Anda di halaman 1dari 9

Isu moral tempatan (Penderaan Seksual)

Definisi

Teori

Punca

Statistik

Langkah yang berkesan untuk mencegah dan menangani isu

Isu moral global (Penagihan Dadah)

Pengenalan

Penagihan dan pergantungan terhadap dadah ialah satu masalah serius yang kini
melanda segenap lapisan manusia di dunia. Setiap tahun, peningkatan insiden
penagihan dadah menunjukkan seperti kita telah pun tewas kerana usaha-usaha
memerangi gejala ini berhadapan dengan dugaan dan cabaran yang begitu besar
sekali.

Definisi

Penagihan

Dadah atau ‘Drug’ dalam bahasa Inggeris diertikan sebagai ubat-ubatan. Perkara
penting mengenai dadah ialah ianya selalu di salah guna atau ‘misuse’ dan ‘abuse’.

Selain itu, dadah juga bermaksud bahan yang digunakan untuk merawat penyakit,
mengurangkan simptom atau mengubahsuai proses kimia di dalam badan untuk
tujuan-tujuan tertentu. Walau bagaimanapun, bukan semua bahan yang dimakan
dianggap dadah. Misalnya, makanan yang dimakan secara normal tidak dianggap
sebagai dadah melainkan makanan tersebut diambil khas untuk tujuan tertentu
(contohnya, kafeina diambil sebagai perangsang).
Secara umumnya, dadah bermaksud sebarang bahan kimia yang psikoaktif, sama ada
berbentuk asli atau tiruan, apabila dimasukkan ke dalam tubuh secara disuntik, dihidu,
dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma
dari segi fizikal atau mental.

Teori

Beberapa teori dan pendapat telah diajukan untuk cuba menghuraikan bagaimana
seseorang itu boleh menjadi penagih dadah, tetapi sehingga sekarang kita belum lagi
pasti apa sebenarnya yang mendorong seseorang itu menjadi penagih. Penagihan
berbanding dengan penyakit fizikal merupakan penyakit mental yang belum diketahui
punca sebenarnya dengan tepat.

Teori Moralis

Ahli moralis bertanggapan bahawa penagih dadah sebagai penjahat, sampah


masyarakat dan juga pengamal dosa yang akan masuk ke dalam neraka. Mereka
berpendapat bahawa penagih ini perlu dihukum dengan hukuman yang berat seperti
dipenjara dan dipaksa menceraikan isteri mereka. Ahli moralis tidak percaya bahawa
penagih ini boleh dirawat dan mereka sekali-kali tidak percaya bahawa aspek saintifik
dan perubatan dapat membantu merawat pesakit yang mengalami gangguan
penagihan dadah.

Punca

Kurang Didikan agama daripada ibu bapa

Penagihan dadah ini berpunca daripada kurangnya didikan agama ibu bapa kepada
anak-anak mereka sejak dari kecil lagi. Hal ini berlaku apabila seseorang yang kurang
kekuatan iman menyebabkan mereka lebih mudah terpengaruh atau tergoda dengan
godaan jahat.

Tekanan

Faktor berlakunya penagihan dadah adalah tekanan daripada masalah yang dihadapi
seperti masalah peribadi, keluarga dan kerja. Oleh hal yang demikian, apabila tekanan
emosi berlaku secara keterlaluan, seseorang itu akan mengalami kemurungan
sehingga tidak mampu berdepan dengan tekanan tersebut. Akhirnya, sebagai jalan
penyelesaian, mereka mengambil jalan mudah dengan menjadikan dadah sebagai
teman setia yang membolehkan mereka melupakan tekanan yang dihadapi.
Contohnya, kesibukkan ibu bapa dengan kerja telah menyebabkan anak-anak terasa
terasing dan jauh daripada ibu bapa. Oleh hal yang demikian, anak-anak akan
melibatkan diri dalam penagihan dadah untuk mendapatkan perhatian daripada ibu
bapa mereka.

Kurang Pengetahuan tentang Dadah

Seterusnya, faktor berlaku penagihan dadah ialah kurangnya pengetahuan tentang


dadah. Sebenarnya, masyarakat di negara kita tidak mempunyai pengetahuan yang
mendalam tentang kesan negatif penggunaan dadah. Tanpa mereka sedari, dadah
boleh menyebabkan pemikiran seseorang itu tidak waras dan gagal untuk membuat
keputusan yang rasional dan juga mungkin akan membawa maut.

Pengaruh Rakan Sebaya

Punca lain berlakunya penagihan dadah ialah dipengaruhi oleh rakan sebaya. Hal ini
demikan kerana, rakan merupakan orang terdekat dengan kita selepas keluarga.
Penagihan dadah ini berlaku apabila seseorang itu kerap menghabiskan masa
bersama dengan rakan sebaya berbanding dengan ahli keluarga mereka. Oleh hal
yang demikian, individu tersebut akan mengikut dan melakukan perkara yang
dilakukan oleh rakan mereka tanpa menyedari kesan buruk pengambilan dadah
tersebut. Terdapat juga kes apabila seseorang itu tidak mengikut kata rakan sebaya,
mereka akan disisihkan oleh rakan-rakan yang lain.

Kurang Didikan Agama

Selain itu, kurangnya didikan agama juga merupakan punca penagihan dadah berlaku.
Mereka yang kurang didikan agama akan mudah terjerumus ke dalam kancah
penagihan dadah. Hal ini demikian kerana, dengan adanya pegangan agama yang
kuat seseorang itu akan sukar untuk melakukan sesuatu kesalahan. Punca kurangnya
didikan agama juga akan menyebabkan mereka mengabaikan pantang larang dalam
kehidupan iaitu dengan melakukan perbuatan salah seperti menagih dadah.

JUMLAH PENAGIH YANG DIKESAN MENGIKUT STATUS KES, 2010-2015


Tahun Baru Berulang Jumlah
2010 17,238 6,404 23,642
2011 13,683 5,848 19,531
2012 10,301 4,800 15,101
2013 13,481 7,406 20,887
2014 13,605 8,172 21,777
2015 20,289 6,379 26,668
Nota:
i) Data yang dijana adalah menerusi sistem MyAADK dan merangkumi hukuman Seksyen 38B ADB 1952.
ii) Baru - Penagih yang dikesan kali pertama menjalani rawatan/pemulihan/pengawasan di AADK.
iii) Berulang - Penagih yang pernah dikesan menjalani rawatan/pemulihan/pengawasan di AADK sebelum ini.

Statistik

JUMLAH PENAGIH MENGIKUT NE


Pulau
Tahun Selangor Kedah Terengganu Kelantan Perak Johor WPKL Pahan
Pinang
2010 3,753 3,548 2,507 2,377 2,360 2,296 2,091 1,344 1,198

2011 2,747 2,026 1,859 2,443 1,475 2,215 1,918 1,013 1,363

2012 2,286 1,690 1,535 599 942 1,549 1,729 1,098 1,423

2013 3,043 2,226 2,702 641 895 2,789 1,874 1,841 1,621
2014 2,780 2,051 2,535 579 1399 2,716 1,992 1,698 1,903
2015 4,280 2,987 2,945 1022 1994 3,106 2,541 1,328 2,066

JUMLAH PENAGIH YANG DIKESAN MENGIKUT GENDER, 2010-


2015
Tahun Lelaki Perempuan Jumlah
2010 23,062 580 23,642
2011 19,041 490 19,531
2012 14,662 439 15,101
2013 20,219 668 20,887
2014 21,078 699 21,777
2015 25,655 1013 26,668

JUMLAH PENAGIH YANG DIKESAN MENGIKUT ETNIK, 2010-2015


Pribumi
Tahun Melayu Cina India Lain-lain
Sabah Sarawak
2010 18,693 456 29 2,279 2,037 148

2011 15,386 405 63 1,926 1,634 117

2012 11,612 253 58 1,658 1,419 101


2013 16,092 467 137 2,081 1,975 135
2014 17,122 842 180 1,828 1,657 148
2015 21,335 774 148 2,117 2,113 181

JUMLAH PENAGIH MENGIKU


Buruh
Tahun Penganggur Pertanian Perkhidmatan Jualan Pengangkutan Teknikal
Am

2010 6,366 2,671 2,486 2,399 1,837 1,507 1,442

2011 5,214 1,840 2,040 2,559 1,762 1,202 1,162

2012 3,597 1,372 1,925 2,189 1,545 904 940

2013 4,555 2,509 1,607 2,582 1,851 1,141 1,001

2014 4,805 2,746 1,814 2,460 1,837 1,144 1,244

2015 5,086 3,911 1,969 2,348 2,061 1,245 1,310


Petunjuk :
A Tidak bersekolah E HSC/STP/STPM
B Sekolah rendah F Diploma
C LCE/SRP/PMR G Ijazah/Master/PHD
D MCE/SPM/SPMV H Lain-lain

Nota:
i) *Merujuk kepada Heroin & Morfin
ii) **Merujuk kepada Ecstasy & Amphetamin
iii) ***Termasuk dibawahnya adalah Hallucinogens, Depressen, Dissoaciative, Inhalan, daun ketum dan lain-lain.
iv) Data jumlah jenis dadah yang diguna tidak semestinya menyamai jumlah penagih. Ini kerana terdapat penagih
menggunakan lebih daripada satu jenis dadah.
v) Terdapat pengemaskinian data tahun 2013 bagi jenis dadah Pil Psikotropik dan Lain-lain.
Langkah yang berkesan untuk mencegah dan menangani isu

Terdapat beberapa langkah yang berkesan kita perlu ambil untuk mencegah dan
menangani isu ini iaitu yang pertama ialah ibu bapa haruslah menerangkan secara
terperinci tentang bahaya penyalahgunaan ubat-ubatan, kepentingan dan cara
pengambilan yang betul. Selain itu, media massa juga harus memperbanyakkan
penyiaran berita dan cerita-cerita yang membawa keinsafan dan iktibar kepada
masyarakat mengenai kesan-kesan dadah terhadap kehidupan seharian.

Seterusnya, kerajaan melalui badan-badan atau sektor-sektor tertentu, harus bijak


membanteras gejala dadah dengan mengadakan program-program yang dapat
menarik minat para belia untuk mengisi masa terluang bagi mengelakkan mereka
terjebak dengan masalah penagihan dadah. Contohnya, Program Rakan Muda yang
diselengarakan oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Selain itu, kempen kesedaran haruslah diadakan oleh pihak kerajaan dan swasta
dengan melibatkan kumpulan masyarakat yang sering menjadi sasaran mudah oleh
para penjual dadah. Manakala ibu bapa haruslah menjadi contoh terbaik kepada anak-
anak, serta sentiasa berbincang dengan anak-anak tenteng kesan-kesan buruk
penyalahgunaan dadah.

Di samping itu, pendidikan mengenai bahaya dadah oleh guru-guru di sekolah adalah
penting untuk mengelakkan remaja daripada mudah terjerumus ke dalam kancah
penagihan dadah. Masyarakat di negara ini juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti
yang menyihatkan seperti bersukan dan beriadah agar dengan melakukan aktiviti
tersebut, semua lapisan masyarakat dapat mengelak daripada mengambil dadah.

Bukan itu sahaja, tindakan undang-undang juga hendaklah diperkasakan lagi dengan
mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pengedar dadah seperti penjara dan
denda ysng lebih berat mengikut Akta Racun 1952, Akta Dadah Berbahya 1952 dan
sebagainya.

Kesimpulannya, pengambilan sesuatu ubat-ubatan atau bahan yang mempunyai


kandungan dadah secara berlebihan boleh mengakibatkan penagihan dadah.
Penagihan dadah yang berpunca daripada banyak faktor boleh mengakibatkan
banyak masalah sosial berlaku. Oleh itu, semua pihak hendaklah berganding bahu
dan mengatur strategi untuk mengatasi masalah ini yang juga dianggap sebagai
musuh utama negara. Antaranya adalah pihak-pihak yang bertanggungjawab
terutamanya pihak kerajaan hendaklah mengatur langkah untuk menangani masalah
tersebut. Namun, masalah ini tidak akan berjaya sekiranya kita sebagai rakyat tidak
mahu bekerjasama untuk membanteras masalah ini. Ibu bapa perlu memainkan
peranan membimbing anak-anak mereka supaya menjauhi dadah. Kita perlu insaf
bahawa masalah dadah boleh membebankan keluarga dan negara. Akhirnya, kita
haruslah terus memerangi dadah agar masyarakat kita tidak menjadi lemah dan tidak
terus dibayangi oleh dadah yang boleh merosakkan masa depan yang cerah.
Rujukan

ASLIE, A. M. (2009). JENAYAH. Selangor Darul Ehsan: ALAF 21 SDN. BHD.

Hussain Habil, Mustafa Ali Mohd. (2003). PENYALAHGUNAAN DADAH. Selangor Darul Ehsan:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan . (1995). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Manaf, F. S. (2001). PENGENALAN KERJA SOSIAL. Selangor Darul Ehsan: Utusan Publications
& Distributors Sdn Bhd.

MENCEGAH SALAH GUNA DADAH MELALUI KAUNSELING. (1983). KUALA LUMPUR: DEWAN
BAHASA DAN PUSTAKA.

RAHIM, A. A. (2014). JENAYAH KANAK-KANAK DAN UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Selangor


Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai