Anda di halaman 1dari 1

Baca situasi di bawah dan berikan pendapat anda.

Saya mempunyai masalah yang menyebabkan saya tidak dapat memberi perhatian
terhadap pelajaran. Masalahnya ialah mengenai rakan sekelas saya yang sangat pemalu.
Dia tidak bercakap dengan budak perempuan kecuali mereka bercakap dengannya terlebih
dahulu. Setiap kali apabila ada peluang, saya selalu menelefonnya. Dia sangat pemarah
dan berminat bercakap dengan saya melalui telefon. Tetapi di dalam kelas, apabila saya
menghampirinya untuk bertanyakan sesuatu, dia tidak begitu peramah, jawapannya pun
pendek. Kawan baik saya sentiasa suruh saya berhenti memanggil dia kerana dia mungkin
ingat yang saya cuba memikatnya. Kawan saya juga berkata saya sepatutnya membiarkan
dia membuat langkah pertama bercakap dengan saya. Tetapi saya tidak dapat menerima
nasihat tersebut kerana saya benar-benar suka padanya. Oleh kerana dia terlalu malu untuk
mengajak saya keluar, patutkah saya yang mengajaknya? Tolong nasihatkan saya.

1. Apakah masalah utama penulis surat ini?


Masalah utama penulis surat ini ialah kesukaan penulis terhadap rakan sekelas yang
sangat pemalu.

2. Apakah perasaan yang dilahirkan oleh penulis dalam suratnya?


Perasaan suka dan cinta terhadap rakan sekelas dilahirkan oleh penulis dalam surat
ini. Tarikan yang kuat terhadap pasangan yang berlainan seks berlaku.

3. Adakah perasaan benar? Mengapakah anda berpendapat demikian?


Perasaan benar. Pada pendapat saya, remaja akan mula mempunyai perasaan yang
berlainan terhadap jantina yang berbeza pada peringkat ini. Biasanya ini melibatkan
perasaan tertarik terhadap jantina yang lain. Ini adalah normal tetapi jika
mendatangkan keresahan, remaja dinasihat meminta bantuan dati pihak profesional.
Contohnya, kaunselor, ahli psikologi, doktor dan sebainya.

4. Apakah istilah yang sesuai kepada tarikan yang kuat terhadap jantina yang
berlainan? Jelaskan.
Istilah yang sesuai kepada tarikan yang kuat terhadap jantina yang berlainan ialah
“hetersoseksual”. Ini bermaksud tarikan romantik dan seksual terhadap pasangan
yang berlainan seks.

Anda mungkin juga menyukai