Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK: 2021

Program: PISMP Nama Siswa Pendidik:

Kod: BMMB 3023,


Semester / Tahun : 1 / Tahun 1
Ambilan: Jun 2020
Nama Kursus:
Kumpulan: W1, W2, W3, dan W4
Linguistik Terapan Bahasa Melayu

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar


1. Penulisan Esei 1 12 Julai 2021 28 Julai 2021

2. Aktiviti/ Pembentangan Kumpulan(KPPB– 01 September 2021 7 September 2021


BMMB3023,BBMB3013, MPU3012)
2 Ogos 2021 18 Ogos 2021
3. Analisis Ayat

Hasil Pembelajaran Kursus:

Selepas kursus ini pelajar dapat :

1. Menjelaskan bentuk kata, proses pembentukan kata dan golongan kata berdasarkan
maklumat daripada pelbagai sumber; (C2, PLO1, PLO6, LL1)

2. Menghuraikan fungsi frasa dan klausa dengan berdasarkan bukti yang kukuh (C5,
PLO3, CTPS5)

3. Menghubung kait konsep Transformasi Generatif dengan proses pembentukan dan


susunan ayat secara pembentangan kumpulan (C6, PLO3, PLO4, PLO5, CTPS5.
CS1, TS1)

4. Menganalisis pelbagai ayat tunggal dan ayat majmuk secara rajah pohon dan
huraian dengan kritis (C4, PLO3, CTPS2)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran : 1, 2 , 3 dan 4

Objektif Kerja Kursus:

Siswa pendidik dapat:

1. Menerangkan dengan jelas tentang bentuk kata, proses pembentukan kata dan
golongan kata berdasarkan maklumat daripada pelbagai sumber.
2. Menghuraikan fungsi frasa dan klausa dengan berdasarkan bukti yang kukuh.
3. Menghubung konsep kait Transformasi Generatif dengan proses pembentukan dan
susunan ayat secara pembentangan kumpulan.
4. Menganalisis dan menerangkan pelbagai ayat tunggal dan ayat majmuk secara rajah
pohon dan huraian secara kritis dengan menghubung kait konsep Transformasi
Generatif dalam proses pembentukan dan susunan ayat.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut :

TUGASAN 1: Penulisan Esei I (25%)


1. Anda dikehendaki menjelaskan bentuk kata, proses pembentukan kata dan golongan
kata berdasarkan maklumat daripada pelbagai sumber.
2. Anda juga dikehendaki menghuraikan fungsi frasa dan klausa dengan berdasarkan
bukti yang kukuh dengan merujuk pelbagai sumber.
3. Penulisan esei I hendaklah dipersembahkan melalui satu penulisan akademik yang
panjangnya antara 1000 patah perkataan.
4. Penulisan akademik perlu ditulis dalam Bahasa Melayu.
5. Penilaian untuk penulisan akademik ini adalah secara individu.

TUGASAN 2 : Aktiviti/ Pembentangan Kumpulan (10%) KPPB – BMMB3023,


MPU3012, , dan BMMB3013

Secara berkumpulan (2-3 orang dalam satu kumpulan), anda dikehendaki :


1. Melaksanakan pembentangan dengan menghubungkait antara konsep Transformasi
Generatif dengan proses pembentukan dan susunan ayat secara kumpulan.
2. Pembentangan tidak melebihi 30 minit bagi setiap kumpulan.
3. Setiap ahli kumpulan dikehendaki membuat pembentangan.
4. Pembentangan yang anda lakukan mestilah disediakan dalam bentuk teks
perbincangan digital secara jelas dan penuh keyakinan.
5. Pembentangan dinilai berdasarkan teks perbincangan digital yang mengaplikasikan
semua kriteria di atas.

Tugasan ini berkongsi Idea Besar iaitu Berkomunikasi Secara Efektif BMMB3023,
MPU3012, , dan BMMB3013
.

TUGASAN KPPB

1. Berdasarkan idea besar Berkomunikasi Secara Efektif hasilkan satu pembentangan


kumpulan yang bertemakan Idea Besar iaitu Berkomunikasi Secara Efektif dengan
menghubung kait konsep Transformasi Generatif dengan proses pembentukan dan
susunan ayat. (BMMB3023; Peruntukan masa: 30 minit)

2. Selepas itu, mengaplikasikan sebutan baku dalam kemahiran mendengar dan bertutur
melalui persembahan aktiviti secara berkumpulan. (BMMB3013; Peruntukan masa:
30 minit)

3. Berikutnya, hasilkan satu ceramah yang bertemakan Idea Besar iaitu Berkomunikasi
Secara Efektif melalui amalan kesantunan dalam kalangan remaja. (MPU3012;
panjang penulisan : 1000 patah perkataan).
TUGASAN 3 : Analisis Ayat (25%)

1. Menganalisis dan menerangkan pelbagai ayat tunggal dan ayat majmuk secara rajah
pohon dan huraian secara kritis dengan menghubung kait konsep Transformasi
Generatif dalam proses pembentukan dan susunan ayat.
2. Panjang esei ialah 1000 patah perkataan.
3. Tugasan ini adalah tugasan individu
4. Esei boleh disokong berdasarkan graf, rajah atau jadual.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Tugasan 1 dan 3 ialah tugasan individu manakala tugasan 2 berbentuk aktiviti


kumpulan.
2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.
3. Hasil kerja kursus berbentuk teks perlu ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah.
4. Penulisan esei 1 dan Analisis Ayat perlu disiapkan mengikut tempoh masa yang
ditetapkan.
5. Liputan dan isi kandungan penulisan perlu kreatif dan kritis, menyeluruh, konsisten
dan terperinci berserta dengan bahan-bahan yang digunakan.
6. Pemahaman yang mendalam berkaitan aspek yang dituliskan.
7. Penulisan esei 1 dan Analisis Ayat haruslah menunjukkan kefasihan bahasa,
kematangan hujah dalam menterjemahkan isi kandungan secara kreatif, kritikal dan
analitikal.
8. Format dan organisasi perlu jelas dan koheren
9. Rumusan yang ringkas, padat dan komprehensif.
10. Rujukan sumber perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat seperti buku, jurnal,
internet dan bahan bercetak yang lain.
11. Bagi menyeragamkan proses penghasilan kerja kursus agar persembahan hasil
kerja kursus menepati standard yang ditetapkan:
11.1 Muka depan hendaklah mengikut templat dari Sistem iTEMS IPGM
11.2 Fon Arial
11.3 Saiz huruf 11
11.4 Langkau 1.5 baris
11.5 Penulisan dan sumber rujukan perlu mengikut format APA (American
Psychological Association)
11.6 Rajah perlu dilabelkan.
11.7 Teks yang dihantar perlu dikepilkan dengan:
a. Soalan Kerja Kursus
b. Panduan Pemarkahan
12. Panjang Tugasan 1 tidak lebih 1000 patah perkatan dan Tugasan 3 tidak melebihi
1000 patah perkataan.
13. Tugasan 2, aktiviti secara berkumpulan (dua hingga tiga orang) diperuntukkan selama
30 minit.
14. Amalan plagiat tidak dibenarkan.
15. Tugasan 1, Tugasan 2, dan Tugasan 3 ini membawa 60% (40% ialah peperiksaan
akhir).
16. Hasil tugasan perlu diserahkan kepada pensyarah mengikut format yang disediakan.
17. Hasil tugasan perlu dijilidkan dan bahagian kulit hadapan hendaklah dilengkapkan
dengan maklumat yang berikut:
17.1 Nama Guru
17.2 Angka Giliran
17.3 No. Kad Pengenalan
17.4 Kumpulan/Unit
17.5 Kod Kursus dan Nama Kursus
17.6 Nama Pensyarah
17.7 Tahun Pengajian
18. Anda mesti menghantar tugasan anda mengikut tarikh yang ditetapkan. Tugasan
yang dihantar lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus
anda ini.
19. Anda wajib menyertakan Borang Maklum Balas Kerja Kursus dalam kerja kursus
anda.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut:

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.


2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara yang berikut:
2.1 Pengenalan yang menarik dan dapat mengupas topik soalan.
2.2 Perkembangan (Isi topik yang dibincangkan)
2.3 Rumusan dan menjawab persoalan tugasan
3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong tugasan anda hendaklah
dikemukakan (sekiranya sesuai).
4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan dengan sokongan
ilmiah.
5. Format dan organisasi tugasan perlu jelas dan koheren.
6. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak
tugasan (sekurang-kurangnya lima sumber yang meliputi buku, makalah, sumber
Internet, jurnal, dan bahan-bahan bercetak yang lain).

Disediakan oleh: Disemak oleh:

___________________________ __________________________
(Dr HJH NOR AZIAH BINTI ABDUL AZIZ ) Dr HASNAH BT AWANG
Penyelaras Kursus BMMB3023 Pakar Bidang (SME)
Linguistik Terapan Bahasa Melayu Jabatan Pengajian Melayu
Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Ipoh, Perak.
IPG Kampus Ipoh, Perak.

Disahkan oleh :

__________________________________

(EN. SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR )


Ketua Jabatan Pengajian Melayu
IPG Kampus Ipoh
Perak.

Anda mungkin juga menyukai