Anda di halaman 1dari 12

FAKULTI KEWANGAN

ANTARABANGSA LABUAN
Labuan Faculty of International Finance

UW00802 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

TOPIK 2: SOALAN3
Bincangkan Konsep Etika Dan Peradaban Cina Serta
Pengaruhnya Dalam Masyarakat Di Malaysia.

GROUP NUMBER: 105

GROUP MEMBERS:
No Name Matrix no
1 FARAH NUR’ ADAWIYYAH BINTI BG22110437
OTHMAN
2 MAGDALENA TUNUNG MALANG BG22110076
3 ANGELICA BG22110274
4. MAJRAH BINTI MANAN BG22110239

5. SITI NURHAYATUL FAZELLA BINTI BG22110080


ASRI
6. NUR HAZIRAH SHAZWANI BG22110131
7. NURUL NABILA HUSNA BINTI ROSLI BG22110400
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA
SURAT
Isi kandungan 1

1.0 Objektif kajian 2

2.0 Pendahuluan 3-4

3.0 Pengaruh Cina dalam Masyarakat di Malaysia 4-18

4.0 Kesimpulan 19

5.0 Rujukan 20-21


Bincangkan Konsep Etika Dan Peradaban Cina Serta
Pengaruhnya Dalam Masyarakat Di Malaysia.

OBJEKTIF KAJIAN

I. Mengenalpasti definisi konsep etika dan peradaban Cina


II. Menghuraikan pengaruh-pengaruh Etika dan Peradaban cina dalam
masyarakat
PENDAHULUAN
Sejak kebelakangan ini, perkataan etika dan peradaban sering meniti dari mulut ke
mulut umat manusia. Ianya menjadi terkenal kerana membawa setiap perkataan tersebut
membawa maksud yang sangat baik yang mana etika boleh dikenali sebagai seseorang
yang mempunyai akhlak,karakter dan sikap keperibadian baik serta keyakinan atas sesuatu
perkara.1 Manakala peradaban secara ringkas dapat dikelaskan sebagai sistem dan
perkembangan sosial yang berlaku dalam kehidupan manusia sama ada sesuatu bangsa,
kemajuan sosial dan budaya sesuatu bangsa. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, etika
diberi maksud sebagai ilmu bukan prinsip-prinsip akhlak atau moral yang menjadi pegangan
seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Manakala, peradaban bermaksud suatu keadaan
serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani yang berlaku dalam sesuatu
bangsa atau masyarakat.2 Oleh itu, jelaslah bahawa perkataan etika dan peradaban sangat
berkait rapat antara satu sama lain kerana sekiranya seseorang atau masyarakat itu tidak
beretika bagaimanakah cara mereka untuk berkembang tidak kira dari segi kehidupan, cara
berfikir dan sebagainya.
Sesebuah masyarakat yang maju perlulah berpegang teguh dengan konsep etika dan
peradaban kerana ianya sangat penting lebih-lebih lagi dalam negara yang membangun
kerana perlu bersaing dengan peradaban luar yang jauh lebih baik daripada peradaban
negara kita. Ianya juga mampu melahirkan masyarakat yang berkeperibadian tinggi, saling
menghormati antara satu sama lain, hidup harmoni tanpa bergaduh atau peperangan serta
mampu membina negara bangsa yang maju khususnya seperti Malaysia.
Secara umumnya, etika dan peradaban yang ada dalam diri masing-masing
sangatlah berperanan penting bagi memperlihatkan masyarakat atau orang lain bahawa kita
seorang yang beretika dan mempunyai peradaban yang tinggi yang mana ianya boleh
membuatkan seseorang itu boleh mempengaruhi orang lain. Pengaruh boleh dikelaskan
sebagai kuasa yang terbit daripada orang atas orang lain yang mana ianya boleh
meninggalkan kesan kepada orang tersebut. 3 Jelaslah bahawa hal ini bersangkut paut
dengan seseorang yang mempunyai etika dan perdaban yang baik boleh menjadi pengaruh
seseorang itu menjadi lebih baik dan boleh menapis segala pengaruh anasir-anasir luar yang
semakin berkembang menerusi sumber Internet atau Pelancongan di negara Malaysia.
Tambahan pula, masyarakat yang memang mengamalkan suatu adab atau amalan
yang lahir daripada peradaban melayu telah menjadi saingan sejak kemunculan pengaruh-
pengaruh luar seperti pengaruh cina dan india yang mana ianya boleh diterima pakai dalam
komuniti melayu. Namun, ianya mempunyai kesan positif dan kesan negatif yang boleh
memberikan kesan ke atas kehidupan kita seperti pengaruh dari segi pakaian, perbezaan
cara berfikir, kepelbagaian makanan, perbezaan adat dan budaya yang diamalkan dan
sebagainya. Malah, dengan wujudnya pengaruh barat juga telah banyak mempengaruhi
masyarakat Melayu kerana masyarakat lebih pantas menyerap dan sukar untuk dikawal
serta kadangkala ianya menjadi faktor utama sesorang itu terikut-ikut budaya Barat. Antara
perubahan yang sering terjadi dalam masyarakat Malaysia adalah dari segi sosial,
1
Ahmad Zamil Abd. Khalid.2021. Penghayatan Etika dan Peradaban
2
Kamus Dewan dan Pustaka Edisi Keempat
3
Kamus Dewan dan Pustaka Edisi Keempat
perundangan, ekonomi, politik, agama, alam sekitar dan teknologi. Etika dalam tamadun
membina adab, adat resam dan tradisi berdasarkan nilai-nilai yang bersesuaian dengan
persekitaran geografi, ekonomi, sosiobudaya dan politik tempatan.
Setelah etika dan peradaban Malaysia berkembang yang mana ianya bermula
daripada peradaban Melayu sehingga berkembang dengan munculnya pengaruh daripada
luar melalui Kepulauan Selat Melaka yang mana ianya sangat strategik dan terkenal dengan
aktiviti perniagaan serta dianggap sebagai titik pertemuan masyarakat yang berhimpun
disitu seperti masyarakat dari negara China, India, Timur Tengah dan Barat. Peradaban
majmuk seperti yang dinyatakan ini sangat berperanan tinggi untuk membina negara
bangsa serta ketamadunan acuan Malaysia pada hari ini.

Seterusnya, daripada peradaban majmuk ini, Malaysia telah membina etika dan
peradaban beracuan sendiri dengan menyulam kepelbagaian etika dan peradaban dalam
melahirkan sebuah negara yang damai, stabil, maju dan sejahtera. Oleh yang demikian,
dalam suasana etika dan peradaban ini, maka seharusnya perlu untuk kita sentiasa
memahami, prihatin serta insaf dan secara sedar untuk merancang dan melaksanakan
pembentukan institusi dan initiatif bagi memastikan etika terus mengalir dalam kalangan
rakyat Malaysia demi memastikan peradaban Malaysia terus unggul dan dapat membina dan
menjamin keselamatan.

Dalam penulisan ini, pengkaji hanya akan menekankan konsep etika dan peradaban
cina serta pengaruhnya dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kesimpulannya, ini juga dapat difahami dan dilihat jika merujuk kepada maksud etika
itu sendiri dimana ia bermaksud prinsip moral atau nilai-nilai akhlak seperti adat sopan
santun dan sebagainya. Inilah yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu
kumpulan manusia. Selain itu, peradaban sendiri merupakan sistem dan tahap
perkembangan sosial sesuatu bangsa, kemajuan sosial dan kebudayan sesuatu bangsa
Perkahwinan

Semua bangsa di dunia ini mementingkan perkahwinan termasuk bangsa cina, bagi
mereka, perkahwinan bertujuan memberikan keizinan yang sah untuk menyambung zuriat
nenek moyang dan menambah keturunan dengan memulakan zuriat sendiri daripada suami
isteri yang sah. Perkahwinan juga dituntut dalam semua bangsa termasuk lah bangsa cina.
Hal ini telah banyak dipengaruhi oleh ikutan Ideologi Konfusius sejak dahulu lagi. Dalam
pemikiran Konfusianisme, perkahwinan merupakan suatu peristiwa yang amat penting
kepada kedua-dua unit keluarga serta masyarakat. Secara sosial, sepasang dan suami isteri
dianggap unit asas masyarakat Cina bagi menyambung legasi. Jika melihat dari sosiobudaya
masyarakat Cina, perkahwinan merupakan institusi yang penting dan mempunyai pelbagai
adat rumit yang berkaitan denggannya.

Dalam masyarakat Cina juga perkahwinan merupakan titik tolak yang membawa
perubahan besar dalam kehidupan mereka sehingga menjadi ikutan dalam kalangan
masyarakat di Malaysia sehingga kini. Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi
keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi
kepada generasi yang lain.

Ajaran Konfusianisme yang menjadikan ajaran utama dalam kebanyakkan keluarga


Cina telah menekankan kepentingan peranan dan tanggungjawab terhadap suami dan isteri
dalam mengembangkan keluarga. Konfusianisme berpendapat bahawa fungsi terbesar
wanita adalah untuk meneruskan keluarga. Bagi ibu bapa yang beralih ke arah yang lebih
tradisional, mereka lebih suka anak perempuan mereka berkahwin dan bukannya dalam
bentuk hubungan alternatif seperti bersekedudukan atau hidup bujang. Ibu bapa juga
mempunyai kawalan yang cukup besar terhadap perkahwinan wanita sehingga diteruskan
pada masa kini.4

Pengaruh masyarakat cina dalam perkahwinan dapat dilihat melalui trend kahwin lewat
ini yang telah menjadi satu fenomena yang sangat biasa dalam kalangan Malaysia.
Perubahan trend perkahwinan yang berlaku dengan merujuk kepada usia perkahwinan
pertama dalam beberapa dekad kebelakangan ini memberi kesan yang tinggi terhadap
institusi keluarga.5

Adat resam

Antara adat resam kaum Cina di Malaysia melalui kepercayaan dalam agama mereka,
mereka mempunyai kepercayaan terhadap kehidupan dan kematian, sebagai tanda kasih
sayang, mereka terus bertanggungjawab menjaga makan minum ahli keluarga yang telah
mati. Majoriti mereka telah menyembah kubur ini adalah dengan niat murni untuk terus
mengingati ahli keluarga yang telah mati sebagai tanda penghormatan. Pembakaran bahan-
bahan kertas adalah untuk menunjukkan ketaatan mereka kepada nenek moyang kerana
mereka mempercayai bahawa roh-roh akan hidup macam mereka juga. 6

4
Dewi Hartati (2012). Konfusianisme dalam kebudayaan cina modern.
5
Deweswary Muniandy. Info adat  masyarakat  melayu, india dan china (sumber laman web jabatan kebudayaan dan  
keseniaan  negara)
6
Farrah Wahida Mustafar & Adam Badrulhisham. 2021. Pesta Pongal dan Tahun Baru Cina, Perayaan Adat atau
Perayaan Keagamaan? Satu Toleransi Agama di Malaysia: Pongal Festival and Chinese New Year, Customary
Festivals or Religious Festivals? A Religious Tolerance in Malaysia
Oleh itu,bahan-bahan keperluan yang akan digunakan seperti dalam bentuk kertas
akan dibakar untuk digunakan oleh roh-roh nenek moyang mereka yang telah meninggal
dunia. Kertas perak merupakan duit bagi leluhur yang dipercayaai mereka. Colok juga
dibakar sebagai satu penghormatan dan bentuk makanan kepada leluhur. Selain bahan-
bahan kertas kan dibakar untuk leluhur, makanan juga disediakan untuk leluhur.

Tambahan lagi, dengan mempercayai roh manusia yang telah meninggal akan
mendapat kehidupan lain dengan mereka akan mengadakan sambutan perayaan hantu
lapar atau hungry ghost Festival. Perayaan 'Hantu Lapar' yang disambut pada bulan ke-7
mengikut kalendar Cina. Perayaan ini akan disambut setiap tahun di Malaysia. Perayaan
'Hantu Lapar' selalunya sering berlangsung dari 29 Julai hingga 26 Ogos, dengan 'Hari
Hantu' jatuh pada tanggal 12 Ogos. Mereka percaya bahawa apabila membakar sesuatu
pada hari pertama, ke-15 dan hari terakhir bulan hantu itu, asap dari bahan yang dibakar
akan naik ke 'akhirat' untuk dinikmati nenek moyang mereka yang telah mati. Mereka juga
akan mengadakan persembahan untuk menghiburkan hantu-hantu itu. Biasanya, khemah
dan pentas sementara dibangunkan di kawasan kejiranan. Hantu-hantu itu juga boleh
menikmati makan malam dan persembahan 'getai', termasuk lagu-lagu, tarian, opera dan
juga komedi sepanjang perayaan dijalankan . Keraian yang lain termasuk melepaskan
perahu kertas kecil dan tanglung di atas air, yang menandakan tindakan membantu roh-roh
sesat mencari jalan.7

Pantang larang

Seperti juga masyarakat melayu, kaum cina juga mempunyai beberapa pantang larang
semasa mengandung yang masih diikuti sehingga hari ini. Di antara pantang larang yang
paling terkenal seperti ibu mengandung tidak dibenarkan memaku kerana dikhuatitri anak
dalam kandungan cacat akibat terkejut. Selain itu, ibu mengandung juga dilarang
mengeluarkan kata-kata kesat atau memukul Binatang, hal ini kerana membimbangkan
anak yang dikandung akan terkena badi. Ibu mengandung juga dilarang memikirkan
tentang masalah kerana dikhuatiri masalah tersebut akan membelenggu anak apabila lahir
nanti. Oleh itu, bagi mengatasi ibu mengandung daipada tekanan, mereka akan diberikan
khidmat terapi sepanjang tempoh mengandung tersebut. Pantang larang lain iaitu ibu
mengandung jangan selalu kerap menggosok perut kerana dibimbangi anak akan menjadi
terlalu manja apabila besar nanti. Bukan kepada ibu mengandung sahjaa, namun ibu mertua
juga perlu menjaga ibu hamil sepanjang tempoh mengandung, bukannya suami. Ibu
mengandung tidak boleh makan buah yang tajam seperti nenas dan mangga kerana ditakuti
anak akan menjadi terlalu besar.

Namun begitu, pantang larang yang di amalkan oleh masyarakat cina bukan sahaja
semasa hamil, namun pantang larang lain perlu dikawal walaupun setelah melahirkan anak
iaitu mereka yang masih diamalkan sehingga hari ini iaitu Ibu yang baru melahirkan perlu
berpantang selama 40 hari. Mereka juga dilarang mengalih perabot yang terdapat dalam
bilik tidur ibu yang baru melahirkan. Semua pantang larang yang dikatakan bertujuan bagi

7
Clavinkin Lim. Wacana perayaan hantu
emmastikan ibu dan anak yang baru dilahirkan tidak terkena daripada perkara yang tidak
diingini seperti mudah mendapat sakit dan malapetaka. 8

BUDAYA PEMAKAIAN

Antara pengaruh etika dan peradaban cina dalam masyarakat cina ialah dari segi
budaya pemakaian.Contohnya pakaian tradisional yang menunjukkan ciri bangsa mereka,
antaranya ialah cheongsam. Pakaian tradisional yang terkenal dalam kalangan wanita kaum
Cina ialah cheongsam atau ‘baju panjang’.Lazimnya cheongsam mempunyai leher yang
tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan
kanan kain. 9Pakaian tradisional ini sering dipakai dalam majlis peredaran zaman seperti
majlis perkhawinan dan tahun baru cina. Pakaian Cheongsam (qipao) ini merupakan pakaian
tradisional cina paling popular dan cheongsam berkembang daripada changpao “gaun
panjang” yang dipakai oleh Wanita Manchu pada Dinasti Qing (1644-1912). Orang etnik
Manchu juga dipanggil orang Qi oleh orang Han, maka gaun panjang mereka dinamakan
(qipao). Pada asalnya, pakaian tradisional cina ini berlapis-lapis, penuh sulaman benang
emas dan sutera. Namun peredaran zaman menyebabkan pakaian ini dilihat telah
diubahsuai dari baju cheongsam ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga
ke paras lutut namun masih mengekalkan elemen asal rekaan masih diterapkan sebagai
identiti masyarakat cina seperti penggunaan butang sulam dan potongan kolar mandarin.
Selain itu pemakaian baju ini juga kini tidak terhad digunakan kerana kita sering melihat
pakaian ini boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja seperti menghadiri rumah terbuka,
menghadiri perkhawinan orang lain dan dipakai sebagai pakaian kerja.Manakala pakaian
Hanfu merupakan pakaian majoriti orang cina yang daripada etnik Han dan baju ini adalah
pakaian tradisional China yang tertua.Sehingga dinasti Han, pakaian Hanfu ini telah diterima
pakai dan dinaik taraf oleh golongan pemerintah dan kemudian menjadi pakaian
kebangsaan orang etnik Han. Pada masa kini, pakaian tradisional hanfu ini jarang dipakai
oleh orang cina kecuali pada majlis-majlis khas, seperti perayaan dan majlis perkhawinan
atau diperagakan oleh gadis muda yang ingin mengambil gambar sebagai kenangan dalam
memperagakan busana tersebut.

Pakaian samfoo, jubah dan Changsan merupakan pakaian tradisional cina bagi kaum
lelaki Pakaian samfoo ini adalah sejenis baju dan seluar longgar yang boleh dipakai oleh
wanita dan lelaki dalam kehidupan seharian yang diperbuat daripada kain lembut misalnya
kain sutera. Baju tradisi ini kini jarang dipakai lagi oleh kaum wanita tetapi selalu dipakai
kaum lelaki berketurunan cina dan pakaian tradisional ini kini terdiri daripada baju yang
longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai dengan seluar baju melayu
ataupun longgar. Walaubagaimanapun pakaian tradisional ini bukan pakaian tradisional
kaum cina tetapi pakaian tradisional kepada orang Manchu yang diperkenlkan sewaktu
Dinasti Ching. Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di
Malaysia. Pakaian jubah labuh juga merupakan lagi satu jenis baju tradisional yang biasa
dipakai oleh lelaki bangsa cina semasa Tahun Baru Cina. Kebanyakannya masih dihasilkan
dari negeri China menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna terang dengan

8
Deweswary Muniandy. Info adat  masyarakat  melayu, india dan china (sumber laman web jabatan kebudayaan dan 
keseniaan  negara)
9
Shukri Yahya @ Nasron Yaacob, Budaya Pemakaian dan Pemakanan Masyarakat Cina Buddha di Malaysia,
November 2020
ragam hias benang emas dan perak. 10Bagi baju tradisional changsan pula merupakan
sejenis pakaian tradisional yang berlengan Panjang yang pada zaman dahulu, ia berasal
daripada Piyin Changshan. Pemakaian ini dikatakan sebagai pakaian yang dipakai secara
eksklusif oleh golongan atasan. Kesimpulannya Pemakaian tradisional kaum lelaki ini
selalunya berwarna merah dan pakaian ini digayakan ketika perayaan tahun baru cina,
majlis-majlis rasmi serta beberapa acara yang sesuai.

TARIAN TRADISIONAL

Tarian tradisional cina yang terkenal sehingga kini ialah tarian singa dan tarian naga.
Tarian singa merupakan tarian tradisional warisan orang Cina,kerana tarian ini bermula lebih
1000 tahun yang lalu dan dua jenis tarian singa yang popular ialah “Tarian Singa Utara dan
“Tarian Singa Selatan”. Tarian singa merupakan akrobatik dan gerak tarinya meniru
pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa.Tarian ini hanya dimainkan dua orang
denga satu kostum singa. 11Biasanya tarian singa ini dimainkan sambil diiringi oleh gong,
dram dan dentuman mercun yang dikatakan membawa tuah. Tarian ini juga sering
dipersembahkan bagi tujuan adat istiadat upacara menghalau semangat jahat dan meminta
tuah dan seringkali dipersembahkan bagi tujuan hiburan seperti menghiburkan keluarga
diraja pada zaman dahulu.Pada masa kini, kepercayaan tarian singa yang boleh menghalau
kejahatan dan membawa tuah telah menyerap dalam masyarakat Cina di Malaysia.Oleh
sebab itu, tarian singa ini sering dipersembahkan dalam pelbagai perayaan dan majlis kaum
cina seperti Tahun Baru Cina, dan turut dipersembahkan dalam majlis perkhawinan, ulang
tahun kelahiran, pembukaan perniagaan dan sebagainya.Seterusnya, tarian naga juga
seperti tarian singa yang sering dipersembahkan semasa musim perayaan. Dalam tarian ini,
sepasukan Cina memegang sebatang ‘naga’. Penari-penari hadapan mengangkat ,
mencelup, membidas, dan menyapu kepala naga, bagi menggambarkan ciri-ciri animasi
yang dikawal oleh seorang penari dan kadangkala dikawal untuk mengeluarkan asap dari
alat-alat piroteknik. Pasukan tarian mempercayai Gerakan semangat sungai yang berbelok-
belok dan beralun-alun 12. Setiap pergerakan ini melamabngkan peranan-peranan negara
yang menunjukkan kuasa dan maruah.Pada masa kini tarian ini masih dikekalkan dan
menjadi persembahan tarian yang terkenal terutamanya menjadi persembahan secara
terbuka yang penting dalam sesuatu perayaan seperti Tahun Baru Cina.

PERAYAAN DAN FESTIVAL

Etika dan peradaban cina telah mempengaruhi masyarakat kaum cina terutamanya
dalam perayaan dan festival. Antara perayaan dan festival yang disambut meriah oleh
mereka berbangsa cina ialah Tahun Baru Cina, Pesta Tanglung dan Perayaan Kuih Bulan.

Asal usul perayaan tahun baru cina bermula pada 3500 tahun yang lalu dan berasal
daripada dinasti Shang (1600-1046SM). Perayaan ini merupakan satu upacara korban
dimana satu penghormatan sempena dewa dan keturunan pada penghujung setiap tahun.
Tahun Baru Cina adalah sambutan kedatangan tahun baru mengikut kalendar lunar Cina.
Dengan demikian tahun baru mereka kebiasaanya jatuh pada 21 Januari hingga 20 Februari
10
Shukri Yahya & Nasron Yacoob, Budaya Pemakaian dan Pemakanan Masyarakat Cina Buddha di Malaysia,
November 2020
11
Chua Seok Fang, Tarian Tradisional Singa Masyarakat Cina Kuching, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif Universiti
Malaysia Sarawak, 2016.
12
Tugasan Pelajar Kumpulan Rafisigi, Tamadun Islam dan Asia Tarian Naga di Malaysia, Tahun 2020/2021.
pada setiap tahun. Masyarakat cina mempercayai bahawa setiap tahun mempunyai
kelebihannya tersendiri berdasarkan zodiak haiwan yang terdapat pada
13
kalendarnya.P erayaan ini biasanya dirayakan bersama sanak-saudara dan ahli keluarga
yang lain bagi mengeratkan jalinan hubungan sesame keluarga. Antara tradisi yang
diamalkan ketika musim perayaan tahun baru cina ialah pemberian duit yang dipanggil
angpau kepada saudara-mara. Hidangan makanan semasa perayaan ini selalunya terkenal
dengan limau mandarin yang merupakan buah-buahan yang kerap ditemui semasa
perayaan tahun baru.Selain itu menyalakan mercun dan bunga api pada tengah malam dan
persembahan tarian singa dan naga yang sering dinantikan dalam perayaan cina kerana
dipercayai membawa kemakmuran dan tuah yang akan datang.

Selain itu pesta tanglung dirayakan pada perayaan bulan ke-8 mengikut calendar
Cina. Perayaan ini juga dikaitkan dengan kepercayaan Dewi Bulsn yang mana pada malam
perayaan tersebut adalah hari mengembang.Perayaan Kuih bulan di Malaysia telah menjadi
aktiviti luar dan dimeriahkan dengan perarakan dan pelepasan tanglung beramai-ramai yang
dinamakan pesta tanglung. Pesta tanglung ini diadakan dengan memegang tanglung dan
dibakar sebelum dilepaskan ke udara sambil berdoa agar hajat mereka dimakbulkan tuhan.

Akhir sekali, perayaan kuih bulan yang disambut kaum cina setiap tahun merupakan salah
satu perayaan yang terpenting dalam bangsa cina selain Tahun Baru Cina. Perayaan Kuih
Bulan merupakan perayaan tradisional utama rakyat China.Perayaan ini juga dikenali
sebagai Pesta Mengekori Bulan, Pesta Menyembah Bulan, Pesta Bulan Lapan, dan Pesta
Berkumpul. Perayaan kuih bulan disambut pada hari ke-15 bulan ke-8 dalam Kalender Cina
setiap tahun dan pada ketika itu adalah musim luruh di China.Pada hari itu, bulan biasanya
mengembang dan terang. 14Perayaan kuih bulan juga dikaitkan dengan pesta tanglung
dimana perarakan tanglung pada malam perayaan itu terdapat kuih bulan yang merupakan
salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini.Kuih bulan diperbuat daripada adunan
manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji Teratai, atau kuning telur masin.

13
Farrah Wahida Mustafar & Adam Badhrulhisham, Journal of Islamic Social Sciences and Humanities, Pesta
Pongal dan Tahun Baru Cina, Perayaan Adat atau Perayaan Keagamaan? Satu Toleransi Agama di Malaysia,
2021.
14
Tugasan Pelajar, Nur Adila Farahiyah binti Azman, Kumpulan Dinamika (seksyen 17),Pesta Kuih Bulan, 2018.
Kesimpulannya, penghayatan konsep etika dan peradaban merupakan satu elemen
yang Amat penting dalam membina sebuah bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
lapisan masyarakat yang mempunyai  latar belakang yang berbeza-beza  seperti kaum,
agama, sosial ekonomi dan taraf kehidupan. Kehadiran kelompok-kelompok khususnya
peradaban cina ini menjadikan Malaysia  sebagai sebuah negara yang Kaya dengan budaya,
Adat resam, bahasa dan latar belakang kebudayaan yang berlainan sehingga menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara yang unik di Mata dunia. Pertama, konsep etika Cina,
seperti nilai-nilai kekeluargaan dan kesopanan, telah memberi pengaruh yang besar dalam
masyarakat Malaysia. Nilai-nilai ini menekankan pentingnya menghormati orang tua,
menyokong dan menjaga keluarga, serta memelihara hubungan yang baik antara individu
dalam masyarakat. Hal ini dapat dilihat dalam amalan kekeluargaan yang kuat dalam
masyarakat Cina di Malaysia, di mana keluarga diutamakan dan peranan orang tua
dihormati. Konsep ini juga memberi kesan dalam pembinaan hubungan sosial yang saling
menghormati dan bertanggungjawab antara individu dalam masyarakat Malaysia secara
keseluruhan.

Seterusnya, pengaruh peradaban Cina turut terlihat dalam bidang seni, budaya, dan
warisan. Seni tradisional seperti seni lukis, kraf tangan, dan seni pertunjukan Cina, seperti
opera dan tarian naga, telah menyumbang kepada landskap seni dan kebudayaan Malaysia
secara keseluruhan. Warisan ini terus dipelihara dan diwarisi oleh masyarakat Cina di
Malaysia, yang menghargai dan mempromosikan identiti budaya mereka. Pengaruh ini turut
meluas ke masyarakat Malaysia secara menyeluruh, di mana elemen-elemen seni dan
budaya Cina sering terlihat dalam perayaan-perayaan kebudayaan Malaysia, seperti Tahun
Baru Cina dan Hari Raya Kongsi.

Terakhir, konsep etika Cina juga mempengaruhi sistem pendidikan dan nilai-nilai
kerja dalam masyarakat Malaysia. Fokus pada kecemerlangan akademik, disiplin, dan kerja
keras adalah nilai-nilai yang dijunjung tinggi dalam tradisi pendidikan Cina. Sekolah-sekolah
Cina di Malaysia terkenal dengan keunggulan akademik dan keazaman dalam membentuk
pelajar yang disiplin dan berdedikasi. Nilai-nilai ini telah diterima oleh masyarakat Malaysia
secara meluas dan dianggap sebagai faktor penting dalam mencapai kejayaan dalam
pendidikan dan karier.

Secara keseluruhan, konsep etika dan peradaban Cina telah memberi pengaruh yang
signifikan dalam membentuk masyarakat di Malaysia. Melalui nilai-nilai kekeluargaan, seni
dan budaya, serta fokus pada kecemerlangan akademik dan kerja keras, pengaruh ini telah
membantu membentuk aspek-aspek penting dalam kehidupan sosial, budaya, dan ekonomi
di Malaysia. Walaupun terdapat pelbagai kebudayaan dan etnisiti di Malaysia, pengaruh Cina
telah menjadi salah satu asas yang kuat dalam menggalakkan keharmonian dan
kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia.
RUJUKAN

Dewi Hartati. 2012. Konfusianisme dalam Kebudayaan Cina Moder. Paradigma: Jurnal Kajian

Budaya 2, no. 2 (November). 10.17510/paradigma.v2i2.25.

Mustafar, F. W., & Badhrulhisham, A. (2021). Pesta Pongal dan Tahun Baru Cina, Perayaan

Adat atau Perayaan Keagamaan? Satu Toleransi Agama di Malaysia. ‘Abqari

Journal, 25(1), 80–96. https://doi.org/10.33102/abqari.vol24no2.415

Umie Azahrah. Perkembangan budaya masyarakat cina.

Anda mungkin juga menyukai