Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK 2017


Program : PISMP Nama Siswa Pendidik:
Kod : PAKK3223 Semester / Tahun : 7 / 2017

Ambilan: Jun 2014


Kumpulan: P3
Nama Kursus : Bimbingan Dan Asuhan Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar
1. Penulisan Akademik 3 Julai 2017 10 Ogos 2017
2. Pembentangan kumpulan 3 Julai 2017 24 Julai2017
3. Simulasi Kumpulan 3 Julai 2017 31 Julai 2017

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menjelaskan konsep dan prinsip-prinsip bimbingan dan asuhan kanak-kanak. (C2, PLO1)
2.Menghuraikan secara kritis elemen pembelajaran dalam bimbingan dan asuhan yang
menggalakkan perkembangan bayi dan kanak-kanak melalui pembentangan. (C4, A2,
PLO3, PLO4, CTPS2, CS2)
3. Mengendalikan simulasi Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk mengurus kanak-kanak
secara berkumpulan. (C3, P3, PLO2, PLO5, TS3)
4. Merancang aktiviti berdasarkan pengurusan tingkah laku bayi dan kanak-kanak mengikut
prosedur dan garis panduan yang ditetapkan. (C6, A4, PLO1, PLO3, CTPS3)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2,3 dan 4

Objektif Kerja Kursus:

Siswa pendidik dapat:

1. Menjelaskan konsep asuhan dan didikan bayi dan kanak-kanak, Prosedur Operasi
Standard (SOP) dan peranan guru dalam melaksanakan aktiviti mengurus tingkah laku
kanak-kanak.

2. Merancang aktiviti awal sains dengan mengembangkan kemahiran deria kanak-kanak.

3. Membentangkan konsep asuhan, Prosedur Operasi Standard dan peranan guru untuk
melaksanakan aktiviti mengikut SOP.

4. Membuat simulasi dalam menguruskan aktiviti mengikut SOP.

Siswa pendidik dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

TUGASAN 1: PENULISAN AKADEMIK (30%)


1
Amalan asuhan, hubungan dan interaksi yang positif amat penting diberi perhatian oleh pendidik
untuk kanak-kanak. Setiap pendidik/ pengasuh perlu memahami amalan-amalan asuhan
terutamanya semasa membuat aktiviti di TASKA. Setiap aktiviti perlu mengikut Prosedur
Operasi Standard (SOP) yang bersesuaian dengan bayi dan kanak-kanak di TASKA. Prosedur
ini disediakan sebagai panduan kepada Penyelia, Pendidik/ Pengasuh/ Pembantu Pengurusan
Murid (PPM) dan Pengusaha TASKA bagi melaksanakan program dengan sistematik, teratur
dan lebih lancar.

a. Jelaskan konsep bimbingan dan amalan asuhan bayi dan kanak-kanak di TASKA yang
bersesuaian dengan Prosedur Operasi Standard (SOP). Anda juga perlu menjelaskan
kepentingan SOP dalam amalan asuhan bayi dan kanak-kanak.

b. Rancang satu aktiviti mengurus tingkah laku kanak-kanak yang lengkap, berkaitan
penggunaan deria dalam bidang sains awal. Bakal pendidik disarankan untuk menggalakkan
kanak-kanak meneroka, mengeksperimen dan mengalami sendiri elemen yang terdapat di
persekitaran .

TUGASAN 2: PEMBENTANGAN INDIVIDU (10%)

Para pendidik dan guru prasekolah selalu menggunakan konsep penerokaan (Explore),
membuat(experiment) dan pengalaman (experience) dalam membimbing dan mengasuh kanak-
kanak.

a) Menghuraikan secara kritis elemen 3E, penerokaan (Explore), membuat (experiment)


dan pengalaman (experience) dalam bimbingan dan asuhan yang menggalakkan
perkembangan bayi dan kanak-kanak

b) Menjelaskan bagaimana konsep 3E dapat menggalakkkan perkembangan bayi dan


kanak-kanak. Buktikan hujah-hujah anda dengan memberi contoh yang sesuai.

c) Bentang perbincangan anda di dalam kelas dengan bantuan power point.

TUGASAN 3: SIMULASI KUMPULAN (20%)

Kumpulan anda dikehendaki melaksanakan satu simulasi untuk mengurus tingkah laku kanak-
kanak berkaitan penggunaan deria dalam bidang sains awal.

.Arahan Pelaksanaan Tugasan

TUGASAN 1: Penulisan Akademik

1. Tugasan ini adalah tugasan individu

2
2. Panjang esei adalah tidak kurang 650 patah perkataan
3. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.
4. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh lima minggu.
5. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
6. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah
dikemukakan.
7. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah.
8. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.
9. Penulisan esei harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan
tiada kesalahan ejaan dan kematangan hujah.
10. Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan
(sekurang-kurangnya sumber dari 3 buah buku, 3 Internet, 2 jurnal, atau 2 bahan
bercetak yang lain).

11. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :


12.1 Hasil kerja kursus hendaklah ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah
12.2 Fon Arial
12.3 Saiz huruf - 11
12.4 Langkau 1.5 baris
12.5 Rujukan mengikut format APA( American Psychological Association)
12.6 Rajah perlu dilabelkan
12.7 Penulisan mesti dalam Bahasa Melayu
12.8 Teks yang dihantar perlu dikepilkan dengan;
a. Borang maklumbalas
b. Soalan kerja kursus

12. Penulisan akademik ini dinilai berdasarkan:


Liputan dan kandungan
Perbincangan kreatif dan kritikal
Organisasi
Bahasa

3
Kualiti sumber

13. Muka hadapan kerja kursus hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang berikut:
13.1 Nama Pelajar
13.2 Angka Giliran
13.3 Nombor Kad Pengenalan
13.4 Kumpulan / Unit
13.5 Kod dan Nama Kursus
13.6 Nama Pensyarah
13.7 Tarikh Hantar
14. Penulisan Akademik ini akan dinilai berdasarkan panduan pemarkahan yang disediakan.

TUGASAN 2:Pembentangan Individu


1. Dilaksanakan secara individu.
2. Menghuraikan konsep 3E penerokaan (Explore), membuat (experiment) dan pengalaman
(experience) dalam membimbing dan mengasuh kanak-kanak.

3. Menjelaskan bagaimana konsep 3E dapat menggalakkkan perkembangan bayi dan


kanak-kanak.
4. Membentang hasil perbincangan anda di dalam kelas dengan bantuan power point.

TUGASAN 3: Persembahan Kumpulan

1. Persembahan simulasi dilakukan secara kumpulan.

2. Pilih satu sahaja aktiviti terbaik dari kumpulan anda untuk disimulasikan. Rujuk Soalan 1
(b).

3. Setiap persembahan mengambil masa antara 30 minit

4. Persembahan yang baik adalah berdasarkan perancangan , pengurusan, aktiviti menarik


dan tepat dengan tajuk, tempat yang sesuai, peralatan dan pengurusan masa yang
sesuai.

5. Keseluruhan persembahan hendaklah dibuat rakaman dan dihantar bersama kerja


kursus.

4
Disediakan oleh: Disemak oleh:

__________________________ _____________________________________
(AHMAD JALALULAIL BIN ABD MANAB ) (PN MASTURA BINTI KARIMUDDIN)
Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME)
Muzik dan Seni Kreatif dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
Pendidikan Awal Kanak-kanak IPG Kampus Ipoh
IPG Kampus Ipoh

Disahkan oleh:

______________________________

Anda mungkin juga menyukai