
Adab (10 markah)
Peserta akan dipotong 5
markah maksimum jika; Adab (5 markah)
- menyentuh isu sensitif
-menggunakan bahasa yang kurang sopan
- tidak sempat membuat kesimpulan Bonus (5 markah)
Bonus
Jumlah markah persembahan, penyampaian, adab dan bonus
Peserta akan diadili dari segi
persembahan keseluruhan, kesopanan
dan penampilan diri serta ketepatan masa

Jumlah markah keseluruhan: 100 %

Pengesahan oleh hakim

……………………………………… Tarikh: ……………………...


( )

11
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN PIDATO 2022
BORANG PEMARKAHAN PIDATO (BAHAGIAN KEDUA) SR/SMR/SMA

Giliran Peserta: ……………………………..


Isi (40 markah) Bilangan Idea/isi Idea/Isi Huraian Contoh/Data Jumlah
(5 markah) (10 markah) (4 markah)

Peserta akan diadili dari segi: Isi 1


- idea/isi yang bernas
- huraian yang jelas Isi 2
- data/contoh yang
tepat/logik Kematangan Isi Markah maksimum 2
- maksimum 3 idea/isi

Jumlah markah
idea/isi

Bahasa (30 markah)

Peserta akan diadili dari segi: Tatabahasa (10 markah)


- bahasa yang jelas
-bahasa baku
-gaya bahasa yang Gaya bahasa yang berkesan (10 markah)
berkesan/tepat

Sebutan bahasa (10 markah)

Jumlah markah bahasa

Penyampaian dan
persembahan (30 markah)

Peserta akan diadili dari segi: Kepetahan, kelancaran nada, intonasi suara menyakinkan (5 markah)
-kepetahan
-kelancaran
-intonasi suara Gaya yang menarik (5 markah)
-gaya yang
menarik/berkeyakinan
-dapat mempengaruhi/
Isi yang tertib (5 markah)
menarik perhatian audiens
- susunan idea/isi

Penyampaian isi yang tersusun atau teratur (5 markah)


Adab .
Peserta akan dipotong 5
markah maksimum jika: Adab (5 markah)
-menyentuh isu sensitif
- menggunakan bahasa
yang kurang sopan
-tidak sempat membuat Bonus (5 markah)
kesimpulan
Jumlah markah persembahan, penyampaian, adab dan bonus
Bonus .
Peserta akan diadili dari segi
persembahan keseluruhan,
kesopanan dan penampilan
diri serta ketepatan masa

Jumlah markah keseluruhan: 100 %

Pengesahan oleh hakim


……………………………………… Tarikh: ……………………...
( )

12
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN PIDATO 2022
BORANG RUMUSAN MARKAH SEKOLAH RENDAH / MENENGAH RENDAH /
MENENGAH ATAS

Markah Pidato
Giliran Markah Pidato
Bahagian kedua Jumlah Kedudukan
Peserta Bahagian Pertama
(spontan)

Pengesahan oleh hakim

……………………………………… Tarikh: ……………………...


( )

13
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN PIDATO 2022
BORANG RUMUSAN HAKIM SEKOLAH RENDAH / MENENGAH RENDAH /
MENENGAH ATAS

Giliran KEDUDUKAN PESERTA


Peserta

Keputusan
Hakim 1 Hakim 2 Hakim 3 Catatan
Panel Hakim

Tandatangan

Pengesahan oleh ketua hakim,

……………………………………… Tarikh: ……………………...


( )

14
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN PIDATO 2022
BORANG KEPUTUSAN PERTANDINGAN SEKOLAH RENDAH / MENENGAH
RENDAH / MENENGAH ATAS

KEPUTUSAN GILIRAN PESERTA

JOHAN

NAIB JOHAN

KETIGA

KEEMPAT

KELIMA

PENGESAHAN

PERANAN NAMA TANDATANGAN

KETUA
HAKIM

HAKIM 2

HAKIM 3

Pengesahan oleh ketua hakim,

.................................................................. Tarikh: ……………………...


( )

15

Anda mungkin juga menyukai