Anda di halaman 1dari 5

1.

HURAIKAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU KLASIK

BAHASA MELAYU KLASIK BERMULA PADA ABAD KE-14 HINGGA ABAD KE-19. BAHASA MELAYU PADA
ZAMAN INI, BANYAK DIPENGARUHI OLEH BAHASA ARAB KERANA PENYEBARAN AGAMA ISLAM
SECARA MELUAS DI NUSANTARA. BAHASA MELAYU PADA ZAMAN INI, BANYAK DIPENGARUHI OLEH
BAHASA ARAB KERANA PENYEBARAN AGAMA ISAM SECARA MELUAS DI NUSANTARA. BAHASA
MELAYU INI BERKEMBANG PESAT PADA ZAMAN KERAJAAN MELAYU MELAKA ( 1403 – 1511 ).
PENGGUNAAN BAHASA MELAYU KLASIK INI JUGA BOLEH DIBUKTIKAN MELALUI PENEMUAN BATU
BERSURAT DI KUALA BERANG, KUALA TERENGGANU.

2.JELASKAN CIRI-CIRI BAHASA MELAYU

 Ayat-ayat bahasa klasik panjang dan berbelit-belit. Tanda baca selalunya tidak diletakkan
dengan betul dan ada langsung yang tidak ada.
 Susuk ayat bahasa klasik banyak dipengaruhi oleh bahasa Arab, Sanskrit dan klasik.
 Kekerapan menggunakan struktur ayat pasif dalam bahasa klasik. Sebagai contoh:
 Selalunya bahasa klasik banyak mendahulukan predikat, kemudian diikuti dengan
subjek (ayat songsang).
 Ayat bahasa klasik banyak menggunakan imbuhan ‘lah’ dan ‘pun’. Contohnya:
adapun, bertitahlah, berebutlah dan sebagainya.
 Bahasa Melayu klasik lebih bersifat bahasa Istana terutama dari segi penggunaan perkataan
dan sistem panggilannya seperti sembah, beta, titah, berangkat, gering, titah, beradu,
bersiram, mangkat, putera, puteri, bersemayam dan sebagainya
 Petikan banyak menggunakan kata pangkal ayat yang agak klise atau usang yang kini
tidak digunakan lagi. Contoh: arakian, syahadan, hatta, alkisah, kata sahibul hikayat,
maka, tatkala, adapun dan sebagainya.

3.BERDASARKAN ARTIKAL PILIHAN ANDA YANG


MENGANDUNGI BAHASA MELAYU KLASIK ( 1 PERENGGAN ),
ANDA DIKEHENDAKI MENTERJEMAHKAN SEMULA DALAM
BAHASA MELAYU MODEN.
BAHASA MELAYU KLASIK

Dengan tiada berapa lamanya sampailah mereka itu ke Negeri Daha itu. Maka


Raden Inu segan masuk lalu menanti di luar istana. Maka
disuruhnya Jerude dan Kartala masuk bersama-sama dengan Mahadewi akan
menghadap Kebawah Duli Sang Ratu Daha itu.

Maka tatkala dilihat oleh Sang Ratu akan Mahadewi datang dengan balut matanya,
sungguhpun selama ia pergi tiada dikenangnya, akan tetapi pada masa bertemu itu timbullah
belas dan kasihan di dalam hatinya serta teringatlah ia pada isterinya yang sudah meninggal
diracuni itu. Lagi pula baharulah ia tersedar akan dirinya dan baharulah diketahuinya akan
segala kejahatan Paduka Liku itu kerana pada masa itu rupa-rupanya segala hikmat dan ubat-
ubatan Paduka Liku itu telah hilang kemanjurann

Setelah ditukar teks klasik kepada teks moden:


Raden Inu, Jerude, Kartala dan Mahadewi sampai ke Negeri Daha. Raden Inu malu dan hanya
menunggu di luar istana. Beliau menyuruh Jerude, Kartala dan Mahadewi menghadap
Kebawah Duli Sang Ratu Daha.

Apabila Sang Ratu melihat Mahadewi datang dengan bengkak matanya, timbul rasa belas
kasihan. Baginda teringat akan Permaisuri baginda yang telah meninggal duania akibat
terkena racun. Baginda telah sedar akan kejahatan Paduka Liku kerana pada masa itu semua
hikmat dan ubat-ubatan Paduka Liku sudah hilang mujarabnya.

4.PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA DALAM


MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU

Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi
Seperti mana yang diketahui umum bahawa dalam bidang sains dan teknologi, hanya
perkataan-perkataan daripada Bahasa Inggeris yang digunakan untuk membina atau
menghasilkan sesuatu penemuan atau penciptaan yang baru khususnya dalam bidang
perubatan. Oleh hal yang demikian, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka telah berusaha
dan memainkan peranan yang sangat penting bagi memperkaya bahasa kebangsaan
kita iaitu Bahasa Melayu supaya lebih banyak perkataan daripada Bahasa Melayu
dihasilkan di dalam bidang-bidang yang pesat berkembang sperti bidang sains dan
teknologi
Memajukan bakat kesusasteraanterutama dalam bahasa kebangsaan
Menurut Berita Harian, DBP menggiatkan program dari semasa ke semasa iaitu Minggu
Penulis Remaja dengan motif melahirkan dan memupuk penulis muda. Program ini juga
bertujuan melahirkan pewaris ilmu kesusasteraan pada masa depan. Dalam usaha
memperkasakan ilmu kesusasteraan ini, DBP sekali lagi menggunakan kaedah
penganugerahan bagi menggalakkan sasterawan-sasterawan menceburi bidang ini.
Kepentingan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah begitu penting sehingga ia
diiktiraf oleh jabatan kerajaan sebagai Badan Berkanun melalui Akta Parlimen pada
tahun 1959 dalam memantapkan lagi pengembangan bahasa sastera. Begitu juga
dengan pengaturan rancangan memupuk bahasa sastera dengan baik.

Mencetak / menerbitkan / membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-buku,


risalah-risalah dan lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan
Pihak DBP merupakan sebuah organisasi yang begitu penting dalam industri percetakan
dan penerbitan buku-buku, risalah-risalah, kamus-kamus, serta pelbagai bentuk bahan
ilmiah kerana ia merupakan salah sebuah organisasi penerbitan yang terbesar di
Malaysia. Pihak DBP telah banyak mencetak dan menerbitkan buku-buku untuk
sekolah-sekolah seperti buku teks dan buku rujukan yang merupakan bahan ilmiah yang
sangat penting bagi pelajar-pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah. DBP
juga bergiat aktif dalam menerbitkan buku-buku kesusasteraan Bahasa Melayu
mahupun dalam Bahasa Inggeris. Ini bermakna peranan yang dimainkan oleh DBP
adalah sangat penting dan ia juga memberi impak yang baik dalam bidang
kesusasteraan, pendidikan dan juga industri percetakan Negara. Menurut Bekas Menteri
Kehakiman Malaysia, Dato’ Dr. Sulaiman Hj. Daud (1990:1) bahawa Dewan Bahasa dan
Pustakan (DBP) sejak 20 tahun lalu berjaya menerbitkan tidak kurang daripada 50 judul
buku undang-undang Bahasa Melayu. Ini menunjukkan DBP juga bertindak sebagai
medium penterjemahaan karya-karya asing.
Maka ilmu dari luar dapat diadaptasikan dalam Bahasa Melayu bagi
memperkayakan perbendaharaannya. Dalam masa yang sama DBP juga memerlukan
penglibatan para sarjana, pengkritik dan pemantau bahasa, agar buku-buku terbitan
DBP dapat dianalisa dan diberi ulasan-ulasan fragmentasi atau resensi buku, agar
orang ramai akan dapat menikmati dan memahami intipati buku-buku yang diterbitkan
oleh DBP.

Membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa
kebangsaan
Pelaksanaan dasar bahasa yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
di sekolah rendah, menengah dan peringkat institusi pengajian tinggi menggerakkan
kegiatan peristilahan yang didukung oleh DBP. Banyak Jawatankuasa Istilah (JKI) telah
ditubuhkan oleh DBP dengan kerjasama institusi pengajian tinggi awam untuk
mengumpul, membentuk dan menyebar luas istilah bahasa Melayu dalam bidang sains
asas dan sains gunaan. Perubahan ini menyaksikan perancangan korpus bahasa
Melayu berkembang dengan cepat sekali.

Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul


Seperti mana yang sedia maklum, tidak ramai atau hanya segelintir sahaja daripada
rakyat Malaysia yang menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Majoriti daripada
mereka menggunakan Bahasa Melayu yang tidak betul. Sebagai contoh yang paling
ketara ialah rakyat Malaysia menggunakan bahasa pasar sebagai bahasa percakapan
harian mereka. Bukan sahaja sebagai bahasa percakapan harian, malah notis-notis
ataupun risalah-risalah awam yang diedarkan kebanyakannya tidak menggunakan
Bahasa Melayu yang betul seperti risalah-risalah ataupun poster-poster untuk konsert
dan promosi kompleks-kompleks beli-belah. Oleh hal yang demikian, pihak DBP perlu
memainkan peranan yang sangat penting untuk mengatasi masalah yang telah
berleluasa hingga ke hari ini seperti mewujudkan buku-buku dan risalah-risalah dan
akhbar-akhbar yang menggunakan dan memperbetulkan penggunaan Bahasa Melayu
yang tidak betul di kalangan rakyat Malaysia. Walaupun DBP menggalakkan
penggunaan bahasa kebangsaan namun setelah masa beredar melangkaui peredaran
zaman kini banyak pecampuran bahasa seperti bahasa rojak yang sedang menular
dalam masyarakat masa kini. Oleh itu, dengan adanya DBP masalah penyalahgunaan
bahasa ini dapat dibendung. Disamping itu, keaslian bahasa kebangsaan ini tidak
dicemar. Begitu juga dengan penggunaan bahasa singkatan. Contohnya, singkatan bagi
sungai, bukit, jalan dan sebagainya. Penggunaan singkatan ini memudahkan penulis
surat bagi alamat dan kawasan.

Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas


bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa
Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu DBP melaksanakan pelbagai
program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa kebangsaan, pemantauan,
pemupukan, penataran, pekhidmatan dan penyebaran. Pelbagai kegiatan dilaksanakan
melalui fungsi-fungsi ini bagi memastikan kedudukan bahasa Melayu terus menjadi
mantap sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan negara
Malaysia.  Di sinilah peranan yang dimainkan oleh DBP sangat penting ke arah
memasyarakatkan secara meluas penggunaan bahasa Melayu dengan pendekatan dan
kaedah yang menarik dan selaras dengan perkembangan teknologi info-telekomunikasi.
Daripada kaedah biasa dan stereotaip yang sering digunakan, DBP perlu meneroka
pendekatan baru melalui industri kreatif, media sosial dan elektronik mengadakan
program pembelajaran bahasa Melayu dan menghasilkan promo, iklan, drama dan
sitkom televisyen serta radio yang bersangkutan dengan bahasa Melayu.
Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang cekap dan berkesan dalam
semua bidang
Bidang yang dimaksudkan ialah bidang pentadbiran negara, bidang pengajian tinggi,
dan dalam kegiatan yang maju serta kompleks seperti kegiatan intelektual, kegiatan
kebudayaan, ekonomi dan perdagangan. Masalah yang timbul ialah terdapat golongan
yang berpandangan bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa yang maju dan
bersifat saintifik. Tetapi kita jangan lupa bahawa bahasa Melayu pernah menjadi bahasa
lingua franca suatu ketika dahulu yang dituturkan dan digunakan sebagai bahasa
komunikasi oleh golongan pedagang, golongan agama dan golongan pemodal di
nusantara ini. Bahasa Melayu kini telah dituturkan oleh masyarakat di negara ini sebagai
bahasa komunikasi, bahasa perpaduan dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai