Anda di halaman 1dari 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

TUGASAN PROJEK
PROGRAM : PISMP Pendidikan Jasmani
Pendidikan Rendah
KOD DAN NAMA KURSUS :
PJM 3103
Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan
Jasmani
TARIKH MULA : 5 Februari 2016

NAMA PELAJAR :
SEMESTER / TAHUN : 1 / 2016
TARIKH HANTAR : 18 Mac 2016

Hasil Pembelajaran :
1.Menjelaskan kepentingan Pendidikan Jasmani terhadap perkembangan individu.
2.Mengenal pasti kandungan kurikulum dan pendekatan yang digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Jasmani.
3.Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam satu sesi Pengajaran Mikro dengan
mengaplikasikan prinsip-prinsip pembelajaran Pendidikan Jasmani
4.Melaksanakan pentaksiran dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.
5.Mempamerkan nilai-nilai murni semasa melaksanakan aktiviti.
Projek ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4, dan 5.

Objektif Projek :
Pada akhir tugasan projek ini, pelajar-pelajar dapat :
1.

menghasilkan satu penulisan akademik berkaitan dengan konsep dan kepentingan strategi,
kaedah, teknik dan pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

2.

menggerakkan proses pembelajaran dan membina pemikiran sendiri dalam menghasilkan satu
Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Pendidikan
Jasmani serta melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani berdasarkan
RPH yang disediakan

3.

hasilkan satu pembentangan yang menunjukkan pemahaman anda terhadap pemupukan KBAT
dalam pelajaran yang anda rancangkan.

Tugasan Projek
Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah rendah sering dipersoalkan kerana
sesetengah guru kurang berjaya melaksanakan aktiviti yang menarik dan menyeronokkan. Selain itu,
didapati bahawa aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan kurang diberi fokus kepada hasil pembelajaran yang
ingin dicapai khususnya domain kognitif dan afektif. Pendekatan yang digunakan semasa pengajaran dan
pembelajaran merupakan pendekatan tradisional di mana tumpuan adalah terhadap teknik kemahiran dan
berpusatkan guru. Kanak-kanak diperingkat akar umbi seharusnya belajar melalui bermain untuk
memperolehi asas kemahiran dan kefahaman tentang sesuatu permainan atau sukan. Melalui kajiankajian, didapati bahawa pendekatan Teaching Games for Understanding (TGfU) berjaya meningkatkan
asas kemahiran, kreativiti dan sosial kanak-kanak disamping menikmati keseronokkan semasa bermain.
Untuk mencapai matlamat ini, anda dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:
1.

Penulisan Akademik (20%)


Hasilkan satu penulisan akademik berkaitan dengan konsep dan kepentingan strategi,
kaedah, teknik dan pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

2.

Pengajaran Mikro (25%)


Hasilkan satu Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pengajaran Harian
(RPH) berkaitan tajuk-tajuk dalam huraian sukatan KSSR sesuai untuk dilaksanakan untuk
murid-murid sekolah rendah dan laksanakan satu pengajaran mikro berdasarkan RPH yang
dihasilkan.

3.

Pembentangan (15%)
Hasilkan satu power point berkaitan dengan konsep dan kepentingan strategi, kaedah,
teknik dan pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Contoh
pembelajaran masteri dan lain-lain.

Panduan Pelaksanaan Projek


1.

Tugasan ini adalah tugasan individu.

2.

Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh enam minggu.

3.

Format penulisan adalah seperti berikut:


i.

Font Arial

ii.

Saiz huruf ialah 11 point

iii.

Langkau 1.5 baris

iv

Rujukan mengikut format APA yang terkini.

4.

Buat rujukan yang mencukupi dan lampirkan senarai rujukan dalam penulisan anda.

5.

Amalan plagiat adalah tidak dibenarkan sama sekali.

6.

Panjang penulisan adalah 2500 patah perkataan.

7.

Bilangan patah perkataan WAJIB dinyatakan dihujung penulisan anda. Bilangan patah perkataan
termasuk quotation tetapi tidak termasuk tajuk dan rujukan. Penalti akan dikenakan sekiranya
bilangan patah perkataan melebihi 10% daripada yang ditetapkan.

8.

Pembentangan hendak merangkumi pemilihan font, warna ilustrasi dan grafik yang sesuai.

9.

Anda wajib sertakan sehelai Borang Maklum Balas Tugasan sebagai muka depan,

10.

Anda mesti hantar tugasan anda mengikut tarikh yang ditetapkan. Tugasan yang dihantar lewat
tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus anda.

Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria Berikut:


1.

Penulisan Akademik

2.

Isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.


Rujukan harus merangkumi jurnal, buku rujukan dan sumber internet.
Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)
Penulisan harus menunjukkan keaslian, kematangan dan bermutu ilmiah.
Muka Depan merangkumi:
o Nama Pelajar
o Angka Giliran
o No Kad Pengenalan
o Kumpulan/Unit
o Kod dan Nama Kursus
o Tajuk tugasan Projek
o Nama Pensyarah
o Tarikh Hantar.

Pengajaran Mikro

Melaksanakan

sesi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan RPH yang disediakan

(Individu).
Sebelum pengajaran dan pembelajaran
Memahami isi pelajaran dan yakin terhadap Pengajaran dan pembelajaran yang akan
dilaksanakan.
Menguruskan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran, peralatan dan kawasan
pengajaran dan pembelajaran.
Berbincang, membuat latihan atau simulasi.
Menyediakan kerusi dan meja penilai.
Semasa pengajaran dan pembelajaran

Menguruskan rakan-rakan yang mengambil bahagian.


Menguruskan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran, peralatan dan
Kawasan pengajaran dan pembelajaran.
Melaksanakan aktiviti yang dirancang dan mengambil kira pengurusan masa.
Menerapkan nilai-nilai murni dan mengamalkan kemahiran berfikir.
Jangka masa pengajaran dan pembelajaran ialah 30 minit.
Memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar, kemas dan
mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan.
Selepas pengajaran dan pembelajaran
Menguruskan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran, peralatan dan kawasan
pengajaran dan pembelajaran.
Laporan/catatan refleksi yang disediakan hendaklah dijilid bersama artikel,
RPT dan RPH pada akhir projek ini.
3.

Pembentangan.

Kandungan / bahan-bahan yang relevan dengan isi kandungan kursus ( PJM 3103 )
Persembahan hasil tugasan menampilkan kesungguhan dan berpengetahuan luas dari pelbagai

aspek.
Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong tugasan anda hendaklah dikemukakan
Pembentangan mempunyai tahap penguasaan kemahiran yang tinggi, lancar dan berjaya
menarik perhatian pendengar.

Kriteria Pentaksiran
Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang disediakan.

Tugasan disediakan oleh:

Disemak oleh:

(SABRI BIN TAN)


Penyelaras Kursus PJM 3103
Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan
IPG Kampus Ipoh

(KAMARUAZLI BIN MOHD YUSOFF)


Pakar Bidang (SME)
Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan
IPG Kampus Ipoh

Tarikh :

Tarikh :

Disahkan oleh :

(HAJI ZULKIFLI BIN HASSAN)


Ketua Jabatan
Jabatan Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
IPG Kampus Ipoh
Tarikh :

RUBRIK PEMARKAHAN PENULISAN AKADEMIK

Gred
Amat
Cemerlang
( A+ )

Skala
100 markah
90 100

Deskriptor

Cemerlang
( A, A- )

75 89

Kepujian
( B+, B dan
B- )

65 74

Lulus
( C+, C )

50 64

49

Isi kandungan tepat tetapi kurang lengkap.


Hasil penulisan menunjukkan pemikiran yang kurang kreatif dan kurang
kritis.
Menginterpretasi aspek-aspek yang dibincangkan dengan mendalam
tetapi kurang kritikal.
Merujuk sekurang-kurangnya empat bahan rujukan dan pelbagai
sumber.
Menunjukkan kefasihan penggunaan bahasa yang betul dan tepat.
Pengolahan jelas dan tepat.
Format penulisan menepati format APA terkini.

Isi kandungan kurang tepat dan kurang lengkap.


Hasil penulisan menunjukkan pemikiran yang kurang kreatif.
Menginterpretasi aspek-aspek yang dibincangkan dengan baik.
Merujuk sekurang-kurangnya tiga bahan rujukan dan pelbagai sumber.
Menunjukkan kefasihan penggunaan bahasa yang betul.
Pengolahan jelas tetapi kurang tepat.
Format penulisan kurang menepati format APA terkini

Isi kandungan kurang tepat dan tidak lengkap.


Hasil penulisan menunjukkan pemikiran yang kreatif.
Interpretasi dan pemahaman yang sederhana terhadap aspek-aspek
yang dikaji.
Merujuk sekurang-kurangnya dua bahan rujukan dan pelbagai sumber.
Menunjukkan kefasihan penggunaan bahasa yang lemah.
Pengolahankurang jelas dan kurang tepat.
Format penulisan tidak menepati format APA terkini.

Gagal

Isi kandungan tepat dan lengkap.


Hasil penulisan menunjukkan pemikiran yang kreatif dan kritis.
Menginterpretasi aspek-aspek yang dibincangkan dengan sangat
mendalam dan kritikal.
Merujuk sekurang-kurangnya lima bahan rujukan dan pelbagai sumber.
Menunjukkan kefasihan penggunaan bahasa yang betul dan tepat.
Pengolahan sangat jelas dan tepat.
Format penulisan menepati format APA terkini.

Isi kandungan tidak tepat dan tidak lengkap.


Hasil penulisan menunjukkan pemikiran yang tidak kreatif.
Interpretasi yang tidak tepat dan kurang kefahaman terhadap aspekaspek yang dikaji.
Tiada bahan rujukan.
Menunjukkan kefasihan penggunaan bahasa yang sangat lemah.
Pengolahan tidak jelas dan tidak tepat.
Format penulisan tidak menepati format APA terkini.

RUBRIK PEMARKAHAN PEMBENTANGAN


Gred
Amat
Cemerlang
( A+ )

Skala
100
markah
90 - 100

Deskriptor

Cemerlang
( A, A- )

75 89

Kepujian
( B+, B
dan B- )

65 74

Lulus
( C+, C )

50 64

Gagal

49

Penghasilan multimedia amat menarik, amat sempurna dan amat


memuaskan.
Pemilihan font, warna, illustrasi, grafik, objek dan keletakan objek dalam
skrin sangat sistematik.
Berkemampuan tinggi dalam menjelaskan, menganalisis secara kritikal dan
pertimbangan terhadap tajuk tugasan yang telah diberikan
Berkebolehan tinggi menggunakan kemahiran penyampaian secara lisan
dan bukan lisan, sangat mahir menggunakan ICT.
Menunjukkan komitmen yang tinggi dalam mengamalkan sikap, nilai,
tanggungjawab serta etika dalam menyempurnakan tugasan.
Penghasilan multimedia menarik.
Pemilihan font, warna, ilustrasi, grafik, objek dan keletakan objek dalam
skrin agak sistematik.
Berkemampuan dalam menjelaskan, menganalisis secara kritikal dan
pertimbangan terhadap tajuk tugasan yang telah diberikan
Berkebolehan menggunakan kemahiran penyampaian secara lisan dan
bukan lisan, mahir menggunakan ICT.
Menunjukkan komitmen yang baik dalam mengamalkan sikap, nilai,
tanggungjawab serta etika dalam menyempurnakan tugasan.
Penghasilan multimedia agak menarik.
Pemilihan font, warna, ilustrasi, grafik, objek dan keletakan objek dalam
skrin agak sistematik.
Berkemampuan sederhana dalam menjelaskan, menganalisis secara
kritikal dan pertimbangan terhadap tajuk tugasan yang telah diberikan
Berkebolehan sederhana menggunakan kemahiran lisan dan bukan lisan,
kemahiran yang sederhana dalam menggunakan ICT.
Menunjukkan komitmen yang sederna dalam mengamalkan sikap, nilai,
tanggungjawab serta etika dalam menyempurnakan tugasan.
Penghasilan multimedia kurang menarik.
Pemilihan font, warna, ilustrasi, grafik, objek dan keletakan objek dalam
skrin kurang sistematik.
Berkemampuan rendah dalam menjelaskan, menganalisis secara kritikal
dan pertimbangan terhadap tajuk tugasan yang telah diberikan
Berkebolehan rendah menggunakan kemahiran lisan dan bukan lisan,
kurang mahir menggunakan ICT.
Menunjukkan komitmen yang rendah dalam mengamalkan sikap, nilai,
tanggungjawab serta etika dalam menyempurnakan tugasan.
Penghasilan multimedia tidak menarik.
Pemilihan font, warna, ilustrasi, grafik, objek dan keletakan objek dalam
skrin tidak sistematik.
Kurang berkemampuan dalam menjelaskan, menganalisis secara kritikal
dan pertimbangan terhadap tajuk tugasan yang telah diberikan
Kurang berkebolehan menggunakan kemahiran lisan dan bukan lisan,
kurang mahir menggunakan ICT.
Kurang menunjukkan komitmen dalam mengamalkan sikap, nilai,

tanggungjawab serta etika dalam menyempurnakan tugasan.

RUBRIK PENGAJARAN MIKRO (PROJEK)


Gred

Skala
100
markah

Amat
Cemerlang
( A+ )

90 - 100

Cemerlang
( A, A- )

75 89

Kepujian
( B+, B dan
B- )

65 74

Deskriptor
Format RPT & RPH lengkap dan menepati kandungan KSSR.

Hasil pembelajaran atau standard pembelajaran sangat jelas dan sangat tepat.
Pemilihan aktiviti sangat sesuai dengan peruntukan masa, bahagian-bahagian RPH
dan mempunyai catatan yang sangat jelas dan mudah difahami.
Pemilihan BSPP mencukupi, sangat sesuai dan sangat membantu pengajaran dan
pembelajaran.
Strategi utama dan ciri-ciri strategi sangat tepat dan sangat sesuai dengan aktiviti.
Nilai murni yang ingin diterapkan sangat sesuai dengan tajuk.
Rumusan pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran sangat tepat dan sangat
sesuai dengan isi pelajaran.
Sangat berjaya menguruskan BSPP, peralatan dan kawasan sebelum, semasa dan
selepas pengajaran dan pembelajaran.

Permulaan sesi pengajaran dan pembelajaran sangat menarik. Sangat berjaya


melaksanakan langkah-langkah perkembangan pengajaran .
Pengurusan bilik darjah sangat baik.
Komunikasi sangat berkesan.
Kualiti pembelajaran yang cemerlang.
Rumusan dan penutup sangat tepat dan sangat menarik.
Sangat berjaya mencapai hasil pembelajaran psikomotor, kognitif dan afektif.
Sangat berjaya menerapkan nilai dan mengaplikasikan kemahiran kemahiran berfikir.
Format RPT & RPH lengkap dan menepati kandungan KSSR .

Hasil pembelajaran atau standard pembelajaran jelas dan tepat.


Pemilihan aktiviti sesuai dengan peruntukan masa, bahagian-bahagian RPH dan
mempunyai catatan yang jelas dan mudah difahami.
Pemilihan BSPP mencukupi, sesuai dan membantu pengajaran dan pembelajaran.
Strategi utama dan ciri-ciri strategi tepat dan sesuai dengan aktiviti.
Nilai murni yang ingin diterapkan sesuai dengan tajuk.
Rumusan pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran tepat dan sesuai dengan
isi pelajaran.
Berjaya menguruskan BSPP, peralatan dan kawasan sebelum, semasa dan selepas
pengajaran dan pembelajaran.
Permulaan sesi pengajaran dan pembelajaran menarik.
Berjaya melaksanakan langkah-langkah perkembangan pengajaran .
Pengurusan bilik darjah baik.
Komunikasi berkesan.
Kualiti pembelajaran yang baik.
Rumusan dan penutup tepat dan menarik.
Berjaya mencapai hasil pembelajaran psikomotor, kognitif dan afektif.
Berjaya menerapkan nilai dan mengaplikasikan kemahiran kemahiran berfikir.
Format RPT & RPH kurang lengkap dan kurang menepati kandungan KSSR.

Hasil pembelajaran atau standard pembelajaran jelas tetapi kurang tepat.


Pemilihan aktiviti sesuai dengan peruntukan masa, bahagian-bahagian RPH tetapi
mempunyai catatan yang kurang jelas.
Pemilihan BSPP mencukupi, kurang sesuai dan kurang membantu pengajaran dan
pembelajaran.
Strategi utama dan ciri-ciri strategi kurang sesuai dengan aktiviti.

Nilai murni yang ingin diterapkan kurang sesuai dengan tajuk.


Rumusan pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran kurang tepat dan kurang
sesuai dengan isi pelajaran.
Kurang berjaya menguruskan BSPP, peralatan dan kawasan sebelum, semasa dan
selepas pengajaran dan pembelajaran.
Permulaan sesi Pengajaran dan pembelajaran kurang menarik.
Kurang berjaya melaksanakan langkah-langkah perkembangan pengajaran .
Pengurusan bilik darjah sederhana baik.
Komunikasi kurang berkesan.
Kualiti pembelajaran yang sederhana baik.
Rumusan dan penutup kurang tepat dan kurang menarik.
Kurang berjaya mencapai hasil pembelajaran psikomotor, kognitif dan afektif.
Kurang berjaya menerapkan nilai dan mengaplikasikan kemahiran kemahiran berfikir.

Lulus
( C+, C )

Gagal

50 64

49

Format RPT & RPH kurang lengkap dan tidak menepati kandungan KSSR.

Hasil pembelajaran atau standard pembelajaran tidak jelas dan tidak tepat.
Pemilihan aktiviti kurang sesuai dengan peruntukan masa, bahagian-bahagian RPH
serta mempunyai catatan yang tidak jelas.
Pemilihan BSPP mencukupi, tetapi tidak sesuai dan kurang membantu pengajaran
dan pembelajaran.
Strategi utama dan ciri-ciri strategi tidak sesuai dengan aktiviti.
Nilai murni yang ingin diterapkan kurang sesuai dengan tajuk.
Rumusan pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran tidak tepat dan tidak
sesuai dengan isi pelajaran.
Dapat menguruskan BSPP, peralatan dan kawasan sebelum, semasa dan selepas
pengajaran dan pembelajaran.
Permulaan sesi pengajaran dan pembelajaran tidak menarik.
Tidak berjaya melaksanakan langkah-langkah perkembangan pengajaran .
Pengurusan bilik darjah lemah.
Komunikasi kurang berkesan.
Kualiti pembelajaran yang lemah.
Rumusan dan penutup tidak tepat dan tidak menarik.
Tidak berjaya mencapai hasil pembelajaran afektif.
Tidak berjaya menerapkan nilai dan mengaplikasikan kemahiran kemahiran berfikir.
Format RPT & RPH tidak lengkap dan tidak menepati kandungan KSSR.

Hasil pembelajaran atau standard pembelajaran tidak jelas dan tidak tepat.
Pemilihan aktiviti tidak sesuai dengan peruntukan masa, bahagian-bahagian RPH
serta mempunyai catatan yang tidak jelas.
Pemilihan BSPP tidak mencukupi, tidak sesuai dan tidak membantu pengajaran dan
pembelajaran
Strategi utama dan ciri-ciri strategi tidak sesuai dengan aktiviti.
Nilai murni yang ingin diterapkan tidak sesuai dengan tajuk.
Rumusan pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran tidak tepat dan tidak
sesuai dengan isi pelajaran.
Tidak dapat menguruskan BSPP, peralatan dan kawasan sebelum, semasa dan
selepas pengajaran dan pembelajaran.
Permulaan sesi pengajaran dan pembelajaran tidak menarik.
Tidak berjaya melaksanakanlangkah-langkah perkembangan pengajaran .
Pengurusan bilik darjah sangat lemah.
Komunikasi tidak berkesan.
Kualiti pembelajaran yang sangat lemah.
Rumusan dan penutup tidak tepat dan tidak menarik.
Tidak berjaya mencapai hasil pembelajaran kognitif dan afektif.

Tidak berjaya menerapkan nilai dan mengaplikasikan kemahiran kemahiran berfikir.

Kaedah, strategi dan teknik yang sarankan adalah seperti berikut:


1. Pembelajaran Masteri
2. Pembelajaran Konteksual
3. Pembelajaran Kontruktivisme
4. Kajian Masa Depan
5. Kecergasan Pelbagai
6. Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis
7. Kaedah Demontrasi
8. Belajar Cara Belajar
9. Pembelajaran Koperatif

Anda mungkin juga menyukai