Anda di halaman 1dari 2

Perbincangan untuk 14/4/2020

Tajuk : Kajian Tindakan


Anda boleh menghantar tugasan ini dalam email,Whatsapp atau telegram
Setiap jawapan perlu ada nama dan No kad Pengenalan.

Nama : Juliemazreen
No. IC : 980920-06-5920

1. Nyatakan perbezaan dan persamaan antara penulisan proposal kajian Tindakan dan
proposal kajian konvensional

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN


PENULISAN PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN DAN KAJIAN
KONVENSIONAL
Kajian Tindakan Kajian Konvensional
Objektif Memperbaiki amalan guru Menghasilkan satu teori/dasar
baru

Reka bentuk Prosedur boleh diubahsuai mengikut Prosedur ditetapkan sebelum


keadaan (fleksibel) kajian dan tidak boleh diubah
(rigid)

Subjek Pelajar dan guru yang terlibat dengan Sampel dipilih melalui teknik
Kajian kajian adalah sampel kajian persampelan yang canggih

Kaedah Analisis secara deskriptif sahaja Menggunakan statiskti inferensi


(peratus, kekerapan min) bagi membolehkan generalisasi

Laporan Menggunakan bahasa seharian yang Menggunakan bahasa teknikal


Kajian difahami semua yang sukar difahami
2. Mengapakah kajian Tindakan berbeza dengan penyelidikan Konvesional?

Kajian tindakan dan kajian konvensional tidak mempunyai banyak perbezaan. Perbezaan yang
ketara adalah berkaitan dengan tindakan yang merupakan sebahagian daripada proses dan
prosedur kajian tindakan. Bagi kajian konvensional, tindakan biasanya bergantung pada tujuan
kajian, dan biasanya jarang dilakukan tindakan memandangkan kajian konvensional dijalankan
terhadap isu dan masalah orang lain bagi mencari jalan penyelesaian yang sesuai.

3. Tuliskan satu contoh tajuk cadangan kajian Tindakan jika anda bercadangkan untuk
membuat Kajian tindakan berkaiatan dengan masalah pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu untuk murid Tahun satu

Roda Ajaib : Meningkatkan Kemahiran Huruf Vokal Bahasa Melayu Dalam


Kalangan Murid Tahun Satu

4. Bincangkan lima kebaikan kajian tindakan terhadap perkembangan profesionalisme

1. Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan
pembelajaran murid, keadaan murid dan suasana dalam bilik darjah dan sebagainya

2. Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan

3. Dapat mempelbagaikan teknik pengajaran, memudahkan pencapaian kefahaman


pelajar sekaligus memahami dan memperbaiki amalan sendiri

4. Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan
efektif

5. Dapat menyediakan guru sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru,
sanggup menerima perubahan dan membuat penilaian terhadap kurikulum dan
kokurikulum.

6. Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat perancangan untuk


sebarang tindakan.

Peringatan. Setiap tugasan Mingguan yang di kembalikan akan dicatat sebagai bukti kehadiran

anda dalam pembelajaran sepanjang PKP.

Anda mungkin juga menyukai