Anda di halaman 1dari 2

Isi-isi penting

 Meningkatkan tahap kesihatan diri


 Membina keyakinan dan ketrampilan diri
 Memupuk nilai-nilai kehidupan
 Membanteras gejala tidak berfaedah
 Memupuk perpaduan masyarakat

Pendahuluan

Sukan merupakan salah satu aktiviti masa lapang yang menjadi aktiviti kegemaran sebahagian
masyarakat di Malaysia. Ini kerana sukan membawa banyak faedah kepada manusia dalam pelbagai
aspek.

Isi 1

Manfaat utama dalam menyertai aktiviti sukan adalah ia dapat meningkatkan tahap kesihatan diri secara
fizikal dan juga mental. Dari sudut biologi, bersukan dapat meningkatkan kesihatan kardiovaskular,
kekuatan otot dan kebolehan aerobik. Individu yang bersukan juga dapat mengawal berat badan jika
bersukan dengan kerap dan mengurangkan risiko menghidap penyakit berbahaya seperti serangan
jantung, strok dan juga diabetis.

Isi 2

Di samping itu, bersukan dapat membantu membina keyakinan dan ketrampilan diri seseorang individu.
Hal ini kerana, disebalik setiap aktiviti sukan, kita akan didedahkan dengan pelbagai nilai-nilai
kehidupan. Bak kata pepatah, adat pertandingan, ada kalah ada menang. Dengan menyertai aktiviti
sukan dan bertanding, kita akan merasai perasaan apabila menang atau kalah. Sepertimana dalam
kehidupan, ada waktu kita akan mengalami kekalahan atau kekecewaan dan pengajarannya adalah
bagaimana untuk kita bangkit dan mengecapi kejayaan.

Tambahan pula, dalam aktiviti sukan yang melibatkan rakan sepasukan, kita akan belajar untuk
bekerjasama dan bertoleransi dalam mencapai suatu misi. Sekiranya nilai-nilai murni ini dapat disemat
dalam diri generasi muda, kelak mereka akan menjadi individu yang berkeyakinan tinggi serta
mempunyai ketrampilan diri yang terbaik. Intihannya, bersukan dapat melahirkan masyarakat yang kaya
dangan nilai murni dan berketrampilan tinggi.

Isi 3

Pada masa yang sama, faedah dinikmati oleh masyarakat yang aktif dalam bersukan adalah dapat
membanteras perlakuan gejala-gejala negatif. Mutakhir ini, pelbagai gejala sosial yang negatif berlaku
dalam kalangan remaja khususnya. Situasi ini dapat dibendung jika ibu bapa atau pihak berkuasa
memastikan golongan terbabit bergiat aktif dalam sukan sebagai aktiviti di masa lapang.

Selain itu, jika aktiviti sukan dilakukan bersama-sasam ahli keluarga, pastinya ia dapat merapatkan lagi
dan eratkan silaturrahim antara satu sama lain. Anak-anak akan berasa disayangi kerana ibu dan bapa
meluangkan masa bersama melakukan aktiviti yang seronok dan menarik. Jelasnya, bersukan
memebrikan faedah dimana gejala negatif dapat dibendung dalam kalangan masyarakat.

Isi 4
Dari sudut pandang lain, manfaat bersukan adalah membuka peluang kerjaya kepada masyarakat.
Sehingga hari ini, kita telah berjaya melahirkan ramai atlet bertaraf antarabangsa tamsilnya, Datuk Lee
Chong Wei dan Datuk Nicol Ann David yang berjaya merangkul pelbagai kejuaraan di peringkat dunia.
Kerjasama antara Kementerian Pendidikan serta Kementerian Belia dan Sukan adalah penting dalam
memujudkan rancangan pembangunan atlet sukan di dalam negara. Sekolah Sukan yang diwujudkan
wajar diperkasa dan setiap negeri hendaklah menganjurkan lebih banyak pertandingan sukan untuk
mencungkil bakat-bakat yang ada dalam kalangan rakyat di Malaysia.

Penubuhan Institusi Sukan Negara (ISN) menunjukkan kesungguhan pentadbiran negara untuk
membangunkan sukan negara berteraskan sains sukan. Dengan infrastruktur yang lengkap ini, tiada
alasan lain untuk para atlet negara menjadikan sukan sebagai profesion utama mereka dan bersaing di
peringkat antarabangsa. Persis kata peribahasa, dayung sudah di tangan, perahu sudah di air. Jelas
bahawa antara faedah bersukan adalah ia memberikan peluang pekerjaan kepada masyarakat.

Penutup

Kesimpulannya, banyak faedah yang diperoleh masyarakat jika menyertai aktiviti sukan dengan aktif.
Sebagai manusia, kita perlu mengimbangkan masa bekerja, berehat, beribadat dan bersukan atau
beriadah supaya kesihatan fizikal dan mental tejamin. Marilah kita bersama-sama menjalankan obligasi
menjadi manusia terbaik dengan menggalakkan diri serta orang sekeliling kita untuk bersukan supaya
faedah yang banyak dapat diperoleh bersama.Bak kata pepatah hendak seribu daya, tak hendak seribu
dalih. Semoga segala usaha merancakkan aktiviti kesukanan di setiap peringkat umur diberi sokongan
dan disertai oleh masyarakat demi kemaslahatan bersama.

Anda mungkin juga menyukai