Anda di halaman 1dari 5

1.0) APA ITU TGFU ?

Model ini telah diperkenalkan oleh James Torpe iaitu merupakan seorang atlet
Amerika Syarikat. Model ini mengatakan bahawa teknik pengajaran dalam
pendidikan jasmani untuk mengajar atau melatih seseorang individu dalam teknik
dan kemahiran permainan tidak menyumbang kepada kejayaan, menambah
pengetahuan mahupun pengajaran dan pendidikan jasmani sedia ada. Teaching
Games for Understanding merupakan satu konsep pengajaran dan pembelajaran
yang dihasilkan oleh David Bunker dan Rod Thorpe pada tahun 1982 di Universiti
Loughboroungh. TGFU merupakan suatu pengajaran permainan untuk kefahaman
yang dapat menarik minat dan perhatian kanak-kanak di dalam atau di luar bilik
darjah supaya mereka tidak berasa bosan. Merujuk kepada buku kaedah Mengajar
Pendidikan Jasmani yang ditulis oleh Mohd Sofian Omar Fauzee, TGFU ini adalah
lebih berfokus terhadap pemahaman yang menyeluruh pada setiap permainan.

TGFU ini adalah lebih berfokus terhadap pemahaman secara menyeluruh pada
setiap permainan. Pelajar-pelajar dapat memahami sesuatu prinsip atau konsep
dalam sesuatu permainan. TGFU juga menekankan kepada meningkatan tahap
aktiviti fizikal. TGFU dilakukan pada sekolah menengah dan rendah agar mereka
berasa seronok untuk dalam aktiviti fizikal. Melalui TGFU, pelajar bukan sahaja
bergiat aktif untuk mencapai markah yang tinggi dan menjadi pemenang, malah
penting juga untuk mereka belajar untuk membuat keputusan yang tepat dan sesuai
dengan serta merta dalam proses permainan. TGFU adalah lebih bebas dan tidak
mempunyai terlalu banyak peraturan. Hal ini disebabkan kerana TGFU lebih
mengutamakan pengajaran dan pembelajaran dengan seronok. Terdapat 4 kategori
TGFU yang disediakan iaitu serangan,memadang, menjaring dan memukul.

2.0) KATEGORI TGFU YANG DIPILIH

Kategori TGFU yang dipilih berdasarkan tugasan ini ialah kategori serangan.
Serangan merupakan permainan yang dimainkan secara berpasukan. Kategori
serangan ini memerlukan dua pasukan. Dalam jangka masa yang tertentu, dua
pasukan perlu tersebut masuk ke dalam pasukan pihak lawan dan mengumpul mata.
Antara contoh permainannya ialah bola sepak, bola baling, bola jaring dan
sebagainya.
3.0) PERMAINAN YANG DIPILIH

Setelah membuat keputusan, permainan yang dipilih untuk dimainkan untuk kategori
serangan ini ialah bola jaring. Bola jaring ialah satu permainan yang boleh dimain
secara tertutup mahupun terbuka. Permainan ini menggunakan bola yang
dinamakan
bola jaring. Seterusnya, ianya dimainkan secara dua pasukan dan seramai 14 orang
pemain. Sebuah pasukan dianggotai seramai 7 orang. Terdapat 7 posisi utama iaitu
Center, Wing Attack, Goal Attack, Goal Shooter, Wing Defend, Goal Defend dan
Goal Keeper.

4.0) BAGAIMANAKAH TGFU ITU DIMAINKAN ?

4.1) NAMA TGFU

Berdasarkan tugasan ini, nama yang telah dipersetujui ialah score to goal. Score
to goal dipilih kerana semasa di stesen terakhir nanti, setiap pasukan perlu
bekerjasama untuk mendapatkan mata bagi kumpulan mereka

4.2) STESEN 1 (PERINGKAT PERMULAAN)

Prosedur dan peraturan

1) Pada permulaannya, para peserta perlu membuat warming up sebelum


memulakan sesuatu permainan. Warming up tersebut dimulakan dengan bahagian
kepala dan diakhiri dengan bahagian kaki.
2) Seterusnya peserta dibahagikan kepada dua orang satu kumpulan. Peserta
perlu duduk secara berpasangan.
3) Setiap kumpulan dibekalkan dengan satu biji bola jaring. Tujuan bola jaring
dipilih kerana ianya besar dan mudah untuk dikawal.
4) Peserta perlu membuat balingan asas secara mendada kepada pasangan
mereka. Para peserta tidak dibenarkan untuk membaling dengan menggunakan cara
yang lain.
5) Semakin lama waktu membaling, peserta perlu melangkah setapak
kebelakang. Hal ini berterusan sehingga peserta berundur sebanyak 3 tapak.
Pada peringat awal ini, para pelajar perlu menguasai balingan mereka agar tidak
berlaku sebarang kecederaan yang serius. Para pelajar perlu fokus sewaktu
membaling dan menerima bola daripada pasangan mereka. Tujuan peringkat ini
dilakukan supaya para peserta dapat mengasah kebolehan mereka untuk melakukan
aktiviti yang mencabar sewaktu di stesen seterusnya.

4.3) STESEN 2 (PERINGKAT PERTENGAHAN)

Prosedur dan peraturan

1) Seterusnya, setelah membuat balingan asas, para peserta dibahagikan


kepada 2 pasukan secara sama rata.
2) Peserta yang menyertai aktiviti TGFU kami ialah seramai 14 orang. Jadi, para
peserta dibahagikan seramai 7 orang satu pasukan.
3) Pada stesen ini, para peserta dibekalkan dengan tiga peralatan iaitu marker,
bola ringan dan bakul sampah.
4) Pengelola meletakkan jarak di antara marker dengan bakul sampah sebanyak
5 langkah. Pengelola meletakkan pemberat di dalam bakul sampah bagi
memudahkan peserta. Hal ini supaya mengelakkan daripada bola keluar daripada
bakul sampah dengan sewenang-wenangnya.
5) Pada setiap kumpulan, peserta perlu membaling bola masuk ke dalam bakul
sampah. Peserta tidak dibenarkan untuk membuat dua balingan atau lebih secara
serentak.
6) Pada akhir stesen ini, pasukan yang berjaya memasukkan bola dengan
kuantiti yang banyak akan diberikan kelebihan untuk memulakan permainan sewaktu
di stesen terakhir nanti.

Para peserta perlu bersungguh-sungguh kerana kemenangan pada stesen ini


membawa kelebihan yang agak besar kepada mereka sewaktu di stesen terakhir
nanti.

4.4) STESEN 3 (PERINGKAT AKHIR)

Prosedur dan peraturan

1) Setiap pasukan perlu memilih seorang daripada mereka untuk menjadi


penangkap bola.
2) Antara alatan yang digunakan ialah gelung rotan, kon, bib bola jaring dan
sebiji bola jaring.
3) Penangkap bola perlu berdiri di dalam gelung rotan. Bola perlu dihantar ke
penangkap bola.
4) Permainan ini dimulakan di tengah-tengah gelanggang yang telah diletakkan
kon berbentuk segi empat tempat di penjuru.
5) Ukuran bagi setiap bahagian segi empat tepat ialah 20 langkah bagi setiap
sisi
6) Peserta yang bermain perlu memakai bib bola jaring yang sama warna bagi
satu pasukan
7) Penangkap tidak dibenarkan untuk keluar dan menerima bola walaupun
hanya sebelah kaki jejak di dalam gelung rotan.
8) Permainan akan berakhir setelah sesebuah pasukan berjaya menjaringkan 5
gol.

Permainan score to goal ini dapat mewujudkan sikap bekerjasama antara


ahli pasukan untuk mencapai kemenangan. Setiap pasukan akan mengantar
bola sesama mereka untuk sampai ke penangkap bola. Mereka perlu fokus dan
percaya antara ahli pasukan agar mendapat kemenangan di akhir perlawanan.

Anda mungkin juga menyukai