Anda di halaman 1dari 33

KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Dr. Bity Salwana Alias


Pensyarah Kanan
Pusat Kepimpinan dan Polisi Pendidikan
Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia
PENGENALAN

 Sistem pendidikan Malaysia perlu relevan dengan perkembangan


di dunia dalam era globalisasi dan K-ekonomi.
 Pendidikan boleh memainkan peranan yang amat penting dalam
merealisasikan objektif negara ke arah mewujudkan sumber
manusia yang boleh bersaing dalam arena globalisasi dan K-
ekonomi.

 Para pendidik perlu berusaha untuk melonjakkan sekolah ke


tahap kecemerlangan.

 Lonjokkan ini boleh dalam bentuk mewujudkan budaya


menjalankan penyelidikan – khasnya kajian tindakan.

 Kajian tindakan sebagai satu-satu aktiviti yang boleh


memartabatkan profesion perguruan.
PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
(PIPP) DALAM KONTEKS KAJIAN TINDAKAN

• Pelan Induk Pembangunan Pendidikan


(PIPP) Dalam Konteks Kajian Tindakan

KAJIAN TINDAKAN DALAM PELAN
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-
2025

Memartabatkan profesion perguruan


Meningkatkan kualiti guru
Guru Inovatif
Guru sebagai agen perubahan
APAKAH KAJIAN TINDAKAN?

 Kajian tindakan merupakan suatu kajian yang berbentuk


inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan oleh peserta dalam
situasi sosial itu sendiri (pengamal/guru/pendidik) sebagai
penyelidik melalui tindakan praktik (intervensi) mereka sendiri
yang bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti
amalan masing-masing, di samping meningkatkan kefahaman
mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu
dilakukan.

 Ianya melibatkan proses merancang, melaksana, memerhati


dan mereflek.
DEFINISI KAJIAN
TINDAKAN

Elliott dan Adelman (1973)


Satu pendekatan penyelidikan terhadap situasi sosial di sekolah
yang bertujuan memperbaiki kualiti amalan guru.

Carr dan Kemmis (1986)


Satu aktiviti inkuiri berbentuk refleksi kendiri yang
dilaksanakan oleh guru untuk memahami dan memperbaiki
amalannya.
DEFINISI KAJIAN TINDAKAN

McNiff (1988)
Satu pendekatan untuk meningkatkan mutu pendidikan melalui
perubahan; iaitu menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar
dan lebih kritis terhadap amalan mereka sendiri, sehingga bersedia
untuk mengubahnya.

Lomax (1994)
KT adalahsumber inovasi pendidikan yang penting kerana ia
berupaya melakuk an inovasi dan perubahan dalam pendidikan.
Tujuan kajian tindakan:
•Memperbaiki amalan pengajaran/pengurusan.
•Memperbaiki atau meningkatkan kefahaman
terhadap amalan pengajaran/pengurusan.
•Memperbaiki situasi di mana
pengajaran/pengurusan dijalankan.
•Membantu penyelidik menghadapi cabaran dan
masalah berhubung dengan amalan pengajaran
pembelajaran/pengurusan.
•Memperkembangkan kemahiran profesional
guru/pengurus khususnya mengenal pasti teknik
atau kaedah PdP/pengurusan yang berkesan.
•Memberi peluang utk mengukuhkan
memperkembang profesion.
MEREFLEK GELUNG 2

ANALISA KUMPUL
DATA DATA

MEMERHATI/ GELUNG 1 MERANCANG


KUMPUL DATA TINDAKAN

LAKSANA
TINDAKAN
Gelung
1

Gelung 2

Gelungan Kajian
Tindakan (Action
Research Cycle)
(Kemmis &
McTaggart, 1988) Ke Gelung 3
Perbandingan
Kajian Tindakan
Dengan
Kajian Konvensional
TUJUAN KAJIAN

Kajian
 Kajian Tindakan Konvensional

 Memperbaiki amalan
guru
 Menghasilkan satu
teori/dasar baru
REKABENTUK

Kajian Tindakan Kajian Konvensional

Prosedur boleh Prosedur


diubahsuai
ditetapkan sebelum
mengikut keadaan.
(Fleksibel) kajian dan tidak
boleh diubah.
(Rigid)
SUBJEK KAJIAN

 Kajian
 Kajian Tindakan
Konvensional

 Pelajar dan guru  Sampel dipilih


 yang terlibat
 melalui teknik
 dengan kajian
 persampelan yang
 menjadi sampel
 canggih
ANALISIS DATA

 Kajian Tindakan  Kajian


Konvensional
 Analisis secara
 deskriptif sahaja.  Menggunakan
 (peratus, kekerapan statistik
 dan min)
 inferensi bagi
 membolehkan
 generalisasi.
LAPORAN KAJIAN

 Kajian Tindakan Kajian


Konvensional
Menggunakan

bahasa  Menggunakan
 seharian yang bahasa
 difahami semua.  teknikal yang
 sukar difahami.
BILA KAJIAN TINDAKAN BOLEH
DIJALANKAN ?

 Apabila kita mula mengambil berat tentang amalan kita


 Apabila kita rasakan sesuatu perlu dibuat untuk mengubah
amalan kita
 Apabila kita didedahkan dengan satu program baru dan kita
ingin mencubanya
 Apabila kita dan rakan merasakan perlu diadakan
perubahan.
 Apabila kita rasa kecewa kerana amalan kita selama ini tidak
membuahkan hasil yang diharapkan
KEPENTINGAN KAJIAN TINDAKAN

 Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami


amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid,
keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya;

 Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan


pembelajaran, memudahkan pencapaian objektif dan dapat
pula memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri;
KEPENTINGAN KAJIAN TINDAKAN

 Dapat menyediakan guru sebagai penyelidik yang  kritikal,


kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan
berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan
kokurikulum;

 Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam


membuat sebarang perancangan untuk tindakan;
KEPENTINGAN KAJIAN TINDAKAN

 Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja


yang lebih aktif dan efektif;

 Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih


berkesan;

 Merapatkan perhubungan antara guru yang terlibat melalui


kerjasama secara kolaboratif.
TUJUAN KAJIAN TINDAKAN

 Membantu guru menghadapi cabaran.


 Menyelesaikan masalah profesional tanpa merujuk arahan luar.
 Mengeluarkan guru dari kongkongan amalan rutin.
 Memberi kuasa (empowerment) untuk membuat keputusan
dalam bilik darjah.
 Menggalakkan guru berkongsi pengalaman.
 Menjadi agen perubahan.
APAKAH FAEDAH GURU
MELAKSANAKAN KT?

 Platform bagi mengadakan kolaborasi


 Lebih memahami dinamisme PdP
 Semangat kekitaan
 Membuat keputusan tentang PdP
 Empower guru
 Pembudayaan penyelidikan
 Tidak memerlukan masa yang lama
 Stepping stone ke ijazah tinggi
BILAKAH KT BOLEH DIMULAKAN?

 Sekiranya kita mengambil berat tentang amalan kita


 Apabila kita rasakan sesuatu perlu dibuat untuk merubah
amalan kita
 Apabila kita didedahkan dengan satu program baru dan kita
ingin mencubanya
 Apabila kita dan rakan merasakan perlu melakukan
perubahan.
 Apabila kita rasa kecewa kerana amalan kita selama ini tidak
membuahkan hasil yang diharapkan
Sangka-sangka

Manusia hari ini suka sangka-sangka


Ada sangkaan baik ………..
Ada sangkaan buruk ……..
 
Orang beribadah disangka riak
Orang yang rileks disangka malas
Orang berpakaian baru disangka menunjuk
Orang berpakaian buruk disangka hina
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka ‘diet’
 
Orang berperangai baik disangka buruk
Orang berperangai buruk disangka baiK
Orang yang senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang berbincang disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri
Orang yang menawan disangka menggoda
Orang yang ceria disangka mengada
Orang yang bertanya disangka menyebuk
 
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa
Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat
Mana tahu yang diam itu kerana beribadah
Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya
Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya
Mana tahu yang bertanya itu prihatin orangnya
Sesuatu perkara yang kita lihat, jangan suka
sangka-sangka
Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa
Kerap sangka-sangka mengundang celaka
Jangan terlalu bersangka-sangka
Jauhi sikap suka sangka-sangka

Nukilan,
Seorang guru,
Kursus KT Zon Utara 2004
Apa yang anda dapat lihat????
Apa yang anda dapat lihat????
 http://www.mumtazbookstoreonline.com/N_ShowDetails.aspx?qBookID=EA3165
SEKIAN, TERIMA KASIH

33

Anda mungkin juga menyukai