Anda di halaman 1dari 8

TUGASAN INDIVIDU:

LMCR 1142 (AKAL BUDI MELAYU)

PANTANG LARANG : PENGARUHNYA KEPADA AKAL BUDI


MASYARAKAT

TAHUN

SEMESTER 1 2022/2023

NAMA

MOHAMMAD RADZI BIN KHALID

NO.MATRIKS

A182717

FAKULTI

PENGAJIAN ISLAM

PENSYARAH:

DR. JUNAINI BINTI KASDAN


Soalan 1

Dengan menggunakan kaedah wawancara terhadap golongan warga emas (70 tahun
ke atas), kenal pasti pantang larang atau petua yang diamalkan dalam kehidupan
sehari-hari; dan huraikan bagaimana pantang larang dan petua tersebut dapat
membina akal budi generasi hari ini. Sila sertakan maklumat responden dan
transkripsi daripada wawancara yang dijalankan.

(Markah: 50)

Maklumat Responden

Nama : Hajah Sebat binti Ahmad

Umur : 87

Alamat : No. 62 Kampung Geduhom Dangi, 73100 Johol, Negeri Sembilan


1.0 PENDAHULUAN

Pantang larang merupakan suatu istilah yang sangat dekat dengan masyarakat.
Menurut Henni Sabrina, Ayunani Elmustian, dan Abdul Jalil (2013), pantang atau
pantangan dapat dikatakan sebagai beberapa ketentuan yang mungkin dapat dipatuhi
oleh masyarakat. Oleh  itu, masyarakat harus berpantang untuk tidak melakukan hal
tersebut kerana ketentuan tersebut sebahagian besar berisi larangan. Iaitu larangan
untuk tidak melanggar atau melakukan sesuatu.

Wan Muhamad, Wan Menurut Ramli and Dollah, Hanapi (1999) menyebut
pantang larang orang Melayu tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu
zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang.
Kebanyakan adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai-
nilai murni dalam kehidupan.

Walaupun berbagai tomahan yang dilontarkan berkenaan pantang larang


Melayu daripada pelbagai sudut termasuklah sudut agama yang melihat pantang
larang Melayu mempunyai sisi khurafat dan syirik. Tetapi, masih terkandung di
dalamnya banyak kebaikan dan kelebihannya terutama dalam mendidik. 

Kebanyakan pantang larang Melayu datang untuk mendidik masyarakat


terutama golongan yang lebih muda seperti kanak-kanak dan para remaja. Sebagai
contoh, anak dara tidak boleh menyanyi di dapur, nanti dapat suami tua. Pantang
larang tersebut digunakan agar anak dara tidak leka semasa di dapur kerana kelekaan
di dapur hanya mendatangkan bahaya.
2.0 METODOLOGI

Kajian ini melibatkan kajian etnografi di lapangan,iaitu rakaman perbualan dan


catatan tentang petua-petua dan pantang larang Melayu. Petua-petua dan pantang
larang yang dikumpulkan merangkumi hal-hal dalam kehidupan seharian. Responden
kajian ini merupakan warga emas peribumi Melayu dari Negeri Sembilan berusia 70
tahun ke atas, yang dianggap matang dengan persekitaran, budaya dan adat.

Data kajian yang dikumpul disaring dan dianalisisdengan penekanan dalam


dua aspek utama, iaitu; (i) mengetengahkan hubung kait antara petua dan pantang
larang tradisional masyarakat Melayu, khususnya aspek-aspek melibatkan kehidupan
seharian (ii) meneliti sisi pemertahanandan signifikan amalan petua serta pantang
larang tradisional ini pada zaman sekarang. Hal ini demikian kerana, petua yang
diamalkan bertujuan memandu cara hidup yang lebih selamat, yakni dengan membuat
sesuatu berlandaskan kepercayaan dan agama agar hal-hal yang tidak diingini dapat
dielakkan. Begitu juga halnya dengan pantang larang. Maka, terdapat kaitan dan
pertindanan antara kedua-duanya dengan asas bahawa petua dan pantang larang yang
diamalkan dalam masyarakat dapat memelihara kehidupan dalam acuan selamat dan
jauh daripada perkara-perkara buruk. Berikut diturunkan beberapa aspek petua dan
pantang larang yang wujud dalam masyarakat Melayu.
Trankipsi

Boleh tak kongsikan


tentang pantang larang orang dulu dulu
Yang bermanfaat jangan sekali angkat kaki
ketika menyiarap Nanti mak bapak mati
awal dengan cepat tapi sebenarnya
disebalik nasihat disebalik larangan Ini
adalah sebuah nasihat kita tak
digalakkan untuk kaki kerana tak sopan.
Jangan duduk atas bantal nanti bontot
Bisul. Tak sopan sebab bantal tu letak
Tu tuk letak Kepala.
jangan menyanyi dekat dapur
kalau tengah masa nanti kawin dengan
Orang tua. Tak payah la nk nyanyi nanti
Kang lupo. Abis masakan. tak sedap keletak
garam sambil nyanyi.
3.0 ANALISIS/PERBINCANGAN

Dari apa yang saya fahami tentang pantang larang ini yang pertama adalah jangan
angkat kaki ketika meniarap. Hal ini kerana perilaku tersebut tidak sopan. Perkara ini
selalu dilakukan oleh budak-budak yang kebanyakan mereka gemar membuat
perilaku ini ketika menonton televisyen. Jadi orang dulu-dulu ini akan menggunakan
bahasa kiasan untuk menakutkan kanak-kanak agar tidak mengangkat kaki ketika
menonton televisyen

Seterusnya, jangan duduk di atas bantal. Hal ini kerana, orang dulu-dulu
membuat bantal menggunakan kekabu dan menggunakan jahitan tangan. Antara
sebab larangan duduk di atas bantal adalah disebabkan orang dulu-dulu tidak mahu
merosakkan jahitan tersebut. Hal lain juga, perilaku ini tidak sopan kerana bantal
digunakan untuk diletakkan kepala bukannya meletakkan bontot.

Di samping itu, jangan menyanyi ketika di dapur sambil memasak nanti


berkahwin dengan orang tua. Hal ini menjadi kebiasaan anak dara pada zaman
dahulu. Pada zaman dahulu memasak sinonim dengan anak dara. Bukan sahaja
memasak bahkan sinonim dengan hal-hal rumah. Maka untuk menakutkan mereka,
orang dulu-dulu mengggunakan perkataan berkahwin dengan orang tua supaya anak
dara ini tidak menyanyi ketika memasak.

Akhir sekali, untuk lebih jelas mengapa orang dulu-dulu tidak membenarkan
memasak sambil bernyanyi yang pertama adalah disebabkan kurang sopan. Tidak
sopan jika jiran-jiran yang hadir atau saudara yang hadir datang untuk menziarahi
tetapi mendengar pula nyanyian di dapur. Mereka datang untuk bertanya khabar
dan tidak indah jika anak dara bernyanyi-nyanyi di dapur dan didengari oleh para
tetamu. Orang dulu-dulu kaya dengan adab dan sopan santunnya. Di samping itu,
orang yang bernyanyi ini akan sibuk dengan dunia mereka. Oleh itu, boleh terjadinya
tersalah masak atau terlupa tentang masakannya yang menyebabkan masakannya
menjadi hangit.
4.0 KESIMPULAN

Kesimpulan Pantang larang masyarakat Melayu adalah pantang larang yang


diturunkan secara lisan sejak zaman berzaman lagi. Ianya diwarisi dari satu generasi
ke satu generasi. Tujuan utama pantang larang ini diturunkan ialah untuk
mendidik masyarakat agar sentiasa menjaga adab dan budaya serta
mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Ada di antara pantang larang yang
diamalkan oleh masyarakat dahulu kala mungkin berunsur khurafat dan tidak
seharusnya diamalkan kerana dikhuatiriakan menyebabkan adanya unsur-unsur syirik.

Walaupun begitu, kebanyakkan pantang larang yang diturunkan turun


temurun itu masih relevan untuk diamalkan dalam masyarakat Melayu moden. Ini
kerana terdapat banyak pengajaran dan panduan yang boleh diperolehi
daripada pantang larang tersebut. Pelbagai kesan dan akibat yang telah
dikatakan akan berlaku sekiranya seseorang itu melanggar pantang larang.

Daripada sudut pemikiran logik, ada di antara kesan dan akibat tersebut
adalah tidak munasabah akan berlaku. Berdasarkan kajian sejarah, masyarakat
Melayu zaman dahulu didapati kurang ilmu pengetahuan. Mereka terpengaruh
dengan kepercayaan animisma iaitu kepercayaan bahawa setiap benda seperti
batu, kayu dan lain-lain mempunyai semangat atau roh (Dindan Sani 2014).

Disebabkan kepercayaan itulah, maka sesetengah pantang larang itu banyak


dikaitkan hantu jembalang, makhluk halus dan sebagainya. Tetapi sebenarnya pantang
larang ini lebih bertujuan untuk menakut-nakutkan seseorang itu supaya tidak
melanggar pantang larang. Masyarakat Melayu dahulu kala juga bijak dan kreatif
menyusun ayat dan perkataan sehinggakan anak cucu bimbang untuk
melanggarnya, malah menurutinya tanpa banyak bicara (Omar, 2014).

Masyarakat Melayu masa kini hendaklah menilai, mengkaji dan


menghayati apa yang sebenarnya hendak disampaikan oleh masyarakat terdahulu
mengenai pantang larang tersebut. Hasil daripada penelitian menunjukkan pelbagai
aspek nilai murni yang ingin disampaikan oleh masyarakat Melayu dahulu kala
kepada generasi masa kini. Antara nilai murni tersebut ialah pembentukan akhlak dan
peribadi yang baik, penjagaan adab dalam kehidupan seharian, menjaga
perhubungan antara sesama makhluk dan yang paling penting ianya bertujuan untuk
mendidik masyarakat melayu untuk sentiasa mentaati dan menjalankan
tanggungjawab kepada Maha Pencipta. Rentetan itu, semua pantang larang
yang terdapat di dalam masyarakat melayu haruslah diperhalusi kerana
ianya mengandungi banyak pengajaran yang tersirat di sebaliknya.

Secara kesimpulannya, masyarakat Melayu moden perlu mendalami


dan mengamalkan sesetengah pantang larang yang telah diturunkan secara lisan
sejak turun temurun lagi. Sesetengah pantang larang itu masih relevan untuk
diamalkan di masa kini kerana ianya mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi
mutunya dan banyak memberi teladan kepada generasi muda. Kelangsungan
meneruskan amalan ini turut bertujuan untuk menjaga adab dan budaya Melayu
supaya tidak hilang ditelan zaman.

Anda mungkin juga menyukai