Anda di halaman 1dari 8

GARIS PANDUAN KEJOHANAN VIRTUAL RUN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT

KEBANGSAAN 2021

KANDUNGAN HALAMAN

1. PENGENALAN 1

2. OBJEKTIF 1

3. KUMPULAN SASARAN 2

4. SENARAI PERTANDINGAN 2

5. TARIKH DAN TEMPAT 3

6. TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN 3

7. PENETAPAN CARA PEMENANG 5

8. PENDAFTARAN 5
1.0 PENGENALAN
1.1 Virtual Run bermaksud larian yang dilakukan secara maya menggunakan
jenis 'tracking app' untuk merekod jarak larian dan masa dan boleh
dilakukan siang atau malam dilokasi yang sesuai untuk aktiviti larian.

1.2 Kejohanan Virtual Run Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan Tahun


2021 adalah pertandingan secara dalam talian yang menggunakan aplikasi
STRAVA. Ini merupakan penganjuran kali pertama selaras dengan situasi
semasa yang masih menguat kuasakan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP); aktiviti secara bersemuka masih tidak dibenarkan.

1.3 Para peserta akan berlari di lokasi masing-masing dan memuat naik bukti
larian serta kad identiti mengikut syarat yang ditetapkan.

1.4 Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan Murid Berkeperluan Khas


(MBK) menceburi bidang sukan digital secara dalam talian.

2.0 OBJEKTIF

Pertandingan ini bertujuan untuk:

2.1 Memberi ruang kepada MBK untuk mendapatkan pengiktirafan dalam


bidang sukan.

2.2 Mengembang dan mencungkil bakat MBK melalui aspek teknologi


maklumat.

2.3 Melaksanakan aktiviti sukan secara dalam talian selaras dengan keadaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

2.4 Memberi ruang dan peluang kepada murid mengambil bahagian dalam
bidang sukan walaupun dalam situasi penularan wabak COVID-19.

2.5 Memantapkan aktiviti MBK sesuai dengan value for money dalam
melahirkan modal insan yang berkualiti.

1
3.0 KUMPULAN SASARAN
Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang mempunyai kad OKU di dalam kategori
seperti di bawah:

KATEGORI PERINCIAN
BD Kurang Upaya Pendengaran
BL Kurang Upaya Penglihatan
BP Masalah Pembelajaran
PH Kurang Upaya Fizikal

4.0 ACARA YANG DIPERTANDINGKAN PERTANDINGAN


JUNIOR : ( 14 tahun ke bawah )
SENIOR : ( 19 tahun ke bawah )

Umur Kategori Jantina Jarak


BD L 5 KM
P 3 KM
Junior
BL L 5 KM
14 Tahun ke P 3 KM
bawah BP L 5 KM
P 3 KM
PH L 5 KM
P 3 KM
Senior BD L 7 KM
P 5 KM
BL L 7 KM
15- 20 Tahun ke P 5 KM
bawah BP L 7 KM
P 5 KM
PH L 7 KM
P 5 KM

2
5.0 TARIKH DAN TEMPAT
Pertandingan ini dirancang mengikut tarikh dan tempat yang telah ditetapkan,
seperti yang ditunjukkan di dalam jadual.

Pelaksanaan Urus setia Tarikh penyertaan


1. PeringkatDaerah / Zon Unit Pendidikan Khas Dari 21 hingga 23 Jun
2021
2. Peringkat Negeri Sektor Pendidikan Khas JPN Dari 12 hingga 14 Julai
2021
3. Peringkat Tuan Rumah (Jabatan Dari 17 hingga 19 Ogos
Kebangsaan Pendidikan Negeri Sembilan) 2021

6.0 TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

Setiap kontinjen hanya dibenarkan menghantar SEORANG peserta sahaja untuk


setiap kategori.

6.1 Penghantaran bukti larian perlu dihantar ke link google form yang
telah ditetapkan mengikut kategori masing-masing
6.2 Penghantaran bukti adalah menggunakan ID delima peserta.
6.3 Semasa pertandingan, guru hendaklah menyertai Google Meet
sepanjang larian berlangsung bagi menunjukkan lokasi dan verifikasi
peserta.
6.4 Aplikasi rekod untuk menyertai larian muat turun aplikasi dan mula
rekod larian anda:
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.strava
CONTOH APLIKASI
3

- Nama yang didaftarkan mengikut nama


penuh peserta
- Tarikh / Masa / Tempat perlu dipaparkan

- Tajuk : Kejohanan Virtual Run Pendidikan


Khas Peringkat Kebangsaan 2021

- Jarak hendaklah mengikut syarat yang


ditetapkan
- Bacaan Elevation Gain perlu kurang
daripada 5m
- Catatan masa

- Trek larian perlu dipaparkan

6.5 Penyertaan boleh dibatalkan sekiranya perkara 6.1 – 6.4 tidak dipatuhi.
6.6 Keputusan juri adalah MUKTAMAD dan sebarang bentuk rayuan tidak
akan dilayan

4
7.0 PENETAPAN PEMENANG
Kedudukan pemenang dikira berdasarkan 10 peserta yang terpantas
mengikut setiap kategori.
7.1 Skor mata bagi setiap pemenang ialah seperti berikut:
Kedudukan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Mata 25 18 15 12 10 8 6 4 2 1

7.2 Catatan masa larian terpantas berdasarkan jarak larian.


7.3 Peserta hendaklah menghantar bukti rekod larian dengan menepati
syarat.
7.4 Sekiranya catatan masa larian peserta adalah sama, pemenang akan
dikira berdasarkan kepantasan penghantaran bukti larian
7.5 Johan bagi setiap kategori adalah dikira berdasarkan jumlah pungutan
mata tertinggi.
7.6 Johan bagi keseluruhan adalah dikira berdasarkan jumlah pungutan
mata tertinggi untuk semua kategori.
8.0 PENDAFTARAN
Pendaftaran Kejohanan Virtual Run Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan
adalah melalui email dan butiran seperti berikut perlu dilengkapkan oleh setiap
peserta yang bertanding:

i. Nama :
ii. No kad pengenalan :
iii. No kad OKU :
iv. Nama sekolah :
v. Negeri :
vi. Acara yang dipilih :
vii. Salinan kad pengenalan :
viii. Salinan kad OKU :
ix. Gambar peserta terkini :
x. Nama dan no telefon guru pengiring

8.1 Borang pendaftaran akan dimaklumkan dalam media rasmi facebook


Kejohanan Virtual Run Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2021.

Anda mungkin juga menyukai