Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK 2021

Program : PISMP Nama Pelajar : Tee Hui Yin


Kod : PBKK3013
Semester/ Tahun : 1 / 1
Ambilan : JUN 2021
Nama Kursus : TEORI KAUNSELING Kumpulan : BNK SK 1/ SK 2

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar


1. Penulisan Kajian Kes 26.07.2021 03.09.2021
2. Pembentangan 16.08.2021 19.08.2021
3. Kuiz 23.08.2021 30.08.2021

Hasil Pembelajaran Kursus

1. Menjelaskan teori-teori kaunseling secara umum dan spesifik dalam proses kaunseling. (C2,A2,
PLO1)
2. Mengaplikasi teori-teori kaunseling dalam pengurusan kes secara kritikal. (C3,PLO1,PLO3,
CTPS2)
3. Membandingbeza kelebihan dan limitasi sesuatu teori kaunseling melalui pembentangan secara
berkumpulan. (C4, A3,PLO3,PLO4,PLO5,CTPS3,CS3,TS4)
4. Menilai keberkesanan pelbagai pendekatan teori kaunseling dalam membimbing menyelesaikan
masalah klien. (C5,A3,PLO3,CTPS4)

Kerja kursus ini menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, dan 4

Objektif Kerja Kursus

1. Mengaplikasi pelbagai teori kaunseling bagi kepentingan klien dalam pengurusan kajian kes
secara kritikal. (CLO2)
2. Membandingbeza kelebihan dan limitasi sesuatu teori kaunseling berdasarkan pengurusan kajian
kes melalui pembentangan kumpulan secara lisan. (CLO3, CLO4)
3. Memahami dan menjelaskan teori-teori kaunseling secara umum dan spesifik dalam proses
kaunseling dalam kuiz. (CLO1)

1
TUGASAN KERJA KURSUS

Menurut Gladding (2005), teori dibentuk untuk memberi penjelasan atau ramalan
mengenai punca permasalahan intra dan interpersonal supaya satu bentuk cadangan
penyelesaian masalah dapat dibuat manakala Peterson dan Nisenholz (1995) menyatakan
bahawa teori menyediakan kerangka untuk menerangkan tentang sesuatu kejadian, proses
kejadian dan intervensi yang oleh dilakukan dalam proses membantu.

Tugasan 1: Penulisan Kajian Kes (35%)

Anda diminta untuk melaksanakan satu kajian kes dalam kalangan rakan anda. Sediakan satu
laporan kajian kes secara terperinci berdasarkan mana-mana perspektif teori yang anda pilih. Kerangka
laporan kajian kes mesti mengandungi aspek-aspek berikut:

i. Latar belakang subjek


ii. Punca dan masalah yang dihadapi oleh subjek berdasarkan perspektif teori kaunseling.
iii. Aplikasi teori dalam membantu subjek memahami isu atau masalah yang dialaminya

Tugasan 2 : Pembentangan Kumpulan (5%)

Anda dikehendaki memilih mana-mana dua jenis teori kaunseling dan membandingbeza kelebihan
dan limitasi sesuatu teori kaunseling melalui pembentangan kumpulan secara lisan dalam talian.

Tugasan 3: Kuiz (10%)

Pelajar akan diberikan Kuiz 1 dan Kuiz 2. Terdapat hanya satu soalan esei mudah bagi soalan Kuiz 1 dan
Kuiz 2. Pelajar dikehendaki menjawab semua soalan kuiz tersebut dalam tempoh masa 30 minit.

2
Panduan melaksanakan kerja kursus:

1. Tugasan 1 dan 3 adalah tugasan individu manakala tugasan 2 adalah tugasan kumpulan.
2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.
3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:
3.1 Muka depan hendaklah mengikut templet terkini
3.2 Font Arial
3.3 Saiz huruf ialah 11 point
3.4 Langkau 1.5 baris
3.5 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)
3.6 Lampiran adalah wajib

5. Panjang tugasan adalah 1200 patah perkataan bagi penulisan kajian kes atau tidak melebihi 8
muka surat.

6. Ahli kumpulan tidak boleh melebihi tiga orang untuk tugasan kumpulan.

7. Rujukan tidak diambil kira dalam jumlah pengiraan perkataan.


8. Amalan plagiat tidak dibenarkan langsung.

9. Tugasan ini perlu disiapkan dan dihantar berdasarkan tarikh yang ditetapkan.

10. Tugasan ini membawa markah 100% dengan wajaran 50% sahaja.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut :

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.


2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara berikut :
a. Pengenalan yang menarik dan dapat mengupas keselurusan isi tugasan
b. Memperlihatkan tumpuan terhadap aplikasi pelbagai pendekatan teori kaunseling dalam
membimbing menyelesaikan masalah.
c. Membandingbeza kelebihan dan limitasi sesuatu teori kaunseling dalam pengurusan kes
secara kritikal.
d. Rumusan/cadangan dalam menjawab persoalan tugasan perlu jelas dan tepat.
3. Bukti-bukti dan bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah di kemukakan.
4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah.
5. Format dan organisasi perlu jelas dan koheran.
3
6. Penulisan harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan
ejaan dan memperlihatkan kematangan hujah.
7. Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan

Disediakan oleh : Disemak oleh :

...................................................................... ..................................................
(SYED AHMAD RUSLAN BIN SYED ABD AZIZ) (Dr. MOHD FAIZAL BIN HASSAN)
Pensyarah/ Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME)

Disahkan oleh :

...................................................................
(HJ HATIM AZIWIR BIN ZAADUN ZABIR)
Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan

Anda mungkin juga menyukai