Anda di halaman 1dari 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
27200 KUALA LIPIS, PAHANG DARUL MAKMUR

GSA1072
STATISTIK ASAS
Nama : TENG EN CI
No. K/P : 020929 - 13 - 0364
Angka Giliran : 2020112310060
Program : PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH
SARJANA MUDA PERGURUAN
Ambilan : JUN 2020
Unit : BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1
(BNK 1)
Nama Pensyarah : DR NOORIZA KASSIM
Tarikh Hantar : 12 APRIL 2021

PENGAKUAN PELAJAR

Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar: __________________________ Tarikh: 12 APRIL 2021

PENGESAHAN PELAJAR

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar: __________________________ Tarikh: ____________________

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

JKA/Jun2019
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
TUGASAN KERJA KURSUS
TAHUN AKADEMIK 2020

Program: PPISMP Nama Pelajar:

Kod: GSA1072 Semester/Tahun: Sem. 2 Tahun 1

Ambilan: Jun 2020


Nama Kursus: Statistik Asas

Kumpulan: Semua Unit PPISMP Sem. 2

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. Laporan Kajian (800 patah perkataan) 15 Mac 2021 1 April 2021

2. Penulisan Reflektif (500 patah perkataan) 02 April 2021 12 April 2021

3. Kuiz 1 05 April 2021 11 April 2021

4. Kuiz 2 19 April 2021 25 April 2021

Hasil Pembelajaran Kursus:


1. Menjelaskan kepentingan statistik dalam kehidupan
seharian.(C2,A3,LO1,LO4,CS1)
2. Membuat interpretasi perwakilan data, sukatan kecenderungan memusat dan
serakan hasil daripada analisis data yang telah dikumpul (C5, A4, LO3,LO6,
CTPS3, LL1)
3. Mengaplikasi TMK dalam pengendalian data dan ukuran berangka (C3, A4,
LO2, LO3, LO6, CTPS3, LL1)
4. Menganalisis taburan normal sebagai model penyelesaian masalah (C4, A4,
LO3, CTPS2)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2,3 dan 4


Objektif Kerja Kursus:
Pelajar dapat:

1. Menunjukkan kebolehan mencari dan menguruskan data yang releven dari


sumber yang telah dikenalpasti (CLO5- C6,LL1,CTPS3)
2. Menguasai kefahaman tentang konsep-konsep statistik, pengendalian data dan
ukuran berangka melalui soalan kuiz (CLO1 – C2, A4)

3. Mengaplikasi kemahiran analisis data dalam meghasilkan laporan kajian/ujian


yang dilaksanakan (CLO2 dan CLO3 – C3,C4 dan CTPS2)

4. Membuat penulisan reflektif berdasarkan kajian/ujian yang telah dijalankan


(CLO3,CLO4-C3,C4,C5,A4)

TUGASAN PROJEK
Statistik berperanan untuk memberi gambaran yang jelas dan tepat tentang sesuatu
situasi serta dapat membantu kita membuat keputusan, kesimpulan atau ramalan yang
tepat. Gambaran yang jelas serta kesimpulan atau ramalan yang tepat akan membantu
kita mengambil tindakan yang wajar.

TUGASAN 1 : Laporan Kajian (30%)


Anda dikehendaki membuat dan mentadbirkan satu kajian berbentuk tinjauan dan
mendapatkan 50 maklumat / data dari persekitaran anda. Anda boleh boleh memilih
mana-mana konteks yang releven daripada persekitaran anda dan memilih kaedah
pungutan data yang berbentuk soal selidik atau ujian yang bersesuaian.

Secara individu anda dikehendaki menjalankan analisis statistik deskriptif ke atas data
kajian yang telah anda tadbirkan. Seterusnya tuliskan satu laporan kajian bagi
menghuraikan dapatan daripada kajian yang telah dijalankan dengan menggunakan
laras bahasa formal mengikut format yang betul. Penulisan laporan kajian hendaklah
merangkumi analisis ukuran berangka yang tepat dan mempersembahkan dapatan
dengan menggunakan perwakilan visual yang sesuai. Format penulisan laporan perlu
meliputi aspek-aspek berikut:

 Pengenalan
 Analisis data kajian (jadual/graf/carta)
 Huraian dapatan kajian.
 Penutup/kesimpulan

TUGASAN 2: Penulisan Reflektif (20%)

Secara individu anda dikehendaki membuat penulisan reflektif berkaitan proses mentadbir,
menganalisis data dan menulis laporan kajian yang anda telah jalankan. Penulisan
reflektif perlu merangkumi aspek-aspek berikut:
a. Pengalaman anda semasa melakukan tugasan ini (mentadbir kajian,
menganalisis data, menulis laporan dan lain-lain).

b. Masalah yang dihadapi semasa menjalankan tugasan dan bagaimana


mengatasinya.

c. Sejauh mana pengalaman anda dalam menjalankan tugasan ini mampu


meningkatkan kefahaman anda tentang proses analisis data dan penulisan
laporan kajian.

d. Perkaitan kerja kursus ini dengan perkembangan anda dalam profesion


keguruan.

TUGASAN 3: Kuiz 1 (10%)

Secara individu anda dikehendaki menjawab soalan kuiz dalam bentuk subjektif selama
30 minit yang merangkumi topik Pengendalian Data dan Ukuran Berangka.

TUGASAN 4: Kuiz 2 (10%)


Secara individu anda dikehendaki menjawab soalan kuiz dalam bentuk subjektif selama
30 minit yang merangkumi topik Taburan Normal.

Panduan Pelaksanaan Tugasan

1. Tugasan ini adalah tugasan individu.

2. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

3. Format penulisan tugasan adalah seperti yang berikut:

3.1 Muka depan hendaklah mengikut templat terkini


3.2 Font Arial
3.3 Saiz huruf – 11
3.4 Langkau 1.5 baris
3.5 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association) terkini
3.6 Lampiran

4. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.


5. Anda WAJIB sertakan sehelai Borang Maklum Balas Tugasan sebagai muka
depan.
6. Panjang laporan kajian adalah lebih kurang 3 muka surat (800 patah perkataan),
manakala panjang penulisan reflektif adalah lebih kurang 2 muka surat (500 patah
perkataan) tidak termasuk rajah dan lampiran (jika ada).

7. Bilangan patah perkataan WAJIB dinyatakan di hujung laporan anda.


8. Anda mesti hantar tugasan anda mengikut tarikh yang ditetapkan. Tugasan yang
dihantar lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menyebabkan markah ditolak.

9. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.


10. Tugasan ini membawa wajaran 70%.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut:

1. Penulisan laporan kajian harus menggunakan laras bahasa formal mengikut format
yang betul serta menunjukkan kematangan hujah, kefasihan bahasa, dan tiada
kesalahan ejaan.

2. Keseluruhan penulisan laporan kajian perlu menunjukkan ketulenannya.

3. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat seperti buku, jurnal, internet
dan bahan bercetak yang lain.

Kriteria Pemarkahan

Tugasan akan disemak berdasarkan panduan pemarkahan yang disediakan.

Tugasan disediakan oleh: Disemak oleh:

_________________________________ ________________________
HAPAZA BINTI AWANG PN.SITI NURASHIKEN BT MD. SABUDIN
Pensyarah Kursus GSA1072 Pakar Bidang (SME) Matematik
Jabatan Sains dan Matematik Jabatan Sains dan Matematik

Disahkan oleh:

__________________________
EN. MOHD NAZRI BIN HASSAN
Ketua Jabatan
Jabatan Sains dan Matematik
IPGK Tengku Ampuan Afzan
Prakata

Salam sejahtera saya ucapkan sebagai pembuka kata dalam kerja kursus ini.
Saya Teng En Ci berasa amat bersyukur dengan mendapat tugasan ini kerana banyak
perkara yang boleh saya pelajari seperti cara menulis refleksi.

Saya ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada pensyarah yang


banyak membantu saya iaitu Dr. Nooriza Kassim. Beliau banyak membantu saya
menyiapkan tugasan ini dengan memberikan beberapa idea dan memberi taklimat kerja
kursus. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang banyak
memberikan dorongan dan prihatin kepada saya semasa menyiapkan kerja kursus
pendek ini.

Syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnianya saya berjaya menyiapkan
tugasan yang diberikan ini.
Pada 20 Mac 2021, saya telah melakukan kajian tentang jenis penggunaan
internet dan tahap ketagihan masyarakat terhadap media sosial. Untuk mendapatkan
hasil kajian, saya telah menggunakan kemudahan laman sosial iaitu google form untuk
memperoleh data yang saya inginkan. Sasaran saya adalah merujuk kepada 50
responden daripada sekeliling saya. Saya telah memasukkan beberapa soalan ke dalam
aplikasi tersebut dan saya telah mengambil masa selama seminggu untuk mendapatkan
maklum balas daripada mereka.

Sepanjang proses kutipan data tersebut, saya menghadapi masalah tentang


penggunaan aplikasi google form. Saya mendapati ramai responden yang mengisi borang
saya tidak mengisi semua soalan yang telah saya muat naik ke dalam aplikasi tersebut.
Malah, terdapat juga soalan yang mempunyai data yang bercanggah. Setelah 3 hari, saya
telah mendapat data yang kurang sempurna. Oleh itu, saya menghapuskan data yang
tidak lengkap dan memaklumkan kepada responden yang mengisi semula borang
tersebut. Malah, saya juga menambahkan gambar yang menarik dalam soalan di Aplikasi
Google Form agar menarik perhatian responden untuk mengisi borang tersebut dengan
teliti. Akhirnya, saya telah berjaya mendapatkan data yang lengkap.

Dalam proses memindahkan data saya ke dalam bentuk visual, saya menghadapi
masalah dalam melukis carta pai dan carta palang. Malah, saya sukar untuk
memindahkan data ke dalam bentuk jadual. Oleh itu, saya mencari maklumat di internet
dan belajar dengan teliti tentang cara untuk melukis carta melalui aplikasi Excel. Saya
mengikuti cara-cara yang ditunjukkan dalam aplikasi Youtube dan saya berjaya
menghasilkan carta-carta tersebut.

Semasa membuat tugasan ini, saya telah mendapat beberapa perkara yang
penting dan perkara yang perlu saya ketahui. Pertama sekali, melalui tugasan ini saya
dapat membuka minda akan kepentingan penggunaan statistik dalam kehidupan seharian.
Selain daripada itu, saya dapat meningkatkan kemahiran dalam asas statistik, dapat
mentadbir, menganalisis dan menterjemah data dengan tepat. Serta saya juga mampu
menggunakan analisis data kajian untuk menghuraikan dapatan kajian.

Sepanjang menjalankan tugasan kerja kursus yang telah diberikan, saya juga
telah mempelajari dan memahami fungsi-fungsi statistik. Bagi tugasan satu, saya telah
mendapatkan data jenis penggunaan internet dan tahap ketagihan masyarakat terhadap
media sosial. Saya telah mempersembahkan data yang telah saya dapati ke dalam
beberapa jenis statistik yang berbeza. Dengan menukarkan data yang telah saya dapati
ke dalam jenis statistik atau perwakilan visual yang berbeza, saya telah dapat mengkaji
data berikut dengan lebih mudah.

Selain dapat mempelajari ilmu statistik dan menggunakan ilmu tersebut untuk
memahami isu yang dikaji dengan lebih jelas, saya juga dapat memahirkan diri dengan
menggunakkan perisian Microsoft Exel. Pada mulanya saya tidak mempunyai kemahiran
asas bagi menggunakan perisisan komputer seperti perisian tersebut. Oleh kerana
tugasan ini memerlukan saya menguasai perisian komputer untuk membolehkan saya
melukis atau merangka data dalam perwakilan visual dengan baik, bagi saya telah
meminta tunjuk ajar dan bantuan dari rakan-rakan dan pensyarah. Saya juga telah
menggunakan sumber internet untuk mempelajari cara-cara menggunakan perisian
Microsoft Excel dengan betul.

Akhir sekali, melalui kerja kursus ini saya dapat menguasai kemahiran statistik
asas dengan baik. Harapan saya adalah apabila saya telah mendapat kerjaya sebagai
seorang guru, maka peranan saya adalah untuk mengaplikasikan kemahiran
statistik asas dalam pengajaran di sekolah seperti, meggunakan kemahiran statistik asas
dalam menganalisis pencapaian murid dalam peperiksaan. Malah saya juga mampu
mengunakan analisis data kajian untuk menghuraikan dapatan kajian sekiranya saya
menjalankan sesuatu kajian kes di sekolah.
Bibliografi

Buku

Chua, Y. P. (2014). Asas statistik penyelidikan. Selangor Darul Ehsan. McGraw-Hill


Education (Malaysia) Sdn. Bhd.

Internet

Jade, Jaddy. (2012). Penulisan Refleksi. Retrieved from


https://www.scribd.com/doc/84454510/PENULISAN-REFLEKSI

Manokpasa. (2017). Penulisan Reflektif. Retrieved from


https://www.scribd.com/document/344212102/PENULISAN-REFLEKTIF-docx

Anda mungkin juga menyukai