Anda di halaman 1dari 28

KOD DAN NAMA KURSUS:

LMCW2163 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

TAJUK:
KONSEP BERTAMU DALAM PELBAGAI TRADISI

NAMA AHLI KUMPULAN


ANIS SYAFIQA BINTI HAZELI A170412
IMAN DIYANA BINTI ROSLAN A171986
NAZATUL AMIRA BINTI FADZIL A169506
NUR FARAIN BINTI ABDUL HALIM A169352
NUR MARDIANA BINTI KAMRI A168609
NURUL ARRIESA BINTI ABDUL RAHMAN A170391
NURUL HAZWANIE JOSNI A170408
MARIANA BINTI MAT A169849
SHARIFAH HARTIMA BINTI SH SILAN A171987
SITI JULIANA BINTI MD JAILANI A169351

NAMA PENSYARAH
DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD
1

PENGENALAN

Adat menurut Amir Mua’allim (1996) adalah mana-mana perbuatan yang dilaksanakan secara
berulang-ulang yang seterusnya menjadi rutin atau kebiasaan yang disepakati perlaksanaannya
dan tiada akibat atau hukuman yang dikenakan kepada sesiapa yang mengingkari atau
meninggalkan adat tersebut. Maksudnya, adat ini bukanlah suatu kewajiban malahan hanyalah
rutin atau tatacara hidup masyarakat yang diamalkan secara turun-temurun. Kenyataan ini
disokong dengan kenyataan Norhuda Salleh dan Yaacob Harun dalam artikel Fungsi Ritual
Dalam Adat Pertunangan Masyarakat Melayu yang menyatakan bahawa adat tidak mempunyai
satu dokumen yang tersusun untuk diikuti dan dipatuhi. Tuntas, bagi sesiapa yang tidak
mengikuti atau meneruskan pengamalan adat ini, tiada hukuman yang akan dijatuhkan
kepadanya. Walau bagaimanapun, jika diteliti pastilah individu berkenaan rugi kerana
meninggalkan keunikan adat bangsanya sendiri.

Ronley Saringan (2007) pula mendefinisikan adat sebagai satu bentuk tingkah laku dan
cara manusia berfikir yang telah wjud dan diamalkan sebegitu lama sehingga dianggap sebagai
satu tradisi. Tambahnya lagi, adat atau perlakuan tersebut mestilah yang telah diperakui masih
diteruskan pengamalannya dan seterusnya diturunkan kepada generasi baru yang akan datang.
Secara ringkas, dapatlah disimpulkan bahawa adat ini adalah sesuatu rutin kehidupan sehari-
hari masyarakat yang menjadi amalan turun-temurun dan masih segar hingga kini.

Adat juga adalah cerminan bagi sesuatu bangsa. Melalui penelitian, pengamalan setiap
satu adat adalah berbeza bagi setiap bangsa di segenap dunia. Setiap bangsa mengamalkan adat
yang berbeza dengan bangsa yang lain. Variasi etnik dan kaum di Malaysia sebagai contohnya
secara tidak langsung mempamerkan kepelbagaian adat itu sendiri. Tiga kaum utama dia
Malaysia sahaja sudah menunjukkan pengamalan adat yang berbeza. Sebagai contoh, adat
perkahwinan, pengkebumian, melahirkan anak dan bertamu tidak kira di rumah saudara
mahupun sahabat handai. Oleh hal yang demikian, tidak hairan jika orang luar dapat mengenal
kita melalui pengamalan adat yang masih kita teruskan hingga zaman sekarang.

Bertamu merupakan salah satu adat orang-orang lama yang masih dipraktikkan
sehingga kini. Pengamalan adat ini adalah bertujuan untuk mengeratkan serta mengukuhkan
sesuatu hubungan antara sanak-saudara dan sahabat handai. Jika dilihat kepada pengamalan
budaya lama di China, terdapat beberapa adat dan budaya bertamu yang telah digariskan
kepada masyarakatnya. Sebagai contoh, tuan rumah perlu memastikan jenis teh kegemaran
tetamu dahulu sebelum menghidangkan jamuan lain. Air teh yang dihidang juga mestilah
2

bukan air teh yang panas menggelegak bagi mengelakkan tetamu yang minum terlecur dan
sebagainya. Dari segi penuangan air pula, tidak boleh dituang secara penuh bagi menghormati
tetamu. Jelas disini, adat yang diamalkan oleh penduduk China ketika itu sangat memuliakan
tetamu itu sendiri.

Beralih kepada fokus kajian ini, kajian ini berfokus kepada adat bertamu masyarakat di
Malaysia. Seperti yang diketahui umum, terdapat tiga kaum utama di Malaysia iaitu kaum
Melayu, India dan Cina. Pengamalan adat bertamu tiga kaum inilah yang akan diperincikan
adat serta budayanya. Fokus kawasan kajian adalah di kawasan Selangor dengan lingkungan
umur 18 hingga 40 tahun sahaja.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah:

i. Mengenalpasti konsep bertamu dalam etnik Melayu, Cina dan India di Selangor.
ii. Mengkaji perbezaan dan sebab-sebab perubahan adat bertamu etnik Melayu, Cina
dan india di Selangor.
iii. Menghuraikan penyelesaian dalam memberikan pendedahan adat bertamu kepada
golongan muda untuk mengamalkan adat bertamu mengikut etnik masing-masing.

PERSOALAN KAJIAN

Bagi mencapai objektif kajian, kajian ini dirangka bagi menjawab beberapa persoalan kajian
seperti berikut:

i. Sejauh manakah masyarakat Melayu, Cina dan India di negeri Selangor yang masih
mengamalkan adat bertamu tradisi mereka dengan betul?

ii. Sejauh manakah sebab-sebab perubahan dalam adat bertamu ini mempengaruhi adat
masyarakat pascamerdeka?
iii. Sejauh manakah cara penyelesaian yang dicadangkan akan memberi kesedaran kepada
golongan muda generasi kini?
3

PERMASALAHAN KAJIAN

Amalan bertamu atau ziarah merupakan amalan kebajikan yang mulia dilakukan supaya dapat
mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Amalan ini
merupakan salah satu usaha berterusan untuk menjaga hubungan baik dan mengukuhkan ikatan
tali persaudaraan dalam kalangan ahli keluarga, jiran dan sahabat handai. Namun begitu,
masyarakat kini kurang menitikberatkan adat bertamu ketika menziarahi atau melawat ke
rumah ahli keluarga, jiran mahupun sahabat handai. Oleh hal yang demikian, kekurangan
pengetahuan mengenai adat bertamu membawa kepada berlakunya beberapa isu yang
memberikan impak yang buruk dalam masyarakat.

Pada zaman serba moden ini, rata-rata generasi muda kurang mengamalkan adat
bertamu dalam tradisi mereka ketika menziarahi rumah orang lain. Hal ini dikatakan demikian
kerana, kebanyakan golongan anak muda terlalu sibuk menghadap gajet sehinggakan tidak
mempedulikan hal sekeliling ketika berada di rumah tuan rumah. Perbuatan mereka tersebut
seolah-olah tidak menunjukkan rasa hormat kepada tuan rumah. Selain itu, sesetengah generasi
tidak mengamalkan ucapan minta laluan apabila berjalan di hadapan tuan rumah mahu tetamu
lain. Mereka terus berjalan tanpa menghiraukan sesiapa yang berada berdekatan. Hal ini
demikian menunjukkan sikap yang kurang baik untuk ditonjolkan kepada tuan rumah. Malah,
perbuatan yang ditonjolkan oleh golongan muda ini sekiranya tidak dibendung, ia akan
berlarutan sehingga mencecah ke dewasa.

Selain itu, ibu bapa yang tidak menjaga tatatertib anak-anak di rumah tuan rumah juga
merupakan salah satu isu yang timbul ekoran kekurangan pengetahuan adat bertamu. Hal ini
dikatakan demikian kerana, kebanyakan anak-anak kecil yang tidak dipantau oleh ibu bapa
akan menunjukkan tingkah laku yang kurang sopan ketika berkunjung ke rumah orang lain.
Malah, ada di antara mereka yang bermain seolah-olah berada di rumah sendiri dengan bebas
melompat-lompat di atas kerusi dan sofa, membuat sepah dan lebih teruk iaitu merosakkan
barang tuan rumah. Justeru, hal tersebut telah menimbulkan perasaan kurang selesa dalam
kalangan tuan rumah. Dalam meniti arus kemodenan ini, kebanyakan ibu bapa memandang
remeh terhadap perlakuan anak dengan alasan mereka masih kanak-kanak lagi. Alasan tersebut
sangatlah tidak munasabah sama sekali. Bahkan, terdapat juga segelintir ibu bapa yang tidak
mahu bertanggungjawab atas perlakuan anak-anak mereka dan ini menyebabkan terlerainya
sebuah perhubungan. Seperti kita sedia maklum, kanak-kanak merupakan seseorang yang
masih belum mencapai baligh di mana belum wujud kematangan dalam diri. Oleh itu, sebagai
4

ibu bapa, kita perlulah mendidik anak-anak dengan menerapkan adat bertamu dan nilai-nilai
murni sejak kecil seperti bak kata pepatah “Melentur bulug biarlah dari rebungnya”.

Di samping itu, terdapat beberapa adat bertamu telah dimodenkan mengikut


perkembangan semasa dan kemajuan era teknologi. Pada zaman dahulu, para tetamu
memanjangkan masa menziarahi dengan menginap selama sehari di rumah tuan rumah. Hal ini
demikian untuk memupuk hubungan mesra di antara kedua-dua pihak agar menjadi lebih erat
dan akrab. Masa yang panjang digunakan untuk bercerita antara satu sama lain tentang
kehidupan masing-masing. Namun, pada masa kini, waktu menziarahi telah pun dipendekkan.
Hal ini dikatakan demikian kerana, faktor kesibukan kerja dan kekangan masa telah
mempengaruhi perubahan adat bertamu. Oleh itu, hal ini telah menyebabkan tradisi ini semakin
dilupakan kerana masyarakat lebih gemar untuk menziarah dalam waktu yang singkat.

Seterusnya, segelintir masyarakat sekarang tidak mengamalkan adat bertamu dengan


baik. Hal ini dikatakan demikian kerana, sesetengah masyarakat tidak meminta izin kepada
tuan rumah sebelum berziarah. Justeru, hal ini membuatkan tuan rumah tidak bersedia ketika
menerima tetamu. Budaya ‘menerjah’ merupakan perkara yang tidak sopan kerana kita tidak
tahu bahawa mungkin tuan rumah mempunyai rancangan sendiri ataupun rumah dalam
keadaan yang tidak terurus. Alangkah baiknya sekiranya orang yang ingin berkunjung meminta
izin dan memberitahu terlebih dahulu kepada tuan rumah supaya tuan rumah dapat menerima
tetamu dalam keadaan bersedia dan menyambut kehadirian dengan hati yang terbuka.

Tambahan pula, hampir segelintir masyarakat tidak mengikuti adat bertamu dengan
sewajarnya. Tidaklah menjadi kesalahan untuk kunjung-mengunjung ke rumah ahli keluaraga,
jiran mahupun sahabat handai. Akan tetapi, perkara yang menimbulkan isu ini di mana terdapat
segelintir masyarakat tidak memilih waktu yang sesuai untuk berziarah. Masyarakat zaman
kini tidak menghiraukan tentang waktu untuk mengunjung. Ada di antara mereka yang
berkunjung pada waktu pagi, tengah hari mahupun pada waktu malam. Hal ini demikian akan
menganggu waktu tuan rumah untuk beristirehat. Ada juga di antara mereka yang
berkunjung ke rumah saudara mara pada waktu malam, dan menganggap perkara tersebut
bukanlah perkara salah tetapi menunjukkan hubungan kekeluargaan yang erat. Hal tersebut
akan mengundang pergaduhan antara suami dan isteri. Sebagai contohnya, adik beradik si isteri
datang ke rumah dan pulang lewat malam, si suami berasa bahawa waktu rehat dan beliau tidur
terganggu. Hal tersebut menyebabkan si suami meluahkan rasa ketidakpuasan hati dan
berlakunya isu pergaduhan. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa adat bertamu dalam
5

memilih masa yang sesuai untuk berziarah sudah kurang dipraktikkan oleh segelintir
masyarakat kini.

Akhir sekali, terdapat juga segelintir ibu bapa yang tidak menunjukkan teladan yang
baik ketika menziarahi rumah orang lain. Hal ini dikatakan demikian kerana, ada sesetengah
ibu bapa tidak mementingkan adab dan kebersihan ketika berada di rumah yang dikunjungi.
Ada di antara mereka yang tidak meminta izin untuk ke tandas untuk menukar lampin anak
kecil di bilik air tuan rumah. Malah, lebih teruk apabila mereka meninggalkan lampin kotor
tersebut di tandas tersebut tanpa membuangnya. Hal ini demikian sangatlah tidak baik dan
bertentangan dengan adat bertamu dalam tradisi. Perkara tersebut akan membawa kepada
persepsi yang buruk dan oleh tuan rumah kepada tetamu tersebut. Hubungan persaudaraan juga
akan menjadi semakin renggang disebabkan tetamu tidak menunjukkan sikap yang baik dan
sopan ketika berada di rumah pengunjung. Keadaan tersebut perlulah dielakkan supaya ianya
tidak menjadi sikap yang tertanam dalam diri generasi muda akan datang.

KOSA ILMU

Salah satu kajian yang telah dijalankan oleh Hamzah bin Omar dari Kolej Universiti Islam
Antarabangsa iaitu kajian yang berkaitan konsep adat bertamu. Bertamu adalah satu perkara
yang menjadi wadah bersosial untuk manusia. Konsep bertamu sering disalah erti dengan
kondisi yang menyusahkan tetamu dan tuan rumah. Oleh itu, kajian ini adalah untuk melihat
konsep bertamu mengikut sunnah. Konsep bertamu dalam rangka interaksi sosial dan
bersilaturrahim ialah setiap orang akan saling mengunjungi, bertamu dan menerima tetamu.
Rasulullah s.a.w menganjurkan kepada umatnya agar memuliakan tamu. Bahkan, Allah s.w.t
akan menjadikan orang yang memuliakan tamu sebagai orang yang beruntung.

Adab merupakan istilah dari bahasa Arab yang membawa maksud adat ataupun
kebiasaan. Adab bertamu dapat difahami sebagai tingkah laku seseorang yang baik berdasarkan
kesucian jiwa dan dimanifestasikan melalui aturan-aturan dalam bertamu yang sesuai dengan
syariat Islam. Saling menghormati akan mengeratkan hubungan antara tamu dan tuan rumah
seterusnya mengelakkan daripada berlaku perselisihan. (Bahri, 2009). Tujuan adat bertamu ini
adalah untuk mengeratkan dan mewujudkan hubungan silaturrahim disamping untuk
memenuhi undangan. Selain itu, tujuan adat bertamu juga adalah kerana bertamu adalah
ibadah.
6

Manusia yang hidup mestilah saling cinta mencintai saudaranya. Persaudaraan dapat
mewujudkan satu masyarakat yang harmoni, maka dengan perdamaian dan keamanan di muka
bumi ini akan terjamin. Allah s.w.t akan melipat gandakan rezeki umatnya yang pandai
menjaga hubungan silaturrahim. Silaturrahim itu di antaranya adalah bertamu dan menjamu
tetamu dengan baik. Dalam hal ini, terdapat etika dan pendirian tersendiri agar tuan rumah dan
tetamu sama-sama melakukan adab yang baik. Tamu harus dimuliakan tetapi tetamu juga harus
menghormati tuan rumah. Tuan rumah yang mengharapkan pahala dalam menyambut
saudaranya, dan dari makanan yang dihidangkan, serta sambutan baik kepada mereka.
Hendaklah tamu juga berniatkan pahala dari mendatangi undangan tersebut dan dari
kunjungannya kepada saudaranya. Dengan demikian, kedua belah pihak akan mendapat pahala
di atas hal itu.

Tuntas, adat bertamu merupakan budaya masyarakat yang sangat dekat dengan sistem
kekeluargaan. Berziarah dan bertamu merupakan ibadah yang mengandungi hal-hal yang
mulia. Akan tetapi, terdapat syarat-syaratnya iaitu, tidak terlalu kerap dan berlebihan. Selain
itu, dalam ziarah perlu mematuhi yang hak dan menjauhi yang riak.

Seterusnya adalah kajian oleh David Chairilsyah (2016): Mengajarkan Tata Cara
Bertamu kepada Anak Usia Dini (Untuk Guru dan Orang Tua). Kajian ini dilakukan bagi
mengajar tata cata bertamu kepada anak-anak. Bertamu adalah berkunjung ke rumah orang lain
dalam rangka mengeratkan silaturrahim. Dengan terjalinnya hubungan silaturrahim, bermakna
kita telah membina hidup yang rukun, melahirkan rasa kasih saying, tolong-menolong dan
saling membantu antara satu sama lain. Selain itu, bertamu tidak sahaja menghubungkan tali
persaudaraan malah memberikan pengalaman yang baru. Antara tatacara bertamu ialah
meminta izin masuk sebelum masuk ke dalam rumah orang yang dikunjungi. Selain itu, jangan
mengintip ke dalam rumah apabila tuan rumah belum muncul keluar. Kita juga mestilah
berpakaian kemas dan juga sopan supaya kita menghormati tuan rumah tersebut.

Di samping itu, tetamu mestilah memperkenalkan diri sebelum masuk sekiranya tetamu
dan tuan rumah belum mengenali antara satu sama lain. Yang kelima ialah masuk dan duduk
dengan sopan. Tamu hendaklah membatasi diri dan tidak memandang kemana-mana secara
bebas. Yang keenam ialah tamu mestilah menerima jamuan yang dihidangkan oleh tuan rumah
dengan senang hati dan makan dengan menggunakan tangan kanan. Seterusnya, tamu juga
memilih waktu yang tepat untuk bertamu dan segeralah pulang stelah urusan selesai.
7

Selain itu, adat ketika menerima tamu juga penting iaitu berpakaian yang bersesuaian,
menerima tamu dengan sikap yang baik seperti menunjukkan wajah yang riang, menjawab
salam, bersikap simpatik, memberi hidangan, jangan menyusahkan tamu dan juga boleh
menolak tamu atas alasan yang munasabah. Selain itu, menjamu tamu dengan hidangan yang
sesuai dengan kemampuan dan tidak berlebihan di samping menghantar tamu sehingga ke
pintu apabila tamu hendak pulang.

Artikel Ziarah-Menziarah: Adab dan Maqasidnya Menurut Islam juga menjelaskan


perihal adat bertamu ini. Menurut penulis, ziarah merupakan salah satu usaha berterusan dalam
menjaga hubungan silaturrahim di samping mengukuhkan tali persaudaraan dalam kalangan
ahli keluarga mahupun jiran dan sahabat handai. Amalan ziarah-menziarahi sangatlah sinonim
dengan budaya masyarakat umat Islam. Namun begitu, kebanyakan keadaan yang berlaku pada
masa kini, masyarakat kurang menjaga adab-adab ketika ziarah yang hakikatnya mengandungi
hikmah dan maqasid syariah.

Selain itu, ziarah juga merupakan satu amalan kebajikan yang mulia dilakukan supaya
dapat mengerat hubungan dalam kalangan masyarakat. Maqasid syariah pula berperanan untuk
mendatangkan kebaikan yang mengandungi elemen utama matlamat sesuatu pensyariatan.
Kedudukan maqasid syariah merupakan kaedah menyebarkan nilai-nilai hukam dalam
menyelesaikan isu-isu kehidupan masyarakat sejagat.

Terdapat beberapa isu berkaitan adab ziarah dalam Islam yang berlaku pada masa kini. Ini
adalah disebabkan oleh kebanyakan masyarakat tidak manjaga dan mengamalkan adab-adab
ziarah yang telah disyariatkan dalam agama Islam sehingga menyebabkan berlakunya
perpecahan dan perleraian ikatan silaturrahim. Antara adab-adab ziarah dalam Islam ialah
meminta izin sebelum berziarah. Orang yang ingin berkunjung ke rumah orang hendaklah
meminta izin dan memberitahu terlebih dahulu kepada tuan rumah agar tuan rumah menerima
tetamu dalam keadaan bersedia dan menyambut kehadiran dengan hati yang lapang. Hal ini
demikian kerana, kita tidak tahu mungkin tuan rumah mempunyai kerja atau rancangan yang
tersendiri ataupun keadaan rumah yang tidak terurus. Sebahagian masyarakat pada hari ini suka
menyebarkan hal yang buruk-buruk tentang orang.

Selian itu, apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mahupun jiran dan sahabat handai,
ibu bapa hendaklah memerhati sikap anak-anak dan jangan biarkan mereka bermain seperti di
rumah sendiri. Dalam meniti arus kemodenan ini, kebanyakan ibu bapa memandang remeh
terhadap perlakuan anak sehingga menyebabkan barang tuan rumah rosak dengan alasan
8

mereka masih budak-budak. Alasan ini sangatlah tidak relevan di samping ada ibu bapa yang
tidak mahu bertanggungjawab.

Di samping itu, kita juga mestilah memilih waktu yang sesuai untuk pergi berziarah.
Tetamu mestilah bijak memilih waktu yang bersesuaian untuk berkunjung ke rumah orang.
Elakkan bertandang ke rumah orang pada awal pagi, tengah hari mahupun lewat malam. Ini
adalah kerana, waktu tersebut merupakan waktu untuk tuan rumah beristirahat dan bersama
keluarga.

Diceritakan juga bahawa tetamu mesti memberi salam dan meminta izin sebelum masuk
ke dalam rumah. Islam telah mengajar umatnya bahawa had untuk memberi salam kepada tuan
rumah adalah sebanyak tiga kali. Jika tiada jawapan, maka tamu hendaklah beransur pulang.
Di sebalik impak negatif, terdapat juga kesan yang positif. Apabila tetamu memberi salam, ia
akan melahirkan rasa hormat terhadap tuan rumah dan perkara ini secara tidak langsung akan
mengeratkan kagi hubungan sesama mereka.

Ziarah merupakan sunnah yang amat digalakkan dalam syariat Islam. Ia mempunyai
hokum dan adab tertentu yang telah disyariatkan bagi memastikan ia berjalan secara efektif
demi menjaga kemaslahatan masyarakat. Begitu juga dalam aspek adab-adabnya merupakan
antara sunnah yang sangat dituntuti oleh Nabi Muhammad s.a.w. Amalan ini bukan sahaja
dapat menyuburkan ikatan kasih sayang malah akan mendapat rahmat dan keberkatan. Oleh
itu, masyarakat mestilah menjaga adab ketika berziarah kerana banyak kesan positif yang
diperolehi.

BATASAN KAJIAN

Dalam kajian ini, terdapat beberapa batasan yang menjadi panduan pengkaji semasa
menjalani kajian. Hal ini demikian kerana, pengkaji tidak mampu untuk mengkaji sesuatu yang
lebih besar secara khusus. Oleh itu, pengkaji telah meletakkan skop dan batasan yang agak
kecil dalam batasan kajian, Namun begitu keseluruhan aspek dalam teks kajian ini merupakan
intipati yang menyeluruh.

Antara yang dibataskan dalam kajian ini adalah bidang yang hendak dikaji iaitu adat
bertamu. Adat bertamu merupakan antara perkara yang terpenting dalam membina sebuah
tamadun. Hampir semua tamadun mempunyai pelbagai adat, antaranya ialah adat bertamu, adat
ketika melawat orang mati dan adat berkahwin. Sesebuah tamadun tidak mungkin wujud jika
9

masyarakatnya tidak mengamalkan adat yang baik. Antara perkara yang dibataskan dalam
mengkaji adat bertamu ini adalah pengkaji hendak mengkaji sejauhmanakah responden
mengetahui tentang adat bertamu? Mendapat pendedahan dari siapa? Berapakah tahap
pengamalan adat bertamu? Siapakah yang memperkenalkan tentang adat bertamu? Sejak
bilakah mendapat pendedahan tentang adat bertamu? serta bagaimana adat bertamu yang
diamalkan oleh keluarga?

Seterusnya, pengkaji juga turut bertanya tentang pendapat responden kepada soalan
adakah semua etnik mengamalkan adat bertamu yang sama? Adakah mempunyai pengalaman
melihat adat bertamu kaum lain? Adakah adat bertamu itu dapat menyatupadukan semua
kaum? Akhir sekali, adakah responden bersetuju bahawa generasi muda kini mengamalkan
adat bertamu dengan baik? Melalui soalan-soalan ini, jelas bahawa pengkaji hanya ingin
mengetahui secara mendalam tentang adat bertamu pada setiap etnik.

Pemilihan sampel dari segi demografi pula, pengkaji telah membataskan responden
hanya dikalangan penduduk negeri Selangor sahaja. Hal ini demikian kerana, negeri Selangor
sudah mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Melayu, Cina dan India. Pengkaji tidak
memerincikan kepada daerah tertentu kerana terdapat sesetengah daerah yang tidak
mempunyai penduduk berbilang kaum. Tambahan lagi, pengkaji juga tidak dapat meluaskan
kajian ke tempat lain akibat keterbatasan ruang dan waktu untuk menjalankan kajian. Kajian
ini terbatas di negeri Selangor sahaja dan tidak boleh digunakan untuk menerangkan fenomena
kajian ditempat lain.

Seterusnya, pengkaji telah membataskan sampel dari segi umur iaitu responden yang
berumur 18 hingga 40 tahun. Secara rasionalnya, mereka yang berumur sedemikian akan dapat
memberikan data yang sahih tanpa keraguan lagi. Tambahan lagi, mereka juga mempunyai
pengetahuan yang cukup disebabkan faktor kematangan dan pendidikan dari kecil lagi.

Batasan kajian juga melibatkan kaedah atau instrumen yang digunakan oleh pengkaji.
Pengkaji telah menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif iaitu set soal selidik. Melalui
kaedah ini, responden diminta untuk menulis jawapan, memilih jawapan mengikut skala dan
juga memberi pendapat. Pengkaji menyedari hakikat bahawa kajian ini sepatutnya dijalankan
dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu temu bual. Namun terdapat beberapa kekangan
seperti aktiviti fizikal tidak dapat dijalankan ketika musim Covid-19 ini. Oleh itu, pengkaji
telah memasukkan semua soalan yang berbentuk temu bual ke dalam borang soal selidik
tersebut.
10

KAEDAH KAJIAN

Metodologi kajian merupakan satu proses yang sistematik yang dirancang rapi berdasarkan
pemilihan kajian bersesuaian dengan tajuk kajian. Pemilihan kaedah penyelidikan yang betul
amatlah penting bagi mendapatkan hasil kajian yang tepat. Metodologi kajian adalah meliputi
cara, kaedah, dan pendekatan yang digunakan dalam sesuatu kajian untuk memenuhi objektif
kajian. Menurut Ahmad Mahdzan Ayob (1985) kaedah kajian ialah soal bagaimana tiap-tiap
suatu objektif atau penyelidikan itu hendak dicapai. Menurut Siti Noraishah Ismail (2008),
metodologi kajian merupakan salah satu kaedah yang memerlukan sesuatu analisis yang baik
dan kritis bagi menghasilkan sebuah kajian yang baik dan memberi faedah kepada pengkaji
dan juga masyarakat.

Rekabentuk Kajian

Reka bentuk kajian adalah struktur konsep yang menjadi asas kepada penyelidikan. Fungsi
utamanya adalah untuk menerangkan bagaimana mendapatkan jawapan kepada persoalan
ataupun permasalahan kajian. Reka bantuk penyelidikan menjadi kerangka asa bagi
pemungutan, pengukuran, analisis data dan penulisan laporan. Hakikatnya, segala perjalanan
berkaitan penyelidikan harus ada dalam reka bentuk penyelidikan supaya hasil penulisan
mencapai objektif yang diinginkan. Kajian ini adalah berbentuk kajian gabungan iaitu
gabungan kuantitatif dan kualitatif.

Rekabentuk Kajian - Kajian Kuantitatif

Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dengan cara penyampaian berdasarkan graf.
Penyelidikan kuantitatif ini ialah penyelidikan yang bersandarkan kepada penggunaan atau
penjanaan maklumat secara statistik tentang sesuatu fenomena atau perkara daripada kaedah
tinjauan melalui kendalian soal selidik. Pengkaji akan mengaplikasikan data yang diperoleh
hasil daripada kaedah soal selidik tersebut kedalam bentuk graf dan carta pai. Melalui graf dan
carta pai tersebut, pengkaji akan menghuraikan satu persatu dapatan yang telah dipindahkan.
Huraian dibuat secara ringkas dan mudah untuk difahami. Hal ini kerana, golongan bijak
pandai menganggap fakta sosial mempunyai kebenaran objektif dan terpisah daripada
kepercayaan individu. Seperti kajian sebelum ini yang turut memerihalkan tentang konsep
bertamu dalam pelbagai tradisi, diterangkan dengan jelas setiap tradisi mempunyai konsep
tersendiri berkaitan dengan bertamu. Selain itu, setiap etnik mempunyai adat bertamu yang
11

berlainan. Bentuk kajian kuantitatif ini dilaksanakan adalah untuk mengukur tahap
pengetahuan responden terhadap konsep dan adat bertamu dalam pelbagai tradisi utama di
Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India.

Rekabentuk Kajian - Kajian Kualitatif

Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dan bersifat deskriptif dan cenderung kepada analisis.
Kajian kualitatif pula merupakan satu kajian penyelidikan di mana pengkaji bergantung kepada
pandangan responden, menanyakan soalan yang luas dan umum, megumpul data dalam
perkataan atau teks daripada responden, menjelaskan dan menganalisis perkataan-perkataan
tersebut dalam bentuk tema-tema. Pengkaji akan menghuraikan konsep bertamu mengikut
tradisi, perbezaan adat bertamu mengikut tradisi dan menghuraikan cara penyelesaian yang
dicadangkan untuk memberi kesedaran kepada golongan muda pada masa kini tentang adat
bertamu.

Jenis Kajian

Jenis kajian terbahagi kepada dua sama ada kajian jenis lapangan atau kajian kepustakaan.
Kajian jenis lapangan ialah pengkaji perlu turun ke kawasan kajian untuk menjalankan kajian.
Manakala, kajian kepustakaan pula pengkaji tidak perlu turun kelapangan dengan
menggunakan data yang sedia ataataupun data yang diperoleh daripda soal selidik. Kajian ini
menggunakan jenis kajian kepustakaan.

Jenis Kajian Kepustakaan

Kajian kepustakaan adalah usaha yang dilakukan oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat
yang berkaitan dengan kajian. Sebagai contoh pengkaji menggunakan kajian kepustakaan ini
untuk mengenalpasti sesuatu konsep. Selain itu, melalui kajian kepustakaan ini juga pengkaji
menemukan kosa ilmu kajian lepas yang berkaitan dengan tajuk pengkaji. Segala maklumat
tersebut diperolehi daripada laporan penelitian, fakta-fakta, buku tahunan, sumber elektronik,
buku-buku ilmiah, dan hasil penyelidikan orang lain. Melalui pengumpulan bahan tersebut,
pengkaji berupaya dalam mengenalpasti kelompongan-kelompongan yang terdapat pada
kajian-kajian pengkaji lepas untuk dijadikan panduan oleh pengkaji dalam menambahbaik
serta membantu pengkaji untuk tidak mengulangi dan menghasilkan kelompongan yang sama.
Oleh itu jelas sekali menunjukkan bahawa kaedah ini sangat penting untuk sesebuah kajian.
12

Kaedah Memungut Data

Kaedah pemugutan data adalah apa-apa sahaja yang digunakan untuk memungut data dikenali
sebagai istrumen atau peralatan kajian. Ia melibatkan penggunaan metod-metod seperti metod
semak, cakap dan introspeksi. Teknik-teknik yang diaplikasikan menerusi metod-metod
berkenaan antara lainnya ialah pemerhatian, temu bual, soal selidik, yang juga melibatkan
peralatan tertentu seperti pita rakaman, camcorder, kamera, perisian komputer dan sebagainya.
Kaedah pemungutan data yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik yang merupakan
data primer.

Kaedah Soal selidik.

Kajian jenis soal selidik adalah satu jenis kajian yang popular digunakan dalam kalangan
pengkaji kerana soal selidik boleh merangkumi sesuatu bidang secara meluas dan boleh
dirangka dengan mudah. Selain itu, melalui soal selidik maklumat berhubung dengan
responden boleh dirahsiakan. Ini membolehkan responden menjawab soalan berkenaan dalam
keadaan yang selesa dan jujur. Soal selidik terbahagi kepada 3 bahagian. Bahagian pertama
adalah tentang latar belakang responden iaitu nama, umur, daerah asal dalam Selangor,
komitmen, dan bangsa. Bahagian kedua soal selidik pula, soalan menjurus kepada konsep
bertamu pelbagai etnik. Bahagian terakhir soal selidik adalah berkaitan perbezaan adat bertamu
pelbagai etnik di Selangor. Proses soal selidik dijalankan dengan penerangan ringkas daripada
pengkaji tentang tujuan soal selidik dilakukan. Soalan yang disediakan bukanlah ujian dan
terdapat jawapan benar atau salah. Responden bebas memilih jawapan mengikut masa yang
yang bersesuaian dengan responden. Borang soal selidik ini dibuat menggunakan Google Form
dan disebarkan secara dalam talian kepada responden. Seramai 52 orang responden daripada
masyarakat yang duduk di negeri Selangor telah menjawab soal selidik ini.

PERBINCANGAN KAJIAN

Mengenalpasti Konsep Bertamu

Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum.
Setiap kaum di Malaysia mempunyai adat-adat tradisi mereka tersendiri dan adat tradisi inilah
yang akan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Adat ini juga memainkan
peranan yang penting dalam kehidupan sesuatu komuniti masyarakat. Adat bertamu juga
merupakan sesuatu yang sangat penting dalam sesuatu masyarakat. Hal ini dikatakan demikian
13

kerana, setiap agama atau bangsa yang terdapat di Malaysia mempunyai adat bertamu yang
berlainan.

Menurut Hamzah omar 2018, dalam rangka berinteraksi sosial dan bersilaturahim
setiap orang akan saling mengunjungi, bertamu, dan menerima tetamu. Rasulullah s.a.w
menganjurkan kepada umatnya agar memuliakan tetamu bahkan, Allah s.w.t akan menjadikan
orang yang memuliakan tetamu sebagai orang yang beruntung. Bertamu juga bermaksud
berkunjung atau melawat ke satu tempat, menghadiri jamuan dan lain-lain. Oleh yang demikian
carta pie yang ditunjukkan di bawah bertujuan menerangkan pengetahuan dan bagaimana
responden mengetahui adat bertamu.

Pengetahuan Mengenai Adat Bertamu


5.70%

23.10%

71.20%

YA TIDAK MUNGKIN

Rajah 1: Pengetahuan Mengenai Adat bertamu


14

Pendedahan Mengenai Adat Bertamu

28.80%

71.20%

YA TIDAK

Rajah 2 : Pendedahan Mengenai Adat Bertamu

Berdasarkan rajah 1 dan 2 yang telah dibina pengkaji dapat mengenal pasti maklumat
yang diperolehi melalui responden iaitu terdapat sebanyak 71.2 peratus informan yang
mengetahui mengenai apa itu adat bertamu dan sebanyak 23.1 peratus responden yang tidak
mengetahui mengenai adat bertamu yang di amalkan oleh etnik mereka sendiri dan juga etnik-
etnik lain yang terdapat di Malaysia. Namun demikian, terdapat juga di antara responden yang
tidak pasti sama ada mereka mengetahui atau tidak apa yang dimaksudkan sebagai adat
bertamu. Oleh yang demikian, mereka memilih untuk menjawab mungkin. Dari segi mereka
mendapat pendedahan mengenai adat bertamu terdapat sebanyak 71.2 peratus informan yang
sering didedahkan dengan adat bertamu ini namun masih terdapat sebanyak 28.8 peratus yang
tidak menerima sebarang pendedahan ataupun kurang menerima pendedahan mengenal adat
bertamu yang diamalkan oleh etnik mereka. Oleh yang demikian, pengkaji akan menghuraikan
konsep-konsep bertamu yag diamalkan oleh tiga etnik terbesar di Malaysia iaiti Melayu, Cina
dan India.

Konsep Bertamu Etnik Melayu

Masyarakat Melayu merupakan satu etnik yang terbesar di Malaysia dan masyarakat melayu
juga kaya dengan adat dan sopan santun. Oleh yang demikian, konsep adat bertamu yang di
amalkan oleh masyarakat melayu ialah mereka akan memberitahu dan meminta izin kepada
tuan rumah terlebih dahulu sebelum datang bertamu ke rumah tersebut. Hal ini bagi
mengelakkan seseorang mengunjungi rumah orang lain dalam keadaan mereka tidak bersedia
agar tidak menggangu aktiviti mereka pada hari tersebut. Tuan rumah juga akan lebih bersedia
15

untuk menerima tetamu di samping, menyediakan hidangan yang bersesuaian kepada tetamu.
Sekiranya, sudah berjanji untuk berkunjung ke rumah seseorang, mereka perlulah menepati
masa agar tuan rumah tidak tertunggu-tunggu kehadiran tetamunya.

Seterusnya, etnik melayu juga sangat mementingkan pemakaian yang sopan dan
menutup aurat. Oleh yang demikian, sebelum seseorang berkunjung ke rumah orang lain
mereka perlulah memakai pakaian yang sopan dan tidak menjolok mata. Perkara ini bagi
memastikan bahawa tuan rumah berasa selesa untuk melayan dan menerima tertamu tersebut.
Di samping itu, apabila sampai ke rumah yang hendak dikunjungi, tetamu perlulah memberi
salam sebanyak tiga kali kepada tuan rumah. Sekiranya ucapan salam sudah mencapai tiga kali
tetapi masih belum di sahut oleh tuan rumah maka tetamu dikehendaki untuk pulang.
Rasulullah saw, mengajarkan kepada kita bahawa batasan untuk meminta izin untuk bertamu
adalah sebanyak tiga kali sahaja. Setelah selesai memberi salam tetamu mestilah menunggu
tuan rumah untuk memperlawa tetamu masuk. Tetamu tidak boleh masuk ke rumah seseorang
sesuka hati tanpa diperlawa dan menangalkan kasut sebelum masuk ke rumah tersebut.

Selain itu, adat bertamu yang di amalkan oleh etnik melayu ialah tidak akan menyentuh
barang pemilik rumah seperti gambar, perhiasan dan sebagainya. Ibu bapa yang membawa
anak-anak bersama juga perlulah memastikan bahawa anak-anak mereka tidak berbuat bising
sehinggakan menggangu ketenteraman penghuni rumah tersebut. Ketika mengunjungi
kerumah orang lain seseorang itu juga perlu menjaga pandangan mereka. Mata mereka tidak
boleh memandang seluruh kawasan pemilik rumah tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana
perlakuan ini boleh menimbulkan perasaan tidak senang oleh pemilik rumah dan ini merupakan
perlakuan yang tidak sopan. Apabila tuan rumah menghidangkan makanan adalah tidak manis
sekiranya tetamu menolak makanan tersebut, sekiranya sudah kenyang maka tetamu perlulah
menjamah sedikit makanan bagi menjaga hati pemilik rumah.

Etnik melayu juga telah diajar supaya tidak berlama-lamaan semasa mengunjungi ke
rumah seseorang. Apabila seseorang terbiasa mengunjungi rumah seseorang dalam tempoh
masa yang panjang akan membuatkan orang yang dikunjungi merasa bosan, dan tidak
menyukai kunjungan tersebut. Akhir sekali, sebelum pulang tetamu perlulah berterima kasih
kepada pemilik rumah tersebut kerana telah menerima kunjungan dan menyediakan makanan
untuk dinikmati. Hal ini bagi memastikan tuan rumah berasa dihargai. Oleh itu, adat-adat
bertamu ini perlulah ada pada diri setiap masyarakat melayu dan perlu dipupuk semenjak
16

seseorang itu masih kecil agar mereka tidak melupakan adat-adat bertamu yang mereka perlu
amalkan.

Konsep Bertamu Etnik Cina

Masyarakat cina di Malaysia merupakan kaum kedua yang terbesar di negara kita. Masayarakat
cina juga mempunyai adat bertamu yang telah diamalkan oleh mereka semenjak zaman dahulu
lagi. Adat bertamu ini juga telah diturunkan dari satu generasi kepada satu generasi yang lain.
Oleh itu, konsep bertamu yang diamalkan oleh masyarakat cina ialah semasa mengunjungi
rumah seseorang mereka akan memilih untuk duduk disebelah kiri tuan rumah berbanding di
duduk di tempat lain. Hal ini dikatakan demikian kerana, menurut adat mereka duduk di
sebelah kiri sebagai penghormatan kepada tuan rumah. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa
ini merupakan salah satu adat bertamu yang telah diamalkan oleh masyarakat cina.

Seterusnya, pemilik rumah selalunya akan menghidangkan makanan ringan kepada


tetamu secepat mungkin yang mereka boleh. Perkara ini bagi memastikan bahawa tetamu tidak
menunggu terlalu lama untuk menikmati hidangan di rumah mereka. Selain itu, tetamu tidak
boleh segera minum atau menikmati makanan yang disediakan tersebut sekiranya tidak
dipelawa oleh pemilik rumah. Pemilik rumah juga perlu memperlawa tetamu beberapa kali
barulah tetamu dapat menikmati makanan tersebut.

Di samping itu, adat bertamu yang turut diamalkan oleh masyarakat Cina ialah mereka
tidak membenarkan sekiranya pelawat ingin mengunjungi rumah seseorang pada waktu makan
malam. Hal ini dikatakan demikian kerana, pada waktu malam merupakan waktu mereka
bersama kerluarga dan waktu ini mereka tidak gemar menerima sebarang kunjungan ke rumah
mereka. Namun demikian, sekiranya mempunyai hal-hal penting yang tidak dapat dielakkan
maka kunjungan pada waktu makan malam ini dibenarkan. Oleh itu jelaslah bahawa,
masyarakat Cina juga mempunyai adat bertamu mereka sendiri maka kita perlu
menghormatinya agar keselesaan antara pengunjung dan pemilik rumah dapat dikekalkan.

Konsep Bertamu Etnik India

Masyarakat India kebiasaanya akan mengikuti adat resam yang berteraskan agama Hindu
meskipun terdapat ramai orang India pada hari ini beragama lain. Seperti kaum-kaum lain yang
terdapat di Malaysia, masyarakat India juga mempunyai adat bertamu mereka tersendiri.
Mereka juga mempunyai budaya ziarah- menziarahi ke rumah rakan dan sanak saudara serta
mereka juga menerima kunjungan daripada jiran tetangga mereka. Oleh itu, pengkaji akan
17

menjelaskan antara adat bertamu yang diamalkan oleh masyarakat India yang terdapat di
Malaysia.

Adat bertamu yang diamalkan oleh masyarakat India ialah membawa buah tangan
kepada pemilik rumah. Tujuan mereka membawa buah tangan tersebut ialah sebagai tanda
terima kasih mereka kepada pemilik rumah tersebut kerana sudi menerima kunjungan mereka.
Mereka juga tidak mengkhaskan jenis buah tangan yang perlu dibawa oleh yang demikian,
mereka bebas membawa apa sahaja asalkan tidak menimbul perasaan tidak selesa kepada
pemilik rumah. Selain itu, adat yang diamalkan oleh mereka juga ialah akan melangkah masuk
ke rumah dengan kaki kanan terlebih dahulu.

Seterusnya, masyarakat India ini juga mengamalkan adat bertegur sapa sesama sendiri.
Mereka akan menyapa dengan sebutan “Vanakam”. Setelah selesai mereka menegur sesama
sendiri mereka akan mula bertanyakan mengenai kesihatan, pekerjaan, perniagaan, atau
sebagainya. Mereka juga akan bertanyakan mengenai rakan-rakan dan sanak saudara mereka.
Masyarakat India juga saling mengambil berat sesama sendiri dan tujuan mereka berbuat
demikian adalah bagi memastikan hubungan silaturahim mereka sentiasa baik dan dapat
dikekalkan untuk selama-lamanya.

Akhir sekali, sepertimana adat bertamu yang diamalkan oleh etnik melayu dan cina,
etnik India juga mengamalkan adat dimana tetamu akan dihidangkan dengan makanan. Tetamu
ini akan dijamu dengan minuman atau makanan dan tetamu mestilah sudi menikmati makanan
tersebut dengan baik sebagai tanda mereka hormat mereka kepada tuan rumah kerana telah
menerima kunjungan mereka dengan baik. Adat yang turut diamalkan oleh masyarkat India
juga sekiranya mereka menerima sesuatu daripada tuan rumah mereka akan menggunakan
tangan kanan untuk mengambil barangan yang diberikan kepada mereka. Hal ini dikatakan
demikian kerana, menggunakan tangan kanan membawa maksud kebaikan dan kesyukuran.

Demikian, setiap etnik yang terdapat di Malaysia ini mempunyai adat bertamu mereka
yang tersendiri. Terdapat persamaan antara adat bertamu yang diamalkan oleh etnik-etnik
terbesar di Malaysia ini. Namun demikian, turut terdapat perbezaan yang ketara antara setiap
etnik ini. Oleh yang demikian, adat-adat ini perlulah dikekalkan dan diteruskan lagi pada masa
akan datang agar adat-adat bertamu ini tidak pupus ditelan zaman.
18

Perbezaan Pengamalan Adat Dan Sebab-Sebab Berlakunya Perubahan Pengamalan


Adat

Perbezaan Pengamalan Adat

Objektif kedua bagi kajian ini ialah untuk mengkaji perbezaan adat bertamu di antara kaum
Melayu, Cina dan India di sekitar Selangor. Ketiga- tiga kaum ini sangat berkait rapat dalam
kehidupan masyarakat Malaysia kerana sentiasa memerlukan diantara satu sama lain bagi
melangsungkan sesebuah organisasi. Namun begitu, setiap kaum memiliki keistimewaan
tersendiri kerana mengamalkan adat dan amalan dari ajaran nenek moyang mereka sejak zaman
berzaman yang menjadi warisan turun temurun. Oleh itu, marilah kita meneroka dengan lebih
mendalam mengenai apakah perbezaan yang terdapat diantara entik Melayu, Cina dan India.

Antara adat bertamu bagi etnik Melayu adalah seperti menitikberatkan adat dan sopan
santun ketika bertamudengan bersalaman antara satu sama lain tanda saling menghormati.
Etnik Melayu mengamalkan adat bertamu dalam kalangan keluarga, jiran tetangga dan juga
sahabat handai. Ketika bertamu ke rumah saudara yang dikunjung, mereka akan memberi
salam dan akan memakai pakaian yang kemas dan bersesuaian ketika bertamu.

Bagi etnik Cina pula, mereka juga mengamalkan adat bertamu. Sebagai tuan rumah,
mereka akan melayani tetamu dengan menghidangkan makanan ringan Ketika berkunjung ke
rumah orang, mereka akan duduk disebelah kiri tuan rumah dan digalakkan memakai pakaian
yang berwarna terang seperti merah, kuning dan emas ketika bertamu. Pantang larang etnik
cina ialah dilarang untuk berkunjung pada waktu makan malam. Etnik India pula, mereka
mengamalkan adat saling bertegur sapa dan bertanya kabar tentang satu sama lain. Para tetamu
akan melangkah masuk ke dalam rumah tetamu dengan kaki kanan dan mereka tidak
digalakkan untuk berkunjung pada waktu malam

Berdasarkan kenyataan diatas mengenai adat- adat bertamu yang telah diamalkan oleh
ketiga-etnik, kita mendapati terdapat beberapa perbezaan diantaranya ialah adat menerima
buah tangan. Bagi etnik Melayu, mereka akan menerima buah tangan yang dibawa oleh tetamu
dengan kedua-dua belah tangan atau dengan sambil mengucapkan terima kasih sebagai tanda
penghargaan. Manakala etnik Cina pula, mereka akan menyambut hadiah atau buah tangan
yang diberikan oleh tetamu dengan kedua-dua belah tangannya. Kejadian seperti ini, kita akan
dapat melihat ketika mereka menyambut Tahun Baru Cina dengan memberi ang pou dan
disambut oleh mereka dengan kedua-dua belah tangan sambil mengucapkan terima kasih. Ia
juga sebagai tanda penghargaan dan penghormatan kepada si pemberi atas hadiah tersebut.
19

Bagi etnik India pula, mereka akan menerima meraih buah tangan menggunakan tanggan kanan
sebagai tanda kesyurkan dan kebaikan dan kebaikan diperolehi.

Selain itu, adat yang digunakan sebelum memasuki rumah tetamu. Etnik Melayu akan
memberikan salam terlebih dahulu kepada tuan rumah sebelum memasuki rumah diikuti
dengan bersalam antara satu sama lain. Mereka juga digalakkan untuk melangkah masuk ke
dalam rumah dengan langkah kaki kanan. Berbanding dengan etnik Cina yang juga memiliki
cara yang tersendiri ketika bertamu iaitu mereka akan mengucapkan kata Gong Xi Fa Chai
terutamanya pada sambutan Tahun Baru Cina yang membawa makna ‘selamat sejahtera’ atau
tahniah dan kekayaan’ kepada tuan rumah ketika berkunjung. Mereka juga akan memilih
tempat duduk yang berada di sebelah kiri tuan rumah sebagai tanda penghormatan yang
diberikan. Etnik India juga tidak ketinggalan memiliki adat yang tersendiri iaitu meraka akan
mengucapkan “Vanakam” sambil merapatkan kedua-dua tapak tangan dan mengangkatnya
sehingga ke paras dada ketika berjumpa sesama meraka sebagai tanda menghormati tuan
rumah.

Tuntasnya, perbezaan adat yang diamalkan oleh ketiga-tiga etnik ini dapat dilihat
dengan jelas pada adat yang digunakan untuk menerima buah tangan dan juga adat sebelum
memasuki rumah. Apabila kita memerhatikan secara teliti segala perbincangan mengenai
kajian ini, kita mendapati hanya terdapat sedikit perbezaan yang ketara kerana ia memiliki
banyak persamaan diantara satu lain. Ini kerana setiap etnik saling berhubungan diantara satu
sama lain kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum. Ini menyebabkan
berlakunya proses asismilasi adat diantara etnik yang perbagai. Maka, tidak hairanlah jika kita
mendapati banyak persamaan adat yang diamalkan oleh setiap etnik. Walau bagaimanapun, ia
membawa kesan yang postif kerana pengamalan adat mengajar manusia supaya menjadi lebih
tertib dan berprinsip.

Sebab Perubahan

Masyarakat kini mengalami perubahan dalam mengamalkan adat bertamu dalam kehidupan
harian mereka. Corak kehidupan yang semakin moden membuatkan perubahan adat istiadat
dalam masyarakat berlaku iaitu tradisi dahulu semakin dilupakan. Generasi sekarang tidak lagi
mengambil kira prinsip adat terdahulu nenek moyang mereka. Gaya kehidupan moden
merupakan corak kehidupan pada masa kini yang wajar diteruskan. Mereka menganggap adat
terdahulu bersifat kuno untuk dilaksanakan dan tidak bersesuaian dengan gaya hidup pada
masa kini. Oleh itu, tidak hairanlah jumlah generasi muda yang kian melupakan adat-adat
20

tradisi ini semakin meningkat hari demi hari. Kepercayaan generasi kini terhadap adat bertamu
tradisional semakin hilang. Terdapat segelintir adat terdahulu yang dianggap karut dan tidak
masuk akal. Hal ini menguatkan lagi pandangan generasi kini yang menolak untuk meneruskan
amalan adat bertamu tradisional. Berlaku perubahan-perubahan amalan masyarakat masa kini
khususnya terhadap adat bertamu dalam kehidupan bermasyarakat. Mereka memandang
enteng hal ini dan tidak berminat untuk mengekalkan tradisi orang terdahulu mengenai sesuatu
adat ketika berkunjung ke rumah orang. Namun, hanya segelintir adat yang kian dilupakan.

Antara faktor berlakunya perubahan adat bertamu tradisional ke arah moden adalah
kerana masyarakat memilih untuk mengamalkan adat yang ringkas dan mudah dalam
menjalankan sesuatu keperluan. Sebagai contoh, jiran tetangga tidak lagi perlu bersusah payah
untuk bergotong royong memasak di rumah tuan rumah. Khidmat katering dari syarikat yang
telah ditempah akan memastikan keperluan makanan dan hal yang yang berkaitan adalah
mencukupi. Tuan rumah hanya perlu mengupah tukang masak untuk menguruskannya.
Kunjungan jiran tetangga dan saudara-mara yang selalunya turut membantu bersama-sama
menjayakan sesuatu majlis kian berkurang. Hal ini adalah kerana berlakunya kekangan masa
untuk menguruskan keperluan tersebut. Dalam hal ini, tidak semua mampu melibatkan diri
dalam aktiviti bermasyarakat, urusan kerja kadang-kala terlalu banyak di samping urusan
dalam menguruskan keluarga. Kekangan tenaga kerja juga menyebabkan pihak tuan rumah
memilih untuk tidak mengikuti adat-adat tradisional yang terdahulu. Oleh itu, ramai memilih
untuk menggunakan khidmat pasang siap di samping dapat menjimatkan masa. Masa dapat
dijimatkan dek kerana pihak katering misalnya telah terbiasa dalam melaksanakan tugasan
harian mereka. Mereka sama sekali tidak berasa kekok dan akan memastikan kualiti
perkhidmatan yang dijalankan dapat dihasilkan dengan baik. Jelaslah bahawa terdapat
segelintir adat bertamu yang tidak dapat diteruskan kerana hal-hal yang berkaitan. Masyarakat
seharusnya faham dengan kehilangan beberapa adat tradisi yang terdahulu.

Adat bertamu kini menjadi moden kerana kurangnya pendedahan ibu bapa tentang adat-
adat terdahulu yang tradisional terhadap anak-anak mereka. Dalam hal ini, hubungan ibu bapa
dan anak juga memainkan peranan penting bagi mengelakkan anak-anak terjebak dengan
aktiviti yang tidak sepatutnya. Ibu bapa perlu bijak dalam mengawal emosi anak-anak agar
mereka mudah menerima nasihat dan teguran yang diberikan. Anak-anak perlu dididik dengan
baik supaya berdisiplin khususnya ketika berkunjung ke rumah orang. Ibu bapa perlu
mempunyai sifat membimbing dan bukannya sifat memerintah atau mengarah semata-mata.
Hal ini perlu dititik beratkan dalam diri ibu bapa kerana boleh menyebabkan anak-anak mula
21

memberontak. Kebiasaannya, ibu bapa sebenarnya cukup didedahkan dengan adat-adat


bertamu terdahulu, namun mereka kurang mendedahkan hal ini kepada anak-anak. Anggapan
bahawa sebahagian adat-adat ini adalah leceh untuk dilaksanakan. Sebagai contoh, zaman
dahulu banyak pantang larang dan perkara karut yang dipercayai. Kini, kepercayaan-
kepercayaan itu kian diupakan. Oleh itu, kebanyakan ibu bapa menganggap didikan terhadap
anak-anak terutamanya mengenai adab ketika berkunjung ke rumah orang tidak perlu
didedahkan. Anak-anak telah dihantar ke sekolah untuk menerima pengajian yang sepatutnya
oleh guru-guru mereka. Mereka juga diajarkan subjek adab dalam pembelajaran di sekolah.
Hal ini seolah-olah membuatkan peranan para guru sebagai ibu bapa kedua dalam mendidik
anak-anak. Oleh itu, anak-anak didapati kurang mendalami adat-adat yang sepatutnya.

Kemajuan gadjet pada masa kini semakin dikuasai terutamanya dalam kalangan
generasi muda. Perkembangan teknologi ini menjadikan dunia berkembang pesat tanpa
sempadan dan batas. Ibu bapa telah membekalkan gadjet-gadjet yang canggih sewaktu anak-
anak berada di peringkat sekolah rendah lagi. Hal ini berbeza dengan zaman dahulu kerana
gadjet tidak lagi wujud pada zaman itu. Nilai-nilai tradisional semakin terhakis kerana
keprihatinan dan kasih sayang digantikan dengan perkembangan teknologi. Sebagai bukti,
orang yang berkunjung ke rumah tuan rumah gemar memegang gadjet masing-masing dan
berada di dunia mereka sendiri. Perkembangan teknologi yang tidak dikawal dengan baik akan
mengurangkan detik beramah-mesra bersama tuan rumah mahupun sesama masyarakat. Dunia
yang semakin menuju ke arah kemodenan mungkin boleh menjadi titik penghapusan nilai
dalam diri masyarakat. Namun, kewujudan media sosial dengan gadjet-gadjet yang canggih
sebegini juga mampu menyumbang silaturahim dengan ahli keluarga yang tinggal berjauhan.
Hal ini menjadi bertentangan jika terdapat segelintir masyarakat yang terlalu leka melayan
keunikan gadjet sehinggakan kurang memberi perhatian kepada tuan rumah ketika kunjung-
mengunjung. Jelaslah bahawa kawalan penggunaan gadjet yang baik adalah penting.

Masyarakat kini kurang menitik beratkan adat-adat bertamu yang melibatkan fizikal
luaran mereka. Hal ini bermaksud mereka terpengaruh dengan budaya pemakaian Barat yang
kelihatan agak terdedah dan tidak sesuai dipakai ketika kunjung-mengunjung. Adab-adab
berpakaian ketika mengunjungi rumah orang perlulah memenuhi kriteria-kriteria yang baik.
Bahagian yang tidak sepatutnya seeloknya ditutup dengan sebaiknya. Kenyataan ini meliputi
semua lapisan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. Sebagai contoh,
kunjungan ketika sambutan Hari Raya Aidilfitiri amat meriah terutamanya bagi masyarakat
Muslim. Dalam hal ini, pemilihan pakaian yang sopan amat penting dalam usaha menghormati
22

orang lain, di samping membuatkan diri berasa lebih selesa dan dilindungi. Hal ini juga seiring
dengan budaya masyarakat Melayu ketika waktu itu untuk berpakaian sopan dan berbaju
kurung. Tradisi berbaju kurung ini tidak wajar untuk dilupakan kerana hal ini merupakan adat
melayu ketika kunjung-mengunjung sewaktu perayaan. Walau bagaimanapun, kebudayaan
barat sudah mendominasi segala aspek kehidupan. Golongan remaja dan belia khususnya telah
mengalami perubahan-perubahan peradaban ini. Golongan ini mengikuti peredaran semasa
fesyen-fesyen Barat di media sosial mahupun melihatnya di kaca-kaca televisyen. Hal ini
menunjukkan fesyen Barat sedikit sebanyak telah mempengaruhi masyarakat pada masa kini.

Di samping itu, masyarakat didapati terlampau sibuk mencari duit untuk menampung
kehidupan seharian. Masa banyak dihabiskan di tempat kerja dan masa kunjungan ke rumah
saudara-mara menjadi terhad. Sebagai contoh, terdapat tuan rumah yang tidak memberikan
layanan yang baik terhadap para tetamu kerana terlalu letih di tempat kerja. Hal ini
menyebabkan tetamu yang datang berkunjung berkecil hati atas tindakan tuan rumah tersebut.
Situasi ini sangat berbeza pada zaman dahulu kerana tuntutan pekerjaan tidaklah sibuk seperti
masa kini. Pada zaman terdahulu, amalan bertamu amatlah digalakkan kerana kehadiran
tetamu dianggap sebagai pembawa rezeki. Hari demi hari, amalan bertamu semakin
dimansuhkan. Kunjungan tetamu pada zaman dahulu dilayan dengan sebaik-baiknya.
Keperluan mereka perlu dipenuhi sekurang-kurangnya satu hari satu malam dan paling lama
ialah tiga hari tiga malam. Adat ini sudah sekian lama tidak diamalkan kerana tuntutan masa
bekerja yang berlainan. Kunjungan ke rumah-rumah hanya dihadkan selama beberapa jam
sahaja. Perkara yang lebih menyedihkan adalah apabila terdapat tetamu yang tidak dilayan
dengan baik dan seolah-olah diusir oleh tuan rumah sendiri. Hal ini berlaku kerana tekanan di
tempat kerja menyebabkan tuan rumah tidak dapat mengawal emosi dengan baik. Oleh itu,
adat bertamu dan bermalam di rumah yang dikunjungi tidak lagi menjadi tradisi masyarakat
pada masa kini. Kebanyakan masyarakat memilih untuk singgah sebentar sahaja dan hanya
bertanya khabar.

Akhir sekali, kekurangan dan kelemahan dalam mempromosi adat-adat bertamu dalam
masyarakat menyebabkan berlakunya perubahan dalam adat tradisional. Pada zaman dahulu,
kaca-kaca televisyen mahupun radio banyak menyiarkan program-program bermanfaat
mengenai adat bertamu tradisional. Sebagai contoh, iklan-iklan raya banyak disiarkan
menerusi medium tersebut. Hal ini kerap dilakukan sewaktu musim perayaan bakal menjelma.
Kepelbagaian iklan tersebut mempunyai mesej tersendiri di mana ianya mempamerkan budaya
masyarakat yang sering berkunjung ke rumah saudara-mara dan jiran tetangga. Adab-adab
23

yang patut dicontohi juga diterapkan dalam setiap watak dalam iklan tersebut. Kreativiti
membuat iklan sebegini sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada masyarakat yang
menontonnya. Hal ini pula berbeza pada masa kini apabila kurang penyiaran iklan-iklan yang
bemanfaat untuk ditonton. Iklan-iklan ini juga didapati kurang disiarkan apabila hanya setahun
sekali ianya dikeluarkan di medium-medium tertentu. Oleh itu, generasi muda yang tidak
pernah menonton iklan-iklan tersebut tidak memperolehi pendedahan tambahan yang sesuai
mengenai adat bertamu untuk diamalkan.

Cadangan Pendedahan

Generasi pascamerdeka kini lebih dikenali dengan gelaran “generasi Z”. Ini kerana seperti yang
dapat kita lihat, lahirnya mereka pada zaman teknologi yang kian bercambah tanpa batasan.
Terdapat jurang yang besar sekiranya dibandingkan dengan genarasi dahulu dan juga sekarang.
Dahulunya, kebanyakan anak-anak yang lahir masih belum mengenal lagi apa itu teknologi
misalnya telefon bimbit. Manakala, anak-anak sekarang mampu menjawab dan menghuraikan
segala teknologi yang telah sedia di sekeliling mereka misalnya MP3, MP4, Ipod dan Iphone.
Setiap generasi akan berbeza dari sudut cara berkomunikasi atau cara bertutur, cara pemakaian
dan juga corak sosial yang diamalkan oleh sesuatu generasi tersebut. hal yang dimikian akan
menjadikan definisi generasi itu sendiri sekiranya meneliti dan membuat perbandingan bagi
setiap genarasi yang lahir di dunia ini.

Dunia yang semakin maju juga telah mempengaruhi corak sosial yang sedia ada. Corak
sosial yang dimaksudkan di sini adalah mengenai adat istiadat dalam bertamu yang diamalkan
oleh bangsa Melayu, Cina dan India di Malaysia. Keamanan dan keharmonian negara Malaysia
dalam menyatupadukan pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India seringkali menjadi
bualan dunia untuk dijadikan sebagai satu ‘role model’. Hal ini demikian kerana walaupun
negara ini mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bangsa dan adat istiadat, namun negara
ini masih mengekalkan kondisi aman dan damai tanpa pertelingkahan yang dahsyat berulang.
Peristiwa 13 Mei 1969 yang telah banyak mengorbankan nyawa banyak mengajar Malaysia
bahawa penyatupaduan kaum amat penting untuk membentuk sesebuah negara. Berita
Nasional Malaysia (BERNAMA) juga ada mengulaskan rencana mengenai peristiwa 13 Mei
ini. Maka, belajarlah sejarah supaya tidak mengulangi sejarah.

Walau bagaimanapun, isu hangat yang menjadi perbualan juga adalah mengenai
kurangnya kesedaran dan juga pendedahan mengenai adat bertamu di kalangan generasi muda
24

kini. Ini kerana bagi mereka, perhubungan silaturrahin itu boleh dijalinkan hanya dengan
berhubung secara atas talian sahaja dengan menggunakan telefon pintar. Oleh itu, secara tidak
langsung adat bertamu yang diamalkan sejak turun temurun sangat mudah untuk dilupakan.
Menurut Hamzah bin Omar & Fatin Farihan binti Mohd Salleh (2018) dalam karya mereka
yang bertajuk Konsep Bertamu Dalam Sunnah: Satu Tinjauan, pada zaman yang semakin
menuju ke arah kemodenan ini, banyak media-media dan aplikasi komunikasi yang
berkebolehan untuk menghubungkan seseorang serta dapat mengeratkan hubungan silaturrahin
dengan cepat, mudah dan cekap. Impaknya, mereka lebih lalai dan buta dalam bersosial.

Oleh yang demikian, cadangan pendedahan mengenai adat bertamu dalam kalangan
generasi kini amat penting untuk meningkatkan lagi kesedaran dan memupuk sikap
menghargai nilai adat istiadat bagi setiap bangsa itu sendiri. Ini kerana, setiap bangsa
mempunyai adat bertamu yang berlainan dan unik untuk diamalkan oleh bangsa lain mengikut
kefahaman dan kepercayaan masing-masing. Antara cadangan yang pertama adalah
mengusulkan idea untuk memasukkan pembelajaran mengenai adat istiadat bangsa-bangsa
yang ada di Malaysia terutamanya mengenai adat bertamu pelbagai bangsa ke dalam silibus
sekolah rendah dan menengah. Ungkapan “melentur buluh biarlah daripada rebungnya” telah
menjadi ungkapan wajib digunakan sekiranya berkait mengenai pembentukan kanak-kanak
dan remaja. Begitu juga dengan dengan idea ini, Ia sangat berkait rapat dengan pembentukan
moral kanak-kanak sejak dari kecil.

Pengajaran ini dimulakan sejak sekolah rendah lagi kerana pemupukan kanak-kanak
lebih berkesan dan berkualiti sekiranya kesedaran datang dari awal lagi. Dengan menanamkan
sikap saling menghormati dan menghargai antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit
serta agama, tidak mustahil untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu untuk
mempertahankan negara daripada segala anasir jahat. Bukan itu sahaja, melalui pembelajaran
ini, kanak-kanak akan lebih maklum cara-cara dan pantang-larang dalam melayani tetamu
berlainan bangsa ketika mereka dewasa nanti. Oleh itu, idea cadangan pendedahan yang
pertama adalah dengan menyusulkan idea tersebut bertujuan untuk memperkasakan moral
generasi muda adalah sangat penting untuk dilakukan.

Seterusnya, cadangan pendedahan yang kedua adalah mengadakan program atau


seminar secara percuma kepada orang awam. Sebagai contoh, mengadakan Program Santuni
Semua 2020 (PSS ’20) dengan tujuan untuk memberikan pendedahan mengenai adat bertamu
bagi setiap kaum di Malaysia terutamanya bangsa Melayu, Cina dan India. Seperti yang kita
25

dapat lihat, masih ramai lagi generasi muda yang tidak cakna mengenai adat bertamu bangsa
sendiri. Maka, adalah penting jika ilmu mampu melahirkan adab yang baik kerana
ketiadaannya mampu merosakkan peribadi sehingga tidak hairan lagi sekiranya dapat dilihat
betapa ramainya masyarakat yang mempunyai ilmu tetapi tidak mempunyai adab meskipun
dalam soal makan dan minum (Fairuz Noordin, 2018). Jelaslah bahawa, dengan ilmu yang
didapati daripada program atau seminar ini, sekiranya dapat diamalkan secara berterusan, maka
kesannya akan melahirkan generasi yang cemerlang dari sudut jasmani dan rohaninya sekali.

Akhir sekali, cadangan pendedahan adat bertamu kepada generasi muda adalah dengan
menganjurkan beberapa petandingan yang bertemakan pengisian adat bertamu pelbagai bangsa
di Malaysia pada peringkat kebangsaan. Hal ini bertarafkan peringkat kebangsaan kerana
melibatkan penglibatan daripada wakil di seluruh negeri termasuklah sama ada di Sabah
mahupun Sarawak. Antara pertandingan yang boleh dilaksanakan adalah seperti pertandingan
puisi, perbahasan dan lagu ciptaan sendiri berkaitan dengan adat bertamu. Sebagai ganjaran,
peserta yang mendapat undian tertinggi akan memenangi sijil dan wang tunai untuk dibawa
pulang. Penganjuran pertandingan di peringkat kebangsaan ini secara tidak langsung akan
mengasah bakat generasi muda di samping menambahkan ilmu pengetahuan di luar kelas
terutamanya mengenai adat bertamu pelbagai kaum di Malaysia.

Secara holistiknya, banyak asbab-asbab yang perlu dititiberatkan untuk mengetahui


adat bertamu bangsa lain. Salah satunya adalah supaya kita dapat menziarahi mereka dengan
cara yang baik tanpa melanggar pantang- larang bangsa mereka. Hal ini sedikit sebanyak akan
memberikan pandangan positif kepada bangsa lain di samping menghotmati segala adat
mereka walaupun adakalanya bertentangan dengan agama.

Oleh itu, untuk memupuk sikap hormat-menghormati, cadangan pendedahan telah


diberikan iaitu mengusulkan idea untuk memasukkan pembelajaran mengenai adat istiadat
bangsa-bangsa yang ada di Malaysia terutamanya mengenai adat bertamu pelbagai bangsa ke
dalam silibus sekolah rendah dan menengah. Kedua, mengadakan program atau seminar secara
percuma kepada orang awam. Akhir sekali, cadangan pendedahan adat bertamu kepada
generasi muda adalah dengan menganjurkan beberapa petandingan yang bertemakan pengisian
adat bertamu pelbagai bangsa di Malaysia pada peringkat kebangsaan. Maka, jelaslah bahawa
ilmu pengetahuan mengenai adat bertamu belbagai bangsa sangat penting kepada individu,
masyarakat dan juga negara.
26

PENUTUP

Secara keseluruhannya, adat bertamu ini merupakan suatu budaya yang sememangnya telah
lama diamalkan oleh pelbagai tradisi. Keunikan utama negara Malaysia adalah mempunyai
tiga kaum utama yang menetap secara harmoni dan berkongsi budaya; Melayu, Cina dan India.
Kepelbagaian masyarakat yang mendiami bumi Malaysia melahirkan variasi identiti yang
menarik dan menjadi tarikan pada kaca mata negara luar. Adat bertamu yang dibincangkan
sebelum ini merupakan suatu identiti yang menonjolkan budaya yang diamalkan oleh sesuatu
kaum tersebut. Perkara ini, jika diamalkan dan dipelihara dengan sebaik-baiknya akan menjadi
salah satu identiti dan memberikan impak kepada pengukuhan warisan budaya sesuatu kaum
tersebut, bukan sahaja warisan budaya malah menjadi pemangkin kepada warna-warni
kepelbagaian etnik dan kaum di Malaysia malah membantu Malaysia mempromosikan
kekayaan budaya kepada mata masyarakat di luar sana.

Kepelbagaian adat bertamu dalam pelbagai tradisi ini juga telah memberikan nilai yang
besar kepada semua kaum untuk meningkatkan kecenderungan masing-masing untuk bersama-
sama berusaha ke arah pengekalan tradisi dan budaya serta mengajar dan menunjukkan contoh
yang sepatutnya kepada generasi yang lebih muda. Hal ini demikian kerana golongan muda
pada masa kini terutamanya yang lahir pasca merdeka menunjukkan sikap yang kurang prihatin
terhadap warisan, adat dan budaya mengikut kaum dan tradisi oleh kerana mereka terperangkap
dalam arus modenisasi yang dibawa oleh gelombang globalisasi serta ledakan teknologi
maklumat membuatkan generasi muda kini kurang menitikberatkan kepentinngan tradisi yang
sepatutnya diamalkan.

Demikian, kepelbagaian tradisi ditonjolkan dalam pengamalan adat bertamu ini


menunjukkan keharmonian dan kemajmukan yang menjadikan Malaysia khususnya menjadi
negara yang sering dicontohi masyarakat antarabangsa dalam mengekalkan tradisi walaupun
mempunyai etnik yang berbeza. Kaum yang harmoni sememangnya berupaya untuk menjadi
teladan dan patut dicontohi perilakunya. Walaupun adat bertamu ini dikira sebagai perkara
yang paling remeh bagi sesetengah masyarakat namun dengan menghidupkan amalan tersebut
menampakkan bahawa tradisi tersebut tidak ditelan oleh arus pemodenan bahkan boleh
mengukuhkan hubungan erat sesama kaum sendiri. Justeru, golongan muda pada masa kini
sepatutnya mengambil iktibar dan contoh daripada adat yang dipamerkan oleh golongan yang
lebih tua supaya dapat dipraktikkan pada masa yang akan datang.
27

RUJUKAN

Ahmad Mahdzan Ayob (1985). Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi Suatu Pengenalan Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amir Mu’allim. 1996. Adat Kebiasaan & Kedudukannya Dalam Perkembangan Hukum Islam
Di Indonesia. Al-Mawarid Edisi IV, Disember 1995- Mac 1996.

Amira Syuhada Alias, Anis Nursyahirah Mohd Asri, Nurul Aida Ahmad Basri, Siti Aisyah
Marham & Wan Mohd Yusof Wan Chik. 2019. Ziarah Menziarahi: Adab dan
Maqasidnya Menurut Islam.

Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). 2019. 13 Mei. Peristiwa 13 Mei: Pengajaran Perlunya
Masyarakat Bersatu Padu.

David Chairilsyah. 2016. Mengajarkan Tata Cara Bertamu Kepada Anak Usia Dini (untuk
Guru dan Orang Tua). EDUCHILD vol. 5 No. 2.

Fairuz Noordin. 2018. Adab Akhlak Perlu Dipupuk Sejak Kecil. Berita Harian. 22 Februari.

Hamzah bin Omar & Fatin Farihan binti Mohd Salleh. 2018. Konsep Bertamu Dalam
Sunnah: Satu Tinjauan. Prosiding INHAD Muzakarah & Mu’tamar dalam Hadis
Peringkat Kebangsaan (IMAM 2018), hlm. 775- 779.

Norhuda Salleh & Yaacob Harun. 2015. Fungsi Ritual Dalam Adat Pertunangan Masyarakat
Melayu. Journal of Education & Social Sciences. Vol. 1: 228-235.

Ronley Saringan. 2007. Perubahan dan Cabaran Adat Istiadat Perkahwinan Masyarakat sg:
Kajian Kes Di Kampung Penangah Sabah. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Shaliza binti Dasuki, Fazlina binti Mohd Radzi, Nurkhazilah binti Idris dan Nur Hasliza binti
Abdulah. 2015. Perkembangan Budaya Popular dan Perubahan Sosio-Budaya
Masyarakat Pasca Moden: Adaptasi Budaya Asing Dalam Perkahwinan Melayu.
Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Melaka

Siti Noraishah Ismail. 2008. Penggunaan Bahasa dalam Filem ‘Impak Maksima’. Latihan
Ilmiah. Pusat Penyelidikan Bitara Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai