Anda di halaman 1dari 25

ISI KANDUNGAN

Muka Surat

1.0 Nama Projek 1

2.0 Pengenalan 1

3.0 Tarikh Perlaksanaan 3

4.0 Tempat 3

5.0 Matlamat/ Objektif 3

6.0 Sasaran Projek 3

7.0 Perlaksanaan Projek 3

7.1 Laporan Sebelum 3

7.2 Laporan Semasa 9

7.3 Laporan Selepas 16

8.0 Impak Projek 18

9.0 Cadangan Penambahbaikkan 20

10.0 Penutup 22

11.0 Rujukan
1.0 Nama Projek:
Notice Board

2.0 Pengenalan

Kami siswa pendidik telah memilih Pendidikan Lestari Alam Sekitar sebagai
elektif pada sem ini. Kami telah diberi pilihan untuk memilih bidang tugasan. Kami telah
memilih tugasan notice board sebagai tanggungjawab bagi menyebarkan lagi ilmu
lestari kepada warga IPG Kampus Pendidikan Islam.

Abad ke-21 tidak asing dengan perkataan lestari. Pelbagai kempen kesedaran
dan usaha kerajaan telah dilaksanakan dengan membawa konsep lestari. Namun, tidak
semua pihak mengetahui maksud dan konsep sebenar lestari yang didedahkan kepada
masyarakat. Menurut Siti Zamhari (2016), konsep lestari adalah satu paradigma
pemikiran futuristik yang mementingkan persekitaran, ekonomi dan sosial dalam
merancang pembangunan dan peningkatan kualiti hidup masyarakat. Ianya adalah bagi
melihat sama ada masyarakat menyedari atau tidak kesejahteraan hidup bergantung
secara langsung atau tidak langsung terhadap alam semula jadi. Oleh itu, terdapat
Sembilan tema Institut Pendidikan Guru Lestari iaitu pengurusan sampah, air, tenaga,
biodiversity dan alam semulajadi, pengangkutan, hidup sihat, persekitaran kampus,
perubahan iklim dan agenda 21.

Masyarakat Malaysia perlu mengetahui mengenai gaya hidup lestari yang perlu
diamalkan dalam kehidupan seharian. Menurut Zaini Ujang (2012), gaya hidup lestari
boleh ditakrifkan sebagai cara hidup yang membabitkan penghayatan dan
pengaplikasian berkaitan minda lestar dalam kehidupan seharian. Secara amnya, gaya
hidup lestrai ini adalah gaya hidup untuk mengurangkan beban kepada alam sekitar
yang perlu ditanggung akibat daripada perbuatan manusia. Namun, tahap pengetahuan
mengenai alam sekitar yang masih rendah memberikan impak yang kurang jelas
terhadap gaya hidup lestari dalam kehidupan masyarakat (Mumtazah Othman, 2013).
Penting gaya hidup ini untuk diambil perhatian adalah supaya keseimbangan ekosistem
serta pemuliharaan dan pemeliharaan flora dan fauna tidak terjejas.

Oleh itu, menurut Alam Flora (2018), rakyat Malaysia telah disarankan untuk
mengamalkan 5R iaitu Rethink (fikir semula), Reduce (kurangkan), Repair (perbaiki),

1
Reuse (guna semula) dan Recycle (kitar semula). Ianya supaya tahap kesedaran
masyarakat di Malaysia semakin meningkat dan seterusnya dapat membantu
mengurangkan kuantiti pembuangan bahan sisa pepejal di negara kita.

3.0 Tarikh Perlaksanaan:

25 november 2021 – 6 disember 2021

4.0 Tempat:

Notice Board Jabatan Sains Kognitif (Hadapan Kafe)

5.0 Matlamat / Objektif

Memberikan pendedahan berkaitan isu semasa mengenai alam sekitar yang sedang
berlaku di Malaysia.

6.0 Sasaran Projek:

Warga Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam

7.0 Perlaksanaan Projek:

7.1 Laporan Sebelum

Pada 8 November 2021, bersamaan dengan hari isnin, satu perjumpaan secara
atas talian telah diadakan oleh para pensyarah dari jabatan Sains dan Kognitif
yang mengajar matapelajaran Lestari Dan Alam sekitar (LASS3013).
Perjumpaan secara gmeet ini wajib dihadiri oleh semua pelajar PISMP ambilan
Jun 2018 yang telah mendaftar dan mengambil matapelajaran ini sahaja bagi
memperdengarkan taklimat kerja kursus LASS3013 dan penerangan cara
perlaksanaan projek serta kerja kursus mengikut pemilihan skop projek.
Terdapat 3 kelas yang terlibat yang telah memilih matapelajaran elektif ini dan

2
setiap kelas ini diajar oleh tiga orang pensyarah yang berbeza. Sepanjang sesi
taklimat diadakan, para pelajar dihuraikan dengan lebih lanjut oleh para
pensyarah berkenaan kewujudan matapelajaran Lestari dan Alam sekitar ini dan
matlamat utama mengapa ianya diwujudkan di kalangan pelajar semester 7 yang
telah memilih matapelajaran ini. Setiap pelajar diminta untuk memberikan
perhatian yang sepenuhnya agar tidak berlakunya salah faham dalam
melaksanakan kerja kursus dan projek serta tidak ketinggalan dari maklumat-
maklumat yang penting.

Pada keesokan harinya, 9 November 2021 iaitu hari selasa, sekali lagi
perjumpaan diadakan dan kalini tujuannya adalah untuk pemilihan skop kerja
dan projek oleh ketiga-tiga kelas. Para pelajar berada dalam perjumpaan secara
atas talian dan dalam masa yang sama, kami seluruh pelajar semester 7 yang
mengambil matapelajar elektif LAS3013 ini diberikan pautan google sheet untuk
memilih skop kerja atau projek secara berkumpulan yang menjadi
tanggungjawab sebagai perlaksanaan kerja kursus. Berikut merupakan bukti
pemilihan skop kerja dan projek.

3
4
Namun bagi kumpulan satu LASS3013, mereka semua telah diagihkan
terlebih dahulu oleh person in charge (PIC) dalam pembahagian kumpulan
perlaksanaan projek untuk tugasan KKP ini. Dalam kata lain, mereka tidak
diberikan pilihan dalam memilih bidang skop projek tersebut. Berbanding dengan
kelas dua dan tiga, mereka diberikan pilihan untuk memilih sendiri bahagian
projek yang mereka inginkan. Jadi secara keseluruhannya, terdapat 6 bahagian
skop projek iaitu Tiny Forest, Edible Garden, Herbal garden, Notice Board dan
Social media. Keenam-enam skop projek ini telah diterangkan dengan jelas
berkenaan peranan dan tugasan yang perlu dilaksanakan oleh seluruh ahli
kumpulan. Maka, dari situ terbentuklah kami dari kumpulan projek “Notice Board”
yang terdiri dariapada enam orang ahli. Jadual di bawah merupakan senarai
nama ahli kumpulan kami yang memegang skop kerja “Notice Board” :

Jadual di atas merupakan senarai nama ahli kumpulan Notice Board

5
Group Whatsapp ahli Notice Board

Buat hari berikutnya, iaitu hari Rabu bersamaan 10 November 2021,


bermulanya sesi suai kenal sesama ahli walapun dan tertubuhnya satu group
whatsapp yang khususnya untuk keenam-enam ahli Notice Board. Tujuan group
ini dibuat adalah bagi memudahkan sesi suai kenal antara ahli kumpulan lebih-
lebih lagi ianya seiring dengan era pandemik Covid-19 yang membataskan
pergerakan untuk selalu mengadakan perjumpaan sesama kami dan mewajibkan
masyarakat terutamanya warga IPGKPI untuk kekal mematuhi SOP yang telah
ditetapkan. Kami tampak tidak kekok dan aura semangat dalam berkumpulan
jelas kelihatan kerana ada yang diantara mereka merupakan rakan sekelas pada
semester sebelumnya. Dan ada juga yang pernah berkerjasama dalam aktiviti
sukarelawan yang lain. Dengan ini terbukti bahawa tiada masalah yang perlu
dikhuatirkan dalam menjayakan projek Notice Board bagi matapelajaran
LASS3031 kali ini.

Hasil dari perbincangan oleh kami berenam, telah terbentuk sebuah


organisasi kecil dikalangan ahli Notice Board (NB) yang mana kami telah
bersetuju untuk melantik Diyanah Mahfuzah sebagai ketua kumpulan. Ahli-ahli
terus menghubungi, membuat perkongsian maklumat dan perbincangan secara
dalam talian melalui group whatsapp yang telah ditubuhkan. Dari situ,
bermulanya perbincangan untuk pembahagian tugas dan pencarian maklumat
berkaitan isu semasa dan alam sekitar yang akan dipaparkan serta dibentangkan
di papan kenyataan khusus buat “Notice Board”. Kami juga diberikan dua papan

6
kenyataan “Notice Board” yang mana NB yang pertama terletak bersebelahan
dengan jabatan sains kognitif dan ianya dipertanggungjawabkan ke atas Izz
Imaduddin, Abdullah Hakim dan Muhammad Fadli. Manakala satu lagi notice
board yang terletak bersebelahan cafeteria IPGKPI itu dipertanggungjawabkan
ke atas Diyanah Mahfuzah, Khairunnisa’ dan Sharifah Samiha. Dan dari situ
juga, setiap ahli sudah bersedia untuk menjalankan peranan masing-masing
dengan memberikan kerjasama memperbaharui maklumat dan isu pada setiap
minggu bagi Notice Board yang diketuai oleh Mahfuzah, manakala NB yang
diketuai oleh Izz Imaduddin perlu diperbaharui setiap dua minggu sekali.

Pada hari Jumaat 12 November 2021, merupakan hari penutup kuliah


bagi minggu pertama kelas LASS3031, kami team Notice Board telah bergerak
ke Board masing-masing seperti yang telah dibincangkan dan sesi pembersihan
papan Notice Board dilakukan bersama bagi meletakkan maklumat-maklumat
serta isu terkini berkaitan alam sekitar yang berlaku dalam Malaysia setelah
sekian lama ia ditinggalkan oleh bekas senior sebelum kami.

Rajah menunjukkan bukti team Notice Board sedang melakukan pengosongan Dan
pembersihan papan tanda untuk dijadikan bahagian projek Notice Borad LASS3031

7
7.2 Laporan Semasa

LAPORAN MINGGU 2 (15-19 NOVEMBER 2021)

Pada minggu kedua, kami telah memulakan misi projek kami untuk memberikan
pendedahan dan pengetahuan kepada warga IPGKPI termasuklah para
pensyarah serta para pelajar yang terdapat di kampus mengenai isu-isu alam
sekitar yang berlaku kepada bumi kita dan perlu dititikberatkan oleh semua
pihak. Bagi merealisasikan objektif projek kami ini, sehari sebelum masuknya
minggu baharu, pendedahan isu alam sekitar ini telah kami dahului dengan
membuat persediaan melalui pencarian maklumat dan pengetahuan tentang isu
alam sekitar yang hangat berlaku daripada sumber internet serta buku-buku dan
seterusnya mencetak isu serta info berkaitannya menggunakan kertas A4 dan
kertas warna. Pada setiap hari pertama bagi setiap minggu kami menampal isu
alam sekitar pada Notice Board Lestari yang telah disediakan oleh Jabatan Sains
dan Kognitif. Setiap ahli di dalam kumpulan projek ini telah dibahagikan kepada
beberapa skop tugas yang perlu dijalankan pada minggu tersebut agar dapat
memberikan kelancaran dan kelicinan dalam perkongsian mengenai isu alam
sekitar yang telah ditetapkan kepada semua warga IPGKPI.

Pada jam 10:00 pagi setiap hari ahli daripada kami yang bertugas telah
bergerak pantas ke notice board dan bersedia untuk menjadi Notice Board
Bersuara. Istilah Notice Board Bersuara yang kami gunakan bererti info-info
berkaitan isu alam sekitar yang kami telah paparkan pada Notice Board tersebut
akan disuarakan dan dikongsikan kepada warga IPGKPI yang bukan sekadar
untuk tontonan umum sahaja. Pada waktu gentir bersamaan pada waktu tepat
jam 10 pagi inilah berlakunya perkongsian dan pendedahan tentang isu alam
sekitar yang kami tampalkan di Notice Board tersebut memandangkan pada jam
10 pagi merupakan waktu rehat bagi semua para pelajar IPGKPI yang akan
menuju ke kafeteria dan koperasi yang mana tempat ini amat berdekatan dengan
Notice Board kami. Perkongsian isu alam sekitar bersama warga IPGKPI
dijalankan setelah melihat para pelajar atau pensyarah yang keluar daripada
kafeteria atau koperasi membawa wajah yang gembira serta dipenuhi dengan
gelak tawa dan dalam keadaan hati yang senang kerana telah memenuhkan
perut yang kosong pada awalnya. Maka peluang ini kami gunakan sebaiknya

8
untuk memenuhkan minda mereka pula dengan info dan input penting tentang
isu alam sekitar yang berlaku hari ini di dalam keadaan yang membahagiakan.

Selain itu, kami juga membuat inisiatif lain untuk bergerak seiring dengan
arus kemodenan zaman dalam menyampaikan dan mendedahkan isu alam
sekitar yang dipilih dengan membuat satu QR Code yang membawa kepada
info-info dan isu alam sekitar secara digital. Strategi ini kami khususkan bagi
sesiapa yang tidak mempunyai masa yang banyak untuk menyertai penerangan
daripada Notice Board Bersuara untuk mendengarkan perkongsian bersama ahli
projek ini yang bertempat di Notice Board IPGKPI. Kelebihan penciptaan QR
Code ini adalah untuk membolehkan warga IPGKPI mengetahui tentang isu alam
sekitar yang berlaku secara maya walau dimana sahaja mereka berada dan
tanpa terikat dengan waktu walaupun menghadapi kesibukan urusan dalam
memikul tanggungjawab hakiki sebagai seorang pelajar mahupun pensyarah dan
staf. Ia juga menarik minat orang yang lalu lalang untuk menjengah seketika dan
melihat konten yang diletakkan pada Notice Board tersebut tidak mengira tempat
dan waktu. Kesannya, sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan kepada
seseorang dan memupuk kesedaran individu untuk mengambil peranan penting
dalam menjaga alam sekitar serta mengekalkan kelestarian yang dalam
kehidupan.

Gambar: Antara QR Code isu alam sekitar berkenaan kepupusan Harimau Malaya.

9
Langkah menghidupkan suasana kemeriahan bagi projek Notice Board
kami adalah dengan pelaksanaan strategi dan cara tarikan yang kami lakukan ini
dengan cara pemberian manisan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada
pendengar setia kerana sudi melibatkan diri dan menyumbangkan penyertaan
bagi memeriahkan projek Notice Board kami dalam kalangan warga IPGKPI
khususnya para pelajar di samping mereka dapat memperoleh input mengenai
isu alam sekitar yang berlaku serta membuka sedikit mata dan minda mereka
untuk menjaga dan melestarikan alam sekitar demi generasi akan datang. Kami
juga menggunakan slogan bagi projek Notice Board kami iaitu “Warga IPGKPI
yang peka adalah warga IPGKPI yang bijaksana”.

Gambar: Perkongsian isu alam sekitar kepada pelajar IPGKPI

LAPORAN MINGGU 3 (22-26 NOVEMBER 2021)

Pada minggu ketiga pula, kami telah membeli alatan perhiasan yang
diperlukan untuk Notice Board menggunakan wang ahli kumpulan kami bagi
memudahkan lagi aktiviti penampalan info maklumat. Dengan adanya peralatan
sendiri, tugas mingguan seperti menampal dan meletakkan info pada Notice
Board dapat dilakukan dengan lancar tanpa perlu menunda atau meminjam
daripada orang lain. Seterusnya dengan tidak membuang masa, kami
mengemaskini isu alam sekitar minggu lepas dan meletakkan isu alam sekitar
yang baharu untuk diwar-warkan kepada seluruh warga IPGKPI iaitu isu
pembuangan sampah yang berlaku di beberapa buah kawasan.

Selepas itu, kami meneruskan usaha bagi mencapai matlamat dan tujuan
projek kami untuk memberi pendedahan yang berkualiti kepada semua warga

10
Ipg Kampus Pendidikan Islam tentang isu alam sekitar. Pada minggu ini kami
berusaha untuk lebih memfokuskan kepada perkongsian bagi memberikan
pendedahan kepada warga IPGKPI terhadap isu yang dipaparkan di Notice
Board iaitu isu pembuangan sampah. Ini kerana proses menghias dan
menceriakan Notice Board telah selesai sejak minggu pertama lagi. Perkara ini
dilakukan agar semua warga IPGKPI dapat mengambil iktibar daripada isu yang
terjadi serta mengaplikasikan langkah mengatasi isu pembuangan sampah di
sekitar kawasan Ipg Kampus Pendidikan Islam. Kesannya, Kawasan IPGKPI
dapat mengurangkan kuantiti sampah yang dibuang oleh warga IPGKPI
sepanjang berada di kampus ini.

Gambar: Pengelasan Tong Kitar Semula yang dipaparkan di Notice Board.

Kaedah yang kami gunakan dalam perkongsian mendedahkan isu ini


sebagai tarikan warga kampus adalah dengan pemberian gula-gula dan hadiah
setelah menjawab persoalan mudah daripada petugas Notice Board yang
bertugas. Kaedah soal jawab ini mampu merangsang minda individu untuk
berfikir tentang isu yang dibincangkan disamping mendengar input-input yang
disampaikan oleh petugas.

LAPORAN MINGGU 4 (29 NOVEMBER – 3 DISEMBER 2021)

Pada minggu keempat, kami bersepakat untuk membuka tirai notice


Board dan menjalankan peranan sebagai Notice board bercakap dengan
mengangkat dan mengetengahkan isu berkaitan banjir kilat yang baru-baru ini

11
menjadi isu hangat yang melanda negeri Kedah. Beberapa hari sebelum
maklumat dilekatkan dan dipaparkan di papan kenyataan khusus yang kami
gelar sebagai “Zon Lestari” atau nama singkatnya (ZOLES), kami melakukan
perjumpaan dan sama-sama memikirkan idea untuk menghasilkan bahan yang
menarik untuk dilekatkan di ZOLES dan yang paling penting, apa yang kami
ingin hasilkan adalah notice board yang lain daripada yang lain, yang membawa
ciri-ciri sumber alam, alam sekitar dan menggunakan bahan-bahan terpakai
serta kreativitinya memenuhi citarasa warga-warga IPGKPI. Sebagai contoh,
kami hasilkan hiasan seperti pokok yang menggunakan ranting-ranting daun
halus, ketas mahjong, warna air dan tapak tangan kami yang diwarnakan dengan
warna air kemudian dicapkan di kertas mahjong untuk dijadikan dedaun di
pohon. Bukan setakat itu sahaja, pelbagai lagi bahan lain yang kami gunakan
dan hasilkan untuk menjadikan maklumat berkaitan isu banjir kilat itu kelihatan
lebih menarik.

Gambar: Notice Board Bercakap mengenai isu Banjir Kilat kepada pelajar IPG

LAPORAN MINGGU 5 (6 -10 DISEMBER 2021)

12
Pada minggu kelima adalah minggu terakhir bagi projek lestari ini, justeru
pelaksanaan projek diakhiri dengan isu Harimau Malaya yang kian pupus saban
tahun. Pada minggu terakhir ini juga, kami dikejutkan dengan satu berita
daripada Puan Fazida iaitu salah seorang pensyarah bagi subjek Lestari dan
Alam Sekitar iaitu kami bakal menerima lawatan daripada pihak Universiti Putra
Malaysia (UPM) untuk membuat lawatan dan melihat projek-projek lestari yang
berada di bawah pemantauan pensyarah dari Jabatan Sains dan Kognitif yang
mana ia dikendalikan oleh pelajar yang mengambil elektif subjek Lestari Alam
Sekitar. Oleh itu, kesemua ketua dan ahli kumpulan diberi sedikit taklimat
daripada Puan Fazida untuk membuat persediaan yang rapi dan teratur bagi
setiap projek yang dijalankan.

Setelah mendengar taklimat tersebut, kami sekumpulan segera


berbincang untuk bertindak dan menetapkan masa yang sesuai untuk
mencantikkan lagi Notice Board kami dengan beberapa tambahan hiasan yang
bertepatan dengan isu Harimau Malaya. Kami juga telah melantik penyampai
yang terdiri daripada salah seorang ahli kumpulan kami untuk menerangkan
berkaitan proses dan pelaksanaan projek Notice Board kami kepada pelawat
yang akan datang. Perancangan dan persiapan Notice Board yang mantap bagi
lawatan tersebut telah berjaya kami lakukan dengan baik sekali pada hujung
minggu.

Gambar: Ahli-ahli projek bersama Notice Board yang bertajuk Harimau Malaya

Seperti biasa bagi setiap permulaan hari yang pertama untuk minggu
baharu, kami melakukan perkongsian terhadap isu yang kami tampalkan kepada
warga IPGKPI yang berjalan di sekitar Notice Board. Sambutan yang agak
meriah daripada semua pelajar IPGKPI mengenai isu Harimau Malaya ini kerana
hampir semua pendengar tidak pernah mengetahui dan mendengar tentang isu

13
Harimau Malaya ini. Oleh yang demikian, mereka menjadi berminat untuk
mengetahui dengan lebih lanjut serta seronok untuk mengambil bahagian dan
peranan untuk menjaga spisis Harimau Malaya ini daripada mengalami
kepupusan.

Pada keesokan harinya pula adalah hari yang sudah sedia maklum
tentang lawatan dari pihak UPM untuk melawat setiap kawasan projek lestari di
Kawasan IPGKPI. Maka, lawatan telah dimulakan dengan Projek Terrarium,
kemudian Edible Garden, diikuti dengan Tiny Forest. Seterusnya, Notice Board
dan destinasi terakhir mereka adalah Herbal Garden. Semua kumpulan projek
menyambut baik kedatangan yang dihadiri oleh pihak Universiti Putra Malaya
(UPM) iaitu dengan memberi sedikit perkongsian serta penerangan berkenaan
pelaksanaan bagi setiap projek yang kami lakukan. Ada juga di antara mereka
yang bertanya soalan kepada para pembentang dan mengambil gambar hasil
projek kami sebagai idea yang boleh dijalankan di tempat mereka. Di samping
itu, kami juga membuat kajian tentang manfaat dan impak daripada isu alam
sekitar yang kami bawakan pada setiap minggu kepada warga ipg melalui
temubual secara lisan.

Gambar: Lawatan Pensyarah ke Notice Board selepas lawatan dari pihak UPM.

7.3 Laporan Selepas

14
Kami mula menghiaskan sudut papan notis berkenaan dengan tema yang
bersesuai dengan Lestari alam sekitar. Antaranya, papan notis telah dihiasi
dengan poster yang berkaitan dengan ‘Cintailah Alam Sekitar’ bagi tujuan
memberi kesedaran kepada semua warga IPG tentang kepentingan menjaga
alam sekitar. Selain itu, sebahagian papan notis turut dihiasi dengan unsur-
unsur berdasarkan alam sekitar, misalnya dengan ranting-ranting pokok dan
daun-daun kering.

Papan notis kami juga dipenuhi dengan output dan hasilnya lebih cantik
dan indah berbanding hasil permulaan yang telah kami hiaskan. Kami juga telah
menerima maklum balas dan komen daripada warga IPG dari segi output papan
notis lestari kami memandangkan papan notis kami merupakan papan notis
manual audio iaitu papan notis yang bercakap. Papan notis bercakap ini
merupakan inisiatif baru yang kami inovasikan menggunakan audio secara
automatik kepada audio manual iaitu kami menggunakan sistem penggiliran
mengikut jadual kelas untuk membentangkan serba sedikit informasi berkenaan
hasil dan output projek lestari kami kepada seluruh warga IPG yang melintasi
Kawasan di hadapan kafe tersebut. Penghasilan qr code menjadi satu alternatif
kemudahan dan mudah difahami oleh seluruh warga IPG.

Daya tarikan kami bukan sekadar hanya paparan pada papan notis yang
bercakap malah secara tidak langsung mudah untuk memberi kesedaran dan
pemahaman yang lebih jitu kepada warga IPG terhadap lestari alam sekitar.
Tambahan pula kami juga turut menyelitkan beberapa potongan ayat suci Al-
Quran dan juga potongan hadis sebagai menyahut biah persekitaran Islam yang
diwujudkan dalam kampus. Sebagai erti kata lain, menyeru seluruh warga IPG
agar dapat menghubungkaitkan keindahan alam sekitar dengan kehebatan serta
keagungan Allah menciptakan makhluk seperti tumbuh-tumbuhan di atas muka
bumi ini.

Bagi peringkat seterusnya, papan notis lestari kami ini akan


mengetengahkan isu-isu alam sekitar yang berlaku sepanjang minggu dan akan
membuat post mortem berkenaan cara penyelesaiannya. Sekiranya isu tersebut
telah diselesaikan maka pihak jawatankuasa kami akan memaparkan isu alam
sekitar yang baharu serta idea penyelesaiannya. Papan notis akan dibahagikan
dengan jelas Projek papan notis ini juga mendapat maklum balas yang

15
memberangsangkan dan diharapkan oleh warga IPG agar diteruskan serta
ditambah baik dari semasa ke semasa.

16
8.0 Impak Projek

Papan kenyataan biasa kita lihat ditempat laluan utama setiap institusi. Jarang sekali ia
dihuraikan betapa pentingnya pada pelbagai aspek terutama pendidikan dan
komunikasi. Papan kenyataan merupakan satu kelengkapan bagi membuat sebaran dan
makluman kepada komuniti setempat bagi tujuan tertentu. Kebiasaanya papan
kenyataan ini diletakkan di kawasan yang menjadi laluan utama dan tempat berehat
kebanyakan orang.

Pada projek Lestari ini, penggunaan papan kenyataan (Notice Board) sangat
memainkan peranan yang tinggi dalam menyebarkan maklumat. Pada setiap minggu,
segala maklumat akan bertukar-tukar. Dalam pada masa yang sama, ia dapat
memberikan pelbagai jenis maklumat yang sangat penting kepada pembaca yang
membacanya pada papan kenyataan. Antara tajuk yang telah dibawakan adalah tentang
faedah menanam pokok atau sayuran, kelebihan memakan sayuran yang berkhasiat
dan pelbagai lagi. Bukan sekadar sayur-sayuran sahaja yang dipaparkan, tetapi tajuk
berkaitan bencana alam seperti banjir kilat serta tentang isu semasa berkaitan harimau
Malaya yang semakin pupus di Malaysia ini. Daripada itu, ia sedikit sebanyak dapat
menambahkan maklumat kepada pembaca dan dapat memberikan kesedaran atau
pengajaran kepada mereka.

Antara penambahbaikan yang dilakukan pada projek Lestari kali ini, papan
kenyataan yang pada asalnya adalah untuk meletakkan bahan bacaan kepada pembaca
sahaja, tetapi ia ditambahbaik dengan adanya papan kenyataan yang bercakap.
Daripada itu, ia dapat menarik perhatian seseorang yang lalu pada ketika itu untuk
membaca maklumat yang ingin disampaikan. Selain itu juga, setiap maklumat yang
dipaparkan bukan sahaja berbentuk hitam putih yang ditampal pada papan kenyataan.
Segala maklumat yang diberikan ditambahbaik dengan adanya program “Scam Me”
dimana setiap pembaca akan mengimbas pada kod yang disediakan supaya mereka
lebih tertarik untuk membaca pelbagai maklumat dengan lebih lanjut. Ini dapat
membuktikan penyampaian ilmu bukan sahaja berdasarkan hitam puith sahaja,
kemajuan teknologi pada ketika ini juga sangat memainkan peranan yang besar dalam
menyebarkan perlbagai jenis maklumat.

Pepatah ada mengatakan Membaca Jambatan Ilmu. Membaca diibaratkan


seperti pelita hidup. Seseorang yang rajin membaca akan menjadi orang yang berilmu.

17
Negara akan lebih maju dan membangun jika rakyatnya minat membaca bagi
menambahkan ilmu pengetahuan seterusnya akan menjadi para bijak pandai.

18
9.0 Cadangan Penambahbaikkan
Setelah menganalisa projek yang telah dilaksanakan oleh kumpulan kami, kekerapan
penukaran nota pada papan kenyataan perlu ditingkatkan lagi bagi mengelakkan orang
ramai yang lalu-lalang jemu melihat nota yang sama. Berkemungkinan lain nota tersebut
mungkin lapuk dan pudar setelah dimakan masa. Strategi dan teknik yang dipilih itu,
selain berpotensi merangsang murid belajar secara aktif dan juga mampu membantu
menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati murid serta dapat
menghasilkan pembelajaran yang bermakna (PPK, 2002). Hal ini, akan menarik lagi
minat orang lain untuk singgah dan membaca pada nota yang telah disediakan.

Keceriaan papan kenyataan juga memainkan peranan yang penting dalam


mewujudkan kecenderungan orang untuk membuat pembacaan. Kami melihat papan
kenyataan yang telah disediakan oleh kumpulan kami tidak begitu meriah kerana
pemilihan warna yang sedikit gelap menyebabkan permandangan papan kenyataan
sedikit muram. Hal ini akan merencatkan lagi pembaca untuk focus atau pembaca yang
mempunyai masalah penglihatan untuk meneruskan pembacaan tersebut. Oleh itu,
pemilihan warna yang cerah atau menarik memainkan peranan yang penting dalam
membina satu nota ringkas dan padat.

Penambahbaikkan seterusnya boleh diterjemah dalam bentuk peta minda atau


peta i-Think. Khairudin (2011) yang menggunakan peta konsep membantu murid
memahami secara kronologi pembelajarannya. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa
kognitif pelajar lebih mudah untuk memahami dalam bentuk peta berbanding ayat yang
panjang. Sebagai contoh, banyak buku nota subjek Sejarah yang telah diterbitkan dalam
bentuk peta yang mempunyai pilihan warna yang menarik supaya pelajar lebih mudah
memahaminya berbanding nota lengkap dalam buku teks yang disediakan oleh KPM.
Walaupun begitu, isi penuh dalam buku teks tidak boleh diambil mudah agar tidak
tertinggal fakta-fakta yang penting.

Cadangan penambahbaikan yang ingin dibangkitkan dalam perenggan ini juga


boleh diusahakan jika mempunyai peruntukan yang banyak. Penyediaan audio
berbicara automatik juga boleh diletakkan pada nota papan kenyataan ini. Usaha yang
dilakukan oleh ahli kumpulan kami ialah melalui pembaca atau pembentang bagi
mempromosi nota kami Ketika waktu rehat oleh pelajar lain yang melepasi sudut papan
kenyataan ini. Namun begitu, kami melihat terdapati ada kekurangan yang dihadapi
oleh kumpulan kami iaitu, pelajar yang melepasi bukan pada waktu rehat atau waktu

19
rehat yang berbeza. Penerimaan pembentangan nota kami ini tidak secara menyeluruh.
Oleh itu, jika terdapat beberapa kemudahan atau peruntukkan yang disediakan untuk
masa depan, kami boleh mengaplikasikan metod ini.

Tujuan projek ini dijalankan salah satunya adalah untuk meningkatkan


kesedaran tentang pentingnya penjagaan alam sekitar. Oleh itu, kelemahan seterusnya
yang dapat dianalisis ialah penggunaan bahan untuk menyediakan nota.
Kebanyakkannya bahan yang digunakan oleh kumpulan kami ialah kertas, plastik dan
kotak. Hal ini menjuruskan lagi ke arah tidak menjaga alam sekitar kerana boleh
meningkatkan kadar sampah harian. Bagi mengisi kekurangan ini, terdapat banyak
bahan yang boleh dikitar semula untuk dijadikan nota seperti botol, tayar kereta dan
plastik. Nota-nota boleh ditulis pada bahan ini. Hasil kajian yang dijalankan, didapati
bahawa pengetahuan dan peluang mempunyai kaitan yang ketara dengan keinginan
untuk mengitar semula (Helen & Maria, 2005). Cara ini akan meningkatkan lagi
kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

20
10.0 Penutup
Setelah menganalisa projek yang telah dilaksanakan oleh kumpulan kami, kekerapan
penukaran nota pada papan kenyataan perlu ditingkatkan lagi bagi mengelakkan orang
ramai yang lalu-lalang jemu melihat nota yang sama. Berkemungkinan lain nota tersebut
mungkin lapuk dan pudar setelah dimakan masa. Strategi dan teknik yang dipilih itu,
selain berpotensi merangsang murid belajar secara aktif dan juga mampu membantu
menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati murid serta dapat
menghasilkan pembelajaran yang bermakna (PPK, 2002). Hal ini, akan menarik lagi
minat orang lain untuk singgah dan membaca pada nota yang telah disediakan.

Keceriaan papan kenyataan juga memainkan peranan yang penting dalam


mewujudkan kecenderungan orang untuk membuat pembacaan. Kami melihat papan
kenyataan yang telah disediakan oleh kumpulan kami tidak begitu meriah kerana
pemilihan warna yang sedikit gelap menyebabkan permandangan papan kenyataan
sedikit muram. Hal ini akan merencatkan lagi pembaca untuk focus atau pembaca yang
mempunyai masalah penglihatan untuk meneruskan pembacaan tersebut. Oleh itu,
pemilihan warna yang cerah atau menarik memainkan peranan yang penting dalam
membina satu nota ringkas dan padat.

Penambahbaikkan seterusnya boleh diterjemah dalam bentuk peta minda atau


peta i-Think. Khairudin (2011) yang menggunakan peta konsep membantu murid
memahami secara kronologi pembelajarannya. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa
kognitif pelajar lebih mudah untuk memahami dalam bentuk peta berbanding ayat yang
panjang. Sebagai contoh, banyak buku nota subjek Sejarah yang telah diterbitkan dalam
bentuk peta yang mempunyai pilihan warna yang menarik supaya pelajar lebih mudah
memahaminya berbanding nota lengkap dalam buku teks yang disediakan oleh KPM.
Walaupun begitu, isi penuh dalam buku teks tidak boleh diambil mudah agar tidak
tertinggal fakta-fakta yang penting.

Cadangan penambahbaikan yang ingin dibangkitkan dalam perenggan ini juga


boleh diusahakan jika mempunyai peruntukan yang banyak. Penyediaan audio
berbicara automatik juga boleh diletakkan pada nota papan kenyataan ini. Usaha yang
dilakukan oleh ahli kumpulan kami ialah melalui pembaca atau pembentang bagi
mempromosi nota kami Ketika waktu rehat oleh pelajar lain yang melepasi sudut papan
kenyataan ini. Namun begitu, kami melihat terdapati ada kekurangan yang dihadapi
oleh kumpulan kami iaitu, pelajar yang melepasi bukan pada waktu rehat atau waktu

21
rehat yang berbeza. Penerimaan pembentangan nota kami ini tidak secara menyeluruh.
Oleh itu, jika terdapat beberapa kemudahan atau peruntukkan yang disediakan untuk
masa depan, kami boleh mengaplikasikan metod ini.

Tujuan projek ini dijalankan salah satunya adalah untuk meningkatkan


kesedaran tentang pentingnya penjagaan alam sekitar. Oleh itu, kelemahan seterusnya
yang dapat dianalisis ialah penggunaan bahan untuk menyediakan nota.
Kebanyakkannya bahan yang digunakan oleh kumpulan kami ialah kertas, plastik dan
kotak. Hal ini menjuruskan lagi ke arah tidak menjaga alam sekitar kerana boleh
meningkatkan kadar sampah harian. Bagi mengisi kekurangan ini, terdapat banyak
bahan yang boleh dikitar semula untuk dijadikan nota seperti botol, tayar kereta dan
plastik. Nota-nota boleh ditulis pada bahan ini. Hasil kajian yang dijalankan, didapati
bahawa pengetahuan dan peluang mempunyai kaitan yang ketara dengan keinginan
untuk mengitar semula (Helen & Maria, 2005). Cara ini akan meningkatkan lagi
kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

22
Rujukan

Alam Flora. (2018). Amalan Konsep 5R Demi Kelangsungan Hidup Generasi Masa Depan.
Alam
Flora SDN BHD.

Khairudin Ahmad. (2011). Keberkesanan kaedah peta konsep terhadap pencapaian, sikap, dan
kemahiran memahami kronologi dalam kalangan pelajar tingkatan empat. Tesis Sarjana
Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Khatijah Zamhari & Christopher Perumal. (2016). Cabaran dan strategi ke arah pembentukan
komuniti lestari. Malaysia Journal of Society and Space, 12 (12).

Maria H. & Helen A. (2008). Recycling Calls for Revaluation. Suppy Chain Management: An
International Journal, 13/1, 9-15

Mumtazah Othman, Naimah Salleh, Putri Megat & Farhan Arisah. (2013). Amalan Penggunaan
Lestari “4R” dalam Kalangan Mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia.
Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna: Fakulti Ekologi Manusia UPM.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Kemahiran berfikir dalam pengajaran dan


pembelajaran.
Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

23
24

Anda mungkin juga menyukai