Anda di halaman 1dari 6

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Unit Beruniform : Pengakap


Topik : Balutan dan Anduh
Sub Topik : Pengajaran balutan kain anduh (Balutan luka tangan dan bahu)
Tahun : 5 Venus
Tarikh : 11 OGOS 2021
Masa : 2.30 pm – 3.30 petang (1 jam)
Bilangan Murid : 36 orang
Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :

(a) Psikomotor: melakukan aktiviti balutan dengan betul.

(b) Kognitif: menerangkan cara balutan dengan betul.

(c) Afektif: meningkatkan kerjasama, bertanggungjawab dan tolong menolong semasa aktiviti dijlankan

Pengalaman sedia ada: Murid-murid pernah didedahkan tentang kegunaan kain anduh.

Penerapan Nilai : Bekerjasama, hormat-menghormati

Bahan Bantu Mengajar : Gambar, kertas mahjong, kain anduh


LANGKAH/ AKTIVITI ISI PELAJARAN AKTIVITI CATATAN
Set Induksi Kain Anduh: 1. Murid ditunjukkan kain anduh oleh Bahan Bantu
(5 minit) guru. Mengajar (BBM):
2. Murid ditanyakan oleh guru Kain Anduh, Gambar
mengenai kegunaan kain anduh
tersebut. Kemahiran Berfikir
3. Jawapan murid dikaitkan dengan (KB): Menganalisis
tajuk pelajaran oleh guru.
“Balutan dan Anduh”

Gambar Peti Pertolongan Cemas:

Langkah 1 Definisi pertolongan cemas dan 1. Murid diberikan penerangan oleh Bahan Bantu
(10 minit) jenis-jenis balutan luka: guru tentang apa yang diaksudkan Mengajar:
dengan pertolongan cemas seta alat Kertas Mahjong,
“first aid kit”. Kain Anduh
2. Murid diperkenalkan balutan luka
tangan dan bahu oleh guru serta
Balutan luka tangan
kecedaran yang terlibat. Kemahiran Berfikir:
3. Murid bersoal jawab dengan guru Menganalisis
berkaitan topik yang dipelajari.

Balutan luka bahu

Langkah 2 Demonstrasi cara ikatan balutan 1. Seorang murid dipilih secara rawak Bahan Bantu
Mengajar:
(15 minit) bagi: dan diminta untuk menampil ke
Kain Anduh
a. Balutan luka tangan hadapan.
2. Murid yang dipilih akan dilakukan
demontrasi ikatan balutan luka
tangan dan luka bahu ke atas dirinya
oleh gurut.
3. Murid tidak terlibat akan melihat dan
b. Balutan luka bahu
memahami cara guru merawat dan
memberi bantuan awal kepada
murid tersebut.
4. Murid dinasihati oleh guru tentang
perkara-perkara yang perlu diberi
perhatian semasa melakukan
balutan tersebut.
Langkah 3 Aktiviti Kumpulan 1. Murid dikehendaki memilih Bahan Bantu
(25 minit) pasangan. Mengajar:
2. Setiap pasangan dikehendaki Kain anduh.
memiliki sekurang-kurangnya satu
kain anduh Nilai:
Balutan Luka Tangan
3. Murid dikehendaki mendengar Bekerjasama, hormat-
arahan tugasan yang diberikan oleh menghormati.
guru.
4. Murid diminta tukar peranan selepas
seorang jadi mangsa. Kemahiran Berfikir:
5. Kumpulan yang sudah siap akan menjana idea
Balutan Luka Bahu
dinilai oleh guru melalui video
rakaman masing-masing.

PENUTUP Rumusan Pengajaran: 1. Murid ditanyakan oleh guru Kemahiran Berfikir:


(5 minit) Penutup Kognitif: mengenai jenis luka yang terdapat Menganalisis
Murid diminta menyebut Kembali isi pada anggota badan.
pelajaran pada hari ini. 2. Murid menjawab jenis ikatan
balutan yang sesuai bagi gambaran
Penutup Sosial: kecerderaan luka yang
Murid dinasihati untuk menyiapkan digambarkan oleh guru.
tugasan 3. Murid dinasihati untuk menyiapkan
tugasan yang diberikan mengikut
masa yang telah ditetapkan.

REFLEKSI SELEPAS PDP

Sepanjang aktiviti ini dijalankan, saya mampu menjalankan aktiviti pengajaran dalam masa yang ditetapkan. Saya
telah menggunakan masa dengan sepenuhnya untuk memastikan murid mencapai hasil pembelajaran satu langkah demi
satu langkah. Dengan ini, murid juga mempunyai masa yang mencukupi untuk melakukan beberapa ikatan anduh yang
asas. Hal ini adalah penting kerana kunci utama untuk melakukan anduh yang kemas dan cantik ialah sentiasa berlatih
untuk melakukan ikatan-ikatan yang asas.

Walaubagaimanapun, masih ada beberapa murid yang terlalu nakal dan tidak serius semasa berlatih tentang ikatan
anduh ini. Mereka sentiasa berbual-bual dengan kawan mereka didalam ruangan chat box dan juga mengacau ahli
kumpulan sehingga proses pembelajaran ini menjadi kurang efektif. Untuk menyelesaikan masalah ini, saya perlu
memberikan tugasan kepada mereka menjadi guru kecil didalam pembelajaran ini atau membimbing murid untuk menyanyi
lagu Pengakap Malaysia. Tindakan ini dapat mengawal murid-murid nakal kerana mereka tidak sempat untuk berbuat bising
tetapi perlu melaksanakan tugasan mereka dengan baik.

Sebagai kesimpulannya, aktiviti kokurikulum ini telah dijalankan dengan teratur dan kebanyakan murid telah mencapai
hasil pembelajaran yang ditetapkan. Walaubagaimanapun, guru perlu sentiasa memberi perhatian kepada beberapa murid
yang sentiasa berbuat bising supaya aktiviti dapat dijalankan dengan lancar.

Anda mungkin juga menyukai