Anda di halaman 1dari 10

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF – MENULIS ESEI TAHUN 2022

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN PENULISAN
KREATIF –
MENULIS ESEI

PERINGKAT NEGERI SARAWAK


TAHUN 2022

Anjuran:
Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
1
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF – MENULIS ESEI TAHUN 2022

1.0 PENGENALAN

Pertandingan Menulis Esei adalah salah satu aktiviti anjuran Unit


Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
(JPNS) dengan kerjasama semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang akan
dilaksanakan secara dalam talian.

Pertandingan ini memberi ruang dan peluang kepada murid-murid sekolah


untuk berkongsi pendapat, cerita, perasaan dan pengalaman mereka secara
kreatif melalui penulisan esei mengikut tema yang telah ditetapkan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan penguasaan kemahiran menulis murid dalam Bahasa


Melayu.
2.2 Menyediakan wadah kepada murid untuk menonjolkan bakat menulis
dengan menggunakan bahasa yang tepat, teratur, gramatis secara
berseni dan kreatif.
2.3 Menyemai minat murid terhadap bidang penulisan Bahasa Melayu.

3.0 PELAKSANAAN

3.1 Pertandingan peringkat daerah akan dikendalikan oleh PPD. Hanya tiga
esei terbaik pada peringkat daerah akan bertanding ke peringkat
negeri.
3.2 Pertandingan peringkat negeri akan dikelolakan oleh JPNS bersama PPD
Pengelola yang telah dilantik.

4.0 KATEGORI

4.1 Pertandingan ini terbahagi kepada empat (4) kategori seperti berikut:

4.1.1 Sekolah Rendah : Murid Tahun 4 - 6


4.1.2 Sekolah Menengah Rendah : Murid Tingkatan 1 - 3
4.1.3 Sekolah Menengah Atas : Murid Tingkatan 4 - 5
4.1.4 Kolej/Kelas Tingkatan 6 : Murid Tingkatan 6

2
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF – MENULIS ESEI TAHUN 2022

5.0 SYARAT-SYARAT

5.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia di


sekolah rendah dan menengah di bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM).
5.2 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu melalui pihak sekolah
dan mendapat kebenaran daripada ibu bapa.
5.3 Setiap murid hanya dibenarkan menghantar satu esei sahaja.
5.4 Setiap esei mestilah disertakan dengan borang penyertaan yang lengkap
dan ditandatangani oleh Pengetua/Guru Besar. Pihak penganjur berhak
menolak borang penyertaan yang tidak lengkap.
5.5 Esei mestilah karya murid sendiri, belum pernah disiarkan oleh mana-
mana penerbitan dan tidak diplagiat daripada sumber-sumber lain. Karya
plagiat atau terjemahan akan dibatalkan penyertaan dengan serta merta.
5.6 Karya tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif dan menyentuh
sensitiviti bangsa/kaum dan agama mana-mana pihak.
5.7 Tema bagi setiap kategori pada peringkat negeri adalah seperti berikut:

5.7.1 Sekolah Rendah: Pembelajaran Alam Maya


5.7.2 Sekolah Menengah Rendah: Hikmah Pandemik
5.7.3 Sekolah Menengah Atas: Cabaran Dunia Digital
5.7.4 Tingkatan 6: Fasa Endemik Covid-19

Tema untuk peringkat daerah ditentukan oleh pihak PPD sama ada
mengikut tema peringkat negeri atau sebaliknya. Tema tidak boleh
dijadikan tajuk esei.

5.8 Format penulisan esei:

5.8.1 Esei mestilah dilengkapi dengan tajuk sahaja. Sebarang


penyataan maklumat peribadi perlu dilengkapkan dalam borang
penyertaan.
5.8.2 Esei mestilah ditaip menggunakan fonts Times New Roman,
bersaiz 14 dan dalam jarak langkau 1.5 sahaja.
5.8.3 Esei yang telah ditaip hendaklah dihantar dalam bentuk portable
document format (pdf) kepada pihak pengelola mengikut kaedah
yang telah ditetapkan.
5.8.4 Had perkataan mengikut kategori pertandingan:
i. Sekolah rendah : 250 hingga 350 patah perkataan
ii. Sekolah menengah rendah : 400 hingga 500 patah perkataan
iii. Sekolah menengah atas : 750 hingga 1,000 patah perkataan
iv. Tingkatan enam : 1,000 hingga 1,300 patah perkataan

3
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF – MENULIS ESEI TAHUN 2022

5.9 Penyuntingan esei adalah tidak dibenarkan di semua peringkat


pertandingan setelah dihantar.
5.10 Setiap esei yang dihantar tidak akan dikembalikan kepada penulis dan
pihak pengelola berhak untuk mencetak dan menerbitkan esei-esei yang
memenangi pertandingan ini. Walau bagaimanapun, hak cipta kekal
menjadi milik penulis.
5.11 Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk
tuntutan berkaitan dengan plagiarisme terhadap peserta oleh mana-
mana pihak yang berkaitan.

6.0 ASPEK PEMARKAHAN

6.1 Butiran penilaian adalah seperti berikut:

6.1.1 Isi Kandungan 50 markah


6.1.2 Bahasa 50 markah
Jumlah 100 markah

7.0 PENGHAKIMAN

7.1 Pertandingan peringkat daerah atau negeri akan dinilai oleh tiga
orang hakim termasuk ketua hakim.
7.2 Setiap hakim akan menilai pertandingan secara keseluruhan.
7.3 Lantikan panel hakim Peringkat Negeri di bawah penyelarasan dari Unit
Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), SPbM, JPNS.
7.4 Hakim mesti mematuhi peraturan pertandingan kertas konsep JPNS.
7.5 Keputusan panel hakim adalah muktamad.

8.0 PROSEDUR PENYERTAAN

8.1 Semua pendaftaran mesti dibuat secara dalam talian.


8.2 Semua butiran dalam pendaftaran mesti diisi dengan lengkap dan betul.
8.3 Karya yang terpilih bagi mewakili PPD masing-masing perlu dimuat naik
ke Google Forms pendaftaran yang disediakan oleh PPD pengelola.
8.4 Fail karya (format pdf) perlu dinamakan dengan caption
NamaPPD_TajukKarya sebelum dimuat naik ke pautan pendaftaran.
8.5 Borang penyertaan hendaklah diisi dengan lengkap dan disahkan oleh
sekolah.

4
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF – MENULIS ESEI TAHUN 2022

8.6 Senarai borang/dokumen yang perlu dilengkapkan dan dimuat naik ke


Google Forms pendaftaran:
8.6.1 Borang Penyertaan (Lampiran 1)
8.6.2 Borang Kebenaran Ibu Bapa/Penjaga (Lampiran 2)
8.6.3 Karya Esei (dalam format pdf)

9.0 PENGESAHAN PENYERTAAN

Senarai peserta peringkat negeri hendaklah mendapat pengesahan daripada PPD


masing-masing melalui surat iringan yang dimuat naik ke Google Forms
pendaftaran.

10.0 HADIAH PERINGKAT DAERAH DAN NEGERI

Pemenang akan mendapat pengiktirafan seperti berikut:

Johan : Hadiah dan sijil pencapaian


Naib Johan : Hadiah dan sijil pencapaian
Tempat Ketiga : Hadiah dan sijil pencapaian
Tempat Keempat : Hadiah dan sijil pencapaian
Tempat Kelima : Hadiah dan sijil pencapaian

Semua peserta peringkat negeri akan menerima sijil penyertaan peringkat


negeri.

11.0 TARIKH DAN TEMPAT

Tarikh Mula Pendaftaran : 13 Jun 2022


Tarikh Tutup Pendaftaran : 16 Jun 2022
Tempat : Secara dalam talian

PPD Pengelola : Pejabat Pendidikan Daerah Miri (SR)


Pejabat Pendidikan Daerah Julau
(SM - Rendah dan Atas)
Pejabat Pendidikan Daerah Padawan (T.6)

12.0 TINDAKAN

Pihak JPN berhak membatalkan penyertaan yang melanggar syarat-syarat yang


telah ditetapkan dalam kertas konsep.

5
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF – MENULIS ESEI TAHUN 2022

13.0 AM

13.1 Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang
pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau
semua perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh
pihak Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.
13.2 Konsep pertandingan peringkat negeri ini adalah selaras dengan konsep
pertandingan peringkat kebangsaan Tahun 2022.
13.3 Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Jabatan Pendidikan Negeri
Sarawak.
13.4 Maklumat pertandingan turut dihebahkan melalui Facebook pages
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Facebook pages Unit Koku JPN
Sarawak.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

SHARIFAH ZAHARAH BINTI WAN BUJANG


Penolong Pengarah (Koakademik BM)
Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
082-473670/013-8292969

HELMI BIN TAMBI


Pegawai Teknikal Negeri Menulis Esei BM
014-9901046

6
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF – MENULIS ESEI TAHUN 2022

Lampiran 1

BORANG PENYERTAAN

PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF-MENULIS ESEI


PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2022

KATEGORI PERTANDINGAN (tandakan √ pada satu petak sahaja)


 KATEGORI SEKOLAH RENDAH
 KATEGORI SEKOLAH MENENGAH RENDAH
 KATEGORI SEKOLAH MENENGAH ATAS
 KATEGORI TINGKATAN 6
PPD
NAMA SEKOLAH
TAJUK KARYA
MAKLUMAT MURID
NAMA MURID
NO KAD PENGENALAN / MYKID
TAHUN/ TINGKATAN
KAUM
JANTINA
MAKLUMAT GURU PEMBIMBING
NAMA GURU
NO. TELEFON

Dengan ini, saya / kami mengesahkan bahawa penyertaan ini adalah hasil karya asal saya / kami.
Saya / kami setuju dengan syarat – syarat pertandingan ini.

__________________________
(Tandatangan Guru Pembimbing) Tarikh :

Pengesahan Guru Besar/Pengetua: ________________________ Cap rasmi sekolah:

7
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF – MENULIS ESEI TAHUN 2022

Lampiran 2

PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF-MENULIS ESEI


PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2022

BORANG KEBENARAN IBU BAPA/PENJAGA

Saya _____________________________________________(Ibu/Bapa/Penjaga) No.


Kad Pengenalan _____________________________ membenarkan anak jagaan saya
__________________________________________________ No. Kad Pengenalan
_________________________________ menyertai PERTANDINGAN PENULISAN
KREATIF-MENULIS ESEI PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2022.

Sekian, terima kasih.

Tandatangan: __________________________________

(Ibu/Bapa/ Penjaga)

Tarikh: _______________________________________

8
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF – MENULIS ESEI TAHUN 2022

RUBRIK PEMARKAHAN
PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF- MENULIS ESEI
PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2022

ASPEK
KRITERIA KETERANGAN MARKAH
PEMARKAHAN

Berpandukan kertas konsep


Memenuhi syarat 10
yang telah disediakan

Isi Kandungan Idea Relevan mengikut tugasan 8


(50 markah)
Wacana, logik,
Huraian pemerengganan dan format 16
yang sesuai

Sesuai dengan idea dan


Contoh 8
tajuk

Meyakinkan dan bertepatan


Ayat penegas 8
dengan pemilihan idea

Pelbagai jenis kata yang


Tatabahasa luas dan tepat serta ayat 20
yang gramatis
Pelbagai laras dan ragam
Bahasa Gaya bahasa bahasa sesuai dengan 10
tugasan
(50 markah)
Ungkapan, peribahasa dan
Keindahan bahasa 10
mutiara kata yang menarik

Pemilihan idea dan bahasa


Keberkesanan 10
yang mengesankan

JUMLAH MARKAH 100

9
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF - MENULIS ESEI 2022

Kelolaan:
Unit Pembangunan Bakat Murid
Sektor Pembangunan Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Miri
Pejabat Pendidikan Daerah Julau
Pejabat Pendidikan Daerah Padawan

Anjuran:
Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

10

Anda mungkin juga menyukai