Anda di halaman 1dari 7

PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 2

DISEDIAKAN OLEH
MOHD AMIR BIN ABDUL RAHIM
TAJUK : VOLI BELON
( BUKU TEKS MS 22&23)
• Assamualaikum murid-murid semua,bertemu lagi kita semua pada hari ni
dalam matapelajaran pendidikan jasmani.Hari ini kita semua akan belajar
tajuk baru iaitu ‘ voli belon’
• Peralatan yang perlu kita gunakan untuk bermain permainan ini adalah belon
dan raket badminton.Sekiranya murid tiada raket badminton,boleh juga bet
pingpong.
PERALATAN VOLI BELON
CARA BERMAIN

• Mula-mula kita hendaklah meniup belon terlebih dahulu.Jangan meniup belon


terlalu besar atau terlalu kecil.Tiuplah belon dengan saiz sederhana
sahaja.Sekiranya belon yang ditiup itu terlalu besar akan menyebabkan
belon tersebut mudah pecah manakala belon yang kecil pula akan
menyukarkan untuk membuat imbangan diatas raket.
• Selepas meniup belon dengan saiz yang diidamkan,perlulah kita ikat belon
tersebut dengan ketat.
LANGKAH-LANGKAH

• Langkah yang pertama,murid-murid perlu menimbang belon tersebut dengan


menggunakan tapak tangan dan tanpa bergerak.Perlu berdiri statik di satu tempat
dan cuba imbangkan belon tersebut.
• Langkah yang kedua,murid-murid menimbang belon tersebut dalam keadaan
bergerak.Jangan bergerak dengan terlalu cepat semasa menimbang belon.Cukup
hanya bergerak dengan perlahan-lahan sahaja.
• Langkah yang ketiga,murid-murid perlu menimbang belon tersebut dengan
menggunakan raket badminton atau bet pingpong.Jangan pukul dengan terlalu kuat.
CARA BERMAIN KUMPULAN

• Murid berada dalam kumpulan yang dipilih


• Permainan dimulakan dengan memukul belon keatas rakan
• Setiap ahli kumpulan mesti memukul belon sekali sebelum memukul ke
gelanggang lawan.
• Mata dikira jika pemain dapat memukul belon melepasi jarring setelah tiga
pukulan
• Kumpulan yang mendapat 10 mata dahulu dikira pemenang.

Anda mungkin juga menyukai