Anda di halaman 1dari 8

Format Ulasan Artikel dalam Jurnal

CONTOH ULASAN ARTIKEL DALAM JURNAL


Tajuk Artikel :
Nama Penulis dan Makluman Latar Belakang :
Tajuk Artikel dan Maklumat berkaitan (contohnya : Tarikh Artikel Diterbitkan/ Nama
Jurnal/ Bilangan dan sebagainya)
BAHAGIAN A : ULASAN MENYELURUH

Huraikan isi kandungan artikel yang dipilih secara keseluruhannya.


BAHAGIAN B : PENDAPAT PENGULAS

Apakah isu utama yang dibangkitkan/diutarakan oleh penulis?

Adakah isu itu menarik? Mengapa?

Adakah isu yang dibangkitkan/diutarakan oleh penulis relevan bagi anda sebagai seorang
penyelidik?

Adakah saya setuju (atau tidak setuju) dengan isi kandungan/ hasil dapatan kajian artikel ini?

Adakah dan bagaimanakah persoalan kajian dijawab oleh penyelidik/penulis?

Adakah metodologi kajian yang digunakan oleh penyelidik/penulis sesuai dengan kajian yang
dijalankan?(contoh : pemilihan informen/responden kajian dan kaedah pengutipan data yang
digunakan)

Adakah dapatan kajian ini boleh dipercayai atau menyakinkan anda?

Apakah langkah yang diambil oleh penyelidik/penulis untuk memastikan kesahan dan
kebolehpercayaan kajian?

Adakah

pengkaji mengambil langkah yang relevan bagi memastikan etika penyelidikan dipatuhi?

Adakah artikel ini dapat mengubah atau memberi kesan terhadap cara anda berfikir tentang
perkara yang dibangkitkan dalam artikel tersebut?

Bagaimanakah maklumat atau pengetahuan yang anda perolehi melalui pembacaan artikel ini
dapat mencerahkan atau memperbaiki cara anda melaksanakan penyelidikan secara
kualitatif/kuantitatif?
BAHAGIAN C : PENUTUP

Apakah penemuan/ilmu pengetahuan baru daripada artikel yang anda perolehi atau pelajari
sebagai seoarang bakal penyelidik?

Bagaimanakah anda akan menggunakan ilmu pengetahuan ini dalam kajian yang akan anda
lakukan pada masa akan datang?

Sekiranya anda melakukan kajian seperti yang dibincangkan dalam artikel yang anda pilih,
apakah ada perkara yang ingin anda ubah bagi meningkatkan kualiti kajian?
CONTOH 2
Pengenalan
Artikel ini merupakan kajian berbentuk kualitatif. Ia menerangkan tentang pendekatan tugasan
berasaskan projek dalam pengajaran dan pembelajaran pengaturcaraan. Kebanyakan pelajar di
Denison University didedahkan dengan konsep object-oriented ketika menulis program,
terutamanya Java. Kajian ini menerangkan bagaimana pendekatan ini dilakukan kepada pelajar
yang berupaya dan bijak melakukan pengaturcaraan, tetapi mempunyai latar belakang bahasa
pengaturcaraan yang terbatas. Kursus bahasa pengaturcaraan terbahagi kepada dua kategori, iaitu
teori dan kaji selidik (survey). Kursus secara teori dijalankan kepada pelajar junior, yang
memberi penekanan kepada isu-isu implementasi, struktur bahasa pengaturcaraan, rekabentuk
bahasa pengaturcaraan dan semantik. Kursus secara kaji selidik pula dijalankan kepada pelajar
senior, yang memberi penekanan kepada pelajar untuk mempelajari beberapa bahasa
pengaturcaraan.
1. Tujuan Utama Kajian
Kajian ini dilakukan berdasarkan kekangan dari segi pengalaman penggunaan pelbagai bahasa
pengaturcaraan oleh pelajar, terutama dalam kursus Theory of Programming. Dalam kursus ini
pelajar hanya belajar berasaskan buku teks untuk menyelesaikan tugasan. Dalam kajian ini satu
tugasan telah diberi kepada pelajar. Tugasan tersebut ialah Projek Semester. Objektif Projek

Semester ini adalah untuk menggalakkan pelajar mempelajari prinsip-prinsip asas bahasa
pengaturcaraan dan mengenalpasti isu-isu yang berkaitan dengan bahasa pengaturcaraan yang
dipilh. Projek ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari lebih banyak bahasabahasa pengaturcaraan baru.
2. Kaedah Kajian
Dalam kajian ini, pelajar diberi beberapa pilihan projek iaitu (i) menjadi guru untuk bahasa
pengaturcaraan yang dipilih, (ii) membuat comparative analysis terhadap dua atau lebih bahasa
pengaturcaraan, (iii) menulis terjemahan bagi satu bahasa pengaturcaraan atau (iv) mereka cipta
satu bahasa pengaturcaraan yang baru berdasarkan bahasa-bahasa pengaturcaraan yang telah
dipilih. Pelajar akan mendokumentasi, membuat demonstrasi dan pembentangan di dalam kelas
serta mempraktikkan amalan, think, pair, share dalam kalangan pelajar lain yang mengikuti
kursus ini. Pensyarah akan memastikan pelajar mereka membuat pilihan/keputusan yang tepat
berdasarkan kebolehan, kemahiran dan keupayaan pelajar dalam memperkembangkan
pengetahuan yang mereka perolehi daripada projek tersebut. Dalam kajian ini, pemerhatian
dibuat berdasarkan dokumentasi dan pembentangan yang dilakukan oleh pelajar di dalam kelas.
3. Rumusan Dapatan Kajian
Dapatan kajian melalui pemerhatian terhadap pelajar menunjukkan bahawa peningkatan terhadap
pengetahuan dan kemahiran dalam bahasa pengaturcaraan berlaku. Ini dapat dibuktikan dengan
kemampuan pelajar mendokumentasi, membentang dan menganalisis bahasa-bahasa
pengaturcaraan yang telah dipilh. Dapatan kajian juga menunjukkan pensyarah hanya bertindak
sebagai fasilitator dalam kelas pengaturcaraan. Sebelum kajian Projek Semester dijalankan,
pensyarah bertindak sebagai pemberi maklumat yang menyebabkan pelajar menjadi kirang
aktif serta tidak melibatkan diri secara langsung di dalam kelas.
4. Hasil Perbincangan
Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan, kaedah tugasan berasaskan projek jelas
menunjukkan bahawa pelajar telah mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran
pengaturcaraan. Pelajar telah mencapai tahap pengetahuan dan kemahiran dalam pengaturcaraan
yang lebih berbanding dengan kaedah kuliah yang biasa dilaksanakan. Kaedah projek juga
menggalakkan pelajar bergiat secara aktif di dalam kelas. Dapatan kajian juga menunjukkan
bahawa pensyarah bertindak sebagai moderator, fasilitatir dan koordinator sahaja berbanding
dengan keadaan sebelum ini, pensyarah memberi kuliah di dalam kelas. Kaedah projek juga
menunjukkan bahawa pelajar dapat menggunakan pengetahuan sedia ada yang mereka telah
pelajari dalam kursus-kursus Computer Science yang lepas, dan mengintegrasikan kursus-kursus
tersebut dalam projek ini.
IMPLIKASI TERHADAP KAJIAN PENDIDIKAN KOMPUTER
Daripada artikel ini dapat disimpulkan bahawa tugasan berasaskan projek (project-based
assessment) dapat membantu pelajar mempelajari dan memahami bahasa pengaturcaraan dengan
cara yang lebih mudah. Tugasan ini juga membantu pensyarah membimbing pelajar yang

pertama kali menggunakan satu-satu bahasa pengaturcaraan. Pelajar dapat mempraktikkan apa
yang dipelajari melalui tugasan yang diberi, serta belajar membuat keputusan dengan tepat ketika
membuat tugasan tersebut. Salah satu cara untuk mempelajari pelbagai bahasa pengaturcaraan
adalah dengan membuat eksplorasi / menggunakan bahasa-bahasa pengaturcaraan tersebut.
Pelajar digalakkan mempelajari bahasa pengaturcaraan dengan cara tersebut, seterusnya
berkongsi pengalaman dengan rakan sekelas bagi mewujudkan pembelajaran aktif (active
learning).

Anda mungkin juga menyukai