Anda di halaman 1dari 1

Soalan perbincangan:

1. Nyatakan situasi-situasi yang boleh mengancam keselamatan jika anda berada di


tempat tersebut?
Keselamatan di tempat yang berdekatan dengan air

Contoh-contoh situasi yang boleh mengancam keselamatan jika kita berada di


tempat berair ialah sekiranya kita kurang berwaspada ketika berada di tempat seperti
kolam renang, tasik, sungai, laut dan sebagainya ini akan mengakibatkan lemas
terutamanya dalam golongan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana kanak-kanak
boleh lemas walaupun pada air yang hanya secetek 2.5 cm. Jika seseorang yang
kurang mahir dalam berenang terjatuh ke dalam air mereka tidak mempunyai
keupayaan untuk menyelamatkan diri dan mungkin berlaku kematian akibat lemas.
Kejadian lemas semasa bermain di pantai, kolam renang atau aktiviti perkhemahan
sekolah sering berlaku terutama pada musim cuti persekolahan.

2. Apakah langkah-langkah keselamatan terbaik yang boleh anda lakukan untuk


mengatasi situasi tersebut?

Kematian akibat lemas boleh dielakkan jika langkah keselamatan yang secukupnya
diambil dan dielakkan serta masyarakat mengambil berat akan keselamatan masing-
masing. Tedapat beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi situasi
tersebut ,antaranya adalah
-Berhati-hati dan awasi dengan rapi apabila bermain dalam air.
-Meningkatkan kesedaran dalam kalangan kanak-kanak mengenai keselamatan diri
dan cara untuk kekal selamat di tempat berair.
-Didik dan ajar kanak-kanak cara berenang.
-Rumah yang mempunyai kolam renang seharusnya dipagar di sekelilingnya bagi
mengelakkan kanak-kanak menggunakannya tanpa pengawasan.
-Mesti menggunakan jaket keselamatan bagi semua aktiviti di air.

Anda mungkin juga menyukai