Anda di halaman 1dari 4

Sains sukan

Sains sukan merupakan satu cabang dalam sains yang mengkaji respons
manusia terhadap aktiviti fizikal. Jadi, bidang ini merangkumi kinesiologi,
biomekanik, anatomi dan fisiologi, dan lain-lain topik seperti pemakanan,
pengurusan sukan, sosiologi, dan psikologi dalam sains sukan. Sains sukan
bukanlah satu bidang khas yang melatih seseorang supaya menjadi cergas dan
cerdas dalam melakukan suatu permainan ataupun aktiviti dan seterusnya
ditingkatkan prestasinya. Sebaliknya ia membantu memahami tindak balas
badan manusia seperti organ, sistem saraf, sistem otot, dan tenaga dalam badan
semasa melakukan sesuatu sukan. Dalam erti kata lain, pendidikan jasmani adalah satu
amalan untuk meningkatkan teknik kesukanan, manakala sains sukan adalah bertujuan
menyampaikan ilmu tentang perkaitan badan dan sukan.

Isi kandungan

1 Definisi
2 Sains Sukan Tulen
3 Sains Sukan Gunaan
4 Sains Sukan Generik
5 Matlamat Sains Sukan
6 Anatomi & Fisiologi untuk Ilmu Sukan
o 6.1 Anatomi
o 6.2 Fisiologi
o 6.3 Pertumbuhan manusia
o 6.4 Proses dalam badan manusia
o 6.5 Kimia
o 6.6 Bahan dan tenaga
7 Konsep asas kimia dalam sains sukan
o 7.1 Atom
o 7.2 Unsur (elemen)
o 7.3 Kompaun (sebatian)
o 7.4 Molekul
o 7.5 Elektrolit
o 7.6 Karbohidrat
o 7.7 Lipid
o 7.8 Protein
o 7.9 Sistem sel sebagai unit asas hidup

8 Pautan luar
Definisi
Sains sukan juga boleh didefinisikan dalam beberapa perspektif:

Akademik / intelektual : sains sukan merupakan satu ilmu pengetahuan


yang memfokuskan kepada pelbagai teori, prinsip, dan kajian yang
melibatkan sains. Pelbagai konsep dijanakan daripada bidang sains
seperti anatomi & fisiologi, kinesiologi, dan sebagainya.

Generik / Komtemperori : sains sukan selalunya dipandang sebagai satu


cabang ilmu daripada pendidikan jasmani. Memang tidak boleh dinafikan
bahawa kedua-dua subjek mempunyai banyak persamaan. Akan tetapi,
objektif masing-masing adalah tidak sama.

Program Sains Sukan Kebangsaan : sains sukan adalah aktiviti


kesukanan yang direka bersesuaian dengan hasil kajian sains.

Sains Sukan Tulen


Bidang ini merupakan bidang asli sains sukan. Ia lebih mementingkan aspek-
aspek teori dan kajian-kajian berdasarkan teori. Contohnya, tenaga yang
diperlukan untuk berlari satu pusingan mungkin 1000 kJ. Jawapan ini dapat
diperoleh melalui formula matematik.

Sains Sukan Gunaan


Bidang ini adalah lebih kepada aplikasi ilmu sukan daripada skop bidang
tulennya. Tenaga yang diperlukan untuk berlari hendaklah mempertimbangkan
faktor-faktor lain seperti keadaan lantai itu. Jadi, pengiraan menjadi lebih rumit
dan terdedah kepada banyak ketidakpastian.

Sains Sukan Generik


Bidang ini selalunya diterjemahkan sebagai satu ilmu berkaitan kesukanan.
Banyak yang selalunya menganggap sains sukan ini adalah satu bidang atlet
yang melibatkan semata-mata permainan dan sukan seperti bola jaring, bola
sepak, ping-pong dsb. Namun, anggapan ini bukannya semuanya salah. Dalam
sains sukan generik, ia merupakan aplikasi ilmu daripada sains dalam
meningkatkan kecergasan seseorang supaya menjadikan sukan sebagai alat
yang boleh menyihatkan badan dan tidak mencederakan anggota badan ekoran
daripada kesalahan teknik bersukan. Tambahan pula, ilmu ini adalah bertujuan
untuk mempertingkatkan kecergasan dan prestasi pencapaian individu dan
berkumpulan dalam konteks sukan. Di samping itu, sukan ini juga merupakan
satu alat sebagai permainan di arena antarabangsa bahkan melalui pertandingan
mahupun hiburan melalui media massa.

Matlamat Sains Sukan


Matlamat kewujudan sains sukan adalah seperti berikut:

Pertumbuhan organ: Kecergasan dan kecerdasan seseorang amat


dipengaruhi oleh kesihatan individu. Dari segi biologi, orang yang aktif
dapat menjamin tumbesaran organ yang sihat. Contohnya, kekuatan otot
purkenje pada organ jantung dapat dipertingkatkan jika seseorang
melakukan lari anak secara rutin. Namun, teknik lari anak yang tidak
sesuai akan mencederakan bahagian-bahagian lain seperti kaki. Jadi,
dengan adanya ilmu sains dalam sukan, seseorang akan memakai kasut
yang sesuai untuk menyelesakan kaki di samping mempertingkatkan
aktiviti jantung semasa melakukan jogging.

Pertumbuhan fizikal: Fizikal adalah pandangan luaran seseorang.


Individu yang sihat badannya dapat menjamin kesihatan keseluruhan
badan dari segi kelihatan luaran. Contohnya, seseorang gimnas
mempunyai badan yang kuat dan tegap dapat memakai baju jenis "body
fit" sudah pasti membuktikan keterampilannya di tempat kerja mahupun di
tempat awam. Orang yang sihat badan selalunya mampu melakukan
pelbagai aktiviti serta bergiat aktif dalam program-program seperti tarian,
drama, muzik, maraton, dsb. Selain itu, kesihatan fizikal merupakan faktor
pertama yang mempengaruhi keputusan pihak atasan untuk membuat
pilihan untuk sesuatu kerja ataupun projek.

Pertumbuhan otot-saraf dan kemahiran: Koordinasi otot dan saraf


adalah penting dalam melicinkan pergerakan seseorang. Jika seseorang
sentiasa melalukan sesuatu aktiviti seperti membongkokkan badan, sudah
pasti ia bukan satu masalah baginya, melakukan senam robik sebab otot
dan saraf sudah biasa dengan pergerakan sedemikian. Sebaliknya,
seseorang akan berasa lesu dan sakit jika koordinasinya tidak selaras
dengan kehendak individu. Kemampuan untuk melakukan pergerakan
yang luar biasa juga dapat menjamin kemahiran seseorang dalam bidang
tersebut.

Pertumbuhan emosi dan sosial: sukan adalah satu saluran yang baik
untuk meluahkan perasaan marah, tekanan stres, dan frustrasi. Ia juga
dapat melatih seseorang supaya menjadi optimis dan ring. Telah
dipercayai sukan boleh merangsang perembesan hormon riang
"serotonin" yang boleh menjadikan individu berasa gembira dan positif.
Selain itu, sukan dan latihan yang dijalankan secara berkumpulan juga
boleh merapatkan hubungan antara sesama yang lain. Dalam kumpulan,
kita juga dapat mewujudkan suatu persaingan yang positif semasa
bermain "game".

Pertumbuhan insan dan negara: manusia harusnya sentiasa aktif dan


cergas. Dengan adanya populasi yang sihat, barulah negara menjadi kuat.
Kekuatan ini adalah disebabkan manusia yang sihat dari fizikal boleh
menyumbang tenaga buruh; sihat mental boleh memberi idea yang baru
kepada negara, sihat sahsiah membantu perpaduan dan persefahaman
satu negara. Selain itu, sukan memainkan peranan penting dalam
menjalin hubungan dengan negara lain seperti Sukan Komenwel, Olimpik,
SUKOM etc.

Anda mungkin juga menyukai