Anda di halaman 1dari 2

TUTORIAL 3 PBKK3183 (11 Julai)

NAMA : NUR SAADAH BINTI MAT RANI

KUMPULAN : 1PISMP BNK

1. Teori Personaliti dapat membantu kaunselor memahami tingkah laku manusia/pelajar


di sekolah. Kenalpasti 1 isu dalam kalangan pelajar dan tunjukkan bagaimana anda
menangani isu tersebut dengan mengaplikasikan :

a. Teori Segmund Frued

b. Teori Jung

Jawapan :

Contoh isu yang akan diulaskan menggunakan Teori Sigmund Frued ialah tekanan
yang dihadapi oleh seseorang pelajar daripada pelbagai aspek iaitu aspek pembelajaran,
keluarga dan peribadi. Hakikat yang sebenar adalah apabila seseorang individu
mengalami masalah dalam sesuatu aspek di mana ia membawa kepada tekanan kepada
diri seseorang itu sendiri. Keadaan ini mendorong perkembangan kognitif seseorang itu
hanya sekiranya dia mampu menangani masalah tersebut dengan baik. Dalam hal ini,
kaunselor perlulah peka terhadap permasalah klien dengan membantu klien
menyelesaikan masalah klien agar klien mendapat celik akal.

Sebagai contoh, Farhana berasa sangat sedih, kecewa dan murung kerana gagal
dalam perhubungannya dengan teman lelakinya, Zul. Setelah 7 tahun bersama,
hubungan mereka berakhir apabila Zul meminta hubungan mereka diputuskan. Farhana
mempersoalkan alasan Zul berbuat demikian. Namun Zul tidak memberi sebarang alasan
atas apa yang dimintanya dalam perhubungannya. Bagi Farhana, dia berhak mendapat
kasih sayang serta perhatian daripada orang tersayang termasuk daripada Zul.

Kaunselor terus menggalakkan Farhana agar meneruskan penceritaannya


dengan menggunakan teknik perkaitan bebas. Hal ini kerana Farhana juga menyatakan
bahawa dia tidak mahu perkara ini berulang banyak kali di dalam kehidupannya kerana
pada usianya ketika 5 tahun, Farhana merasakan selah-olah ayahya sengaja mengambil
kesempatan apabila Farhana mandi bersama ayahnya. Ayahnya mengambil masa 15

1
minit untuk mencuci alat sulit Farhana semasa mandi. Dan semasa menyabun Farhana,
ayanhnya pula menggosok badan Farhana dengan sangat lama dan penuh nafsu.
Farhana pada masa itu merasakan perbuatan tersebut adalah biasa kerana itu adalah
ayahnya. Namun ayahnya mula mengangkat pakaian milik Farhana apabila usia Farhana
menjengah umur 14 tahun termasuk pakaian dalam Farhana. Kaunselor menggunakan
teknik prafrasa iaitu ‘Jadi, ayah kamu mula menikmati kamu sejak kamu usia 4 tahun lagi
dan berlarutan dengan sentuhan pakaian dalam kamu apabila kamu berumur awal
remaja’. Kaunselor mendapati masalah Farhana mengalami trauma semasa dia kecil
sebelum ditinggalkan bersama ibunya oleh bapanya tanpa sebarang jejak.

Kaunselor mula bertanyakan ‘Jadi, adakah kamu rasa Zul memperlakukan kamu
sama seperti ayah kamu?’. Farhana kerap menidakkan pertanyaan kaunselor. Tapi riak
muka klien yang ingin mengelak pertanyaan kaunselor dikesan oleh kaunselor. Kaunselor
kemudian terus menggalakkan kllien bercerita. Kaunselor ‘Saya faham sekiranya kamu
menganggap Zul akan berkelakuan sama seperti ayah kamu’. Farhana terus menjawab
‘Ya, memang. Dia sebenarnya pernah menyentuh saya sebelum memperkosa saya
semasa kami keluar bersama.’ Kaunselor mengangguk tetapi kaunselor tidak menangis
seperti Farhana yang sedang menangis. ‘Kamu rasa adakah patut teman lelaki kamu
meninggalkan kamu setelah memperkosa kamu?’ Farhana beberapa kali menegaskan
ketidakpatutan Zul memperlakukan dirinya sedemikian. Farhana rasa sangat terancam
apabila Zul tiba-tiba menghilangkan diri setelah memutuskan hubungan.

Kaunselor menunjukkan rasa empati apabila dia menyatakan bahawa Farhana


mengalami kerisauan yang melampau pada masa kini. Farhana trauma perlakuan teman
lelakinya sama dengan bapanya ketika kecil. Kaunselor juga menyatakan bahawa
Farhana akan merasa semua lelaki sama iaitu akan meninggalkan perempuan setelah
mereka mendapat apa yang mereka nak. Melalui kaedah tersebut, Farhana dapat
membina superego yang positif (jangan mengganggap kegagalan mempertahankan diri
bukan kegagalan yang sepanjang hidupnya) setelah mengatasi id dengan ego yang
berkesan.

Anda mungkin juga menyukai