Anda di halaman 1dari 23

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

(UW00802)
SEKSYEN 18

SEMESTER (1-2022/2023)
TAJUK: KONSEP ETIKA DAN PERADABAN DI ALAM MELAYU
NAMA PENSYARAH: EN. YUSTEN KARULUS
KUMPULAN: KUMPULAN 4
KETUA KUMPULAN: MOHD NAZLY BIN AZLIE

SENARAI AHLI KUMPULAN

NO. NAMA AHLI KUMPULAN NO.MATRIK PROGRAM

1. MOHD NAZLY BIN AZLIE BP22160542 PSIKOLOGI


KAUNSELING

2. MUHAMMAD NUR AIMAN BIN BB22161122 PENGURUSAN


CACO HOTEL

7. NORFAEZAH BINTI SARBINI BA22160783 SOSIOLOGI &


ANTROPOLOGI
SOSIAL

5. NUR’SHAFIKA BINTI ROGER BB22161027 PEMASARAN

6. NURFATIN SYAZWANI BINTI BB22161040 KEUSAHAWANAN


SYAHRIN

4. PRANCER PETER BA22160798 SOSIOLOGI &


ANTROPOLOGI
SOSIAL

3. SH IRSYAD IZZAN BIN SH SYAFAWE BB22161063 PENGURUSAN


HOTEL

8. VICTORIA SCARLET BINTI JOHANES BA22160770 HUBUNGAN


INDUSTRI
PENGENALAN

Etika dan peradaban merupakan dua konsep yang sentiasa bergerak seiring dan saling
melengkapi. Etika sering kali dirujuk kepada pelbagai istilah seperti akhlak moral, norma
kehidupan, sikap, keperibadian, watak karakter, atau keyakinan atas sesuatu. Etika perilaku
seseorang itu dapat menunjukkan sifat atau perbuatan sama ada baik, buruk, sopan atau biadap
di mata manusia lain. Ini menunjukkan pemahaman dan penghayatan setiap manusia terhadap
erti etika itu sendiri amat penting dalam meneruskan kehidupan pada zaman globalisasi moden
ini. Perkataan etika itu sendiri diambil daripada bahasa Inggeris iaitu ‘ethic’. Etika berasal
daripada perkataan Yunani iaitu ‘ethos’ yang bermasud sikap atau peribadi. Maksud etika
menurut pemahaman bahasa Melayu ialah akhlak atau moral seseorang dalam kelakuan atau
pergaulan mereka.1

Etika juga adalah salah satu cabang dalam falsafah moral. Ianya berhubung kait dengan
perlakuan atau perbuatan sama ada buruk atau cantik seseorang dalam mengendalikan situasi
atau keadaan yang perlu dihadapi. Etika adalah sifat atau perilaku yang merangkumi setiap
lapisan umur, bangsa, etnik, agama dan negara. kematangan sikap yang ada pada dirinya juga
memberi kesan positif kepada orang yang berada di sekelilingnya. Di dalam setiap pekerjaan,
akan ada skop etika dalam melakukan tindakan bagi setiap perkara yang sudah ditetapkan
mengikut jenis pekerjaan tersebut. Menjalani kehidupan yang beretika akan memberi faedah
kepada diri sendiri dan orang sekeliling. Secara fitrahnya, etika yang baik sudah ada dalam diri
manusia. Namun begitu, pengalaman hidup dan cabaran revolusi teknologi kini akan menguji
seseorang sama ada dia mampu mengekalkan etika yang baik atau sebaliknya. Oleh itu, pada
zaman moden ini manusia mesti memahami dan mempelajari dengan lebih mendalam supaya
dapat mengaplikasikan etika dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh, apabila seseorang itu
bercakap jujur, bersopan santun, hormat kepada yang lebih tua akan dianggap beretika.
Manakala jikalau seseorang itu mencuri, bercakap bohong dan tidak jujur akan dianggap tidak
beretika dalam kehidupannya.

Etika bersifat relatinf iaitu tidak bersifat mutlak. Perbezaan etika anatara individu dan
kumpulan sangat dipengaruhi oleh factor peribadi terutamanya factor psikologi seperti persepsi
dan sikap dan sikap individu atau sekumpulan individu. Ini bermakna setiap peralakuan atau
nilai mungkin dipandang berbeza-beza antara individua tau kumpulan individu kerana

1
Ateerah, Penghayatan Etika & Peradaban, Kelantan: Penerbit UMK, 2001, hlm 2.

1
walaupun kelakuan itu dianggap beretika mengikut kaca mata orang melihat, ia biasanya perlu
akur kerana norma-norma sosial yang diterima umum yang bersifat individual atau tempatan.
Justeru, etika merujuk kepada falsafah moral yang merupakan satu cabang dalam bidang
falsafah yang melibatkan menyusun, mengemaskam, mengemukakan dan mencadangkan
kelakuan yang betul dan salah. Ia merujuk kepada tingkah laku moral seseorang insan dalam
melakukan sesuatu Tindakan dan perbuatan seseorang berasaskan betul dan salah ketika
melaksanakan tanggungjawab insani dalam mengharungi kehidupan. Ia berkait rapat dengan
nilai-nilai moral yang menjadi ikutan dan sandaran bagi seseorang individu ataupun
masyarakat dalam menentukan perbuatan, Tindakan dan perangai masing-masing. Orang yang
meletakkan kehidupannya beretika sudah pasti memastikan dirinya bertanggungjawab dalam
kehidupan harian yang boleh mendatangkan faedah kepada diri sendiri, keluarga dan
masyarakat. Sebagai contoh seseorang dikatakan beretika apabila jujur melaksanakan tugasan
hariannya tanpa melihat kepada agenda peribadi yang boleh mencemarkan nama baik
organisasi atau tempat kerjanya.

Istilah peradaban (cilivization) atau tamadun berasal dari kata maddana yang bererti
peradaban dan perbaikan dalam budaya sosial. Ia juga merujuk kepada kehalusan tatasusila dan
keluhuran kebudayaan sesuatu masyarakat (Inm Manzur,1988). Kata peradaban memberi
pengertian adab, kesopanan, kesantunan serta kehalusan. Istilah peradaban juga adalah keadaan
serta tingkatan kemajuan kepada kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa atau masyarakat
atau keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan
kebendaan serata perkembangan pemikiran (social,budaya, politik, dan lain-lain) negara dan
penduduknya telah mencapai kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran
(sosial,budaya,politik dan lain-lain) budaya atau cara hidup orang orang uauty negara ,
Kawasan atau sesuatu zaman dan keadaan pemikiran ( budaya dan moral yang halus ).
Sekiranya dilihat kepada istilah peradaban atau cilivization pada awal kemunculannya
dikaitkan dengan proses pembuatan undang-undang, kehakiman, keteraturan, institusi polis
atau peradaban secara am yang menjadi ciri-ciri masyarakat yang beradab. Ianya sama sekali
berlawanan dengan keadaan masyarakat yang ganas dan liar.

Selain itu, adab merupakan budi pekerti yang halus, tingkah laku yang baik dan budi
bahasa yang luhur (Kamus Dewan, 2010). Bercakap kasar dan tidak berbudi bahasa adalah
salah satu tindakan yang menunjukkan seseorang itu tidak beradab dalam kehidupannya.
Contoh yang paling mudah ialah apabila seseorang itu meninggikan suara kepada ibu bapa atau

2
mereka yang lebih tua akan dianggap sebagai seseorangyang tidak beradab. Pemahaman adab
itu haruslah bermula dari rumah mengikut acuan yang diajar oleh ibu bapa. Oleh itu, adab
berkembang daripada individu kepada keluarga, komuniti dan seterusnya kepada kelompok
yang lebih besar iaitu masyarakat. Sekiranya seseorang itu disenangi dan dihormati dalam
kelompok masyarakat, ia menunjukkan mereka berjaya dan bijak mengendalikan apa jua
situasi dengan cara yang beradab.

Menurut Syed Muhammad Naquib (1978) menjelaskan bahawa peraban itu ialah
keadaan kehidupan manusia bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatatusila dan
kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya. Justeru, peradaban adalah sesuatu
gambaran daripada bentuk-bentuk kemajuan, baik yang berupa kemajuan material, ilmu
pengetahuan, seni, sastera social yang terdapat pada sesebuah masyarakat. Oleh yang demikian,
peradaban adalah sesuatu yang diguna pakai untuk unsur-unsur dari kehidupan yang halus dan
indah. Dan ada juga pendapat yang lain menyebut bahawa peradaban adalah kemajuan material
(ilmu dan teknologi), aspek kehalusan, penataan social dan aspek kemajuan lain.

Berdasarkan kepada beberapa pandangan sarjana timur dan barat dapat dibuat
kesimpulan bahawa peradaban atau tamadun pada umumnya merupakan satu konsep yang luas
dan kompleks, peradaban merujuk kepada pencapaian sesuatu masyarakat yang merangkumi
aspek rohani, intelek, emosi dan jasmani. Dalam membincangkan pembangunan sesebuah
peradaban atau tamadun sudah pasti ianya mencakupi bidang ilmu pengetahuan, kepercayaan
agama, akhlak dan sahsiah, pentadbiran, undang-undang, kesenian, perbandaran,
pembangunan sains dan teknologi dan adat resa, (Azmi Shah, Mohd Nasir, Ramli, Sayed
Mahussai & Zulkifli, 2007)

3
BUDAYA ALAM MELAYU

Kebudayaan merupakan keseluruhan yang kompleks yang didalamnya terkandung


pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat dan kemampuan-kemampuan
lain yang didapat oleh seseorang sebagai anggota masyarakat.2 Proses kebudayaan melayu
telah bertapak dalam tempoh yang lama bermula dari peringkat zaman prasejarah sehingga
kebangkitan empayar-empayar melayu zaman Hindu-Buddha, Islam dan kekuasaan penjajah
Barat. Pengaruh ini telah menurunkan pelbagai tradisi dan nilai yang telah sebati dalam jiwa
dan peribadi bangsa melayu. Budaya melayu tidak hanya tertumpu kepada satu aspek sahaja
tetapi adat kebiasaan yang diamalkan oleh rakyat melayu juga boleh diklasifikasikan sebagai
kebudayaan melayu kerana termasuk dalam kebudayaan immaterial yang boleh didapati secara
langsung melalui pertuturan yang telah diwarisi secara turun-temurun.3

Kebudayaan melayu telah dipengaruhi dengan peradaban Hindu-Buddha kerana


perluasan peradaban ini disebabkan kemajuan teknologi dalam pelayaran. Penyebaran ini
dilakukan oleh para pedagang yang datang ke tanah melayu untuk berdagang,4 mereka turut
menyebarkan pengaruh kebudayaan dan keagamaan asal kepada masyarakat melayu. Namun,
pengaruh ini hanya ditambah sedikit sahaja dalam tradisi budaya melayu dan tidak berjaya
mengubah kepercayaan agama dan pemikiran orang melayu. Pengaruh Hindu-Buddha dapat
dilihat dalam adat istiadat, sistem pemerintahan, sastera melayu dan penggunaan bahasa
sanskrit.5 Penerimaan pengaruh ini tidak secara menyeluruh kerana tidak mempunyai
kepentingan dalam aspek nilai-nilai sosial.

Sebelum kedatangan Islam, agama dan kebudayaan Hindu-Buddha telah bertapak


kukuh dalam kehidupan masyarakat alam melayu. Namun, selepas kedatangan islam ke tanah
melayu telah mengubah dan mempengaruhi pelbagai aspek dalam kehidupan masyarakat serta
perubahan yang dibawa meliputi unsur-unsur rasional, intelektual dan logik akal, kepercayaan
dan kebudayaan.6 Islam menerima budaya lain tetapi dengan beberapa penyesuaian yang sesuai
dengan nilai-nilai Islam dan menepati ciri-ciri kebudayaan sebenar. Kebudayaan Islam

2
Edward B.Taylor (1903), Primitive Culture, Researches Into The Development, Of Mythology, Philosophy,
Religion, Language, Art And Custom. C. 4. London: J. Murray, hlm 1.
3
Zakaria Stapa (1994), Masyarakat Islam Dan Isu Semasa. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islam Malaysia
(YADIM), hlm 6.
4
Wan Abdul Kadir (1993), Pengenalan Masyarakat Dan Budaya Melayu.Kota Bharu: Masfami Enterprise, hlm
8.
5
Ismail hamid (1988), op.cit., hlm 50-54.
6
Sharifah Nur Abu. (2022, Januari 11). Konsep etika dan peradaban [powerpoint slide]. SlideShare.
https://www.slideshare.net/SharifahNurAbu/topik-2-konsep-etika-dan-peradaban

4
mengandungi syariah Islam dari segi luarannya dan kerohanian Islam dari segi dalamnya.
Malah, peradaban melayu telah menyerap unsur dan tradisi tamadun Islam yang akhirnya
melahirkan tamadun melayu Islam di melaka dan terdapat teori mengatakan Islam dibawa terus
dari semenanjung tanah Arab ke alam melayu melalui hubungan perdagangan.

Perluasan budaya barat mula bertapak pada abad ke-16, hal ini disebabkan berlaku
pekembangan teknologi sains dan teknologi yang mendorong penjajah barat melakukan aktiviti
penjelajahan ke luar negara. Kebudayaan barat dikaitkan dengan unsur-unsur kemodenan
manakala kebudayaan melayu dianggap ketinggalan zaman. Pengaruh barat meliputi
pengenalan sistem pelajaran, media massa dan banyak lagi. Walaubagaimanapun, masyarakat
melayu menganggap budaya barat kurang sopan dan bertentangan dengan kebudayaan melayu
dan Sslam.

Kebudayaan masyarakat di alam melayu sentiasa berkembang seiring dengan perubahan


zaman. Alam kebudayaan melayu dan semua suku bangsa alam melayu terpancar di dalam
sistem sosiobudaya yang dinamakan adat.7 Adat sebahagian daripada kandungan kebudayaan
dan mengalami banyak perubahan. Adat boleh diklasifikasikan tingkat laku, upacara berkaitan
istiadat, sambutan pesta, moral dan kebiasaan. Tambahan lagi, adat melayu telah wujud sejak
zaman dahulu lagi yang banyak diwarisi oleh satu generasi ke generasi seterusnya.8 Adat
melambangkan identiti orang melayu dan kebanyakan amalan adat yang selari dengan nila-
nilai Islam masih diteruskan sehingga sekarang.

Adat melayu mempunyai empat asas yang membinanya dan penggunaan konsep ini
dijalankan oleh masyarakat melayu minangkabau melalui perbilangan adat akhirnya
berkembang dalam kalangan orang melayu di semenanjung Malaysia. Antara asas tersebut
ialah adat sebenar adat yang wujud terhadap kejadian alam yang berlaku dalam lingkaran
kehidupan atau adat ini dikenali sebagai hukum alam dan hukum tabii. Contohnya, adat ayam
berkokok. Seterusnya, adat yang teradat yang berasaskan hubungan sesama masyarakat
sekeliling. Bagi merealisasikan keselesaan hidup masyarakat, suatu peraturan dibentuk tanpa
memerlukan persetujuan daripada pihak-pihak tertentu. Adat ini merupakan amalan kebiasaan
yang diwarisi secara turun-temurun. Selain itu, adat yang diadatkan merupakan amalan yang
menjadi kebiasaan masyarakat yang perlu diinstitusikan dan dijadikan peraturan yang harus

7
Zainal Kling (1987), Op.Cit. hlm 62.
8
Wan Abdul Kadir (2000), Op.Cit., hlm 67.

5
dituruti untuk menjaga keharmonian masyarakat.9 Sekiranya peraturan tidak dipatuhi, ianya
akan mendatangkan kesan buruk terhadap masyarakat tersebut. Di samping itu, adat istiadat
yang biasanya bercorak upacara dan mempunyai prinsip-prinsip tertentu yang perlu diikuti.
Adat istiadat yang diamalkan oleh golongan pemerintah bersifat halus dan sistematik
berbanding rakyat. Orang melayu beranggapan adat mencerminkan norma perhubungan antara
alam dan manusia.

KONSEP ETIKA DAN PERADABAN DI ALAM MELAYU PADA ZAMAN


PRASEJARAH

Malaysia dibezakan dengan fakta bahawa ia adalah sebuah thalassotherapi Hindu-


Buddha selama lebih daripada 600 tahun sebelum Islam menjadi agama yang penting. Ini
menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik. Sehubungan dengan ini, berikut adalah analisis
ringkas tentang etika.

Semasa zaman prakolonial, apa yang kini dikenali sebagai Malaysia belum ditubuhkan,
dan Tanah Melayu masih belum dijajah oleh mana-mana entiti Barat. Hidup pada ketika ini
dalam sejarah, etika telah wujud, dan lingkungan sosial Melayu tradisional adalah tempat
dilaksanakan dengan paling berkesan. Sebelum permulaan zaman penjajah, etika sering
difahamkan merujuk kepada adab, konvensyen, dan tradisi yang telah sebati dalam diri
manusia sejak sekian lama. setiap interaksi perbincangan dan aktiviti seharian di Tanah Melayu
adalah berlandaskan adat-adat di rantau ini yang pada masa itu masih belum dipengaruhi oleh
etika yang diimport dari serantau dunia lain.

Kita dapat lihat pada zaman paleolitik adat-adat di tanah melayu belum lagi wujud dan
masyarakat di sana masih menggunakan adat atau budaya yang sama seperti tamadun lain
seperti kehidupan yang berpindah-randah dan mengamalkan kehidupan sara diri seperti
memburu dan hidup ditepi sungai. Penggunaan alat batu juga telah digunakan oleh masyarakat
alam melayu. Alat batu diguna sebagai senjata, perabot dan bahan untuk mempertahankan diri

9
Zainal Kling (1996), Op.Cit., hlm 3-6.

6
yang lain. Konsep etika dan peradaban alam melayu pada zaman paleolitik ini sama seperti
etika dan peradaban di tamadun lain.

Seterusnya, zaman mesolitik yang mana zaman selepas zaman paleolitik. Pada zaman
ini masyarakat melayu telah mengalami evolusi. Masyarakat melayu telah mengalami
perkembangan yang mana mereka mula untuk membentuk batu sebagai alat atau peralatan
yang lebih berbentuk dan membantu mereka dari segi perburuan dan menjadikan batu itu
sebagai alat keperluan seperti lembing yang ditajamkan supaya dapat memburu dengan mudah.
Masyarakat Melayu pada masa ini telah memulakan kegiatan pertanian, penternakan,
perdangangan awal dan perhubungan dengan kawasan lain. Contohnya, alat batu yang
digunakan oleh mereka ialah kapak bersegi, dan kapak lontong. Kapak bersegi ialah kapak
yang berbentuk trapesium dan seolah-olah berbentuk cangkul. Kapak lontong pula ialah kapak
yang berbentuk seperti bulat telur yang di mana hujungnya yang runcing ditempatkan tangkai
dan diasah dengan tajam.10 Walaubagaimanapun, masyarakat tamadun melayu masih terkait
dengan kehidupan sara diri dan berpindah randah.

Selain itu, zaman neoltik juga mempunyai perkembangan melalui etika dan peradaban
seperti peralatan batu yang lebih canggih dan lengkap. Peralatan batu tersebut telah berevolusi
dengan lebih canggih dengan ditambah dengan batang untuk dipegang dan batu yang lebih
tajam. Zaman neolitik ini ialah zaman yang di mana berakhirnya zaman batu dan dikatakan
sebagai pelengkap zaman batu.11

Akhir sekali, zaman yang merupakan pengakhiran zaman prasejarah tamadun melayu
yang mana masyarakat melayu ketika itu sudah mempunyai pendirian untuk tinggal di kawasan
tetap. Zaman logam ini mempunyai masyarakat melayu juga tertumpu di kawasan yang
mempunyai sumber air. Hal ini kerana tempat yang mempunyai sumber air memberikan
banyak kebaikan. Sumber air ini juga digunakan untuk tempat perhubungan antara kawasan-
kawasan dan pengangkutan dengan menggunakan perahu. Perkembangan ini merupakan

10
Nailufar, N. (2021, May 19). Peralatan Manusia purba Dan Fungsinya Halaman all. Retrieved January 6,
2023, from https://www.kompas.com/stori/read/2021/05/19/125423779/peralatan-manusia-purba-dan-
fungsinya?page=all
11
Razak, A. A., & RASHID, Z. M. (2021). Bab 1: Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban dalam
Acuan Malaysia. UMK Press.

7
perkembangan atau revolusi yang sangat drastik dan menyebabkan masyarakat tamadun
melayu ketika itu dapat berkembang dengan mudah.12

KONSEP ETIKA DAN PERADABAN DI ALAM MELAYU PADA ZAMAN PROTO


SEJARAH

Zaman proto sejarah ini ialah zaman di mana wujudnya kerajaan-kerajaan awal yang
terdapat di tamadun melayu. Salah satu kerajaan yang ada pada zaman ini ialah Kedah Tua,
Chih-Tu dan Langkasuka. Masyarakat zaman ini dipanggil sebagai kerajaan awal ataupun
zaman kewujudan kerajaan purba di tamadun melayu.

Masyarakat pada zaman ini telah mewujudkan Bahasa Lingua Franca iaitu Bahasa
Melayu. Bahasa Melayu yang digunakan bukanlah Bahasa melayu yang digunakan pada masa
kini tetapi Bahasa Melayu yang digunakan menggunakan tulisan rumi. Hal ini kerana
masyarakat tanah melayu Ketika itu telah mengamalkan budaya dan agama daripada arab iaitu
agama Islam. Islam telah diperkenalkan ke Semenanjung Tanah Melayu sejak orang Islam
menjadi pedagang dan pelaut di kawasan rantau ini. Hal ini kerana terdapat hubungan
perdagangan yang kuat antara orang Arab dengan masyarakat Melayu seperti yang berlaku di
Kallah (Kedah), Takola dan Takuapa telah terjalin sebelum kedatangan Islam lagi (Mokhtar,
Aja'ibul Hind Kisah-Kisah Ajaib di Daratan dan Lautan Hindi, 2020). Kemajuan yang dialami
di negeri Zabaj atau Kallah ini dicatatkan bahawa pasarpasar dagangan dibina dengan banyak
sekali dan bangunan-bangunannya dibina dengan besar dan megah. Selain itu, di Kallah
dicatatkan bahawa besi pembuatan senjata seperti pedang diambil disini kerana dikatakan besi
yang terbaik di dunia. Orang-orang Arab dahulu mengenali pedang buatan Kedah dengan nama
Al-Sayf Al-Hind. Selain itu, terdapat catatan pedagang arab mengatakan bahawa mereka
pernah singgah di negeri Kallah iaitu di kawasan Kallah Baar di bawah kekuasaan kerajaan
Zabaj dan dikuasai oleh seorang raja. Pakaian penduduk di situ adalah kain sarung. Orang kaya
dan orang kebanyakan mereka memakai kain sarung yang sama. Di sana pedagang Arab ini
telah memperbaharui bekalan air mereka yang diambil daripada telaga-telaga. Penduduk di sini

12
Ramli, Z., & RAHMAN, N. (2010). Petempatan masyarakat Zaman Logam di Selangor berdasarkan data
arkeologi. International Journal of Malay World and Civilisation, 28(1), 41-55.

8
dilihat lebih mengutamakan bekalan air tawar daripada telaga berbanding mata air atau air
hujan (Mokhtar, Rihlatus Sirafi Catatan Pengembaraan di Alam Melayu, China, India dan
Afrika, 2020) Perkara ini dapat dilihat bahawa masyarakat Tanah Melayu telah menerima
pengaruh pedagang Arab yang telah membawa masuk ajaran agama Islam ke dalam tanah
Melayu.

Seterusnya, sistem politik tradisi telah diwujudkan seperti sistem empat lipatan, sistem
Jemaah Menteri dan sistem penaung dan dinaung. Sistem sosial tanah melayu pada zaman ini
ialah golongan pemerintah dan golongan yang diperintah. Golongan pemerintah ini ialah
golongan yang mempunyai pangkat dan mempunyai kekayaan yang melebihi golongan yang
diperintah. Kebiasaanya golongan pemerintah ini ialah golongan raja dan golongan yang
berjawatan penting dalam kerajaan. Akhir sekali, sistem ekonomi yang terdapat di tanah
melayu pada ketika ini ialah sara diri. Sara diri ini bermaksud masyarakat yang melakukan
pekerjaan berdasarkan asset yang berterusan untuk menyara diri ketika itu. Contohnya,
pertanian dan bercucuk-tanam yang merupakan asset penting ketika zaman ini.

KONSEP ETIKA DAN PERADABAN DI ALAM MELAYU PADA ZAMAN


PENSEJARAHAN

Selepas zaman proto-sejarah, sebuah kerajaan baru muncul di tanah Melayu, yang
muncul pada zaman yang dikenali sebagai zaman pensejarah. Kerajaan yang didirikan oleh
Raja Paramesura atau Iskandar Shah pada awal abad ke-15, sekitar tahun 1400 M, dinamakan
Kerajaan Melaka.13 Asas tamadun Melayu ini ialah sekumpulan bangsa yang tergolong dalam
cabang "Melayu-Indonesia" yang merangkumi pelbagai kaum antaranya Melayu, Jawa, Sunda,
Aceh, Madura, Minan The Kabau, Bugis, Minan, Iban, Bajau, Murut. dan "Melayu-Indonesia"
pada zaman ini termasuk dalam rumpun bahasa Austronesia. Keluarga bahasa Austronesia
adalah salah satu keluarga bahasa terbesar yang dituturkan di lebih daripada separuh dunia,
dari Madagascar di barat hingga Pulau Easter di timur, Formosa dan Hawaii di utara, dan New
Zealand di selatan. Berbalik kepada Kerajaan Melayu Melaka, kemunculan kerajaan ini telah
menjadi titik tolak perkembangan tamadun Melayu ketika itu. Kemunculan Kerajaan Melaka

13
Ibrahim, M. Y. (1998). Kesultanan Melayu Melaka (1400?)-1511: Pensejarahan dan Kesejarahan.

9
juga membolehkan tamadun Melayu di Tanah Melayu berkembang maju. Faktor utama
perkembangan pesat Kerajaan Melaka adalah kerana wujudnya sistem pentadbiran yang cekap
dan tersusun terutamanya melalui sistem Pembesar Empat Lipatan. Peradaban dan peraturan
Kerajaan Melaka tercatat dalam Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin yang ditulis oleh Tun
Sri Lanang, yang merupakan dokumen sejarah Melayu terpenting.14 Dengan sistem
pentadbiran yang cekap ini, kerajaan Melaka telah berjaya menjamin keselamatan dan
kemakmuran rakyat Kerajaan tersebut. Kerajaan Melaka boleh dikatakan mempunyai tamadun
yang tinggi, kerana kehebatan kerajaan ini dengan undang-undang Melaka dan Hukum Kanun
Melaka. Faktor sistem pentadbiran yang teratur telah menarik minat saudagar dan kelasi dari
merata tempat, menjadikan Melaka sebagai pusat kegiatan perdagangan.

Kedatangan pedagang dari seluruh dunia menyebabkan penyebaran pengaruh


peradaban lain. Contohnya, kedatangan pedagang India yang menyebarkan agama Buddha dan
Hindu di Asia Tenggara. Perkembangan pengaruh “Indianisasi” terhadap penduduk Asia
Tenggara sebenarnya berlaku sebelum tahun 1500 Masihi. Negara yang terawal dipengaruhi
oleh India ialah orang Funan yang terletak di Lembangan Sungai Mekong. Contoh lain ialah
pengaruh tamadun China, hubungan antara tamadun China dengan Tanah Melayu telah wujud
sejak Dinasti Han (140-117 SM). Kemunculan Kerajaan Melaka meneruskan hubungan baik
antara kerajaan China dengan Tanah Melayu. Hubungan ini membuka peluang yang lebih besar
untuk mengasimilasikan tamadun, terutamanya semasa Dinasti Ming pada abad ke-15.15

PENGARUH PERADABAN TIMUR TENGAH KE ATAS PERADABAN MELAYU

Negara yang berasal dari Timur Tengah kebanyakannya nagara beragama Islam.
Sebagai contoh, Mesir, Turki, Arab Saudi, Iraq dan banyak lagi. Timur Tengah memainkan
peranan yang sangat penting dalam mencorakkan peradaban Melayu sehingga kini. Peradaban
yang dibawa dari Timur Tengah adalah berunsurkan agama Islam. Sebelum kedatangan
peradaban Islam di alam Melayu, rakyat dan rajanya menganut agama Hindu dan mempercayai
fahaman animisme yang diwarisi turun-temurun dari nenek moyang mereka. Nusantara

14
Hashim, M. Y. (1998). Hikayat Melayu atau Sulalatus Salatin.
15
Tecksoncarllos, (2022). 03TOPIK2-Konsepetikadanperadaban - tecksoncarllos Flip PDF

10
terkenal dengan pusat persinggahan para pedagang ketika dahulu. Secara umumnya, para
pedagang Arab menggunakan jalan lautan, melintasi pesisir India dan Asia Tenggara untuk
menjalankan kegiatan perdagangan dengan China. Sepanjang perjalanan, mereka akan
menjadikan kawasan Nusantara sebagai tempat persinggahan. Terdapat juga pedagang Arab
dari Parsi ke Nusantara yang membawa barangan dagangan seperti lada, rempah, kemenyan
dan kapur barus iaitu sesuatu bahan kristal yang berwarna putih. Tujuan mereka adalah untuk
memenuhi keperluan barangan diantara Nusantara dan negara Timur Tengah.16

Pengaruh terkuat Timur Tengah terhadap Alam Melayu adalah dalam aspek keagamaan
dan kepercayaan. Terdapat banyak pandangan tentang bermulanya pengislaman rakyat Melayu
secara besar-besaran yang sebelumnya menganut agama Hindu. Pandangan yang paling
terkenal dan dianggap kukuh adalah berdasarkan catatan Melayu itu sendiri. Pengislaman Raja-
Raja membuatkan orang Melayu turut serta memasuki dan menerima agama Islam sebagai
panduan hidup mereka. Misalnya, Parameswara yang didatangi oleh Syed Abdul Aziz dari
Jeddah bagi pengislaman Melaka pada ketika itu.17 Sebelum kepercayaan Islam terpahat dalam
hati orang Melayu, mereka mempercayai pemahaman animisme yang meyakini setiap objek
mempunyai jiwa mereka tersendiri. Mereka menganut agama Hindu Buddha yang merupakan
campuran dari dua agama kerana kedua-duanya tidak bercanggah dengan gaya hidup dan
budaya orang Melayu. Hyang menjadi salah satu yang disembah dan dipuja oleh mereka kerana
keyakinan akan maha kuasa roh ghaib tersebut yang bersifatkan ketuhanan dalam fahaman
agama mereka. Islam mengubah pandangan orang Melayu terhadap konsep ketuhanan di mana
dalam agama ini, orang Melayu menyembah satu Tuhan Yang Maha Esa berbeza dengan dewa-
dewa seperti yang diajarkan dalam Hindu Buddha. Al- Quran menjadi pegangan hidup orang
Melayu baik dalam hal dunia mahupun akhirat. Dalam kehidupan seharian mereka, terselit
hukum-hakam yang berpandukan al-Quran dan gaya hidup Nabi Muhammad SAW. Pegangan
terhadap Allah Yang Esa telah mengekalkan semangat umat Islam Nusantara dalam menjalani
kehidupan seharian mereka tanpa perlu risau dan takut kerana tiada kuasa lain yang lebih gagah
melainkan Allah Yang Maha Berkuasa. Keimanan mereka diukur melalui amal ibadat yang
ditetapkan oleh agama Islam di mana mereka sembahyang 5 kali sehari, berpuasa di bulan
Ramadhan, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji di Masjidil Haram bagi mereka yang
berkemampuan.18 Dalam pada itu, mereka juga mempunyai sambutan tertentu bagi hari yang

16
Siew Poh Teng. (2014, August 23). Huraikan Lima Kesan dan Pengaruh Islam Terhadap Peradaban Melayu
Nusantara. Slide Share, hlm 1.
17
Rizal, S. (2018, June 19). Teori mengenai kedatangan Islam. HarakahDaily, hlm 1.
18
Siew Poh Teng, Huraikan Lima Kesan dan Pengaruh Islam Terhadap Peradaban Melayu Nusantara, hlm 2

11
dianggap istimewa terhadap orang Islam kerana setiap perayaan mempunyai peristiwa
tersendiri. Umat Islam menyambut sambutan seperti Maulidur Rasul, Nuzul al-Quran, Maal
Hijrah dan banyak lagi. Perayaan adilfitri meruapakan perayaan selepas sebulan berpuasa di
bulan Ramadhan dan bagi perayaan Aidil Adha mereka akan menyembelih lembu sebagai
daging korban dan diagihkan kepada orang miskin yang tidak berupaya untuk membeli daging
lembu yang mahal. Proses penerimaan agama Islam dalam diri orang Melayu tidaklah begitu
rumit dan diterima secara lembut kerana mereka melihat wujudnya persamaan dalam Islam
dengan agama lama mereka. Hanya saja amalan lama mereja mempunyai perspektif berbeza
melalui agama Islam yang memudahkan mereka menerima agama baharu. Pengenalan istilah
mirip seperti ‘sembahyang’ dan ‘jampi’ diperkenalkan kepada ‘solat’ dan ‘ruqyah’ berupaya
mempercepatkan pemahaman orang Melayu terhadap Islam. Jampi atau mantera yang dibaca
ketika bercucuk tanam dengan memetic ‘Jin Tanah’ dan ‘Datuk Petala Bumi’ digantikan dengan
lafaz ‘Bismillahirrahmanirrahim’ yang bersiftat lebih tauhid. Dapat dikesan ulama terdahulu
tidak mengubah sepenuhnya amalan masyarakat Melayu tetapi menyamakan elemen lama
kepada elemen Islam, untuk memulakan tabiat.19 Dengan ini terbuktilah, Timur Tengah
memberi pengaruh yang sangat besar terhadap kepercayaan dan agama masyarakat di Alam
Melayu kerana sehingga kini ajaran tersebut masih kuat dalam diri orang Melayu serta tidak
boleh dipisahkan.

Timur Tengah juga berperanan dalam mempengaruhi kesenian Alam Melayu. Alam
Melayu menerima pengaruh yang kuat dalam kesenian Timur Tengah. Kesenian ini mencakupi
pelbagai aspek dan semestinya berkonsepkan ajaran Islam. Pengaruh Timur Tengah dalam
bidang ini meliputi aspek seperti, arkitektur, epigrafi, kaligrafi, seni ukir, seni logam dan
sebagainya. Arkitektur (seni bina) di Alam Melayu yang dapat membuktikan pengaruh Islam
adalah seperti rumah, madrasah, masjid, istana, surau dan sebagainya. Terutamanya masjid
yang menjadi tempat berkumpul umat Islam untuk menjalankan ibadah memperlihatkan
pengaruh kesenian Islam yang sangat kuat ialah bumbung kubah, menara, mihrab dan mimbar,
menara dan tulisan khat yang menghiasi dinding-dinding masjid. Bagi aspek epigrafi iaitu pada
makam atau batu nisan, masjid dan segala hiasannya. Umum diketahui bahawa batu nisan
merupakan karya seni Islam yang pertaman masuk di Alam Melayu. Antaranya, batu nisan
Syeikh Abdul al-Qadir Husain Alam 903 masihi yang ditemukan di Linggir, Kedah. Bagi
penemuan makam pula, terdapat tulisan daripada ayat-ayat al-Quran yang dipahat dipermukaan

19
Namri, S. (2019, July 22). Sejarah bagaimana Masyarakat Melayu Terdahulu Memeluk Islam. Iluminasi, hlm
1.

12
makam tersebut.20 Seni kaligrafi (seni khat) merupakan seni terpenting di Alam Melayu setelah
munculnya kedatangan Islam. Terdapat beberapa jenis seni khat iaitu, tsuluth, nasakh, kufi dan
banyak lagi. Seni khat selalunya terpampang dibahagian dinding terutamanya dinding masjid.
Di samping itu, khat juga tertulis pada benda lain seperti wang, tembikar, batu nisan, batu
bersurat dan banyak lagi. Dalam aspek ukiran pula, motif yang selalu digunakan adalah seperti
kepala Kala, daun-daunan, ranting-ranting dan bunga teratai. Jenis seni logam adalah hanya 2
iaitu mata wang dan senjata-senjata. Dalam mata wang bagi menonjolkan nila agama Islam
dengan menekan sifat keadilan kepada raja-raja. Bagi keris pula, hiasannya mempunyai ukiran
daripada ayat-ayat al-Quran yang terukir hampir dikeseluruhan senjata yang mempunyai nilai
tinggi bagi pahlawan Melayu.21 Tanpa pengaruh Timur Tengah, alam Melayu tidak seindah
sekarang di mana kebanyakan seni Melayu mempunyai unsur-unsur Islam.

PENGARUH PENJAJAH TERHADAP PERADABAN DAN ETIKA ALAM MELAYU

Pengaruh penjajah terhadap peradaban dan etika orang Melayu bukanlah hal yang
baharu pada abad ini, kerana penjajahan merupakan sebuah fenomena yang telah terjadi selama
berabad-abad dan telah memiliki impak yang cukup besar terhadap berbagai aspek kehidupan,
termasuk peradaban dan etika orang Melayu. Penjajahan terjadi ketika suatu negara atau
kekuatan asing menguasai suatu wilayah atau negara lain dengan tujuan untuk memperoleh
keuntungan ekonomi dan politik. Penjajahan telah terjadi di seluruh dunia, dan telah
meninggalkan jejak yang cukup besar di banyak negara yang pernah dijajah. Wilayah Melayu
merupakan salah satu wilayah yang pernah dijajah oleh berbagai kekuatan asing, termasuk
Belanda, British, dan Portugis. Penjajahan tersebut telah memiliki pengaruh yang cukup besar
terhadap peradaban dan etika orang Melayu, baik dari sisi positif maupun negatif.

Pertama-tama, penjajah telah membawa perubahan besar dalam sistem sosial dan
politik orang Melayu. Sebelum datangnya penjajah, orang Melayu hidup dalam masyarakat
yang berdasarkan adat istiadat dan kerajaan yang dipimpin oleh raja-raja Melayu. Namun,
dengan datangnya penjajah, sistem ini mulai tergantikan dengan sistem pemerintahan yang

20
Siew Poh Teng, Huraikan Lima Kesan dan Pengaruh Islam Terhadap Peradaban Melayu Nusantara, hlm 6
21
Ibid.

13
lebih teratur yang di pimpin oleh pegawai British22. Orang Melayu mulai memperoleh
pengaruh dari prinsip-prinsip demokrasi dan hak asasi manusia yang dibawa oleh penjajah,
yang pada akhirnya membawa perubahan besar dalam cara orang Melayu memahami keadilan
dan hak-hak mereka.

Penjajah juga membawa perubahan dalam bidang ekonomi orang Melayu. Sebelum
datangnya penjajah, orang Melayu bergantung pada pertanian dan perdagangan untuk
menopang kehidupan mereka. Namun, dengan datangnya penjajah yang membawa teknologi
dan peralatan yang lebih maju, orang Melayu mulai terpengaruh oleh sistem ekonomi yang
lebih modern. Ini menyebabkan perubahan besar dalam cara orang Melayu menghasilkan dan
mengelola kekayaan mereka, dan juga membawa perubahan dalam struktur kelas sosial orang
Melayu.

Selain itu penjajah juga membawa perubahan dalam bidang kebudayaan orang Melayu.
Penjajah membawa bahasa, agama, dan seni mereka ke tanah Melayu, yang pada akhirnya
mempengaruhi cara orang Melayu berpikir dan bersikap23. Orang Melayu mulai terpengaruh
oleh budaya Barat dan mulai menerima gaya hidup yang lebih moden. Ini membawa perubahan
dalam cara orang Melayu menghargai kebudayaan mereka sendiri, dan juga membawa
perubahan dalam cara orang Melayu memahami dunia di sekitarnya.

Seterusnya, Salah satu pengaruh utama penjajah terhadap peradaban orang Melayu
adalah pengenalan terhadap berbagai teknologi seperti perkembangan teknologi komunikasi.
Sistem komunikasi merupakan elemen penting untuk melicinkan pentadbiran selain
menyediakan kemudahan perhubungan kepada masyarakat tempatan.24 Hal ini membuka
wawasan orang melayu terhadap dunia luar dan memberikan akses kepada pelbagai
pengetahuan yang sebelumnya tidak tersedia bagi mereka.

Secara keseluruhan, pengaruh penjajah terhadap peradaban dan etika orang Melayu
adalah campuran dari pengaruh positif dan negatif. Pada satu sisi, penjajah membawa dengan
mereka teknologi dan pengetahuan baru yang membuka wawasan orang Melayu terhadap dunia
luar dan memberikan mereka akses kepada berbagai informasi yang sebelumnya tidak tersedia

22
“Ad-Din An-Nasihah: Kesan Kolonialisme.” “ 2.1 Raja Kehilangan Kuasa” Ad-Din An-Nasihah, 25 Oct.
2010,
23
Yang 'alim. “Ad-Din An-Nasihah: Kesan Kolonialisme.” Ad-Din An-Nasihah, 25 Oct. 2010
24
Di petik daripada Koh, Kuan Wei, et al. “Perkembangan Teknologi Komunikasi Dan Sumbangannya Kepada
Pentadbiran British Dan Masyarakat Di Negeri-Negeri Selat 1902-1938.

14
bagi mereka. Penjajah juga memperkenalkan ide-ide tentang demokrasi dan hak asasi manusia
yang kemudian diadopsi oleh masyarakat Melayu. Namun, di sisi lain, penjajah juga seringkali
melakukan kekerasan terhadap orang Melayu, serta tidak menghargai hak-hak mereka sebagai
masyarakat asli. Hal ini menyebabkan kerosakan struktur sosial dan ekonomi masyarakat
Melayu, serta memperlakukan mereka sebagai budak. Oleh karena itu, pengaruh penjajah
terhadap peradaban dan etika orang Melayu dapat dikatakan campuran dari pengaruh positif
dan negatif, tergantung pada bagaimana penjajah tersebut memperlakukan masyarakat Melayu.

ETIKA DAN PERADABAN MODEN DI ALAM MELAYU PADA ZAMAN MODEN

Selepas merdeka daripada Inggeris pada tahun 1957, Malaysia menjadi sebuah negara
berbilang kaum. Malaysia dibentuk daripada penggabungan Tanah Melayu, Brunei, Singapura,
Sabah dan Sarawak, tetapi Singapura dan Brunei telah meninggalkan penggabungan ini.25
Banyak perubahan berlaku selepas zaman penjajahan British, Jepun dan Portugis. Mereka
meninggalkan kesan kepada negara, menyebabkan perubahan dalam etika dan tamadun.
Masyarakat pada masa ini kelihatan lebih terbuka dan moden, mencampur adukkan etika dan
tamadun tradisional. Tetapi ada juga masyarakat yang mengamalkan etika dan tamadun moden
sepenuhnya. Namun jika dilihat secara terbuka, masih ramai lagi masyarakat yang masih
mengamalkan etika dan tamadun tradisional, tatasusila, adat, adat istiadat, akhlak, suasana dan
tatasusila yang masih diamalkan sehingga kini walaupun tidak seperti zaman dahulu.
Perubahan zaman moden menyebabkan masyarakat cepat menyesuaikan diri dengan perkara
baharu seperti teknologi maklumat yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan.

Hari ini, Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan demokrasi
berparlimen di bawah pemerintahan raja berperlembagaan, Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong, sebagai ketua negara. Sistem demokrasi berparlimen yang berasaskan model
Westminster merupakan bentuk kerajaan paling berkesan yang diiktiraf pada tahun 1957.
Sehingga kini, sistem pemerintahan demokrasi berparlimen masih digunakan oleh Malaysia.
Warganegara Malaysia mempunyai peranan langsung dalam menentukan hala tuju negara.
Rakyat Malaysia mempunyai tanggungjawab dalam memilih pemimpin mereka, setiap lima

25
Ismail, A. R. H., & Arifin, A. (Eds.). (2015). Sejarah Malaysia: Wacana Kedaulatan Bangsa, Kenegaraan Dan
Kemerdekaan (Penerbit USM). Penerbit USM.

15
tahun, pilihan raya ini memberi impak yang besar kepada orang ramai, kerana rakyat akan
memilih seorang pemimpin yang akan mentadbir negara melalui undian.

Perkembangan dunia moden juga telah menyebabkan nilai etika masyarakat Malaysia
kini bercampur baur dengan peradaban daripada luar. Teknologi yang maju menyebabkan
pengaruh daripada luar sangat mudah dan cepat untuk masuk di dalam kehidupan harian
masyarakat Malaysia terutamanya masyarakat Melayu. Media sosial dan internet merupakan
tempat penyebaran yang paling memberi impak terhadap penyebaran budaya ini. Kita boleh
ambil contoh daripada penggunaan pakaian dimana pada masa dahulu pakaian seperti baju
kurung, baju Melayu, dan baju kebaya, sering digunakan oleh masyarakat Melayu pada zaman
dahulu. Perubahan fesyen dunia telah merubah cara pemakaian masyarakat Melayu pada masa
kini, dimana masyarakat Melayu hanya mengenakan baju Melayu dan Kebaya pada hari
tertentu sahaja. Kebanyakan masyarakat Melayu sekarang lebih suka memakai baju kemeja
dan t-shirt dengan seluar setika acara rasmi mahupun tidak rasmi. Ini merupakan salah satu
kesan daripada globalisasi dan pengaruh daripada peradaban lain seperti peradaban barat.26

KEPENTINGAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM PERPADUAN BUDAYA


MELAYU

Nilai adab dan kelakuan masyarakat melayu boleh dibahagikan kepada tiga penjuru
yang mempunyai pengaruh besar dalam membentuk perwatakan seseorang bangsa melayu.
Pertama, hubungan manusia dengan tuhan, kedua hubungan manusia dengan manusia dan yang
terakhir hubungan seseorang itu dengan alam sekitarnya. Apa yang jelas, agama islam tidak
boleh dikeluarkan daripada identiti melayu kerana itu menjadi keutamaan dalam konsep nilai
harga diri orang melayu. Seseorang melayu hanya mengamalkan kehidupan melayu seandainya
hidupnya disandarkan kepada al-Quran dan Hadis. Peraturan hidup yang diambil daripada
ajaran islam perlu dijadikan asas kelakuan dan tindakan seseorang, memperbentukkan
hubungan individu tersebut, bahkan memupuk nilai diri dapat dijadikan sebagai panduan dalam
sistem sosiobudaya orang melayu.

26
Razak, A. A., & RASHID, Z. M. (2021). Bab 1: Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban dalam Acuan
Malaysia. UMK Press.

16
Etika dan peradaban merupakan satu aspek yang perlu dipupuk dalam jiwa setiap individu.
Pengamalan etika dan peradaban juga membawa banyak kepentingan kepada individu
masyarakat melayu. Antara kepentingan etika dan peradaban dalam perpaduan budaya melayu
ialah, dapat mengukuhkan hubungan silaturahim sesama masyarakat. Umumnya kita semua
mengetahui bahawa aspek etika dan beradaban menjadi satu tunjang sahsiah kehidupan bagi
seseorang individu itu. Oleh itu kepentingan etika dan peradaban dapat merapatkan hubungan
silaturahim antara sesama masyarakat setempat terutamanya kepada orang melayu. Masyarakat
yang harmoni adalah sebuah masyarakat yang mementingkan kesantunan dalam diri mereka.
Hubungan yang erat dapat diimplikasikan ketika kunjung mengunjung rumah saudara ketika
perayaan dimana etika dan peradaban dinilai pada sesebuah keluarga itu. Sebagai contoh, tuan
rumah yang menerima kunjungan akan berpakaian sopan, menyediakan juadah mengikut
kemampuan dan memberi layanan yang terbaik seperti membersihkan dahulu tempat untuk
diduduki tetamu. Perkara ini dapat menunjukkan bahawa tuan rumah bersedia dalam semua
aspek untuk menerima tetamu. Hal ini terjadi apabila berlakunya perayaan seperti sambutan
Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha dimana semua masyarakat melayu akan merayakan sesama
keluarga, saudara- mara dan rakan-rakan. Bukan itu saja, dalam etika dan adab melayu ketika
bertandang ke rumah orang lain ataupun dalam islamnya disebut ziarah. Aktiviti ziarah-
menziarahi keluarga ataupun jiran sangatlah menitikberatkan bagi mengenali antara satu sama
lain, anak jiran sama macam anak sendiri, ambil berat masalah setempat, bergotong royong
dalam banyak aktiviti seperti kenduri kendara dan kematian. Sehingga terdapat bidalan bahasa
bagi oarang yang anti sosial atau kurang bergaul sesama jiran iaitu “kera sumbang”. Sikap
ziarah – mengziarahi haruslah dikekalkan agar adab tersebut akan terus menular di kalangan
orang Melayu pada masa hadapan. Hal ini kerana bagi mengelakkan berlakukannya penularan
budaya barat seperti tidak kenal antara jiran dengan jiran, kurang peduli dengan masyarakat
setempat lebih mementingkan diri dan keluarga sendiri saja, kurang aktiviti pergaulan sesama
sendiri secara fizikal tapi lebih ke arah berhubung dalam alam maya semata-mata.27

Selain itu, kepentingan etika dan peradaban dalam perpaduan budaya melayu ialah
dapat melahirkan masyarakat yang berhati mulia. 28Ibu bapa mempunyai peranan yang besar
dalam mendidik anak- anak dalam ilmu beradaban dan etika dalam kehidupan mereka, hal ini
kerana didikan adab amatlah penting dari usia muda lagi agar dapat diterapkan dalam diri
mereka sehingga dewasa ataupu remaja pada masa akan datang. Ibu bapa mempunyai

27
LUKMAN GANU: KEPENTINGAN MORAL DAN ETIKA, n.d.
28
Tinta MindaBERNAMA - Pentingnya Etika Dan Susila, n.d.

17
pengaruh yang besar dalam perlakuan anak mereka. Anak akan belajar dengan memerhati dan
meniru sikap orang tua mereka. Oleh itu orang tua hendaklah sentiasa menjaga tingkah laku
dan bahasa ketika berada di depan anak-anak. Sebagai contoh, sekiranya orang dewasa sering
meminta maaf apabila membuat kesilapan maka anak-anak juga akan meminta maaf dengan
ikhlas. Etika ini akan mengajar kita membuat perkara yang betul. Bukan itu saja, orang tua juga
perlulah berkomunikasi dengan anak-anak dengan nada yang rendah dan sopan. Hal ini
membuktikan kerana orang melayu pada dahulunya lagi lebih sering bercakap dengan nada
yang sangat rendah, bersopan santun bahkan akan menggunakan bahasa yang tidak kasar. Ibu
bapa dapat meluangkan masa dengan berbual dan bertanyakan tentang hal seharian mereka dan
sentiasa mengekekalkan nada suara yang mesra bahkan menegur anak dengan nasihat bukan
dengan menggunakan kekasaran kerana dengan kekasaran belum tentu dapat menyelesaikan
masalah yang dihadapi. Bahkan mengajar mereka dengan cara bergaul dengan masyarakat lain
menggunakan bahasa yang sopan santun, mengajarkan adab kepada anak dari usia kecil lagi
akan membantunya begadul dengan orang lain dengan baik. Dan bertutur kata dengan sopan
dan menghormati perasaan orang lain.29 Apabila seseorang kanak-kanak itu berkelakuan baik,
galakkan amalan itu dengan pujian dan senyuman bukannya dengan menghukum kesilapan
mereka.Oleh itu, ibu haruslah menjadi teladan bagi anak mereka kerana adab dapat
membentukkan sesebuah keperibadian seseorang. Hal ini disebabkan masyarakat Melayu
cukup sensitif dalam aspek pergaulan sosial. . Dengan ini adab amatlah penting bagi
melahirkan masyarakat yang berhati mulia yang terlahir dari generasi muda lagi. Bak kata
orang melayu “ adab sopan usah dipinggir ” seperti yang kita ketahui orang melayu
merupakan sebuah masyarakat yang sangat kaya dengan etika dan adab sehingga bangsa lain
dan negara luar mengkagumi adab yang telah diterapkan dalam bangsa melayu oleh itu, orang
melayu haruslah meneruskan etika dan adab tersebut bagi mengekalkan sejahteraan dan
30
keamanan yang telah wujud dalam budaya melayu dari dulu sehingga kini.

Mempraktikan etika dan beradaban telah tebukti dapat membantu membina


keperibadian diri seseorang yang lebih baik. Peribadi diri ialah sikap ataupun sahsiah seseorang
itu yang mencerminkan sikap sebenar dirinya dan juga wataknya. Walaupun terdapat banyak
definisi keperibadian, namun kebanyakannya memberi tumpuan kepada corak tingkah laku dan
ciri yang dapat membantu meramalkan dan menjelaskan tingkah laku seseorang. Dalam etika

29
Semangat Patriotisme Perlu Diterapkan Kepada Generasi Muda: Japlin | Daily Express Online - Sabah’s
Leading News Portal, n.d.)
30
Tinta Minda BERNAMA - Pentingnya Etika Dan Susila, n.d.).

18
dan adat melayu juga dapat membantu seseorang individu itu membina sebuah keperibadian
diri seperti dalam aspek belajar atau menuntut ilmu, terdapat pihak murid dan guru. Hormat –
menghormati amat penting dalam membentuk jati diri seseorang itu. Adab hormati guru dengan
mengamalkan setap ilmu yang diberikan oleh guru itu dengan sewajarnya bukan sebaliknya
boleh menjatuhkan maruah guru itu sendiri. Menerima sesuatu keilmuan daripada guru juga
perlu fokus dan serius sehingga dapat menguasai serta memberi manfaat kepada yang lain.
Dalam adab Melayu, ianya akan memulakan sesuatu perkara dengan membaca doa bahkan
akan memberi salam“Asssalamuaikum” dan akan berjabat tangan ketika berjumpa. Ini dapat
dijadikan sebagai keperibadian yang baik dimana orang Melayu akan sentiasa merendah diri
dan menghormati orang lain. Bahkan dalam adat orang melayu juga akan melakukan seperti
membasuh tangan sebelum 31makan sebagai satu amalan. Bahkan adat orang melayu juga telah
mengajar untuk menutup mulut dan tidak bercakap semasa mengunyah. Gigit sedikit demi
sedikit dan makan perlahan- lahan. Bermain dengan makanan dan meludah makanan dilarang
sama sekali. Malahan adab orang melayu juga akan menunggu orang lain sebelum makan
apatahlagi orang tua untuk makan bersama-sama, jangan cuba capai makanan yang jauh, tapi
minta bantuan orang lain untuk mengambilnya. Adab ini telah pun dipupuk oleh orang melayu.
Dengan mengamalkan adab ini orang melayu dapat membina jati diri mereka dengan lebih
baik. Hal ini juga dapat, Ini terbukti bahawa nilai moraldan etika yang baik perlu
diterapkan di kalangan remaja muda seperti sifat hormat-menghormati,
bertanggungjawab, berdisiplin dan banyak lagi sikap positif. Golongan muda seperti remaja
perlu dididik sejak awal umur oleh ibu bapa atau guru mereka tentang etika yang baik dan
nilai-nilai moral dalam kehidupan. Pembentukan akhlak sangatlah penting dalam hidup
seseorang bagi mendapatkan sesebuah masyarakat yang harmoni.

(MASYARAKAT MAJMUK TERBENTUK SEJAK AWAL ABADKE-19 – MENDAULATKAN


31

MARTABAT BANGSA, n.d.)

19
KESIMPULAN

Natijahnya, sejak zaman dahulu lagi wujudnya etika dan peradaban. Setiap masyarakat
mempunyai etika dan peradaban tersendiri dan kita mestilah menghormati peradaban setiap
lapisan masyarakat tanpa merendah-rendahkan peradaban sesuatu kaum. Kita juga haruslah
mengambil berat aspek etika dan akhlak dalam kehidupan manusia. Selain itu, dengan
berlakunya interaksi antara masyarakat, etika dan peradaban dapat dipupuk antara satu sama
lain. Sebagai contoh, pedagang dari India, Arab dan China yang berinteraksi antara satu sama
lain semasa menjalankan aktiviti perdagangan dapat meluaskan unsur budaya dan tradisi
masing-masing. Bukan itu sahaja, kedatangan British juga telah membawa kepada kemunculan
pelbagai etnik yang mempunyai keunikan tersendiri. Tambahan lagi, pertemuan dan pergaulan
peradaban majmuk di Alam Melayu telah membina etika dan peradaban di negara kita iaitu
Malaysia berteraskan nilai disulami dengan rasional-legal dan materialism sedunia.
Masyarakat yang beretika dan mempunyai peradaban yang baik akan membentuk dan
meletakkan negara dalam kedudukan yang baik serta dihormati. Tahap kualiti sebuah negara
adalah bergantung kepada keadaan masyarakatnya yang mempunyai peradaban tinggi yang
mampu mencorak pemerintahan dan kehidupan yang hebat pada masa kini dan juga masa
depan. Selain itu, biografi atau latar belakang sesebuah negara akan mempengaruhi
perkembangan aspek-aspek perkembangan dunia seperti politik, ekonomi dan sosial negara
tersebut. Pengamalan etika dan peradaban yang betul dapat membangunkan negara secara
seimbang dan hasilnya pasaran negara akan meningkat. Di samping itu, setiap ahli falsafah
juga menekankan bahawa kita sebagai manusia hendaklah menjaga etika dan peradaban. Setiap
agama juga mendorong umatnya untuk sentiasa berbuat kebaikan dan menjaga akhlak dan
moral. Hal ini kerana, penglibatan agama dalam nilai etika dan akhlak yang dapat diterapkan
dalam diri akan menjadi asbab kepada kehidupan beradab di mana manusia adalah penggerak
utama dalam perlakaran sejarah tamadun yang cemerlang. Di sini dapat disimpulkan bahawa
melakukan kejahatan adalah suatu pilihan yang bergantung kepada peribadi seseorang itu
sendiri dan kebaikan adalah sesuatu yang telah dipraktikkan sejak kurun ke-13 lagi.

20
BIBLIOGRAFI

Ateerah Abdul Razak. (2021). Penghayatan etika & peradaban. Penerbit Umk.
Edward B.Taylor (1903), Primitive Culture, Researches Into The Development, Of Mythology,
Philosophy, Religion, Language, Art And Custom. C. 4. London: J. Murray.
Ibrahim, M. Y. (1998). Kesultanan Melayu Melaka (1400?)-1511: Pensejarahan dan Kesejarahan.
Ismail, A. R. H., & Arifin, A. (Eds.). (2015). Sejarah Malaysia: Wacana Kedaulatan Bangsa,
Kenegaraan Dan Kemerdekaan (Penerbit USM). Penerbit USM.
Kesan Penjajahan Barat Dan Jepun Di Malaysia - Pentadbiran & Ekonomi. Permohonan.my,
www.permohonan.my/kesan-penjajahan-barat-dan-
jepun/#:~:text=Penjajahan%20British%20telah%20membawa%20kesan.Diakses pada 9 Jan.
2023.
Koh, Kuan Wei, et al. “Perkembangan Teknologi Komunikasi Dan Sumbangannya Kepada
Pentadbiran British Dan Masyarakat Di Negeri-Negeri Selat 1902-1938.” Jurnal
Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, vol. 37, no. 1, 31 Mar. 2021, pp. 107–
125, 10.17576/jkmjc-2021-3701-07.
Koh, Kuan Wei, et al. “Perkembangan Teknologi Komunikasi Dan Sumbangannya Kepada
Pentadbiran British Dan Masyarakat Di Negeri-Negeri Selat 1902-1938.
Nailufar, N. (2021, May 19). Peralatan Manusia purba Dan Fungsinya Halaman all. Retrieved
January 6, 2023, from https://www.kompas.com/stori/read/2021/05/19/125423779/peralatan-
manusia-purba-dan-fungsinya?page=all
Namri, S. (2019, July 22). Sejarah Bagaimana Masyarakat Melayu Terdahulu Memeluk Islam.
Iluminasi. https://iluminasi.com/bm/sejarah-ringkas-masyarakat-melayu-terdahulu-memeluk-
islam.html
Ramli, Z., & RAHMAN, N. (2010). Petempatan masyarakat Zaman Logam di Selangor berdasarkan
data arkeologi. International Journal of Malay World and Civilisation, 28(1), 41-55.
Razak, A. A., & RASHID, Z. M. (2021). Bab 1: Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban
dalam Acuan Malaysia. UMK Press.
Rizal, S. (2018, June 19). Teori mengenai kedatangan Islam. HarakahDaily.
https://harakahdaily.net/index.php/2018/06/20/teori-mengenai-kedatangan-islam/
Semangat Patriotisme Perlu Diterapkan Kepada Generasi Muda: Japlin | Daily Express Online -
Sabah’s Leading News Portal, n.d.
Sharifah Nur Abu. (2022, Januari 11). Konsep etika dan peradaban [powerpoint slide]. SlideShare.
https://www.slideshare.net/SharifahNurAbu/topik-2-konsep-etika-dan-peradaban
Siew Poh Teng. (2014, August 23). Huraikan Lima Kesan dan Pengaruh Islam Terhadap
Peradaban Melayu Nusantara. Slide Share. https://www.slideshare.net/Pooohteng/huraikan-
lima-kesan-dan-pengaruh-islam-terhadap-peradaban-melayu-nusantara
Wan Abdul Kadir (1993), Pengenalan Masyarakat Dan Budaya Melayu.Kota Bharu: Masfami
Enterprise.
Zakaria Stapa (1994), Masyarakat Islam Dan Isu Semasa. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islam
Malaysia (YADIM).

Anda mungkin juga menyukai