Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK : 2018

Program : PPISMP Nama Pelajar :

Kod Kursus : BNK 1014 Semester / Tahun : Semester 1 Tahun 1


Ambilan : Jun 2018
Nama Kursus : Pengenalan Bimbingan Kumpulan : Bimb. & Kaunseling SK
dan Kaunseling
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar
1. Penulisan esei 12 Julai 2018 2 Ogos 2018
2. Pembentangan 12 Julai 2018 12 Oktober 2018
3. Kuiz 12 Sept 2018 12 Sept 2018

Hasil Pembelajaran Kursus


1. Menjelaskan kandungan perkembangan dan falsafah perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling. (C2, A2, PLO1)
2. Membincangkan konsep, jenis dan pendekatan bimbingan, kaunseling dan
psikoterapi berdasarkan sumber yang relevan
(C3, P2, PLO6, LL1)
3. Menghubung kait teori kaunseling berdasarkan aliran melalui pembentangan
secara kumpulan. (C4,
A4,PLO3,PLO4,PLO5,CTPS2,CS3,TS2)
4. Membandingbeza peranan guru bimbingan dan kaunseling dengan guru akademik.
(C4, PLO3,CTPS3)
5. Menghuraikan isu dan cabaran perkhidmatan bimbingan dan kaunseling secara
kritis (C5, P1, A1, PLO3, PLO4, PLO6,
CTPS3, CS3, LL3)
Projek ini menilai hasil pembelajaran1,2,3, dan 5

Objektif Projek/Kerja Kursus Pendek


Pelajar akan dapat:
1. Membincangkan perkembangan dan falsafah perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling.
2. Membincangkan konsep, jenis dan pendekatan bimbingan , kaunseling dan
psikoterapi berdasarkan sumber yang relevan.
3. Membincangkan isu-isu dan cabaran perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
secara kritis.
Tugasan Kerja Kursus

Rangsangan :

Kaunseling adalah satu profesion yang jelas dan nyata. Ia berkaitan dengan kebajikan,
pembangunan, dan membantu orang yang kurang berfungsi. Ini adalah berdasarkan
prinsip dan definisi yang berkembang pada awal hingga kini. Menurut Governing Council
of the American Counseling Association (ACA), praktis profesion kaunseling adalah
berkait dengan kesihatan mental, psikologikal, dan prinsip pembangunan manusia
melalui kognitif, intervensi, strategi menyediakan kebajikan, pertumbuhan personal atau
pembangunan dalam pekerjaan dan juga patologi.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut :

Tugasan 1- Penulisan Esei Secara Individu(1000pp) (30%)


Secara individu anda dikehendaki bincangkan konsep , jenis dan pendekatan Bimbingan,
Kaunseling dan Psikoterapi berdasarkan sumber yang relevan seperti buku, jurnal, dan
makalah yang sesuai.
Huraikan juga isu-isu dan cabaran perkhidmatan bimbingan dan kaunseling secara kritis.

Tugasan 2 - Pembentangan (10%)


Teori kaunseling boleh membantu kaunselor semasa mengendalikan sesi kaunseling
sebagai kerangka utama proses kaunseling.Di dalam 2 atau 3 orang dalam satu
kumpulan, bincang dan hubung kaitkan konsep utama yang ditekankan dalam teori-teori
tersebut .
Penilaian mengambil kira penggunaan audio visual, kualiti suara dan penggunaan ICT.

Tugasan 3 – Kuiz (20%)

Secara individu, pelajar dikehendaki menjawab 40 soalan aneka pilihan.


(60 minit)

Arahan Pelaksanaan Tugasan :

1. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.
2. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :
i. Muka depan hendaklah mengikut templet terkini
ii. Fon Arial, Saiz huruf – 11 dan langkau 1.5 baris
iii. Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)
3. Buat rujukan yang mencukupi dan lampirkan senarai rujukan dalam penulisan anda.
4. Amalan plagiat tidak dibenarkan.
5. Anda WAJIB sertakan Borang Maklum Balas Tugasan bersama tugasan anda.
6. Anda mesti menghantar tugasan yang lengkap mengikut tarikh yang ditetapkan. Tugasan yang
dihantar lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus anda.
7. Bahagian kulit luar hendaklah dilengkapkan dengan maklumat mengikut format yang ditetapkan
oleh IPGKTI.
8. Borang salah laku akan dikeluarkan jika pelajar tidak menghantar tugasan kerja kursus mengikut
tarikh serahan.
9. Wajaran keseluruhan kerja kursus ialah 50% dan wajaran peperiksaan berpusat
ialah 50%.

Tugasan disediakan oleh : Disemak oleh :

SAIFUL LIZAN @ HASNUL HISYAM BIN SUPARMAN LEE CHAI EAM


Pensyarah Kursus PBKK3113 Pakar Bidang (SME)
Jabatan Ilmu Pendidikan Jabatan Ilmu Pendidikan
IPGKTI Johor. IPGKTI Johor.

Disahkan oleh:

HJ HAMDAN BIN ZAINAL AFUAD


Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan
Jab. Ilmu Pendidikan
IPGKTI Johor.

Anda mungkin juga menyukai