Anda di halaman 1dari 12

1 2

PEMARKAHAN TUGASAN E FORUM JUMLAH

RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011

QGJ3033 SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI TAJUK TUGASAN

KERTAS KONSEP SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI

KUMPULAN UPSI11(A122PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA MOHD JASMIN BIN CHE LONG NO. ID D20102042811 NO. TELEFON 019-4966476

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. NUR IKHWAN BIN MOHAMAD TARIKH SERAH:

ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan 2.0 Konsep 3.0 Definisi Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi 4.0 Kepentingan Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi 5.0 Program Senamrobik 1Murid 1Sukan 6.0 Penutup Brosur Rujukan

Halaman 2 2 3 4 6 8 10 11

1.0 Pengenalan Sukan dianggap sebahagian daripada elemen yang penting dalam kehidupan masyarakat moden masa kini. Sukan bukan sahaja dianggap sebagai medium riadah tetapi ianya menjadi simbol perpaduan, sumber ekonomi dan wadah keakraban keluarga. Sejak tahun 1983 lagi, kerajaan Malaysia sangat menggalakkan penyertaan rakyat dalam bidang sukan dan rekreasi ini. Melalui perlaksaan program Malaysia Cergas yang bertujuan untuk menggalakkan perglibatan seluruh rakyat Malaysia dalam pelbagai bidang sukan dan rekreasi. Program ini juga bermatlamat untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang cergas, lasak dan terhidar dari penyakit sedentary seperti diabetes dan koronari. Melalui program ini juga dapat meningkatkan kesedaran kepentingan kecergasan kepada seluruh rakyat Malaysia.

2.0 Konsep Sukan sepanjang hayat dan rekreasi ini tidak berfokuskan pertandingan. Ianya merupakan satu medium riadah dan sosiologi. Pelaksanaan sukan sepanjang hayat adalah untuk mengekalkan kecergasan, medium mengisi masa lapang dan mengelakkan risiko penyakit sedentari seperti diabetes dan koronari. Ciri-ciri utama sukan sepanjang hayat dan rekreasi ini adalah ianya dilaksanakan pada masa senggang, intensitinya agak ringan dan bergantung kepada keupayaan individu yang melaksanakannya. Sukan sepanjang hayat dan rekreasi ini juga boleh dilaksanakan secara individu mahupun berkumpulan. Sukan sepanjang hayat dan rekreasi sememangnya digemari oleh semua orang yang aktif. Pelbagai aktiviti yang menarik dapat dilakukan yang berasaskan aktiviti air, darat, dan dalaman. Konsep utama sukan sepanjang hayat dan rekreasi ini adalah untuk mendapat kepuasan kendiri (personal fulfillment). Orang ramai yang gemar berekreasi ini biasanya melakukan aktivi yang digemari mereka untuk mendapatkan kepuasan kendiri. Dalam sukan sepanjang hayat dan rekreasi ini mempunyai konsep sosialisasi iaitu yang berkaitan dengan perawakan seseorang. Konsep ini memberi peluang kepada pelajar untuk lebih banyak bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Dengan ini para pelajar akan dapat meluaskan pergaulan mereka dan mempunyai hubungan yang baik diantara mereka. Sosialisasi ini juga dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk memupuk dan

mengamalkan nilai-nilai murni seperti kerjasama, bertolak ansur, toleransi, dan sebagainya. Konsep sukan sepanjang hayat dan rekreasi ini dapat membantu dalam pembentukan diri individu, pembangunan insan, pembangunan negara, kepimpinan, gaya hidup sihat, kecerdasan, pendidikan sepanjang hayat,dan dinamik kumpulan. Secara umumnya aktiviti sukan sepanjang hayat terbahagi kepada empat kategori iaitu: i. ii. iii. iv. sukan kecergasan ( senamrobik, jogging dan sebagainya ) sukan rekreasi ( berkayak, mendaki gunung dan sebagainya ) sukan dalaman ( catur, karom dan sebagainya ) sukan riadah ( memancing, memerhati burung dan sebagainya )

3.0 Definisi sukan sepanjang hayat dan rekreasi Sukan berasal dari aktiviti kesenggangan (leisure) yang dilaksanakan pada masa lapang. Matlamat asal sukan adalah untuk mengisi masa lapang, bersosial, meningkatkan kecergasan diri dan menghayati keindahan alam. Seiring dengan perkembangan semasa aktiviti sukan telah berkembang dari medium kesenggangan kepada medium permainan yang tersusun dan mempunyai undang-undangnya sendiri. Hanlon (2009), mendefinasikan sukan sebagai sebarang bentuk aktiviti fizikal yang berbentuk pertandingan dan dianjurkan secara teratur dengan undang-undang permainannya yang tersendiri. Manakala menurut organisasi Sport Accord, sukan mempunyai ciri-ciri berikut: i. ii. iii. iv. v. Mengandungi elemen pertandingan Mempunyai undang-undang dan peraturan yang spesifik serta tersendiri Tidak membahayakan pemain mahu pun penonton Melibatkan penggunaan peralatan yang spesifik Tidak bergantung kepada nasib semata-mata Rekreasi merupakan aktiviti yang dirancang pada masa lapang untuk tujuan keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan. Manakala kesenggangan pula membawa maksud masa terluang yang digunakan untuk melakukan aktiviti yang

menyeronokkan dan memberi kepuasan dalam diri individu. Menurut kamus, rekreasi bermaksud kegiataan yang menyeronokkan yang boleh menyegarkan kembali kesihatan badan dan melapangkan fikiran seperti riadah, beristirehat dan melalukan aktiviti yang dapat menghiburkan hati. Mengikut Ford (1981), rekreasi merupakan program yang meliputi penggunaan persekitaran yang semula jadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ia juga merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran, ilmu dan sikap khususnya penggunaan masa senggang. Mengikut Hammerman et.al (1985), sukan sepanjang hayat dan rekreasi merupakan landasan untuk mengenal pasti pelbagai pengetahuan dan ilmu yang boleh digunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Mengikut Knapp (1981), sukan sepanjang hayat dan rekreasi ialah alat untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan.

4.0 Kepentingan sukan sepanjang hayat dan rekreasi Sukan dapat meningkatkan disiplin murid. Individu yang mempunyai disiplin yang tinggi, mampu mengawal diri sendiri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Disiplin juga membentuk seseorang agar berkelakuan baik. Murid akan mematuhi arahan dan akur pada nasihat ibu bapa seperti menghormati orang yang lebih tua, bersopan santun dan taat pada agama. Seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya. Dia akan menentukan masa untuk bersukan dan masa untuk belajar. Biasanya, murid-murid inilah yang akan memberikan perhatian yang sepenuhnya ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Majlis Sukan Negara (MSN) sedar bahawa sukan mampu melahirkan insan yang sihat dari segi fizikal dan mental. Oleh sebab itu, MSN memberikan sokongan kepada kegiatan sukan dan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang dijalankan di sekolah. Tidak cukup dengan itu, pihak Kementerian Belia dan Sukan telah bekerjasama dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina lebih banyak sekolah sukan seperti Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Bagi mencapai kejayaan dalam kehidupan, seseorang harus berfikiran positif dan mempunyai keyakinan diri. Di samping itu, aktif bersukan membolehkan seseorang itu mempunyai akal yang sempurna untuk berfikir. Hal ini demikian kerana mereka akan berfikiran rasional untuk membuat keputusan dengan baik. Sukan juga menerapkan semangat berpasukan yang tinggi. Mereka sering berganding bahu untuk membantu pasukan menempa kejayaan. Murid yang aktif bersukan akan mempunyai semangat juang yang kental. Mereka juga berupaya untuk menerima kegagalan secara positif apabila kecundang dalam sesuatu pertandingan. Antara kepentingan sukan sepanjang hayat dan rekreasi ialah membantu meningkatkan kecemerlangan pelajar termasuklah memberikan hiburan, menyihatkan badan dan riadah. Sukan juga dapat meningkatkan disiplin murid, justeru mampu mengawal kendiri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan dan berkelakuan yang baik. Selanjutnya, pelajar akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya. Mereka akan memberikan perhatian berprihatin yang sepenuhnya ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Rentetannya, mampu melahirkan insan yang sihatri segi fizikal dan mental, sekali gus berfikiran positif dan berkeyakinan diri. Selain itu, aktif bersukan membolehkan seseorang itu mempunyai akal yang sempurna untuk berfikir rasional dapat dilahirkan. Sukan sepanjang hayat dan rekreasi merupakan sebahagian aktiviti hidup rakyat dan penduduk yang memberi manfaat kepada individu, masyarakat dan perhubungan antarabangsa. Sukan perlu mendapat pengiktirafan yang sewajarya seperti mana keperluan asasi yang lain umpamanya pendidikan sebagai kegiatan pembangunan negara. Sukan juga diharapkan dapat membina sebuah masyarakat yang berdisiplin, cergas, sihat dan berdikari. Selain itu, sukan juga merupakan satu aktiviti yang paling berkesan dan mempunyai potensi untuk menolong seseorang itu memperolehi sebanyak-banyak keseronokan dan kepuasan dalam hidup, mencapai nilai terpuji hidup (quality of life) dan keperluan asas manusia. Kepentingan sukan juga adalah satu penglibatan pembangunan sosial melalui penyertaan beramai-ramai sama ada ahli keluarga, sahabat handai, masyarakat setempat dan masyarakat luar. Sukan dapat menggalakkan pergaulan, persaingan yang sihat dan mengeratkan perhubungan sosial serta melahirkan masyarakat yang bersatu padu.

Sukan juga

berperanan

penting dalam mempertingkatkan elemen psikomotor

masyarakat. Melalui sukan, masyarakat dapat mempertingkatkan tahap kecergasan mereka seterusnya dapat menghindari daripada penyakit sedentary seperti diabetes dan penyakit krononari. Sukan juga dapat mempertingkatkan kemahiran psikomotor individu seperti berlari, melompat dan menangkap. Kemahiran kemahiran psikomotor ini penting dalam melahirkan pekerja yang cekap, aktif dan cekap. Penguasaan kemahiran ini pastinya dapat meningkatkan tahap produktiviti sesebuah negara. Peningkatan kemahiran mewujudkan suatu budaya masyarakat yang aktif dan progresif. psikomotor juga dapat membolehkanindividu bertindak balas dengan pantas dan tepat. Keupayaan ini pastinya akan

5.0 Program Senamrobik 1Murid 1Sukan Senamrobik 1Murid 1Sukan bertujuan untuk menghidupkan kembali dan mengaktifkan semula aktiviti senamrobik di sekolah selaras dengan: i. Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 10/1988: Senaman Beramai-ramai Untuk Meningkatkan Kecergasan Dan Tahap Kesediaan Murid dan Guru Untuk Bersukan Disamping Melibatkan Penyertaan Beramai-Ramai; dan ii. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 juga memperakukan: Sekolah-sekolah hendaklah mengadakan senaman beramai-ramai yang melibatkan penyertaan semua murid. Aktiviti senamrobik merupakan sesi senaman memanaskan badan yang menarik sebelum melaksanakan aktiviti bersukan. Melalui senamrobik, tahap kesediaan untuk melakukan aktivtiti daripada intensiti rendah ke tahap intensiti tinggi akan lebih terancang di samping membantu meransang otot dan tubuh badan secara teratur. Aktiviti senamrobik merupakan senaman yang terancang yang boleh dilakukan beramai-ramai untuk meningkatkan kecergasan disamping memperoleh keseronokan dan ketenangan minda. Senamrobik merupakan aktiviti fizikal yang merupakan salah satu cara senaman yang mampu meningkatkan prestasi paru-paru dan mengurangkan implikasi saluran darah tersumbat

disebabkan kolesterol. Melalui aktiviti senamrobik, murid-murid dan guru-guru dapat meningkatkan kecergasan fizikal seterusnya mampu melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih. Keupayaan fizikal yang optimum melalui aktiviti senamrobik meningkatkan kecergasan serta kesihatan dan minda yang cerdas terletak kepada tubuh yang sihat. Setiap individu boleh meningkatkan kecergasan fizikalnya hingga ke tahap maksima. Aktiviti senamrobik merupakan salah satu aktiviti kecergasan fizikal yang seimbang, terdiri dari gabungan senaman yang boleh meningkatkan daya kadiovaskular atau daya tahan aerobik, kekuatan otot, ketahanan dan kelenturan. Selain daripada itu, aktiviti senamrobik juga meningkatkan kecergasan pelakuan psikomotor yang melibatkan kelajuan, keseimbangan, koordinasi, kuasa dan ketangkasan. Senamrobik juga adalah satu aktiviti yang amat sesuai dilakukan oleh semua lapisan masyarakat dan peringkat umur. Aktiviti senamrobik amat penting dijadikan amalan kerana senamrobik: i. ii. iii. iv. merupakan faktor utama dalam membantu mengurangkan tekanan dan stress serta meningkatkan kekuatan fungsi otak; dapat meningkatkan daya tahan otot jantung dan mencegah daripada penyakit jantung dan pembuluh darah; dapat meningkatkan keupayaan aerobik dan psikomotor; dan dapat menurunkan kadar lemak dalam badan serta mengekalkan berat badan sihat Senamrobik 1Murid 1Sukan merupakan landasan bagi sekolah melaksanakan aktviti senamrobik di sekolah sebagai aktiviti amalan sepanjang tahun di semua sekolah seluruh negara. Aktiviti senamrobik ini juga boleh dilakukan dalam semua program di sekolah kerana ianya dapat menceriakan program yang dianjurkan dan berupaya memeriahkan aktiviti sukan di sekolah. Seterusnya aktiviti senaman yang menarik ini akan dapat mengekalkan lajakan berterusan pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan. Aktiviti senamrobik dapat dipraktikkan di dalam kehidupan seharian murid-murid sejak dari kecil sehingga dewasa dan seterusnya menjadikan amalan gaya hidup sihat dan aktif kepada semua masyarakat. Akhir sekali adalah diharapkan murid-murid dapat melibatkan diri

dalam aktiviti sukan secara menyeluruh dan bersepadu bagi menjayakan dasar 1Murid 1Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia. Matlamat mengadakan aktiviti senamrobik ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat, dan membudayakan senaman sebagai amalan yang rutin sepanjang kehidupan mereka. Menerusi senamrobik, setiap murid akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, aktiviti senamrobik ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid supaya yakin melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan. Senamrobik 1Murid 1Sukan perlu dijadikan amalan di sekolah bagi mencapai objektif berikut: i. ii. iii. iv. v. meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk bersukan; melibatkan penyertaan semua murid; mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas; mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul; meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat esprit de corp; Pelaksanaan Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia diharapkan dapat mengembalikan semula keaktifan aktiviti senamrobik di sekolah. Senamrobik ini juga diharapkan sebagai satu platform bagi warga pendidikan memulakan amalan atau budaya bersukan dengan cara yang mudah dan menyeronokkan. 6.0 Penutup Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sejumlah besar kewangan kepada jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk melaksanakan pelbagai aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi. Aktiviti-aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi seperti sukan kecergasan, sukan rekreasi, sukan dalaman dan sukan riadah. Sukan sepanjang hayat dan rekreasi ini merupakan aktiviti riadah dan medium pembentukan kecergasan juga agen pemupukan gaya hidup sihat. Aktiviti sukan ini dapat membentuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Sukan sepanjang hayat dan rekreasi ini pasti akan

menjadi sebahagian penting dalam proses kehidupan masyarakat Malaysia. Secara umumnya. aktiviti sukan di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu sukan berprestasi tinggi dan sukan sepanjang hayat. Kedua-dua jenis sukan ini di pantau oleh badan kerajaan yang khusus iaitu Majlis Sukan Negara (MSN) untuk sukan berprestasi tinggi dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk sukan sepanjang hayat dan rekreasi. Semoga penglibatan aktif masyarakat Malaysia dalam kedua-dua kategori sukan ini akan melahirkan warga yang aktif, cergas dan bebas daripada penyakitsedentari.

10

Rujukan Bammel, G., & Bammel, L. L. B. (1996). Leisure and Human Behavior. Iowa: WC Brown Co. Publishers. Barnett, L. A. (2006). Accounting for Leisure Preferences from Within: The Relative Contributions of Gender, Race or Ethnicity, Personality, Affective Style, and Motivation Orientation. Journal of Leisure Research, 38(4), 445-474. Bunting, C. J. (2006). Interdisciplinaryn teaching through outdoor education. Illinois: Human Kinetics. Iskandar, Y., & Kaeh, A. R. (1978). Sejarah Melayu (Edisi Shellabear): Satu perbicaraan kritis dari pelbagai bidang. Kuala Lumpur: Hanemann Education Books (Asia) Ltd. Md Taff, M. A. (2011a). Kerelevenan pendidikan luar dalam sistem pendidikan tinggi di Malaysia. ASEAN Journal of teaching and Learning in Higher Education, 3(1), 11 -27. Md Taff, M. A. (2011b). Pendidikan Luar: Definisi, falsafah dan aplikasi. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mohd Salleh, A.(2006). Pengurusan sukan: Aplikasi di Malaysia (Eds). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Nordin, A. B., Abdul Hamid, M.N., Abdul Kadir, R. (2000). Meniti zaman: SITC, MPSI, IPSI, UPSI. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. Sallehudin, J. (2009). Kecergasan fizikal dalam sukan (Eds). Selangor; Karisma Publications.

11

Anda mungkin juga menyukai