Anda di halaman 1dari 14

BAB 2 SEJARAH PENUBUHAN DAN LATAR BELAKANG DEWAN

BAHASA DAN PUSTAKA CAWANGAN SABAH

2.1 Pengenalan

2.2 Sejarah Penubuhan Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sabah.


2.2.1 Idea Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah.

2.2.2 Pengarah-Pengarah DBPCS

2.3 Latar Belakang Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah.

2.3.1 Logo, Mural dan Lagu Dewan Bahasa dan Pustaka

2.3.2 Misi dan Moto

2.3.3 Falsafah, Matlamat dan Piagam Pelanggan

2.4 Organisasi dan Pentadbiran DBPCS

2.4.1 Unit Bahasa

2.4.2 Unit Sastera

2.4.3 Unit Penerbitan

2.4.4 Unit Pemasaran

2.4.5 Unit Pentadbiran, Kewangan dan Perpustakaan

2.5 Kesimpulan

BAB 3
SUMBANGAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA CAWANGAN SABAH
3.1 PENGENALAN
3.2 Memelihara Bahasa, Sastera dan Kebudayaan.
3.2.1 Bahasa

3.2.2 Sastera

3.2.3 Kebudayaan.
3.3 Menyediakan Kemudahan untuk Masyarakat

BAB 4
ISU DAN CABARAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA CAWANGAN SABAH
4.1 PENGENALAN
4.2 SAINS DAN TEKNOLOGI
“Kini DBP berada dalam abad ke-21, iaitu abad pembangunan yang bercirikan
kemajuan yang pesat dan perkembangan maklumat dan teknologi. Hal ini
menegaskan bahawa dunia telah berubah, dan kita juga harus berubah atau membuat
penyusunan untuk perubaham itu. Kadar kemajuan teknologi, komunikasi dan
maklumat, dan bagaimana ia mempengaruhi kehidupan kita bergantung pada
kemajuan ekonomi dan politik negara. Justeru itu, kita harus menumpukan perhatian
pada pengeluaran dan penyebaran ilmu dengan lebih giat lagi, selari dengan objektif
penubuhan DBP. Usaha untuk menggerakkan masyarakat Malaysia ke arah
masyarakat berilmu, berketrampilan dan bermaklumat mestilah dijalankan dengan
kadar yang lebih cepat dan pantas. - Pengerusi Lembaga Pengelola DBP (Tan Sri
Kamarul Ariffin bin Mohamed Yassin. Laporan DBP 2002

PERNYATAAN PENGERUSI

16laporantahunan2002

Tan Sri Kamarul Ariffin bin Mohamed Ya s s i n

P e n g e rusi Lembaga Pengelola, Dewan Bahasa dan Pustaka

Dalam bidang bahasa, DBP melaksanakan amanah membina dan mengembangkan bahasa
Melayu

supaya bahasa itu dapat berfungsi sebagai wahana komunikasi dalam semua bidang kehidupan

rakyat, seperti pentadbiran, pendidikan, undang-undang dan kehakiman, media am dan


ekonomi.

Walau bagaimanapun, akibat cabaran globalisasi, kita dapat menyaksikan bukan sahaja
pendewaan

terhadap bahasa Inggeris, malahan bahasa itu dipertembung dengan bahasa Melayu, yang

kelihatannya seolah-olah bahasa Melayu terkorban dengan kekalahan. Dalam hal ini, kita
haruslah

sama-sama mempertegas bahasa Melayu itu dan di samping itu tidak pula mengabaikan
bahasabahasa

lain yang boleh menjadi jambatan ke arah perkembangan ilmu dan ekonomi negara yang

lebih pesat lagi.

Sastera yang menjadi cermin budaya bangsa kita perlu dipupuk dan dijaga untuk mengekalkan
jati diri

bangsa kita yang menjadi lambang negara kita. Dalam proses globalisasi yang tampaknya lebih

berpola jalan sehala tidak menjadikan kita sebagai peserta, tetapi lebih sebagai mangsa. Walau

bagaimanapun, dalam era yang memungkinkan berlakunya krisis budaya ini kita merenung dan
melihat kembali akan kekayaan serta kedudukan budaya kita. Seharusnyalah kita berpegang
pada

budaya kita, dan pada masa yang sama mempelajari dan memahami budaya asing sebagai
panduan

atau membantu kita untuk memajukan lagi negara dan budaya bangsa kita Malaysia. Bahan
sastera

dan bukan sastera boleh didapati melalui internet atau pelbagai laman web yang merentas
sempadan

geografi dan boleh dikongsi bersama-sama dan dengan serta-merta.

Dalam usaha pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera Melayu, DBP yang berada di
bawah

payung institusi pendidikan memikul tanggungjawab dalam bidang penerbitan buku demi

mengadakan bahan-bahan bacaan dan rujukan untuk anak-anak kita tanpa mengira yang kaya

mahupun yang miskin, dan menyemai tabiat membaca yang baik di kalangan masyarakat.
Minat dan

budaya membaca di kalangan kanak-kanak, murid-murid, pelajar IPT serta orang awam
haruslah

dipupuk dan disemarakkan, dan semua pihak haruslah sama-sama bertanggungjawab dalam
hal ini.

DBP dan penerbit-penerbit lain seharusnyalah berusaha untuk mengeluarkan buku-buku yang

laporantahunan200217

Pernyataan Pengerusi

Majlis Pengisytiharan Koleksi Agong Negara,Warisan Dunia Syarahan Perdana Palestin dan
Kemanusiaan

berkualiti tinggi dan menarik minat pembaca, sesuai dengan keadaan dan keperluan dan
perubahan

semasa. Penulis pula seharusnya menulis dengan rasa tanggungjawab untuk membangunkan
minda

dan pemikiran rakyat. Dalam hal ini, DBP akan terus berusaha untuk menarik minat khalayak

dengan membekalkan bahan-bahan bacaan berguna yang diterbitkan sama ada secara
konvensional

atau elektronik, selari dengan perkembangan ICT masa kini.

Tahun 2002 menuntut DBP memikirkan semula tentang arah, pendekatan dan keutamaan
kerja dalam

usaha merealisasikan tanggungjawabnya memartabatkan bahasa dan sastera negara sesuai


dengan

perubahan-perubahan mendadak yang berlaku sekarang ini. Pada zaman yang penuh dengan

pergolakan, usaha memperkukuh jati diri dan menyemarakkan patriotisme di kalangan


masyarakat
amat perlu digerakkan. Tidak ada bangsa dan negara yang dapat lepas dan bebas daripada
proses

perubahan seperti ini, baik dalam kehidupan ekonomi, politik, mahupun kehidupan sosial.
Justeru,

bahasa, sastera dan budaya kebangsaan yang menjadi lambang jati diri dan alat pemersatu
bangsa

harus diperkukuh dan cita-cita untuk memartabatkan bahasa dan sastera kebangsaan di dalam
dan

luar negara hendaklah dijadikan kenyataan.

Saya berharap semua pihak, sama ada sektor awam dan swasta, atau pertubuhan bukan
kerajaan,

memberikan sokongan dan sumbangan masing-masing kepada usaha DBP. Mudah-mudahan


yang

mencintai bahasa dan sastera kebangsaan tidak hanya mereka yang bertugas di DBP, tetapi
juga

meliputi semua golongan masyarakat walau di mana jua mereka berada dan berkhidmat.
Ucapan

syabas dan terima kasih kepada warga DBP serta semua pihak yang selama ini sentiasa
berusaha

dengan penuh tekun menunaikan tanggungjawab terhadap bahasa dan sastera untuk negara.
Semoga

usaha sekalian diberkati dan mendapat rahmat Allah s.w.t.

Tan Sri Kamarul Ariffin bin Mohamed Yassin

P.S.M.

Pengerusi Lembaga Pengelola

Dewan Bahasa dan Pustaka

Pernyataan Pengerusi

18laporantahunan2002

DBP ialah sebuah badan yang diamanahkan untuk membina dan mengembangkan bahasa
Melayu, dan

sentiasa mendokong perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu serta terus maju


mengembangkan

bahasa dan persuratan Melayu ke peringkat serantau dan antarabangsa. Kelahiran DBP yang

dicetuskan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu oleh pejuang kebangsaan yang
mewakili

pelbagai bidang, iaitu politik, pendidikan, bahasa, persuratan, agama dan yang lain,
merupakan

tanda berlangsungnya nasionalisme bahasa, iaitu semangat kebangsaan yang turut ditunjang
oleh
perjuangan mendaulatkan bahasa kebangsaan. Kelahiran DBPsetahun sebelum kemerdekaan
secara

simbolis menandakan peri pentingnya bahasa kebangsaan sebagai unsur pemersatu,


pembentuk jati

diri dan citra bangsa, dan juga sebagai asas pembangunan negara.

Kewujudan DBP sejak 46 tahun yang lalu merupakan usia yang matang atau dewasa. Banyak

pengalaman pahit dan manis telah diperoleh, yang memberikan panduan kepada organisasi
untuk

melangkah lebih maju ke hadapan. DBP perlu menilai semula hala tuju, dasar dan pendekatan
yang

digunakan selama ini untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan untuk mencapai
matlamat

penubuhannya, bagi menempuh dan memenuhi harapan tersebut. Segala kelemahan perlu
diperbaik

dan kesilapan-kesilapan yang lalu, jika ada, hendaklah dielakkan. Masih banyak lagi ruang yang

perlu diisi. Perjuangannya masih jauh, dan tiada noktahnya. Organisasi perlu bersiap sedia
dengan

perancangan dan strategi baharu untuk menyahut cabaran baharu. DBP mestilah bersifat
proaktif dan

bersedia menerima cabaran yang hebat ini, mengatur strategi untuk menghadapinya.

laporantahunan200219

LAPORAN KETUA PENGARAH

Dato’ Haji A. Aziz bin Deraman

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka

Dalam usaha memenuhi tuntutan itu, kita berhadapan pula dengan cabaran globalisasi yang
berkaitan,

yang kian memadamkan garis “sempadan dunia”. Cabaran baharu ini memerlukan peneguhan
sikap

kita tentang dasar-dasar kenegaraan, termasuk dasar bahasa. Jika kita tidak berhati-hati kita
mungkin

akan kehilangan jati diri dan nilai kenegaraan. Globalisasi hanyalah berkaitan dengan konteks

pengilmuan masyarakat dan pemanfaatan maklumat terkini serta hasil reka cipta warga
sedunia,

tetapi tidak sampai mengorbankan dasar-dasar kenegaraan. Langkah Malaysia ke arena


antarabangsa

haruslah turut membawa tanggungjawab pengembangan dan penggunaan bahasa dan sastera

Melayu.
Bahasa dan kesusasteraan merupakan maruah bangsa. Kerana itu, dalam kesibukan dan
kegigihan kita

membina negara menuju negara maju, salah satu aspek yang bersifat dalaman ini tidak boleh

diabaikan. Proses mendaulatkan dan memartabatkan bahasa Melayu serta sastera dan budaya

menuntut suatu pengorbanan dan usaha gigih yang berterusan lagi bersungguh-sungguh.
Tugas

memartabatkan bahasa, sastera dan budaya perlu dipikul dan ditangani oleh semua lapisan

masyarakat. Iltizam daripada semua pihak amat diperlukan untuk memastikan kelangsungan

kejayaan ini. Semoga kita akan menjadi satu bangsa yang teguh, dihormati dan mempunyai
citra dan

jati diri sendiri. Mudah-mudahan kita tidak kehilangan jejak akan jalan sejarah panjang bahasa
kita

dan tidak pula lemas dalam gelombang globalisasi yang kelihatan mula mencairkan kekentalan
ciriciri

budaya kebangsaan, termasuk aspek bahasa.

DBP dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk membina dan mengembangkan bahasa


Melayu agar

menjadi bahasa ilmu dan salah satu bahasa utama dunia. Kita semualah yang memikul

tanggungjawab dan amanah untuk merealisasikan hasrat ke arah itu. Pihak DBP dan pakar
bidang

mempunyai tanggungjawab bersama dalam usaha mengisi kepustakaan ilmu dalam bahasa
Melayu.

Bahasa Melayu harus mempunyai imejnya sebagai bahasa yang moden di dunia ini dengan
wujudnya

kepustakaan ilmu dalam bahasa Melayu. Penggunaan dan penggalakan penggunaan bahasa
telah

dilaksanakan melalui pengiktirafan, anugerah bahasa dan sastera, serta hadiah dan geran yang

diberikan untuk karya dan karyawan yang memberi sumbangan kepada kemajuan bahasa dan

sastera Melayu. Pemerkasaan dilaksanakan melalui penataran. Dalam tempoh yang tidak
sampai

setengah abad, berbanding bahasa-bahasa moden lain (yang mengambil masa ratusan tahun),

bahasa Melayu telah mampu menjadi pengungkap pelbagai bidang ilmu moden dan dapat

membentuk pelbagai wacana kehidupan moden. Kerana itu, pada pandangan saya, tidak harus
lagi

timbul krisis keyakinan atau silap faham tentang kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu

dan bahasa komunikasi moden. Cuma persepsi politik kadangkala tidak dengan jelas dan nyata
mendukung penegasan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa Malaysia yang merupakan
tonggak

pembinaan tamadun umat dan negara kita itu, mesti digerakkan secara berterusan untuk
mengisi

fikiran dan pemikiran dalam bidang pencapaian ilmu pengetahuan tinggi, kesusasteraan,
falsafah,

Laporan Ketua Pengarah

20laporantahunan2002

dan imej warisan tamadun. Biar apa pun berlaku, dan walau di manapun kita berada, bahasa
ialah

salah satu faktor penting yang akhirnya memelihara jati diri, maruah perpaduan dan
kelangsungan

bangsa. “Di mana Bumi Dipijak di situ Langit Dijunjung”.

Tahun 2002 menemukan kita dengan pelbagai cabaran, khususnya kepada DBP sebagai badan
yang

diamanahkan untuk membina dan mengembangkan bahasa Melayu supaya terus dapat
memainkan

peranan yang berkesan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan, bahasa ilmu dan
bahasa

komunikasi moden. Hal ini demikian kerana perubahan teknologi yang begitu pesat serta aliran

maklumat yang begitu pantas dalam era globalisasi ini mungkin akan mendatangkan
tuntutantuntutan

ataupun harapan baharu di kalangan masyarakat terhadap peranan bahasa Melayu itu

sendiri, dan seterusnya DBP.

Dalam hal ini, kita sebagai sebuah bangsa perlulah menyiapkan diri dengan semangat yang
kental dan

utuh. Isu terbaharu yang dihadapi oleh DBP berikutan keputusan kerajaan untuk menggunakan

bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains dan matematik janganlah dijadikan sebagai satu

tamparan, sebaliknya menjadi peluang untuk semua pihak agar berusaha lebih gigih dan maju
ke

hadapan dengan upaya yang lebih mencabar dalam usaha membangunkan dan
mengembangkan

bahasa Melayu melalui pelbagai kegiatan dan penerbitan.

Pelaksanaan penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains dan matematik
umpamanya tidak

harus mematahkan semangat kita untuk memperjuangkan martabat dan kedaulatan bahasa
Melayu

sebagai bahasa ilmu dan bahasa tamadun tinggi. Perkembangan ini seharusnya menyedarkan
kita
tentang peri pentingnya kita melipatgandakan usaha agar bahasa Melayu tidak tertinggal
dalam

menghadapi arus kemajuan dan perubahan yang begitu pantas. Sebagai institusi yang diberi

kepercayaan untuk membina dan mengembangkan bahasa Melayu, DBP akan terus-menerus

menggerakkan usaha penyelarasan, penyelidikan, penerbitan, kegiatan, dan pengajaran yang

berkaitan dengan bahasa dan persuratan Melayu, baik di peringkat kebangsaan, serantau,
mahupun

antarabangsa. Penubuhan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) dapat dilihat sebagai
satu

inisiatif ke arah pengisian amanah ini.

Keunggulan sebuah bangsa, dalam mana-mana era sejarah boleh diukur melalui
kesusasteraan.

Kesusasteraan sebagai salah satu cabang seni, seperti cabang-cabang kesenian yang lainnya
haruslah

mencerminkan kehidupan kerana kehidupan itu sendiri, sama ada disedari atau tidak, terlalu
luas

dan kaya dengan pelbagai isu. Kesusasteraan memberi jiwa kepada kehidupan manusia, dan

memberi nilai kepada keperibadian manusia.

Kesusasteraan juga memainkan peranan yang penting dalam hubungan antarabangsa.


Lebih-lebih lagi

dengan kepesatan pembangunan teknologi komunikasi, kita dapat mengakses dengan


demikian

laporantahunan200221

Laporan Ketua Pengarah

cepat kesusasteraan setiap bangsa dalam bahasa asalnya ataupun dalam versi terjemahannya.

Kesusasteraan membolehkan kita melihat pandangan dunia dan budaya, masyarakat


antarabangsa

itu, yang membolehkan kita bertukar-tukar pandangan dalam hal dunia, dan seterusnya
membantu

meningkatkan persefahamaan antarabangsa melalui kesusasteraan. Untuk ini, DBP t e l a h

mengadakan Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (PPDKL), Seminar Antarabangsa Pantun,
dan

Festival Persuratan dan Kesenian Melayu Polinesia.

Melalui penerbitan dalam bahasa Melayu, sama ada secara konvensional atau elektronik,
DBPberusaha

untuk membina dan mengembangkan bahasa dan kesusasteraan Melayu serta bidang ilmu
yang
telah dikenal pasti untuk memenuhi keperluan masyarakat Malaysia dan masyarakat pembaca
di

seluruh dunia sesuai dengan perkembangan ilmu sejagat era sains dan teknologi. Penerbitan
dalam

bahasa Melayu merupakan wahana penting bagi perkembangan ilmu dan tamadun bangsa
Melayu.

Dalam usaha memperkaya khazanah ilmu dalam bahasa Melayu, DBP telah menerbitkan buku

dalam pelbagai media dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi,
termasuklah

karya dalam bidang bahasa dan sastera dan juga buku ilmiah dalam pelbagai bidang. Sejarah

Melayu, Hikayat Hang Tuah, Surat-Menyurat Kedah telah diterima masuk dalam daftar Memory
of

the World Register – UNESCO, dan telah mendapat pengiktirafan antarabangsa.

D B P juga telah dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk

menerbitkan buku teks bagi kegunaan di sekolah rendah dan menengah. Pada tahun ini, DBP
telah

diamanahkan untuk menerbitkan tidak kurang daripada 60 judul buku teks KBSR dan KBSM
untuk

digunakan di sekolah-sekolah mulai tahun 2003. Yang terbaharu ialah buku sastera penerbitan
DBP

telah dijadikan komponen dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah tanpa
mengira

aliran (iaitu KOMSAS). Di peringkat prasekolah, DBP dengan kerjasama Penerbitan Daya Sdn.
Bhd.

telah berjaya menerbitkan sebanyak 32 judul untuk kegunaan pada tahun 2003.

Laporan Ketua Pengarah

22laporantahunan2002

Pelepasan Kembara Bahasa di DBP Sidang MABM ke-3

Dalam tempoh beberapa tahun mutakhir, DBP sudah mula bergerak dengan memanfaatkan
teknologi

tinggi dan canggih untuk memungkinkan pelaksanaan tugasnya menjadi lebih berkesan, cekap
dan

berdampak luas. Kecanggihan dan kemudahan yang ditawarkan oleh teknologi maklumat dan

komputer ini haruslah dimanfaatkan terutama dalam bidang penerbitan yang sedikit demi
sedikit

akan merubah penerbitan DBP daripada penerbitan konvensional kepada penerbitan elektronik.
Kita

juga perlu proaktif dalam penerbitan e-buku.


Dalam era teknologi maklumat ini juga, DBP perlu bertindak dengan lebih proaktif dengan

mengusahakan sebanyak mungkin hasil atau produk tentang bahasa Melayu melalui internet.
DBP

bersama-sama Syarikat IGD Hitech Corporation Sdn. Bhd. telah berjaya membina sebuah
gerbang

maya penerbitan dalam talian yang dinamai karyanet.com.my. Kelahiran portal ini menandakan
satu

sejarah penting bagi DBP terutamanya dalam bidang penerbitan. CD-ROM Tatabahasa Bahasa

Melayu telah dilancarkan pada 30 Oktober 2002 oleh Y.A.B Datin Paduka Siti Hasmah Mohd. Ali.

CD-ROM Sejarah Lisan Bahasa Melayu yang memuatkan kisah perjuangan dan pembinaan
serta

pengembangan bahasa Melayu oleh tokoh setempat dan antarabangsa, kini sudah
merakamkan

hampir 100 orang tokoh. Selari dengan era teknologi maklumat juga, telah wujud Laman Web
DBP,

Laman MASTERA, Laman MABM, Pustaka Digital dan SPMD

Tahun 2002 juga merupakan tahun yang bermakna bagi warga DBP, khususnya yang bekerja
di DBP Ibu

Pejabat, kerana pada tahun inilah kita berpindah ke bangunan baharu, yang mempunyai
prasarana

dan kemudahan yang cukup lengkap, yang seharusnya akan menaikkan lagi semangat kerja
yang jitu

untuk menyemarakkan lagi usaha pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera
kebangsaan.

Perpindahan tersebut diharapkan akan mencetuskan azam dan iltizam yang tinggi di kalangan
kita.

Dengan suasana dan persekitaran baharu ini saya berharap agar kita akan lebih produktif lagi
dan

hasil kerja akan menjadi lebih mantap dengan kualiti yang semakin meningkat.

Dalam aspek kewangan, pada tahun 2002, DBP telah diberi kelulusan berbelanja sebanyak
RM135.957

juta di bawah belanjawan mengurus untuk melaksanakan programnya. Sebanyak RM32.7 juta
atau

24.05% dibiayai oleh bantuan kerajaan, manakala selebihnya, iaitu RM103.257 juta perlu

ditampung melalui sumber DBP sendiri.

Dari segi pembangunan fizikal, peruntukan yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia
Kelapan

ialah RM6.8 juta bagi lima projek yang diluluskan iaitu hiasan dalaman dan akustik bangunan
baharu, teknologi maklumat dan komunikasi, rumah institusi, Muzium Bahasa dan Sastera,
serta

pembelian mesin cetak dan jilid. Dari segi infrastruktur, dua cawangan dan tiga pejabat wilayah

dikira telah cukup mantap untuk membolehkan DBP beroperasi dengan lebih agresif dan
berkesan

di peringkat antarabangsa dan kebangsaan.

laporantahunan200223

Laporan Ketua Pengarah

Kerjasama diperluas pula melalui MABM yang telah ditubuhkan pada tahun 2000, yang
dianggotai oleh

wakil daripada kira-kira 30 negara. Melalui kerjasama seperti inilah seorang pegawai DBP telah

ditugaskan di China Radio International (CRI) dalam usaha mengembangkan penggunaan


bahasa

Melayu di institusi tersebut, agar dapat menyempurnakan penggunaan bahasa Melayu yang
lebih

berkualiti.

Kualiti dikaitkan dengan pelanggan, dan untuk mengetahui setakat mana reaksi pelanggan
terhadap

DBP, sejak bulan Ogos hingga Oktober, DBP telah mengadakan Hari Pelanggan DBP demi

meningkatkan kecemerlangan DBP. Kecemerlangan perlu dipertingkat dengan mengamalkan


budaya

kerja yang positif dan inovatif serta sedia menerima risiko. Setiap risiko dan kemelut
sebenarnya

membuka peluang kepada kita untuk bermuhasabah dan kemudian melangkah dengan lebih
yakin

dan tabah merebut peluang yang mendatang itu mengikut acuan masa kini dengan tahap
kualiti yang

diingini walaupun hal ini amat subjektif.

Sama ada kualiti yang diingini itu telah tercapai atau belum, pengukuran perlu dibuat.
Pengukuran tahap

kualiti dilaksanakan dengan pelbagai cara. Salah satunya adalah melalui pengiktirafan kualiti.
Pada

27 September, Pasukan Panel Penilai Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan KPM, yang
diwakili

oleh pihak INTAN, Jabatan Audit Negara, MAMPU, dan Bahagian Dasar dan Pengurusan
Korporat

KPM, telah mengadakan lawatan penilaian ke DBP. Berikutan daripada itu, DBP telah dipilih
sebagai

pemenang tempat pertama Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan bagi Kategori A – Sistem
Belanjawan.

Selain itu, Penyata Kewangan DBP bagi tahun 2001 dan 2002 telah disahkan oleh pihak Audit
Negara

tanpa sebarang pertanyaan atau teguran, selepas pengiktirafan yang sama telah diberikan
kepada

DBP bagi Penyata Kewangan DBP bagi tahun 2000 yang lalu. DBP juga telah memenangi

pertandingan mencipta slogan kualiti KPM dengan slogan “Pendidikan Berkualiti Masyarakat

Berilmu”.

Laporan Ketua Pengarah

24laporantahunan2002

Festival Persuratan dan Kesenian Melayu-Polinesia Lawatan T.Y.T. Yang di-Pertua Negeri Pulau
Pinang

Penswastaan sebahagian fungsi DBP pada 1 September 2002 menjadi satu kelebihan buat DBP
kerana

DBP bertambah satu lagi rakan kongsi dan pelanggan dalam pelaksanaan tanggungjawabnya.

Penswastaan empat bahagian utama, iaitu Bahagian Reka Bentuk, Bahagian Pracetak dan

Percetakan, Bahagian Stor dan Pengedaran, dan Bahagian Perniagaan tentunya dapat
menyediakan

perkhidmatan yang cepat, cekap dan bermutu. Dengan penswastaan ini, usaha kita dalam

pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera akan menjadi lebih mantap dan berkesan.

Penerimaan DBP terhadap Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang berkuat kuasa pada bulan
November

pula menjadi pemangkin kepada kita semua untuk terus memberikan khidmat dan produk yang

sentiasa memenuhi kehendak pelanggan kita.

D B P juga telah selesai melakukan penilaian tentang hala tujunya dengan bantuan perunding

profesional, dalam konteks perkembangan semasa dan dalam konteks menghadapai waktu
muka.

Marilah kita sama-sama menjadikan tempoh penilaian hala tuju DBP itu sebagai titik tolak
untuk kita

meningkatkan peranan organisasi kita ini dalam pembentukan tamadun bangsa dan negara.

Diharapkan kita semua dapat terus bermuhasabah untuk merancang gerak kerja yang lebih
berkesan,

cekap dan berdampak luas agar tamadun yang sedang kita bentuk untuk negara yang
berdaulat ini

tidak kehilangan arah, tidak pincang dan tempang serta seimbang dalam segala aspek.

Apa juga cabaran dan rintangan akan mudah diatasi jika warga sesuatu organisasi itu
mempunyai
semangat yang kuat, sedar akan peranan masing-masing, dan sentiasa berusaha
melaksanakan

tanggungjawab yang telah diamanahkan sebaik mungkin. Kita perlu mengamalkan nilai-nilai
murni

dengan keikhlasan bekerja, hormat-menghormati, amanah, telus dan sentiasa berganding


bahu. Saya

penuh yakin dengan adanya kesedaran di atas, serta dengan semangat berpasukan yang tinggi,
DBP

akan dapat terus memainkan peranan yang lebih berkesan untuk membangunkan intelektual
bangsa

dan citra bangsa melalui bahasa dan persuratan sebagai sebahagian daripada teras peradaban
kita.

laporantahunan200225

Laporan Ketua Pengarah

Persidangan Teori dan Pemikiran Melayu Serantau Majlis Tinta Kencana

Dalam usaha menangani cabaran-cabaran baharu yang lahir daripada pertambahan dan
peluasan

peranan dan tugas DBP di peringkat antarabangsa, DBP memerlukan bantuan dan kerjasama

pelbagai pihak dari dalam dan luar negara untuk sama-sama melaksanakan program ke arah

pencapaian matlamat tersebut. Untuk menghadapi segala macam tantangan dari waktu ke
waktu,

kita tidak seharusnya menjadi lemah semangat, mati akal dan kecewa, tetapi sebaliknya
menjadikan

segala tantangan itu sebagai ujian dan motivasi untuk kita meningkatkan semangat dan daya
juang

kita. Sesungguhnya setiap warga DBP tidak kira peringkat mana, mempunyai peranan dan

tanggungjawab masing-masing untuk memenuhi matlamat tersebut. Marilah sama-sama kita

menanam tekad untuk berusaha dengan lebih gigih supaya apa yang telah kita rancangkan
dapat

dilaksanakan dengan berkesan. Apa pun rancangan yang diatur, dan prasarana yang
disediakan,

organisasi tidak akan berjaya tanpa iltizam tuan-tuan dan puan-puan semua.

Penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada setiap warga DBP di semua peringkat, ibu
pejabat,

cawangan, dan wilayah atas kejayaan sepanjang tahun. Rakaman penghargaan dan terima
kasih juga

diunjurkan kepada Lembaga Pengelola DBP dan semua pihak yang telah bekerjasama dengan
DBP

dalam apa jua cara dan bentuk.


Yang Kurik Itu Kundi

Yang Merah Itu Saga

Yang Cantik itu Budi

Yang Indah Itu Bahasa

Dato’ Haji A. Aziz bin Deraman

D.S.P.N., D.P.S.K., J.S.M., K.M.N., D.M.M.

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka

Laporan Ketua Pengarah

4.3 PENGUNJUNG
4.4 PENULIS
4.5 PROMOSI

Anda mungkin juga menyukai