Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Kokurikulum (Unit Unifom)


Unit Beruniform : Pengakap
Kelas : 5 VENUS
Bilangan Murid : 37 Orang
Tarikh : 14 JULAI 2020 (Rabu)
Masa : 2.30 – 4.30 Petang
Tajuk : Pertolongan Cemas
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat latihan atau demonstrasi pertolongan cemas di sekolah dan semasa
aktiviti sukan sekolah
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. Psikomotor : Membuat latihan pertolongan cemas dan memahami melakukan tindakan
pertolongan cemas dengan betul.
2. Kognitif : Menjelaskan objektif pertolongan cemas.
3. Afektif : Meningkatkan keyakinan diri melalui aktiviti yang dijalankan.
Penerapan Nilai : Bekerjasama, fokus, bersemangat dan bertanggungjawab

Bahan Bantu Mengajar : Speaker, slide powerpoint, komputer, google meet, video
AKTIVITI PENGAJARAN DAN
LANGKAH / MASA ISI PEMBELAJARAN CATATAN
PEMBELAJARAN
Permulaan Murid melihat situasi kecemasan melalui 1. Murid melihat tayangan video Penerapan nilai :
(5 minit) tayangan video. 2. Guru bertanyakan soalan kepada murid
Fokus
tentang apa yang perlu dilakukan dengan
Bahan Bantuan Mengajar:
menggunakan peti pertolongan cemas?
3. Murid memberikan sumbang saran terhadap Speaker, video
situasi tersebut.
4. Guru memberikan penerangan dan
bimbingan.
Perkembangan Murid menyanyikan lagu: 1. Murid mendengar muzik yang dipasangkan. Penerapan nilai :
(20 minit) - Negaraku 2. Guru meminta murid menyanyikan lagu
Fokus, kerjasama
- Selangor negaraku, Selangor dan Pengakap Sekolah
- Pengakap dengan bimbingan guru.
3. Guru memberi penerangan kepada murid Bahan Bantuan Mengajar:
Murid membaca ikrar Persetiaan tentang lirik lagu Pengakap. Speaker, slide google meet,
Pengakap dengan bimbingan guru. 4. Murid menyanyikan lagu Pengakap bersama- video
sama.

Perkembangan Murid mendengar penerangan berkaitan 1. Murid ditunjukkan paparan berkaitan Penerapan Nilai ;
(40 minit) pertolongan cemas. pertolongan cemas di dalam slaid. Fokus, bertanggngjawab.
2. Guru bertanyakan kepada murid perkara
berkaitan pertolongan cemas.
3. Murid memberikan sumbang saran berkaitan
pertolongan cemas.
4. Guru memberikan penerangan tentang
peralatan peti pertolongan cemas kepada
murid-murid.

Kemuncak Murid mendengar penerangan guru 1. Setiap murid ditunjukkan gambar berkaitan Penerapan Nilai :
(40 minit) tentang objektif pertolongan cemas. objektif pertolongan cemas.
Fokus,
2. Setiap murid memerhatikan gambar tersebut.
bekerjasama.bersemangat
3. Guru memberikan penerangan kepada murid-
murid tentang fungsi pertolongan cemas. Bahan Bantuan Mengajar:

4. Murid mendengar penerangan guru.


Gambar, Slide power point,
5. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan google meet
fungsi peralatan pertolongan cemas.

Penutup Murid-murid menyiapkan buku log 1. Guru mengingatkan murid-murid supaya Penerapan nilai :
(15 minit) dengan lengkap. melengkapkan buku log masing-masing.
Fokus
2. Murid diminta untuk mengingatkan lirik lagu
rasmi Pengakap.
3. Murid-murid diingatkan supaya sentiasa
bersedia untuk menghulurkan pertolongan jika
ada kecemasan.
REFLEKSI SELEPAS PDP

Sepanjang aktiviti ini dijalankan, saya mampu menjalankan aktiviti pengajaran dalam masa yang ditetapkan. Saya
telah menggunakan masa dengan sepenuhnya untuk memastikan murid mencapai hasil pembelajaran satu langkah demi
satu langkah. Dengan ini, murid juga mempunyai masa yang mencukupi untuk melakukan perkara dalam melakukan
pertolongan cemas. Hal ini adalah penting kerana kunci utama untuk melakukan beberapa perkara pertolongan cemas
dengan baik dan teratur ialah sentiasa berlatih untuk mengingat asas-asas dalam melakukan pertolongan cemas.

Walaubagaimanapun, masih ada beberapa murid yang terlalu nakal dan tidak serius semasa melakukan perkara
pertolongan cemas. Mereka sentiasa berbual-bual dengan kawan mereka didalam ruangan chat box dan juga mengacau
ahli kumpulan sehingga proses pembelajaran ini menjadi kurang efektif. Untuk menyelesaikan masalah ini, saya perlu
memberikan tugasan kepada mereka menjadi guru kecil didalam pembelajaran ini atau membimbing murid untuk
menyanyi lagu Pengakap Malaysia. Tindakan ini dapat mengawal murid-murid nakal kerana mereka tidak sempat untuk
berbuat bising tetapi perlu melaksanakan tugasan mereka dengan baik.

Sebagai kesimpulannya, aktiviti kokurikulum ini telah dijalankan dengan teratur dan kebanyakan murid telah
mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Walaubagaimanapun, guru perlu sentiasa memberi perhatian kepada
beberapa murid yang sentiasa berbuat bising supaya aktiviti dapat dijalankan dengan lancar.

Anda mungkin juga menyukai