Anda di halaman 1dari 17

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

GWP 1092
WACANA PENULISAN

Nama : ANNUSHIA A/P ARUMUGAM


No. K/P : 020609-10-1222
Angka Giliran : 2020242310040
Program : PPISMP
Ambilan : JUN 2020
Unit : W3
Nama Pensyarah : DR MOHD RAZAK
BIN MOHD NORDIN
Tarikh Hantar : 28.02.2021

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________

JKA/Jun2019
ISI KANDUNGAN
Soalan Kerja Kursus
Penghargaan

1.0 Pengenalan

1.1 Judul Buku: Sarah dan kucing kesayangannya


1.2 Pengarang: Nor Aslina
1.3 Penerbit: Navinson (M) Sdn.Bhd
1.4 Cetakan: 2007
1.5 Tebal buku: 0.12 kg
1.6 Harga Buku: Rm 7.00

2.0 Sinopsis

3.0 Tema

4.0 Persoalan

5.0 Watak Perwatakan

6.0 Penilaian
6.1 Kelebihan
6.2 Kekurangan

7.0 Pengajaran

8.0 Hubungan dengan tema guru karismatik

9.0 Kesimpulan

10.0 Rujukan

11.0 Lampiran

JKA/Jun2019
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK: 2021

Program: PPISMP Nama Pelajar: ANNUSHIA A/P


ARUMUGAM

Kod: GWP1092

Semester / Tahun: 2 / Tahun 1

Nama Kursus: Ambilan: Jun 2020

Wacana Penulisan Kumpulan: W3

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. Penulisan Esei 1 28 Januari 2021 28 Februari 2021

2. Penulisan Esei II 3 Februari 2021 5 Mac 2021

2 Mac 2021 13 Mac 2021

3. Pembentangan kumpulan

JKA/Jun2019
Hasil Pembelajaran Kursus:

Pada akhir kursus ini pelajar dapat :

1. Menjelaskan idea dalam penulisan berdasarkan konsep wacana secara lisan dan
bertulis (C2, LO1, LO3, CTPS1)
2. Mengaplikasikan pengetahuan tentang keutuhan wacana dalam penulisan akademik
menggunakan pelbagai sumber (C3, LO3, LO6, CTPS2, LL1)
3. Menganalisis jenis-jenis wacana dan gaya penulisan secara berkumpulan (C4,
LO3, , LO5, CTPS3, CS1, TS1)
4. Menilai hasil penulisan kritikan, ulasan rencana atau teks dan resensi buku (C5,
LO3, CTPS3)
5. Menghasilkan penulisan akademik atau bukan akademik secara kritis dengan
menggunakan laras bahasa formal mengikut format yang betul (C6, LO3, CTPS4)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran : 1, 2, 3 , 4 , dan 5.

Objektif Kerja Kursus :

Pelajar akan dapat:

1. Melakukan penilaian hasil penulisan dengan membuat resensi dan memberi


justifikasi tentang sebuah buku cerita kanak-kanak yang dipilih.

2. Perjelaskan isu-isu yang berkaitan dengan bahasa Melayu melalui penulisan


akademik melalui gaya bahasa yang formal dan format tepat.

3. Menilai jenis-jenis wacana dan mengulas sebuah rencana yang dipilih daripada
terbitan Majalah Dewan Bahasa dan Pustaka secara berkumpulan.

Guru karisma memiliki kemahiran menilai, menjelaskan isu-isu semasa dan


dapat menyampai mesej yang tepat kepada audien. Kemahiran-kemahiran ini
amat perlu untuk melahirkan guru yang kompeten dalam abad ke-21.
Keunggulan ini sering dikaitkan dengan keyakinan penuh guru dalam memberi
hujahan yang mantap semasa membincangkan sebarang isu-isu pendidikan
yang timbul.

JKA/Jun2019
Berdasarkan rangsangan di atas. pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut :

TUGASAN 1 Penulisan Esei I (30%)

1. Secara individu, anda dikehendaki menghasilkan resensi cerita kanak-kanak


berdasarkan sebuah buku yang dipilih
2. Anda juga perlu membuat justifikasikan cerita kanak-kanak berdasarkan
sebuah buku yang dipilih dengan kritis secara bertulis.
3. Penulisan esei ini melalui satu penulisan akademik yang panjangnya 1000
patah perkataan.
4. Penulisan akademik perlu ditulis dalam Bahasa Melayu dan dikaitkan dengan tema
Guru Karismatik.
5. Penilaian untuk penulisan akademik ini adalah secara individu.

TUGASAN 2 Penulisan Esei II (30%)

1. Secara individu, anda dikehendaki perjelaskan isu-isu yang berkaitan dengan


bahasa Melayu berdasarkan Idea Besar Komunikasi dalam era Digital.
2. Anda juga dikehendaki menulis berbentuk penulisan akademik
3. Anda juga perlu menghasilkan penulisan tersebut secara kritis dengan
menggunakan
laras bahasa formal dan mengikut format yang betul
4. Penulisan ini perlu ditulis dalam Bahasa Melayu yang panjangnya antara 1000
patah
perkataan dan berkaitan dengan Idea Besar Komunikasi dalam era Digital.
5. Penilaian untuk penulisan akademik ini adalah secara individu.

Tugasan ini berkongsi Big Idea – Komunikasi dalan Era Digital dengan kursus
BMM1054 (Morfologi Bahasa Melayu), BMM1044 (Pengenalan Sistem Ejaan
Rumi dan Jawi), BMM1064 (Sintaksis Bahasa Melayu), dan GBM1103 (bahasa
Melayu Kontekstual).

TUGASAN 3 Pembentangan Kumpulan (10%)

1. Anda dikehendaki menilai jenis-jenis wacana.


2. Anda juga dikehendaki mengulas sebuah rencana yang dipilih daripada terbitan
Majalah Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Pembentangan dilakukan secara berkumpulan.
Arahan Pelaksanaan Tugasan:

JKA/Jun2019
1. Kesemua tugasan ini adalah tugasan individu.
2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data, maklumat dan
rujukan. Namun anda perlu memastikan bahawa setiap data atau maklumat
yang digunakan mestilah merangkumi jurnal, buku rujukan, dan sumber
internet.
3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :

3.1. Muka depan hendaklah mengikut templet terkini yang dimuat turun
daripada
items IPGM

3.2. Bentuk penulisan yang dilakukan perlu bertaip dengan saiz fon Arial 11
dan langkau 1.5 baris.

3.3. Rujukan prosedur mengikut format dan gaya APA (American


Psychological Association)

3.4. Penulisan anda harus menunjukkan keaslian, kematangan dan bermutu


ilmiah serta ditulis dalam Bahasa Melayu (Teks Pidato dan Penulisan
Akademik).
3.5 Bagi tugasan Pembentangan, anda dikehendaki menghantar salinan
lembut dan salinan keras.

4. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.


5. Anda mesti menghantar tugasan anda mengikut tarikh yang ditetapkan.
Tugasan yang dihantar lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred
kerja kursus anda.

JKA/Jun2019
6. Menghasilkan projek akhir secara berkumpulan berdasarkan Big Idea yang telah
dirancang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

___________________________
__________________________

(Dr. Haji Mohd Razak bin Mohd Nordin) (Hjh. Norehan bt. Muhamad )

Pensyarah / Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME) /

JKA/Jun2019
Penyelaras

Kursus / Pensyarah Kanan

Disahkan oleh :

_______________________
(Shamsudin bin Abu Bakar )
Ketua Jabatan
Jabatan Pengajian Melayu

JKA/Jun2019
Penghargaan

Dengan penuh kesyukuran Tuhan, dapat saya menyelesaikan tugasan kerja kursus
GWP 1092 ini dengan penuh jayanya. Saya ingin mengucapkan sepenuh penghargaan
kepada Dr. Mohd Razak Bin Mohd Nordin, selaku Pensyarah Kursus Wacana
Penulisan kerana meletakkan kepercayaan beliau kepada saya bagi menyiapkan kerja
kursus ini dalam tempoh yang ditetapkan. Beliau telah banyak membantu sepanjang
proses tugasan ini disiapkan walaupun kami tidak dapat berjumpa secara bersemuka.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau serta rakan-rakan saya
yang telah banyak membantu menyempurnakan tugasan serta mencetuskan idea
kepada saya sepanjang proses penyiapan tugasan ini. Bukan itu sahaja, saya telah
mempelajari banyak perkara berkaitan subjek ini sepanjang proses menyiapkan kerja
kursus ini. Ianya telah memberi saya seribu satu pengalaman yang amat bermakna

JKA/Jun2019
Pengenalan

Buku cerita yang saya pilih ialah Sarah dan kucing kesayangan. Buku ini ditulis oleh
Nor Aslina dan diterbitkan oleh Navinson Sdn.Bhd. Lebih-lebih lagi, penyerapan nilai
murni dalam karya sastera kanak-kanak ini bertujuan bagi melahirkan insan yang
berketerampilan serta memiliki akhlak yang mulia. Di samping itu, penghayatan nilai-
nilai murni dapat membentuk generasi muda yang berkeperibadian luhur dan
berhemah tinggi. Pemahaman serta kesedaran tentang nilai murni dalam masyarakat
Malaysia harus dipupuk. Menurut Nik Azis Nik Pa (1990), budi pekerti luhur dan akhlak
mulia ini dikaitkan dengan nilai murni. Nilai-nilai ini dapat disemai melalui pembacaan
buku cerita.

Dalam cerita ini Sarah ialah seorang pelajar sekolah dalam cerita ini. Seperti biasa,
ibu Sarah menghantar anaknya ke sekolah. Setibanya di sekolah, Sarah meletakkan
begnya di tempat duduknya dalam kelas dan berlari ke kantin untuk mencari kucing
kesayangannya. Apabila menjumpainya, Sarah telah mengusap-usapnya dan
membuka bekalannya untuk memberi ikan goreng yang dibawanya dari rumah.
Selepas loceng berbunyi, Sarah menuju ke kelas. Tiba-tiba rakan sekelasnya Anisah
bertanyakan sebab datang ke kantin. Sarah pula berbalas tak ada apa-apa. Sarah
tidak suka sikap Anisah yang suka menyibuk. Proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan seperti biasa. Cikgu Noni iaitu guru subjek matematiknya telah memanggil
Sarah dan menyuruh rakannya memberi tepukan yang gemuruh kerana Sarah telah
mendapat markah yang tertinggi dalam subjek matematik. Semua rakan sekelas

JKA/Jun2019
mengucapkan tahniah kepada Sarah. Ini menyebabkan perasaan cemburu Anisah
terhadap Sarah semakin meningkat.

Pada waktu rehat, Sarah tidak akan pergi ke kantin. Dia akan makan bekalan
makanan yang dibawa dari rumah. Wang saku yang diberi oleh ibunya tidak
dibelanjakan malah menyimpannya dalam tabung. Selepas makan, dia menuju ke
kantin untuk mencari kucing tersebut. Sarah telah menamakan kucing tersebut Cat.
Sarah hendak membawa kucing tersebut dan membelanya tetapi ibunya tidak suka
akan kucing. Perkara ini yang amat membimbangkan Sarah. Selepas rehat, Sarah
pergi ke kelas. Dia ternampak jam tangan di tangan Anisah seperti jam pemberian
ayahnya. Sarah mencari jam tangannya yang diletakkan tadi di dalam beg sekolahnya
tetapi tidak jumpa. Sarah bertanyakan kepada Anisah bahawa adakah dia terambil jam
tangannya. Anisah pula berjawab tidak tahu. Anisah pula berkata bahawa kamu ini
tipu. Kawanya Izzati membelek jam di tangan Anisah dan mengatakan jam ini serupa
dengan jam Sarah. Malahan Anisah pula tidak mengakui. Sarah pula mula menangis
dan masa itu Ustazah Hayana masuk ke dalam kelas serta bertanyakan sebabnya
menangis. Rakan sekelasnya, Adam mengatakan bahawa Anisah mencuri jam tangan
Sarah. Anisah pula mengatakan bahawa rakannya Adam berbohong. Adam
menyatakan bahawa dia nampak Anisah menyelongkar beg Sarah tadi.

Ustazah bertanya Anisah sekali lagi bahawa adakah dia mengambil jam tangan
Sarah. “Hukuman kepada orang yang mencuri ialah potong tangan” sambung Ustazah.
Kata-kata Ustazah ini menyebabakan Anisah takut. Anisah memulangkan jam tangan
tersebut lalu meminta maaf kepada Sarah. Selepas waktu persekolahan tamat, Sarah
menunggu untuk ibunya di kantin. Malah hari itu ibunya lambat datang menjemputnya.
Sementera menunggu ibunya, Sarah membaca buku cerita ketika itu Cat sedang
berada di tepi Sarah. Apabila menampaknya, Sarah mengusap-usap kepalanya dan
Cat kelihatan sangat manja dengan Sarah.

Ibu Sarah pun sudah sampai untuk menjemputnya dan meminta maaf atas
kelewatannya kepada Sarah. Sarah melambaikan tangannya kepada Cat yang
memandang sayu. Ibunya singgah di warung Pak Deris untuk membeli makanan
tengah hari.Selepas sampai rumah, Sarah pergi mandi. Selepas itu, Sarah makan
bersama ibunya. Sarah bertanyakan kepada ibunya bila ayahnya akan pulang kerana
sudah tiga hari ayah pergi ke kursus. Ibunya menjawab bahawa ayahnya akan pulang
hari ini. Selepas makan, Sarah menyiapkan kerja rumahnya. Sarah termenung di
jendela sambil memandang langit. Pada masa itu, Sarah teringatkan Cat. Sarah
berasa jika Cat berada di rumah, dia akan menemankan Sarah yang berseorangan di
rumah yang besar ini. Hal ini demikian kerana, ibu akan pulang ke rumah pada pukul
enam ataupun malam sahaja dan bapanya pula sering menghadiri kursus.

JKA/Jun2019
Kini, Sarah sudah bersedia untuk bertanyakan kepada ibu dan bapa untuk membela
Cat di rumah. Sarah juga telah menghiaskan sebuah bakul untuk Cat. Pada keesokan
pagi, Sarah memeluk ayahnya yang sedang bersarapan untuk melepaskan rindunya.
Sarah mencari hadiah untuknya dan ayahnya menyuruhnya untuk tengok di ruang
tamu. Sarah gembira apabila terpandang anak patung beruang yang besar itu dan
mengucapakan terima kasih kepada ayahnya. Kemudian, Sarah menceritakan tentang
Cat kepada ibu bapanya dan memberitahu keinginannya untuk membelanya. Ibu
Sarah tidak sampai hati untuk melukakan hati anaknya. Ibunya juga bersetuju dengan
mengemukakan beberapa syarat. Sarah begitu gembira kerana ibunya telah memberi
kebenaran untuk membela Cat.

Anisah sampai awal di sekolah pada pagi itu. Anisah pergi ke kantin dan mencari
kucing kesayangan Sarah. Anisah berasa gembira apabila ternampak kucing itu yang
sedang bersembunyi. Anisah mengambil kucing itu dan mencampaknya ke dalam
semak tanpa rasa belas kasihan. Rakan sekelasnya, Kim Hock terpandang perbuatan
Anisah itu dan bertanya sebabnya berbuat demikian. Anisah pula terus lari ke kelas.
Sarah pula datang ke sekolah dengan begitu gembira kerana dapat membawanya ke
rumah selepas sekolah. Sarah mencari Cat di belakang kantin seperti biasa dengan
memanggil namanya Puspa juga menemani Sarah untuk mencari Cat. Namun, mereka
tidak dapat menjumpai Cat. Oleh itu, mereka balik ke kelas.

Apabila masuk ke kelas, Cikgu Anuar bertanyakan apa Puspa dan Sarah sedang
mencari di belakang kantin. Puspa menceritakannya kepada Cikgu Anuar. Tiba-tiba
Kim Hock memberitahu bahawa pada pagi tadi dia nampak Anisah mencampakkan
kucing ke dalam semak di belakang kantin. Semua pelajar bergegas menuju ke semak
dan beberapa murid serta Cikgu Anuar mencarinya. Hakimi telah jumpa Cat. Semua
murid menjadi gembira. Cikgu Anuar merawat luka pada badan Cat. Anisah telah
dipanggil ke bilik disiplin dan dinasihati oleh guru disiplin kerana menganiayai binatang.
Anisah mengakui bahawa perbuatannya itu salah dan menyesal akan perbuatannya.
Anisah meminta maaf daripada Sarah serta berjanji tidak akan mengulangi lagi perkara
seperti ini. Sekarang, Cat tinggal bersama Sarah dengan penuh gembira.

Buku cerita ini bertemakan perasaan sayang seorang murid terhadap kucing.
Persoalan yang terdapat dalam cerita ini ialah persoalan tentang kasih sayang
terhadap haiwan. Contohnya, Sarah sentiasa memikirkan tentang kucing itu dan
berasa kasihan. Berikutnya, persoalan tentang kebijaksanaan seorang pelajar.
Tamsilnya, Sarah mendapat markah yang tinggi dalam ujian matematik. Selanjutnya,
persoalan tentang penganiayaan terhadap haiwan. Misalannya, Anisah
mencampakkan kucing tersebut di semak. Dalam cerita ini Sarah ialah watak utama.

JKA/Jun2019
Ibu Sarah, bapa Sarah, Anisah dan rakan sekelasnya merupakan watak sampingan.
Kelebihan buku cerita ini ialah buku cerita ini mengandungi gambar di setiap muka
surat. Ini mampu menarik minat pembaca terutamanya golongan kanak-kanak untuk
membaca. Seterusnya, kekurangan buku cerita ini ialah mempunyai muka surat yang
sedikit.

Terdapat banyak pengajaran yang boleh dipelajari daripada buku cerita ini.
Antaranya, ialah kita perlulah berjimat-cermat. Semua orang tidak mengira kanak-
kanak ataupun dewasa haruslah mengamalkan amalan sikap berjimat-cermat ini dalam
kehidupan mereka supaya dapat digunakan pada waktu kecemasan serta keperluan.
Sikap Sarah yang tidak membelanjakan wang sakunya malah menyimpannya di dalam
tabung. Selain itu, perasaan belas kasihan terhadap terhadap semua manusia dan
binatang perlu diterapkan dalam diri kita. Kita perlulah bersimpati terhadap seseorang
yang berada dalam kesusahan dan membantunya. Tamsilnya, perbuatan Sarah yang
sentiasa mengambil berat tentang kucing itu dan memberi makanan kepadanya ini
perlu dicontohi oleh setiap orang. Berikutnya, kita perlulah mengamalkan nilai kasih
sayang terhadap keluarga agar dapat membina keluarga bahagia. Tamsilnya, Sarah
amat merindukan ayahnya yang telah pergi ke kursus tiga hari dan memeluk ayahnya
setelah melihat kepulangannya. Tambahan pula, kita tidak haruslah bersikap dengki
terhadap rakan-rakan. Hal ini boleh dilihat daripada sikap Anisah yang cemburu
terhadap Sarah yang mendapat prestasi yang baik dalam ujian Matematik. Perasaan
cemburu menyebabkannya mencuri jam tangan Anisah. Perbuatan mencuri
merupakan antara perkara yang dilarang oleh semua agama dan tidak harus
diamalkan oleh sesiapa. Kita haruslah berusaha untuk mencapai kejayaan daripada
berasa cemburu terhadap kejayaan orang lain. Sarah ialah pelajar yang rajin belajar
kerana dia akan menghabiskan semua kerja rumah setelah selesai makanan tengah
harinya. Perbuatan mencuri merupakan antara perkara yang dilarang oleh semua
agama dan tidak diamalkan oleh sesiapa.

Seterusnya, kita juga harus menghargai masa. Semua orang terutamanya


golongan muda harus melibatkan diri dalam perkara yang bermanfaat. Hal ini demikian
kerana golongan muda pada abad ke-21 ini suka menghabiskan masa dengan
menggunakan sosial media, bermain permainan video, serta menonton television.
Sebagai contoh, Sarah membaca buku cerita sementera menunggu ibunya.
Penglibatan diri dalam aktiviti seperti membaca ini amat memanfaatkan seseorang
kerana dapat menimba ilmu pengetahuan. Sementera itu, kita tidak harus menganiaya
binatang. Binatang juga merupakan antara ciptaan Tuhan yang perlu kita hargai.
Misalnya, perbuatan Anisah yang mencampak kucing itu merupakan sesuatu
perbuatan tidak patut dicontohi oleh sesiapa. Kita perlulah menunjukkan kasih sayang

JKA/Jun2019
terhadap semua haiwan. Bukan itu sahaja, berlandaskan tema guru karismatik,
pendidikan tentang penjagaan serta perasaan kasih sayang terhadap haiwan-haiwan
peru diterapkan dalam diri pelajar sebagai penghargaan kurniaan Tuhan. Masyarakat
tidak harus mempunyai fikiran untuk menyeksa atau menganiaya haiwan-haiwan yang
berada di sekeliling mereka dan harus memahami bahawa perkara sebegini ialah
berdosa.

Kesimpulan

Konklusinya, cerita Sarah dan kucing kesayangannya ini penuh dengan nilai murni
yang dapat melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia. Antara nilai murni yang
terdapat dalam cerita ini ialah nilai kerajinan, belas kasihan, kasih sayang, berjimat
cermat, baik hati dan saling bermaafan. Banyak pengajaran juga didapati daripada
cerita ini. Cerita ini sesuai untuk dibaca oleh kanak-kanak kerana membantu
menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak sejak dari kecil lagi bak kata
pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Hal ini dapat membentuk kanak-
kanak yang mempunyai prinsip moral dalam diri mereka yang menghalang mereka
terlibat dalam perkara yang dapat memudaratkan diri sendiri, orang lain serta masa
depan.

Rujukan

Nor Aslina (2007). Sarah dan Kucing Kesayangan. Selangor: Navinson(M) Sdn.Bhd.

Sabilan, S., Lip, S. M., Ishak, M. F., Zdainal, S., & Abidin, S. H. S. Konsep Penerapan

dan Penghayatan Nilai-Nilai Murni Berasaskan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK).

Yaacob, M. F. C. (2015). Nilai-Nilai Murni Dalam Seuntai Himpunan 366 Cerita Rakyat

Malaysia (Doctoral dissertation, Tesis Sarjana Sastera. Fakulti Bahasa Moden

dan Komunikasi. Universiti Putra Malaysia.

JKA/Jun2019
Lampiran

Muka depan buku cerita yang saya pilih

JKA/Jun2019
Muka surat pertama buku cerita tersebut

JKA/Jun2019
Muka surat terakhir buku cerita tersebut

JKA/Jun2019

Anda mungkin juga menyukai