Anda di halaman 1dari 3

Antara tema yang lazim digunakan untuk soalan penulisan karangan Bahasa

Melayu adalah tema yang berkaitan dengan persekitaran pelajar. Walaupun


pelajar mampu memberikan isi dan huraian yang tepat tetapi guru akan
menilai huraian pelajar sama ada menarik atau pun tidak. Berikut dikongsikan
contoh karangan kebaikan bersukan untuk kesihatan fizikal dan mental
sebagai panduan.

Aktiviti bersukan dalam kalangan masyarakat kita semakin hari semakin


meriah jika dilihat secara menyeluruh. Penyertaan masyarakat dalam aktiviti
sukan seperti acara larian sempena kebajikan atau anjuran pihak berkuasa
tempatan, pasti ramai yang akan turut serta untuk berlari atau berjoging pada
hujung minggu bersama anak-anak atau rakan-rakan.

Budaya yang baik ini wajar diteruskan oleh kebanyakan masyarakat kerana
faedah daripada bersenam atau bersukan sangat memberi manfaat kepada
kita semua. Tambahan pula, atlet profesional negara yang beraksi diperingkat
dunia menyemarakkan lagi semangat kesukanan dalam diri setiap anggota
masyarakat di Malaysia.

Sukan secara definisi bermaksud segala kegiatan yang memerlukan gerak geri
fizikal dan kemahiran serta tenaga seseorang individu. Aktiviti fizikal ini
mempunyai pelbagai tujuan sama ada untuk mengisi masa lapang,
berseronok bersama rakan-rakan atau berlatih untuk menyertai pertandingan
sukan.Sebelum berlakunya era globalisasi, sukan adalah satu aktiviti riadah
antara masyarakat pada waktu lapang.

Tetapi, kini sukan merupakan satu industri yang mampu menyumbang kepada
ekonomi negara dengan mewujudkan pelbagai sector pekerjaan dan
keuntungan. Terpulanglah kepada kita untuk menyertai sesuatu aktiviti sukan
untuk bersahaja atau secara serius kerana banyak kebaikan yang diperoleh
daripada bersukan untuk kesihatan fizikal dan mental kita.

Isi 1 – Meningkatkan komposisi badan,


perkembangan otot, kekuatan tulang
Dari segi fizikal, aktiviti sukan baik untuk meningkatkan kompisisi badan
secara menyeluruh. Hal ini kerana apabila seseorang melakukan aktiviti sukan
seperti berenang, individu tersebut perlu merenggangkan badan terlebih
dahulu sebelum masuk ke dalam kolam renang dan berenang mengikut
teknik yang betul.
Jika aktiviti regangan atau pemanas badan tidak dilakukan, badan atau otot
kita berisiko untuk cedera. Sukan renang misalnya dapat membantu
perkembangan otot di bahagian tangan, badan dan juga kaki disebabkan
perenang memerlukan daya untuk menggerakkan otot-otot serta
menghadapi rintangan air di dalam kolam renang. Tuntasnya, bersukan dapat
meningkatkan komposisi badan secara fizikal.

Isi 2 – Mengelakkan penyakit, serangan jantung


Pada masa yang sama, kebaikan bersukan dari segi fizikal seseorang adalah
untuk mengelakkan penyakit. Bersukan dapat mengurangkan risiko kita
diserang penyakit seperti serangan jantung kerana kita telah membina
ketahanan diri melalui aktiviti sukan. Aktiviti sukan yang mempunyai intensity
tinggi seperti berlari, berenang dan bermain futsal akan meningkatkan tahap
kardiovaskular diri yang melancarkan peredaran darah ke seluruh badan dan
menyihatkan jantung kita.

Persis kata mutiara, mencegah lebih baik daripada merawat. Orang ramai
digalakkan untuk menyertai aktiviti-aktiviti sukan agar risiko penyakit dalam
kalangan masyarakat dikurangkan dan lahir komuniti yang sihat sejahtera. Jika
aktiviti sukan ini digabungkan dengan pemakanan yang seimbang, anda telah
berjaya menggayakan amalan hidup sihat seperti yang digalakkan oleh
pegawai kesihatan. Jelas bahawa bersukan dapat membantu kita untuk
mengelakkan diri daripada penyakit-penyakit.

Isi 3 – Meningkatkan perkembangan minda


Dari segi mental pula, aktiviti sukan menyumbang kepada perkembangan
minda. Permainan sukan seperti bola sepak dan badminton memerlukan
pemain untuk mematuhi peraturan yang dikenakan dan mendapatkan
kemenangan daripada pihak lawan. Pemain akan diuji dari segi fizikal dan juga
mental untuk menggabungkan kemahiran diri dan menghasilkan gerakan
yang terbaik untuk menendang bola atau membuat pukulan libas kepada bulu
tangkis.

Dalam sebuah pertandingan sukan yang professional, atlet akan mendapat


bimbingan daripada jurulatih atau pengurus pasukan untuk melaksanakan
strategi atau formasi terbaik bagi mendapatkan objektif permainan. Secara
langsung minda kita akan terbuka untuk melihat potensi dan merealisasikan
pergerakan-pergerakan tertentu berdasarkan kemampuan fizikal masing-
masing. Perkembangan kognitif pada minda melalui latihan dan ingatan ini
dapat mencerdaskan minda kita persis slogan badan cergas otak cerdas.
Isi 4 – Menambah keyakinan diri
Akhir sekali, kebaikan yang diperoleh daripada aktiviti sukan dari sudut mental
seseorang adalah dapat meningkatkan keyakinan diri. Masih terdapat
segelintir manusia yang takut untuk mencuba aktiviti sukan kerana risau tidak
mahir seperti orang lain. Sebaliknya, kita hanya perlu mencuba dan jika
berjaya ia akan meningkatkan keyakinan diri kita ke satu tahap yang lebih
baik. Bak kata pepatah, belakang parang kalua diasah, nescaya tajam juga.

Walaubagaimanapun bentuk badan, berat badan dan rupa para, kita boleh
menyertai apa sahaja aktiviti bersukan asalkan mendapat bimbingan daripada
mereka yang berkemahiran atau profesional. Secara saintifiknya, bersenam
atau bersukan akan membantu badan kita melepaskan hormon endorphin
iaitu hormon kebahagiaan seseorang yang membantu mengurangkan tekanan
hidup serta mengelakkan masalah fikiran negatif. Intihannya, bersukan dapat
menambah keyakinan diri seseorang.

Isi-isi penting lain yang berkaitan:

1. Menambah kualiti tidur


2. Mengelakkan tekanan dan kemurungan
3. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan pergaulan
Penutup
Konklusinya, bersukan memberikan manfaat yang banyak kepada fizikal dan
mental kita secara langsung dan tidak langsung. Aktiviti yang sihat ini wajar
digalakkan kepada segenap masyarakat tanpa kira usia kerana faedah
disebaliknya sangat banyak dan rugi jika tidak diamalkan. Kerajaan juga telah
menyediakan pelbagai infrastruktur untuk kita melakukan aktiviti sukan seperti
padang awam dan juga pusat rekreasi. Terserah kepada kita sebagai
masyarakat umum sama ada ingin menjadi masyarakat yang sihat dengan
menyertai aktiviti sukan atau hanya duduk di rumah menonton kandungan
televisyen dan internet sambil memakan makanan segera. Tepuk dada tanya
selera.

Related : memberikan faedah, kegiatan sukan, tubuh badan, sia sia, datuk lee
chong wei, berharga bagi setiap individu atau masyarakat, sukan negara,
membuang masa, bersukan juga dapat mengisi masa, mengeluarkan peluh
untuk bersukan, penglibatan masyarakat dalam bidang sukan, pelbagai
faedah, mengeratkan hubungan,

Anda mungkin juga menyukai