Anda di halaman 1dari 9

Konsep Sains Sukan 1

Konsep 1.1 Definisi Sains Sukan Sains Sukan ialah satu kajian yang sistematik yang membabitkan sains dalam sukan. Ia melibatkan perubatan fisioterapi, pemakanan, biokimia, anatomi, fisiologi, psikologi sosio dan biomekanik. Contohnya menari, memburu, menunggang kuda, lawan pedang dan permainan bola.

Sukan ialah aktiviti manusia yang melibatkan organisasi yang khusus dan perlaksanaan undang-undang. Aktiviti ini melibatkan pertandingan atau cabaran bagi mencapai matlamat yang ditetapkan (Hawkey, 1993).

Sukan lazimnya melibatkan aktiviti fizikal, pertandingan dan mempunyai kuantiti yang boleh diukur seperti masa, jaringan gol, jumlah mata dan jarak. Swanson dan Massenggale (1997), menjelaskan bahawa Sains Sukan bermula daripada Pendidikan Jasmani. PJ bermula sebagai satu bidang ilmu yang memberi fokus kepada aktiviti fizikal yang menjadi elemen penting bagi meningkatkan tahap kesihatan.

Bidang ini kemudiannya berkembang secara perlahan-lahan dan menjadi satu bidang yang melibatkan disiplin-disiplin sains. Selaras dengan perkembangan ini wujudlah istilah-istilah antaranya:

kinesiology exercise science, human performance, exercise sports science.

Sains Sukan juga merupakan gabungan beberapa disiplin yang berteraskan sains. Antaranya disiplin perubatan sukan, anatomi, fisiologi, psikologi sukan, biomekanik dan pemakanan sukan. Penggabungan disiplin ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi sukan.

Kesimpulannya Sains Sukan ialah aplikasi prinsip, idea serta pengetahuan sains ke atas aktiviti sukan. Merupakan suatu aspek penting dalam pendidikan dan aktiviti kokurikulum (Cheah Swee Ming, 1995)

<iframe width="640" height="360" src="http://www.youtube.com/embed/i5dRT2vDXo0?feature=player_embedded" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Kepentingan sains sukan

PRESTASI SUKAN

Kaedah dan latihan yang saintifik dapat meningkatkan prestasi sukan. Pengetahuan tentang Sains Sukan dapat meningkatkan prestasi atlet, jurulatih dan pegawai sukan.

Kajian oleh saintis sukan dapat digunakan untuk meningkatkan program latihan supaya lebih bersistematik.

Di Malaysia Institut Sukan Negara (ISN) dan Institusi Pengajian Tinggi berperanan menjalankan kajian Sains Sukan bagi meningkatkan prestasi sukan.

KESIHATAN

Pengetahuan Sains Sukan dapat membantu atlet meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan secara menyeluruh.

Pengetahuan tentang pemakanan sukan dapat membantu atlet dan jurulatih merancang diet yang sesuai untuk kesihatan, kecergasan dan prestasi mereka.

Mengetahui kaedah dan prosedur latihan dapat mengelakkan kecederaan.

Selain itu pengetahuan tentang pencegahan dan rawatan kecederaan dapat membantu atlet menangani masalah kecederaan.

REKREASI

Pengetahuan Sains Sukan dapat diaplikasikan dalam pelbagai aktiviti fizikal sama ada sukan untuk kecemerlangan atau aktiviti rekreasi.

Mengetahui cara-cara menjalankan aktiviti atau penggunaan alatan berekreasi dengan betul dapat meningkatkan lakuan motor seseorang.

Mengetahui aspek sains dalam perlakuan fizikal atau kemahiran dapat meningkatkan lakuan motor seseorang.

Contoh : seseorang yang terlibat dalam aktiviti berkayak akan mengaplikasikan prinsipprinsip sains sukan untuk membantu meningkatkan prestasinya dalam aktiviti tersebut.

EKONOMI

Sukan merupakan satu bidang yang dapat memberi pulangan yang lumayan. Penggunaan peralatan, pakaian, dan gelanggang yang canggih membantu meningkatkan prestasi atlet.

Sains Sukan dapat meningkatkan ekonomi negara dengan adanya tajaan, pelancongan, kajian saintifik dan peralatan sukan.

Penganjur yang berpengetahuan sains sukan dapat menarik lebih banyak penyertaan atlet, penaja, pelancong dan saintis sukan dalam sesuatu kejohanan. Faktor ini turut menyumbang kepada peningkatan ekonomi.

KERJAYA

Perkembangan sukan tanah air, mewujudkan peluang-peluang kerjaya dalam bidang berkaitan dengan sukan. Kerjaya ini merangkumi, jurulatih, pegawai sukan dan atlet yang mempunyai pengetahuan sains sukan. Peluang-peluang pekerjaan dan pendidikan dalam bidang sukan adalah luas.

Antara kerjaya yang berkaitan sains sukan ialah wartawan sukan, pengulas sukan, ahli perniagaan, instruktur kecergasan, ahli fisioterapi sukan, pegawai perubatan sukan dan psikologi sukan.

Dasar Sukan Negara (DSN)

Sebagai satu usaha dan pengiktirafan kerajaan terhadap kemajuan sukan negara, KBS telah mewujudkan Dasar Sukan Negara (DSN).

Dasar Sukan Negara ( DSN ) merupakan dokumen yang komprehensif ke arah perkembangan, kemajuan dan pembangunan sukan negara. Penggubalannya melibatkan beberapa pihak seperti agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan, rekreasi dan kecergasan, majlis-majlis sukan, institusi pengajian tinggi, badan-badan sukarela dan anggota perseorangan yang mempunyai kepentingan dan kepakaran dalam bidang sukan.

Dasar ini diluluskan oleh jemaah menteri pada 20 Januari 1998 dan merupakan satu dasar sukan untuk semua.

Sukan Untuk Semua (Sukan Massa)

Sukan untuk semua bertujuan untuk mengekal dan meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan anggota masyarakat.

Sukan untuk semua merujuk kepada aktiviti-aktiviti rekreasi yang berbentuk fizikal dan spontan yang diuruskan bertujuan untuk menggalakkan penyertaan yang lebih luas.

Sukan untuk semua diwujudkan bukan semata-mata untuk pertandingan. Semua masyarakat terlibat dalam aktiviti sukan samada sebagai peserta, pengurus dan penyokong.

Diperkenalkan bertujuan untuk menjana semangat perpaduan di kalangan masyarakat di Malaysia.

Sukan Untuk Kecemerlangan

Sukan Untuk Kecemerlangan adalah sukan berbentuk pertandingan yang diuruskan mengikut peraturan dan syarat-syarat Persekutuan Sukan Antarabangsa dan Jawatankuasa Olimpik untuk menentukan pemenangnya.

Sukan untuk kecemerlangan bertujuan untuk meningkatkan prestasi atlet pada peringkat tertinggi. Dalam hal ini, atlet diberi peluang bertanding pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Memberi tumpuan kepada pembangunan sukan dari peringkat akar umbi sehinglah ke tahap kecemerlangan.

Antara usaha untuk mencapai kecemerlangan ialah dengan mendapatkan khidmat jurulatih dari luar negara, menghantar jurulatih tempatan berkursus ke luar negara, memastikan semua jurulatih mempunyai sijil kejurulatihan yang diiktiraf dan menghantar atlet berlatih ke luar negara supaya dapat bersaing dan berlatih dengan atlet bertaraf dunia.

Objektif Dasar Sukan Negara

Membentuk masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatu padu melalui penyertaan yang meluas dan peluang yang lebih baik dalam sukan di semua peringkat masyarakat.

Menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan bagi memenuhi keperluan asas sosial, psikologi dan fisiologi individu melalui sukan.

Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan bagi kepentingan, kebajikan sosial individu dan kenikmatan masa senggang di kalangan orang awam.

Mencapai kecemerlangan ke tahap yang tertinggi dengan semangat kesukanan yang tulen dan mempertingkatkan perpaduan serta imej negara.

Tunjang Sains Sukan


Sains Sukan Tulen Sains Sukan terdiri daripada gabungan bidang-bidang biologi, kimia, fizik dan matematik. Biomekanik Sukan merupakan gabungan fizik, mekanik kejuruteraan dan biologi.

Fisiologi Sukan merupakan gabungan biologi dan kimia. Perubatan Sukan merupakan gabungan Sains perubatan, biologi, fizik dan kimia.

Sains Sukan Gunaan

Sains yang mengkaji pergerakan manusia , mengkaji bagaimana anggota tubuh menghasilkan pergerakan dan bagaimana pergerakan manusia boleh diperbaiki dengan menggunakan berbagai teknik yang menghasilkan kestabilan tubuh, daya dan imbangan yang paling optimum. Contoh : prinsip biomekanik digunakan apabila anda membengkokkan lutut secara semula jadi ketika mendarat setelah melompat.

Sukan Sukan Generik

SAINS SUKAN UNTUK KECERGASAN

Falls ( 1980 ). Kecergasan Untuk Kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorang individu perlindungan dari ancaman penyakit-penyakit hipokinetik ( kekurangan pergerakan ) seperti penyakit jantung, kegemukan dan berbagai penyakit otot dan tulang.

SAINS SUKAN UNTUK PRESTASI TINGGI


Sukan untuk kecemerlangan bertujuan untuk meningkatkan preestasi atlet pada peringkat tertinggi. Atlet harus diberikan peluang bertanding pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Antara usaha untuk mencapai kecemerlangan ialah dengan mendapatkan khidmat jurulatih dari luar negara, memastikan semua jurulatih memepunyai sijil kejurulatihan yang diiktiraf.

SAINS SUKAN UNTUK SUKAN MASSA


Sukan untuk semua (sukan massa) bertujuan mengekalkan dan meningkatkan tahap kesihatan serta kesejahteraan anggota masyarakat. Sukan massa merujuk kepada aktiviti aktiviti rekreasi yang berbentuk fizikal dan sukan spontan yang diuruskan untuk tujuan menggalakan penyertaan yang luas. Sukan demikian diwujudkan bukan semata mata untuk pertandingan pada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Hala Tuju Sains Sukan


Hala tuju sains sukan dalam kumpulan masyarakat amat penting bagi meningkatkan tahap pengetahuan sains sukan dalam aktiviti kecergasan. Antaranya :

Sains Sukan untuk wanita Sains Sukan untuk lelaki Sains Sukan untuk kumpulan kesihatan dan kecergasan tahap pertengahan, rendah dan tinggi. Sains Sukan untuk sukan massa Sains Sukan untuk orang kurang upaya Sains Sukan untuk kanak-kanak Sains Sukan untuk warga emas Sains Sukan untuk semua dan atlet berprestasi tinggi

Kepentingan Sains Sukan dalam Masyarakat


Peningkatan tahap kesihatan diri dari segi fizikal, melalui kegiatan fizikal, beberapa penyakit dapat dicegah. Contohnya serangan penyakit jantung, kolestrol berlebihan, diabetis dan sebagainya. Menguatkan otot-otot, otot-otot menjadi lemah jika tidak digunakan selalu. Jika dilatih otot-otot menjadi lebih kuat, lebih kasar, bertenaga dan lebih sihat. Membantu dalam melancarkan sistem fisiologi badan manusia seperti sistem respiratori, sistem kardiovaskular, sistem perkumuhan dan sebagainya. Meningkatkan kesihatan mental iaitu mengurangkan stress, keyakinan diri dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai