Anda di halaman 1dari 19

GURU ADALAH PENYELIDIK

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

Guru dan Profesion


Wolfe, 1989
Teachers

often leave a mark on their students,


but they seldom leave a mark on their
profession. Through the process and product of
action research teachers will do both

Isi Kandungan
Pengenalan
Definisi
Kepentingan Kajian Tindakan
Faedah Kajian Tindakan

Objektif
Diharapkan pelajar-pelajar dapat menguasai;
Lima definisi kajian tindakan
Empat kepentingan kajian tindakan
Tujuh faedah kajian tindakan

Pengenalan
Bertanya / meninjau mengapa?
Di bilik darjah antara amalan pengajaran (standard) /
jangkaan dan pencapaian pelajar di mana kedudukan
iktisas guru?
Terbahagi kepada 2 pendekatan
Kualitatif
Kuantitatif
Tumpuan
Pendekatan kualitatif
Huraian deskriptif

Definisi
Elliott. J & Adelman. C, 1976 - Suatu pendekatan
penyelidikan yang berusaha mempertingkatkan mutu
professionalisme guru
Elliott. J, 1981 - Rangka untuk penilaian kendiri di
sekolah yang mementingkan aktiviti refleksi dan inkuiri
yang bertujuan memperbaiki atau mengubah amalan
kendiri dalam sesuatu situasi sosial
Carr & Kommes, 1986 - Suatu bentuk refleksi kendiri
melalui aktiviti inkuiri untuk memperbaiki dan
memahami amalan dan situasi sosial

Definisi
McNiff, 1988 Suatu pendekatan untuk memperbaiki
atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang
menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan
mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan
tersebut dan menjadi bersedia untuk mengubah amalanamalan
Lomax, 1994 Kajian Tindakan adalah suatu bentuk
penyelidikan pendidikan yang dilaksanakan oleh guru
yang ingin memperkembangkan diri serta profesionnya.
Kajian Tindakan merupakan kaedah yang membolehkan
guru melakukan inovasi dan perubahan dalam
pendidikan

Definisi
Mills, 2000 - Adalah suatu inkuiri yang dijalankan secara
sistematik oleh guru yang berkepentingan dalam
suasana pengajaran/perkembangan pelajar bagi
mengumpul maklumat tentang bagaimana pengajaran
dibuat dan bagaimana pelajar belajar

Persekitaran Kajian
Dilaksanakan di dalam bilik darjah sebenar
Kajian dilaksanakan secara individu ataupun kalobaratif
bersama rakan sejawat guru sebagai penyelidik bersama
Membabitkan guru yang terlibat secara langsung dengan
sesuatu isu atau masalah di bilik darjah/sekolah
Melibatkan guru lain yang boleh membantu membuat
pertalian antara amalan sebenar dengan jangkaan atau
harapan

Mengapa Kajian Guru Penting


Sebagai asas untuk membuat keputusan berasaskan
data
Membantu guru dan lain-lain pihak berkepentingan
dalam mengenalpasti keperluan, menilai tindakan
dan perubahan yang dibuat
Mendokumenkan tindakan guru semasa membuat
sesuatu keputusan
Sumbangan kepada perkembangan profesionalisme
guru

Kepentingan Kajian Tindakan


Membantu memperbaiki kerja seharian/profesionalisme
guru
Meningkatkan pengetahuan dan pengalaman supaya
tidak berlaku pengalaman berulang dari kerja-kerja
yang sama
Membantu sekolah mencapai matlamat pendidikan
Mempertingkatkan inovasi pengajaran dan pembelajaran
dalam kalangan guru

Faedah Kajian Tindakan


Maklumat penting bagi memahami amalan pengajaran
guru, pembelajaran murid, keadaan murid dan
persekitaran bilik darjah
Merancang huraian mata pelajaran dengan lebih
berkesan
Mempelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi
mencapai objektif di samping dapat mengubah/
memperbaiki amalan guru
Meningkatkan penggunaan bahan/media lebih aktif dan
efektif

Faedah Kajian Tindakan


Menyediakan guru penyelidik yang kritikal, kaya dengan
idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya
membuat penilaian terhadap kurikulum
Membentuk budaya menyelidik sebagai asas dalam
membuat sebarang perancangan untuk tindakan
Merapatkan silaturrahim dalam kalangan guru melalui
penyelidikan secara kolaboratif

Faedah Kajian Tindakan


Menjadikan penyelidikan sebagai suatu budaya dalam
kerjaya
Merapatkan silaturrahim guru-guru melalui kerjasama
secara kolaboratif

Guru Sebagai Penyelidik


Guru menjadi penyelidik kerana;
Membina teori melalui refleksi, inkuiri dan tindakan
Menjadi pereka kurikulum berasaskan kajian
Dapat menyesuaikan amalan berdasarkan hasil kajian

Bilik darjah makmal ideal menguji teori-teori


pendidikan menekankan refleksi/inkuiri sistematik ke
arah mempertingkatkan mutu keguruan
Menjadikan guru lebih memahami tugas dan
tanggungjawab sebenar mereka
Meningkatkan perkembangan kerjaya

Guru Sebagai Penyelidik


Guru boleh menukar polisi, rancangan dan keperluan
pengajaran
Untuk mendapatkan sumber bagi meningkatkan
pengajaran melalui perubahan dalam;
Amalan
Kemahiran
Teknik
Kritis terhadap perlakuan sendiri

Guru dan Kajian Tindakan


Guru kerjaya kreatif
Perlu melihat daripada perspektif yang berbeza
Mendapatkan amalan yang terbaik
Perkembangan kendiri
Menambahbaik amalan pengajaran
Meningkatkan keberkesanan sekolah
Sumbangan kepada kebaikan masyarakat

Rumusan
Kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan guru
sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki
kualiti amalan guru.
Guru boleh melakukan inovasi dan perubahan secara
refleksi dan inkuiri
Kajian bagi guru memahami situasi sebenar dalam
pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan
memperbaiki dan mengubah amalan sedia ada
Perubahan adalah kunci kejayaan mutu pendidikan

Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai