Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK: 2021

Program: PISMP Nama pelajar:


Kod: LASS3013 Semester/ Tahun: Semester 2 / Tahun 4
Nama kursus: Pendidikan Lestari Ambilan: Jun 2017
Alam Sekitar Kumpulan: PISMP (Unit S – Elektif Terbuka)

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1.Kuiz 1 03.2.2021 05.2.2021


Kuiz 2
17.2.2021 19.2.2021
2. Pembentangan 03.03.2021 05.03.2021
3. Penulisan Laporan Projek 06.03.2021 26.03.2021
4. Penulisan Reflektif 14.03.2021 25.03.2021

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menerangkan konsep pembangunan lestari dengan merujuk dokumen UNESCO. (C2,A4,


LO1)
2. Menghubung kait konsep Pembangunan Lestari dengan Pendidikan Alam Sekitar bagi
memahami konteks sejagat dan global. (C4, A4, LO1, LO3, CTPS2)
3. Menghuraikan penyelesaian isu alam sekitar mengikut kesesuaian sifat lokal melalui
pembentangan dalam kumpulan (C5, A1, LO3, LO4, LO5, CTPS4, CS3, TS4)
4. Melaksanakan tindakan penyelesaian kesan isu alam sekitar setempat berdasarkan nilai-nilai
dan etika profesional dengan menggunakan pelbagai sumber maklumat.(C5, A5, LO6, LO8,
LL1, EM2,)
5. Merumuskan secara kritis amalan gaya hidup Iestari terbaik untuk kehidupan seharian.(C5,
A5, LO3, CTPS3)

Kerja Kursus ini menilai hasil pembelajaran kursus 1,2, 3, 4 dan 5

Objektif Kerja Kursus

Pelajar dapat

1. Menunjukkan kefahaman tentang konsep Pendidikan Alam Sekitar dan Pembangunan Lestari
melalui Kuiz 1.
2. Menghubung kait konsep Pembangunan Lestari dengan Pendidikan Alam Sekitar bagi
memahami konteks sejagat dan global melalui Kuiz 2

1
3 Membuat pembentangan dalam kumpulan secara kreatif bagi menghuraikan punca dan impak
satu isu alam sekitar yang dipilih serta mencadangkan langkah-langkah penyelesaian isu
tersebut mengikut kesesuaian sifat lokal.

4 Melaksanakan projek dan menyediakan laporan projek sebagai tindakan penyelesaian bagi
satu kesan isu alam sekitar setempat berdasarkan nilai-nilai dan etika profesional dengan
merujuk kepada pelbagai sumber maklumat secara kreatif.

5 Membuat penulisan reflektif tentang projek yang dilaksanakan bagi merumuskan konsep
Pembangunan Lestari, Pendidikan Untuk Kefahaman Sejagat, Interaksi Manusia dengan Alam
dan Sumber Semulajadi dan Strategi Pendidikan Lestari Alam Sekitar secara kritikal dan
pendekatan saintifik terhadap penyelesaian isu alam sekitar.

PENGENALAN:

Alam sekitar adalah tanda kuasa ciptaan tuhan yang maha besar. Manusia merupakan sebahagian
dari alam dan bertindak sebagai pengurus alam. Manusia dan alam saling memerlukan dan saling
bergantung antara satu sama lain. Segala tindakan manusia selaku khalifah di muka bumi ini, sudah
pasti akan mempengaruhi keunikan alam semula jadi yang sedia ada. Perlindungan dan penjagaan
alam semula jadi dengan menerapkan kelestarian merupakan usaha murni dalam melahirkan satu
generasi yang pro alam sekitar. Malangnya kini, isu-isu seperti perubahan iklim, kehilangan
biodiversiti yang pesat, dan kekurangan makanan dan keselamatan global mendapat perhatian utama
akibat kebimbangan dan desakkan yang dihadapi oleh umat manusia. Penerapan agenda kelestarian
menerusi pendidikan akan dapat melahirkan masyarakat yang mampu memahami hubungan antara
persekitaran manusia dan persekitaran fizikal (Hanifah, Shaharudin, Mohmadisa, Nasir, & Yazid,
2015; Eilam & Trop, 2012).

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

TUGASAN 1: KUIZ - 15% (INDIVIDU)

Pelajar menjawab Kuiz 1 (Topik 1) yang terdiri daripada empat soalan respon terhad dan Kuiz 2
(Topik 2) yang terdiri daripada empat soalan respon terhad.

Jangka masa setiap kuiz adalah selama 30 minit dan dillaksanakan secara online.

TUGASAN 2: PEMBENTANGAN -10% (KUMPULAN)

Pelajar mengupas satu isu alam sekitar di Malaysia dengan menghuraikan punca dan impak isu
tersebut serta mencadangkan langkah-langkah penyelesaiannya mengikut kesesuaian sifat lokal dan
seterusnya membentangkannya secara berkumpulan (tidak melebihi 2 orang dalam setiap kumpulan).

Jangka masa pembentangan adalah tidak melebihi 30 minit dan rakaman video dihantar kepada
pensyarah melalui email.

TUGASAN 3: PENULISAN LAPORAN PROJEK -50% (INDIVIDU)

Sebagai guru yang bertanggungjawab menjaga kelestarian alam sekitar, rancang dan laksanakan
satu projek sebagai tindakan penyelesaian bagi satu kesan isu alam sekitar setempat mengikut
kesesuaian sifat lokal berdasarkan nilai-nilai dan etika profesional dengan merujuk kepada pelbagai
sumber maklumat.

Panjang penulisan laporan ialah 2500 patah perkataan dan dihantar secara online/hardcopy.

2
Tugasan ini berkongsi Big Idea (Penggunaan bahan kitar semula dalam pelaksanaan aktiviti projek)
dengan kursus DHMK3013 Didik Hibur Muzik.

TUGASAN 4: PENULISAN REFLEKTIF -25% (INDIVIDU)

Pelajar menyediakan satu penulisan reflektif (berdasarkan laporan projek dalam tugasan 3) yang
menghuraikan penyelesaian isu alam sekitar setempat secara kritis melalui pelaksanaan aktiviti
pendidikan lestari alam sekitar dan membuat rumusan berkaitan keberkesanan aktiviti tersebut dalam
pembentukan amalan gaya hidup lestari terbaik untuk kehidupan seharian.

Penulisan tersebut harusläh mempamerkan pemikiran kritikal dan pendekatan saintifik berkenaan
dengan kandungan setiap tajuk yang dibincangkan.
Panjang penulisan reflektif ialah 1500 patah perkataan dan dihantar secara online/hardcopy.

ARAHAN PELAKSANAAN TUGASAN:

1. Tugasan 1, Tugasan 3 dan Tugasan 4 ialah tugasan INDIVIDU manakala Tugasan 2 adalah
tugasan BERKUMPULAN. Walau bagaimanapun anda boleh bekerja secara kolaboratif untuk
mengumpul maklumat bagi semua tugasan.

2. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali. Jika didapati berlaku, pelajar akan digagalkan kerja
kursus.

3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:


 Muka depan hendaklah mengikut templat terkini yang dimuat turun daripada iTEMS
 Font Arial Saiz 11
 Langkau 1.5 baris
 Format penulisan bahan rujukan(jika ada) hendaklah berdasarkan format APA System 6th
Edition.

4. Bahagian kulit luar dimuat turun dari Items.


5. Penghantaran tugasan 1, 2 , 3 & 4 adalah pada tarikh yang telah ditetapkan.
6. Keseluruhan tugasan ini membawa jumlah markah 100%.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

............................................................. ............................................................
( DR. MANI RAJAN A/L ELLAPPAN ) (DR. RAJESWARI A/P VELLU PILLAI )

Pensyarah / Penyelaras Kursus LASS3013 Pakar Bidang (SME)

Disahkan oleh:

--------------------------------------
( EN. ROSLAN BIN SAARI )

3
4

Anda mungkin juga menyukai