Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK: 2017

Program: Program Persediaan Ijazah Nama Pelajar:


Sarjana Muda Pendidikan
Kod: GPM1083 Semester/Tahun : 2/2
Ambilan: Jun 2016
Nama Kursus: Pendidikan Moral
Kumpulan: Bahasa Kadazandusun
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar
1. Penulisan Ilmiah (1000 patah perkataan) 30/1/2017 14/2/2017
2. Pembentangan (30 minit) - Individu 14/2/2017 7/3/2017
3. Penghasilan Produk - Kumpulan 7/3/2017 21/3/2017

Hasil Pembelajaran Kursus


1. Menjelaskan konsep asas moral dan insan moral (C2, A2, LO1).
2. Mengaplikasikan nilai murni ajaran agama dalam kehidupan seharian (C3, LO3,
CTPS3).
3. Menghuraikan pembentukan insan bermoral secara terpimpin (C5, A2, LO3, LO4,
CTPS3, CS3).
4. Menjelaskan kepentingan, peranan dan tanggungjawab agen sosialisasi dalam
pembentukan moral melalui pembentangan.(C5, A2, LO4, LO6, CS3, LL1).
5. Menerangkan isu-isu moral tempatan dan global dalam mengharungi cabaran
kehidupan masa kini (C6, LO3, LO5, LO6, CTPS2, TS1, LL2).

Kerja kursus ini menilai Hasil Pembelajaran 2, 3, 4 dan 5.


Objektif Kerja Kursus
Pelajar akan dapat
1. Membincangkan bagaimana nilai-nilai murni diaplikasikan dalam kehidupan seharian
dengan membanding beza nilai-nilai murni yang tersenarai dalam Dokumen Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Moral dengan nilai-nilai murni ajaran
agama.
2. Menghuraikan bagaimana pembentukan insan bermoral secara terpimpin boleh
berlaku dalam kalangan pelajar yang mengikuti kursus perguruan di IPGM.
3. Menjelaskan kepentingan, peranan dan tanggungjawab keluarga, rakan sebaya dan
guru sekolah sebagai agen sosialisasi dalam pembentukan moral seorang kanakkanak
melalui pembentangan dengan menggunakan Microsoft PowerPoint.
4. Mengumpul maklumat tentang beberapa isu moral tempatan dan global dan
menerangkan setiap isu tersebut dari segi definisi, teori, punca, statistik dan
mencadangkan langkah-langkah yang berkesan untuk menangani isu tersebut.

Pelajar dikehendaki melaksanakan semua tugasan berikut:

Tugasan 1: Penulisan Ilmiah (30 %)

Dengan membanding beza nilai-nilai murni yang tersenarai dalam Dokumen


Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Moral dengan nilai-nilai
murni ajaran agama, anda dikehendaki membincangkan bagaimana nilai-nilai tersebut
diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Sebagai seorang siswa/i pendidik hubung
kaitkan nilai murni ajaran agama dengan pembentukan insan bermoral secara
terpimpin yang berlaku di Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau. Panjang esei
anda hendaklah tidak kurang daripada 1000 patah perkataan.

1
Tugasan 2: Pembentangan (10 %)

Anda dikehendaki menjelaskan kepentingan, peranan dan tanggungjawab keluarga,


rakan sebaya dan guru sekolah sebagai agen sosialisasi dalam pembentukan moral
seorang kanak-kanak melalui pembentangan dengan menggunakan Microsoft
PowerPoint selama 30 minit secara individu.
Tugasan 3: Penghasilan Produk (30 %)

Dalam kumpulan tidak melebihi tiga orang, anda dikehendaki mengumpul maklumat
tentang beberapa isu moral tempatan dan global dan menerangkan setiap isu tersebut dari
segi definisi, teori, punca, statistik dan mencadangkan beberapa langkah yang berkesan untuk
mencegah dan menangani isu tersebut. Hasil dapatan kumpulan hendaklah disiarkan kepada
umum melalui penerbitan blog di www.blogger.com atau tapak web lain yang tidak berbayar
dan sesuai.
Arahan Pelaksanaan Tugasan
1. Tugasan 1 dan 2 harus disiapkan secara individu kecuali Tugasan 3 harus disiapkan
secara berkumpulan tidak melebihi tiga orang.
2. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:
a. Fon ialah Arial dan saiz huruf ialah 11.
b. Saiz kertas ialah A4 dan jidar kiri ialah 1½”, dan jidar lain ialah 1”.
c. Langkau 1½ baris.
d. Rujukan mengikut format APA.
e. Lampiran yang berkaitan (jika ada).
3. Jumlah panjang penulisan ilmiah hendaklah tidak kurang daripada 1000 patah
perkataan. Nyatakan jumlah perkataan sebenar di penghujung esei anda.
4. Esei anda haruslah menunjukkan keaslian, kematangan dan bermutu ilmiah yang
disokong dengan rujukan luar (jurnal, buku ilmiah, ensiklopedia, Internet,
perpustakaan dan sebagainya).
5. Tugasan ini membawa wajaran 70% daripada jumlah keseluruhan pentaksiran kursus.
6. Setiap tugasan hendaklah dihantar secara berperingkat mengikut tarikh yang telah
ditetapkan. Setelah disemak dan dinilai oleh pensyarah, tugasan pelajar akan
dikembalikan.
7. Pelajar diwajibkan menghantar sendiri Tugasan 3 bersama-sama dengan Tugasan 1
dan 2, dibukukan dengan binding mudah kepada pensyarah bersama-sama dengan
satu salinan lembut tugasan dalam media cakera padat.
8. PERINGATAN: Tugasan yang dihantar lewat akan menjejaskan keputusan
pentaksiran. Kelewatan melebihi 7 hari akan menyebabkan anda mendapat gred
gagal, dikehendaki mengulang dan hanya diberikan markah lulus minimum sahaja
(Gred C).
9. AMARAN: Amalan plagiat adalah dilarang keras. Jika disabitkan kesalahan, pelajar
akan digagalkan kursus dan dikenakan tindakan Akta 174.
Disediakan oleh: Disemak oleh:

(DONATUS JUSTIN) (MOHD FIRDAUS BIN HJ. ABD. SALAM)


Pensyarah/Penyelaras Kursus Pensyarah Kanan

Disahkan oleh:

(SAIDAH KHADIJAH AHMAD)


Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Tarikh: 20/1/2017
2

Anda mungkin juga menyukai