Anda di halaman 1dari 22

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) CAWANGAN MELAKA

KAMPUS ALOR GAJAH

FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN


DIPLOMA PERBANKAN (BA119)

KERTAS KERJA BERKUMPULAN(CTU152) :


KONSEP ETIKA DAN PERADABAN MENURUT
PERSPEKTIF ISLAM DAN BARAT

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA PELAJAR NO MATRIK GAMBAR PELAJAR

PUTERI NURAYUNI AISYATULLIZA 2021116843


BINTI ZAWAWI

NURUL AINNAJWA BINTI 2021123071


MASKHAIRAN

TENGKU NURUL ALISYA BINTI 2021109607


TENGKU AHMAD

NURUL AMIRA BINTI ROSTAM 2021108771


AFFENDY
ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT

1. Pengenalan 3

2. Objektif 4

3. Jangkaan 5

4. Konsep Etika 6

5. Konsep Peradaban 7

6. Asas-Asas Etika 8

7. Asas-Asas Peradaban 9-10

8. Peradaban & Etika Menurut Perspektif Islam 11 - 14

9. Peradaban & Etika Menurut Perspektif Barat 15 - 20

10. Kesimpulan 21

11. Rujukan 22

2
PENGENALAN

Etika dan peradaban merupakan dua konsep umum yang saling berkait antara satu sama lain.
Seterusnya, konsep ini amat penting untuk dibincangkan untuk memahami serta menghayati
pembentukan tamadun manusia menurut perspektif islam dan barat, mengetahui tentang isu-isu
etika dan peradaban dalam tamadun Islam dan barat dan menghayati nilai-nilai murni dalam
tamadun Islam dan barat. Perkataan tamadun diungkapkan sebagai perkembangan hidup manusia
yang terbina dari idea, pemikiran atau kreativiti dalam menghasilkan kesempurnaan hidup
manusia.

Sebagai contoh etika dan peradaban yang gemilang boleh dilihat ketika Nabi Muhammad
SAW telah membuka Kota Madinah sebagai sebuah pelestarian umat Islam. Setibanya
Rasulullah SAW bersama rombongannya, baginda telah membina Masjid Nabawi sebagai tempat
untuk berkongsi dakwah dan pusat yang disusun secara terperinci. Dalam usaha membentuk
masyarakat majmuk, Nabi Muhammad SAW telah mempersaudarakan golongan Ansar dan
Muhajirin di samping menggubal piagam Madinah sebagai langkah perpaduan ummah.

Terdapat banyak persamaan di dalam isu-isu etika dan peradaban yang dipraktikkan oleh
kedua-dua tamadun Islam dan Barat. Keduanya berlandaskan al-quran dan al-sunnah yang
berdasarkan sumber etika dan peradaban. Sejarah membuktikan manusia yang mempunyai etika
dan peradaban dapat membina ketamadunan yang kukuh. Ini kerana kemajuan dapat dicapai
apabila setiap individu dalam masyarakat mempunyai adat dan nilai moral yang tinggi dapat
memberi kerjasama dalam budaya dan nilai tersendiri yang diterima masyarakat. Oleh
disebabkan manusia yang mempunyai etika dan peradaban yang tinggi, ia dapat memajukan
kemajuan negara, ternyata etika dan peradaban yang ditekankan di kalangan manusia menjadi
garis panduan etika bagi masyarakatnya

3
OBJEKTIF

Kajian kami merangkumi objektif-objektif yang berikut:

1) Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk menjelaskan konsep etika,akhlak dan juga
peradaban.Hal ini dapat membantu kami mendalami konsep etika ,akhlak dan peradaban
dengan lebih terperinci,jelas dan juga tepat. Ianya juga membantu kami menguasai
kemahiran dalam bidang mencari,mengumpul dan juga menganalisis pencarian data yang
telah kami kaji dalam memahami kerja yang diberi.

2) Kajian ini dapat menambah pengetahuan kami dalam menjelaskan peradaban dan etika
menurut perspektif islam dan barat dalam pelbagai aspek. Ini juga memberi kami peluang
untuk mengenali dan memahami asas-asas etika dan peradaban di kalangan manusia yang
telah digunakan di kehidupan harian kita sebagai pegangan individu. Hal ini juga
memberi kesempatan kepada kami untuk membuat kajian yang lebih berkaitan dengan
latar belakang peradaban dan etika menurut perspektif islam.

3) Daripada kajian ini, kami dapat memperoleh pengajaran serta nilai-nilai yang patut
dipatuhi yang saling berkait dengan etika dan peradaban menurut perspektif islam dan
barat seperti, saling tolong-menolong, hormat menghormati dan sebagainya. Dengan ini,
kami dapat menguasai lebih mendalam tentang peradaban dan etika serta dapat membina
kerangka pemikiran dan analisis penghayatan etika dan peradaban menurut perspektif
islam dan barat.

4
JANGKAAN

Mengetahui kepentingan untuk mendalami konsep etika, akhlak dan peradaban dengan
lebih mendalam ini dapat mendidik individu pada masa yang akan datang.. Ini demikian kerana,
dengan mengetahui tentang kepentingan konsep etika, akhlak dan peradaban dapat membantu
untuk menghayati dan memahami pembentukan tamadun manusia.

Etika dan peradaban sangat penting dalam sesebuah masyarakat supaya berkepribadian
tinggi, saling menghormati, hidup harmoni, dan membina negara bangsa. Contohnya , beradab
ialah baik budi bahasanya, sopan. Orang yang beradab tidak akan meninggikan suaranya apabila
bercakap dengan ibu bapa atau orang yang lebih tua. Jika individu dapat menyesuaikan diri
dengan perbuatan ini, maka akan lahirlah generasi yang tinggi etika dan peradabannya pada masa
hadapan.

Manakala, etika adalah prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan
seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Dalam sosiologi pula, etika ialah satu standard yang
menyeluruh sama ada benar atau tidak yang akan menjelaskan apa yang perlu dilakukan oleh
manusia dalam konteks yang benar. Dengan ini, dapat melahirkan individu yang mempunyai
etika dan peradaban yang tinggi pada masa akan datang.

5
KONSEP ETIKA

Maksud etika dari segi bahasa ialah prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang menjadi
pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia. Manakala dari segi sosiologi, satu
standard menyeluruh mengenai benar atau salah yang menjelaskan apa yang sebenarnya perlu
dilakukan oleh manusia dalam konteks apa yang benar, tanggungjawab, manfaat kepada
masyarakat atau sifat baik.

Selain itu, Etika merupakan perkataan yang berasal daripada Yunani Kuno iaitu “ethos”.
Selain itu, Ethos membawa banyak maksud iaitu adat, kebiasaan, kepribadian dan akhlak. Ianya
juga boleh membawa maksud sebagai karater ataupun yang kerap didengar iaitu watak. Ethic
membawa maksud tatasusila, prinsip akhlak dan juga ilmu etika.

Di samping itu, setelah dikaji dengan lebih mendalam , Ethos juga telah dicatat di dalam
kamus bahasa Inggeris yang membawa maksud sifat moral dalam sesuatu bangsa. Dalam bahasa
Inggris , Ethos mempunyai perkataan lain iaitu ethic. Ethic membawa maksud tatasusila, prinsip
akhlak dan juga ilmu etika. Disamping itu, setelah melakukan kajian yang lebih terperinci,
menurut didalam kamus yang lain, ianya mendatangkan maksud “System of moral and Principal
rules of conduct”. Manakala ethics pula membawa maksud sains yang menumpukan pada satu
perhatian kepada akhlak.

Selain itu, dalam bahasa Melayu perkataan etika telah dikemukakan dengan membawa
maksud tanggapan atau kepercayaan sesuatu akhlak samada perbuatan tersebut “betul“ atau
“salah”. Setelah melakukan analisis, menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua juga telah merekod
kan, ethos juga membawa maksud prinsip moral dan nilai-nilai akhlak atau sopan santun. Hal ini
telah menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan masyarakat dalam
menentukan tingkah laku dan juga perbuatan masing-masing atau tanggungjawab individu atau
profesion terhadap masyarakat luar. Contohnya etika Kementerian Kesihatan yang melibatkan
kakitangan menteri

6
KONSEP PERADABAN

Islam ialah al-Din yang telah diturunkan untuk umat manusia yang merupakan sistem tatacara
hidup yang lengkap sebagai umat manusia bagi menjamin kecemerlangan dan kebahagiaan di
dunia dan di akhirat. Islam juga dikenali sebagai agama samawi yang bermaksud fleksibel dan
pragmatis supaya dapat menampung perkembangan peradaban. Syariat islam juga telah memberi
panduan kepada umat manusia sebagai asas dalam pembentukkan kenegaraan sehingga ia dapat
menjadi satu peradaban yang bersifat hadhari.

Maksud peradaban dari segi bahasa ialah adab, budi pekerti, kesusilaan, kesusasteraan,
dan sesuatu yang berkaitan dengan kebudayaan. Peradaban dari segi istilah ialah sesuatu yang
berkait dengan pencapaian ketamadunan yang berasaskan kemajuan,kerohanian dan agama.
Seterusnya, peradaban berkait rapat dengan tamadun pada satu keadaan dimana kehidupan
bermasyarakat yang telah mencapai tahap kekurangan tatasusila dan kebudayaan bagi seluruh
masyarakat.

Konsep peradaban ialah daripada kata civilisation dalam bahasa Perancis yang merujuk
kepada kepada pengertian civiliser dan civilized lawan daripada pengertian barbarie iaitu ganas
dan sauvage iaitu liar. Menurut kamus, ia membawa maksud keadaan sesuatu masyarakat
manusia yang bercirikan atau berdasarkan pada taraf kemajuan kebendaan dan perkembangan
pemikiran yang tinggi.

Dalam bahasa Melayu, peradaban sinonim dengan tamadun. Beradab yang membawa
maksud sopan, hormat, hidup diatur oleh hukum dan mempunyai tingkat kebudayaan yang lebih
tinggi daripada orang lain. Dalam bahasa Arab, istilah yang digunakan untuk menggambarkan
makna peradaban iaitu hadanah,umran, madaniyah dan tamaddun. Istilah ini digunakan untuk
menggambarkan umat manusia yang mempunyai ciri-ciri masyarakat yang unggul dengan
wujudnya sistem kepercayaan dan agama, perkembangan teknologi pertanian, pengairan dan
penternakan secara meluas, perkembangan teknologi logam dan perkapalan, pertumbuhan kota
dan negara yang tersusun rapi, pembahagian kerja yang kompleks, perkembangan perdagangan
dan penggunaan wang syiling, perkembangan kesenian dan seni bina yang istimewa,
perkembangan sistem undang-undang dan revolusi industri.

7
ASAS-ASAS ETIKA DALAM ISLAM

Asas-asas dalam pembentukkan etika dalam islam berdasarkan beberapa kriteria-kreteria


yang ingin dilampirkan iaitu diasaskan daripada sumber-sumber yang komprohensif,bersifat
syumul dan etika dalam bersifat universal.Sumber-sumber yang komprohensif membawa
maksud etika islam merupakam etika yang berpandukan peraturan yang telah ditetapkan oleh
Allah SWT kepada umat umat-nya iaitu Manusia.Sebagai pencerahan yang lebih mendalam
ianya berpadukan dalil naqli iaitu Al-quran dan juga Al-hadith.Selain itu,walaupun islam juga
telah mengturuti sumber kemanusiaan iaitu dalam bahasa arab ianya dipanggil dalil’aqli.
Dalil’aqli terdiri daripada naluri,pengalaman manusia dan juga daripada taakul
akal.Walaubagaimana pun,ianya memerlukan bimbingan agama iaitu wahyu Al-quran dan
Al-Hadith sebagai sumber pengetahuan yang tertinggi.

Kriteria kedua mempengaruhi asas dalam pembentukkan etika dalam islam ialah bersifat
syumul.Bersifat syumul yang dimaksudkan ia adalah etika yang lengkap mencukupi dari segala
aspek yang meliputi dari segi perkataan,perbuatan dan iktikad agar selalu menjurus ke nilai
ijabiyah ataupun dalam bahasa melayu iaitu positif dan menghindari ke arah nilai salbiyah yang
membawa makna harian manusia iaitu negatif.Oleh itu,nilai ijabiyah merujuk kepada nilai yang
memberi kesan yang baik kepada diri dan juga hati manusia manakala nilai salbiyah merujuk
kepada nilai negatif yang mempu meninggakan kesan yang buruk terhadap manusia,ianya
seharusnya dihindari kerana mampu memberi kemudharatan kepada kebanyakkan pihak.

Kriteria terakhir yang mempengaruhi asas dalam pembentukkan etika dalam islam ialah etika
islam bersifat universal.Dalam penerangan yang lebih teliti islam merupakan agama universal
yang telah ditujukan terhadap umat manusia dalam apa jua segi individu tersebut iaitu tanpa
mengira warna kulit,masa,batas geografi dan juga tanpa mengira bangsa.Bukan itu sahaja,etika
dalam islam juga mementingkan penjalinan yang erat di antara etika dan akhlak.Hal ini bertujuan
agar memastikan semua manusia haruslah berpegang kepada ketentuan yang telah ditetap maha
berkuasa iaitu Allah SWT dalam melakukan perkara yang betul mahupun salah.

8
ASAS-ASAS PERADABAN ISLAM

Dalam perspektif Islam, instrument utama yang menjadi paksi kepada pembangunan
peradaban Islam dalam menghadapi keperluan umat manusia. Instrumen utama peradaban itu
ialah akidah, Syariah, akhlak, ilmu dan nilai-nilai norma masyarakat yang murni seperti
tolong-menolong, menghormati agama lain, bersifat sederhana serta amalan-amalan yang akan
mencerminkan nilai-nilai yang positif dalam diri umat manusia. Islam mengiktiraf norma
masyarakat yang murni selagi unsur-unsur tidak melanggar batasan syariat Islam.

Dari segi istilah, akidah ialah mengakui kekuasaan Allah SWT dan membenarkan ajaran
Nabi Muhammad SAW dengan penuh keyakinan. Akidah juga ikatan kepercayaan yang
dipercayai akan menjadi pemangkin kepada penyatuan umat Islam di seluruh dunia. Secara tidak
langsung, umat manusia yang bergelar muslim perlu mempercayai dalam hati tentang kewujudan
Allah. Penerapan nilai akidah dalam kehidupan dan pentadbiran negara akan dapat mencipta satu
umat yang kuat dan sukar untuk digugat oleh bangsa asing. Sebagai muslim, tiada perbezaan
antara manusia sama ada bangsa, keturunan, dan warna kulit di sisi Allah SWT, melainkan
perbezaan dari segi apek tingkatan iman. Akidah juga merupakan mekanisme yang dapat
menyatukan umat Islam di dunia. Ia dapat menjadikan umat manusia yang gemilang dan
terbilang sebagaimana yang telah berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW. Kejayaan Nabi
Muhammad SAW telah terbukti dengan menjadikan Madinah sebagai sebuah bandar yang hebat
manakala Piagam Madinah sebagai undang-undang Islam yang pertama di dunia.

Semua masyarakat manusia mempunyai peraturan yang tersendiri. Dalam Islam, ia


dinamakan Syariah yang menggariskan peraturan hidup umat manusia. Matlamat utama
pelaksanaan Syariah adalah untuk mengatur hidup umat manusia atas dasar ma’ruf dan
mengenepikan “mungkar”. Elemen yang mengasid Syariah meliputi pemeliharaan agama,nyawa,
akal, maruah dan harta dengan bertujuan untuk menjaga hak bagi setiap manusia supaya tidak
diceroboh oleh manusia lain. Syariah terbahagi kepada dua iaitu ibadat dan muamalat. Ibadat
ialah perbuatan atau amalan yang berkaitan dengan hak Allah SWT seperti sembahyang, zakat,
puasa dan menunaikan haji. Muamalat ialah hukum yang berkaitan dengan perbuatan yang
berlaku sesame manusia seperti jual beli, nikah kahwin, pewarisan dan sebagainya.

9
Akhlak merupakan unsur keperluan dalam melengkapkan umat manusia ke arah
peradaban yang lebih baik. Akhlak ialah lambang keperibadian sesuatu bangsa dalam sesebuah
peradaban. Nabi Muhammad SAW merupakan manusia yang paling sempurna dan ideal dari segi
aspek akhlak yang patut dicontohi oleh umat manusia. Produk masyarakat yang dihasilkan oleh
Nabi Muhammad SAW ialah satu komuniti sosial yang berakhlak mulia. Keperibadian Baginda
yang mulia telah membuatkan musuh Islam lemah apabila berdepan dengan baginda. Kombinasi
akhlak dan prinsip asas kenegaraan yang telah diterapkan ke dalam diri umat manusia sama ada
Islam atau bukan Islam untuk menjana ketamadunan bermasyarakat sesame manusia. Tanpa
akhlak yang mantap, nilai-nilai kemanusiaan yang telah diasaskan oleh Nabi Muhammad SAW
akan hancur. Nilai akhlak yang dianggap sebagai kawalan sosial bagi masyarakat Islam dalam
tindak tanduk kehidupan seharian.

Akhirnya, ilmu adalah elemen yang penting dalam membangunkan peradaban manusia
hadhari. Kepentingan ilmu telah dijelaskan dalam al-Quran yang bermaksud:

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang mencipta (sekalian makhluk)”
(al-Alaq:1)

Dalam ayat tersebut , Allah SWT memerintahkan kepada manusia untuk “membaca”, kerana
membaca merupakan medium utama untuk mendapat maklumat. Melalui ilmu manusia dapat
memperolehi dan menyerlahkan keadilan serta kebenaran. Manusia mempunyai sinonim yang
rapat dengan ilmu yang tidak dapat dipisahkan. Tanpa sifat ini, manusia tersebut boleh
disamakan dengan manusia yang hidup pada zaman jahiliah. Menurut Ibn Khaldun, Allah SWT
membezakan umatNya daripada makhluk-makhluk lain dengan kelebihan akal yang telah
dianugerahkan oleh-Nya. Melalui ilmu yang diperoleh hasil daripada pemikiran, manusia dapat
mengatur segala perilaku secara tertib dan dapat menyumbangkan faedah kepada umat manusia
dan alam semula jadi. Oleh yang demikian, berdasarkan pengalaman sejarah umat Islam yang
lampau, banyak perkara yang boleh dijadikan panduan kepada masyarakat Islam.

10
PERADABAN & ETIKA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Pengertian Peradaban dan Etika Menurut Perspektif Islam

Etika Islam adalah dimaksudkan dengan istilah akhlak atau jamak daripada khuluq di
dalam bahasa Arab. Daripada sudut bahasa, ia bermaksud sikap, tabiat, budi pekerti, perangai
dan tingkah laku. Manakala dari sudut istilahnya pula, ia dapat dimaksudkan sebagai tingkah
laku semulajadi atau kebiasaan individu yang mempunyai hasil daripada keadaan tingkah laku
seseorang individu tersebut atau tanpa melakukan sesuatu perkara dengan berfikir terlebih
dahulu.

Sumber Peradaban dan Etika Menurut Perspektif Islam

Yang pertama, ia berteraskan kepada prinsip tauhid yang menggariskan bahwa menurut
perspektif islam, Allah SWT merupakan pencipta dunia dan alam semesta alam, oleh itu, Allah
SWT sahaja yang wajib disembah oleh semua makhluk. Ini juga bermakna bahawa setiap
anjuran dan segala larangannya wajib ditaati serta dijauhi untuk memperoleh keberkatan
daripada Allah SWT serta ganjaran syurga di Akhirat kelak. Contohnya, dengan menunaikan
solat lima waktu, membaca atau mengamalkan zikir-zikir dan sebagainya.

Seterusnya ialah Al-Quran. Ayat-ayat suci yang terkandung di dalam Al-Quran dapat
mendidik islam dalam membantu memulihkan lagi peradaban dan etika masyarakat islam.
Contohnya, mengkaji serta memahami ayat-ayat yang disampaikan oleh Allah SWT di dalam
Al-Quran. Oleh disebabkan itu, setiap nilai-nilai peradaban dan etika yang disebut oleh Allah
SWT di dalam Al-Quran akan menjaminkan ganjaran pahala dan syurga kepada masyarakat
islam yang berbuat amalan mulia seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran. Selain itu,
Al-Sunnah. Islam melihat bahawa peradaban dan etika itu bukanlah hasil daripada pemikiran
atau kebijaksanaan manusia. Islam mempunyai prinsipnya sendiri yang terdapat di dalam
Al-Quran dan Al-Sunnah. Disebabkan itu, peradaban dan etika Islam adalah bersifat kekal dan
tidak akan berubah-ubah kerana ia bersesuaian dengan fitrah manusia

11
Nilai-Nilai Peradaban dan Etika Menurut Perspektif Islam

Di samping itu, nilai-nilai peradaban dan etika menurut perspektif islam yang baik dapat
diterapkan di dalam Islam kerana ketaatan dan ketakwaan yang kuat terhadap Allah SWT
merupakan satu perkara yang efektif dan penting dalam melahirkan masyarakat Islam yang
beretika dan berakhlak mulia. Menurut perspektif islam, jika masyarakat melayu mengamalkan
nilai-nilai tersebut maka, Allah SWT akan memberikan keredhaan serta keberkatan hidup,
limpahan rezeki, ganjaran syurga serta pahala dan sebagainya. Antara contoh nilai-nilai
peradaban dan etika menurut perspektif islam ialah, amanah, tolong-menolong, dan sabar.

Nilai Amanah dari segi bahasa,bermaksud aman, damai, tenteram, selamat dan harmoni.
Manakala secara istilahnya, amanah membawa maksud menyerahkan tanggungjawab kepada
seseorang yang berhak menerimanya dan dipercayai untuk melaksanakan tanggungjawab
tersebut dengan bersungguh-sungguh tanpa mengabaikannya. Contoh seseorang yang
mempunyai nilai amanah ialah menjaga rahsia, tidak menyalahgunakan jawatan yang telah
dilantik dan sebagainya.

Seterusnya nilai Tolong-menolong. Menurut perspektif islam, Orang Islam seharusnya


menolong sesama manusia. Terdapat tiga kategori islam dalam menolong manusia iaitu,
menolong para keluarga, menolong jiran sesama Islam dan menolong jiran bukan Islam. Sebagai
contoh, sikap orang Ansar menolong orang Muhajirin. Kaum Ansar yang tinggal menetap di
Madinah menerima kedatangan kaum Muhajirin yang berhijrah dari Mekah ke kota Madinah
dengan hati yang terbuka dan bersedia menolong mereka dari sudut kewangan dan tenaga fizikal
dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran.

Nilai yang seterusnya ialah nilai Sabar. Maksud sabar dari sudut bahasa, ialah menahan
diri. Manakala secara istilahnya, ia merujuk kepada menahan atau menanggung diri daripada
melakukan perkara-perkara buruk yang disebabkan oleh nafsu. Dunia ini dianggap sebagai
pentas di mana manusia diuji dengan pelbagai rintangan dan cabaran hidup contohnya dari sudut
kewangan, kesihatan dan sebagainya. Jiwa seseorang umat islam perlulah dididik supaya
menjadi kuat untuk menghadapi segala ujian Allah s.w.t di dunia ini. Orang yang tidak sabar

12
contohnya seperti selalu berputus asa dan menyalahkan takdir di atas kesusahan yang ditimpakan
ke atasnya akan mendapat balasan dan hukuman daripada Allah SWT. Manakala, orang yang
penyabar akan diberikan ganjaran pahala yang amat besar kerana ia adalah satu sikap yang
menunjukkan keimanan serta ketaqwaan yang tinggi terhadap Allah SWT.

Selain itu, jika mengamalkan nilai-nilai yang mulia ini, ia dapat menghindarkan masyarakat
islam daripada melakukan amalan negatif atau buruk yang boleh merosakkan iman. Sebagai
contoh, melawan kata-kata orang tua, mempunyai sifat dengki, sering bergaduh atau bertengkar
antara satu sama lain dan sebagainya. Oleh sebab itu, menurut islam, nilai-nilai baik ini amatlah
penting kepada masyarakat islam untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara buruk antara
masyarakat islam.

Seterusnya, terdapat kesan atau balasan buruk yang akan dikenakan kepada masyarakat
islam oleh Allah SWT yang mengingkari atau tidak mengamalkan nilai nilai tersebut.
Contohnya, akan dimurkai oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW, mendapat balasan neraka
kelak, kehidupan tidak tenang dan sebagainya. Oleh sebab itu, adalah penting kepada umat islam
untuk mengamalkan nilai-nilai ini supaya hidup dapat diberkati oleh Allah SWT.

Prinsip Utama Dalam Peradaban Dan Etika Menurut Perspektif Islam

Peradaban dan etika mestilah selari dengan fitrah manusia. Islam mempercayai bahawa
fitrah atau sifat semulajadi manusia itu adalah baik dan suci dari isi hati mereka sejak dilahirkan.
Secara semulajadinya, manusia menyukai adab dan etika yang baik kerana ia bertepatan dengan
fitrah semulajadinya. Maka, adab dan etika yang baik contohnya seperti saling tolong-menolong,
bercakap jujur, mempunyai integriti, bersikap adil dan saksama amatlah disenangi dan
digalakkan oleh Islam.

Seterusnya, Peradaban dan etika mestilah selari dengan agama. Menurut perspektif Islam,
orang yang mempraktikkan etika dan adab yang mulia dilihat sebagai orang yang berjaya
menunjukkan iman dan agamanya. Sebagai contoh, bersedekah, saling bantu-membantu dan
sebagainya. Manakala orang yang melakukan perbuatan yang keji dan buruk dianggap sebagai
orang yang lemah iman serta agamanya. Contohnya, mencuri, bercakap kasar dan sebagainya.

13
Di samping itu, Peradaban dan etika terbahagi kepada dua dimensi sikap manusia di
dalam Islam iaitu dimensi sikap positif dan dimensi sikap negatif. Dimensi positif yang disebut
di dalam al-quran adalah seperti al-ilm (ilmu pengetahuan), al-bayan (wacana intelektual) dan
al-taqwim al-hasan (karakter yang baik) selalu dikaitkan dengan fitrah semulajadi manusia yang
suci. Manakala, dimensi negatif, ia menyebut tentang sikap-sikap keji atau buruk seperti zalum
(zalim), ajul (terburu-buru), jadal (berbalah) dan al-ya us (berputus asa).

14
PERADABAN & ETIKA MENURUT PERSPEKTIF BARAT

Bahasa Dan Istilah Dari Perspektif Barat

Etika Islam digolongkan sebagai etika agama dari perspektif barat. Deskripsi dan ruang
skop etika Islam malahan melangkaui itu. Penguasaannya bukan hanya pada masalah agama; ia
meliputi segala aspek kehidupan manusia.

Berbeza dengan etika barat, repositori konfigurasinya bergantung sepenuhnya pada


intelek manusia, naluri dan kepakaran. Ketiga-tiga sumber ini mempunyai batasan yang agak
kuat. Faktor luaran seperti peninggalan adat tradisi, tekanan pihak tertentu, dan hawa nafsu
sering memberi kesan kepada tiga sumber utama ini.

Akibatnya, moralis barat mempunyai kecenderungan untuk mengemukakan idea


berdasarkan keutamaan peribadi dan pemahaman yang berbeza. Akal, naluri, dan pengalaman
telah gagal memberikan penilaian yang konsisten dan universal yang boleh diterima oleh semua
pihak, mengakibatkan perbezaan pendapat ini.

Bahasa : Moral, etika, kesopanan dan etika adalah semua istilah yang digunakan dalam bahasa
Inggris untuk menggambarkan etika. Walaupun etika merujuk kepada pengetahuan moral dan
kesopanan. Etika juga merujuk kepada prinsip moral, kesopanan, dan pengetahuan etika. Takrif
lain mentakrifkan etika sebagai sistem prinsip moral dan norma tindakan utama, atau sistem
prinsip moral dan peraturan kelakuan. Etika pula ialah ilmu yang memfokuskan kepada akhlak.

Istilah: Fikiran manusia adalah tumpuan eksklusif premis yang berfungsi sebagai kayu pengukur
untuk menentukan apa yang baik, jahat, atau nyata, serta tindakan moral seseorang atau
penaakulan yang munasabah (pemikiran rasional).

15
Pengertian Etika Menurut Perspektif Barat

Berbeza dengan etika Islam, etika barat tidak diarahkan oleh mana-mana pihak berkuasa
selain daripada apa yang telah dipelajari oleh ahli falsafah dan apa yang telah diterapkan atau
dididik ke atas individu tersebut. Seperti yang dijelaskan oleh Profesor Robert, etika ialah
undang-undang sosial yang perlu dilaksanakan oleh setiap individu untuk membangunkan insan
yang bermoral. Dia boleh membantu dalam pembentukan watak yang baik untuk individu
dengan berpegang kepada etika yang ditetapkan. Etika ini, bagaimanapun, dipisahkan kepada
tiga kategori: meta-etika, etika normatif, dan etika gunaan. Kerana ia melibatkan masalah alam
ghaib, meta-etika adalah etika yang tidak dapat dikawal atau difikirkan oleh manusia. Akibatnya,
manusia mesti bergantung kepada agama masing-masing untuk mengenal pasti tingkah laku yang
diharapkan untuk mereka lakukan untuk memahami etika ini. Misalnya, umat Islam mesti
merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah, manakala orang Kristian mesti merujuk kepada Bible.
Begitu juga, penganut agama yang berbeza mesti merujuk ajaran mereka sendiri untuk
mendapatkan jawapan yang betul.

Seterusnya, dipanggil etika normatif. Etika normatif ialah prosedur penyelidikan di mana
etika seseorang individu diteliti untuk melihat sama ada ia akan dikutuk atau diterima oleh semua
pihak. Terdapat dua jenis etika: teori deontologi dan teori teleologi. Dalam teori deontologi, etika
seseorang dinilai berdasarkan tindakan yang diambilnya, tetapi dalam teori teleologi, etika
seseorang dikaji berdasarkan kesan aktiviti yang dilakukannya. Ini bermakna masih dianggap
tidak beretika sekiranya seseorang individu itu mempunyai etika yang kukuh tetapi tidak
menguntungkan individu atau pihak lain.

Etika gunaan ialah etika terakhir. Oleh kerana ia berkaitan dengan situasi harian dan
merangkumi pelbagai subjek, etika gunaan ialah etika yang paling biasa digunakan sebagai
rujukan. Bukan itu sahaja, malah mentaliti ini juga digunakan untuk menyelesaikan banyak isu
semasa. Ini kerana terdapat pelbagai keadaan yang mungkin tidak berlaku pada awalnya,
memerlukan kedua-dua pihak membincangkan isu tersebut bagi mengelakkan pertikaian di masa
hadapan.

16
Ia dibina atas dasar pelbagai prinsip untuk mewujudkan etika yang baik. Nilai kehidupan
manusia adalah pegangan asas. Objektif etika adalah untuk meningkatkan nilai kehidupan
manusia, mengikut prinsip ini. Akibatnya, walaupun individu itu kelihatan beretika, tindakan
yang menjejaskan nilai kehidupan manusia tidak akan dianggap beretika. Kemudian terdapat
prinsip kelebihan dan kekurangan. Jelas sekali, etika mengecam semua perbuatan atau keputusan
negatif. Adalah mudah untuk mengenali sesuatu yang jahat dan mengelak daripada
melakukannya apabila ada orang yang beretika.

Konsep keadilan dan kesaksamaan juga penting. Etika berdasarkan prinsip ini cuba
menyamakan setiap individu, walaupun menduduki pangkat atau kedudukan yang lebih tinggi,
demi merealisasikan kehidupan manusia yang beradab. Untuk mengelakkan perasaan iri hati dan
rasa tidak senang dengan orang lain, ini dilakukan.

Akhirnya, terdapat prinsip kebenaran. Kejujuran berkait rapat dengan kepercayaan,


seperti yang boleh dibuktikan oleh mana-mana orang yang beretika. Perkara ini adalah kerana
manusia mesti sentiasa menyokong satu sama lain, kepercayaan adalah bahagian penting dalam
kehidupan manusia.

Walaupun etika dari perspektif barat menyerupai etika dari perspektif Islam, etika ini
mempunyai kelemahan kerana nilai sesuatu perbuatan tidak dapat ditetapkan dengan sahih. Ini
disebabkan oleh fakta bahawa nilai etika ditentukan oleh banyak orang yang masing-masing
sudah tentu, mempunyai pandangan yang berbeza. Ini secara tidak sengaja akan membawa
kepada perselisihan faham di kalangan sesetengah orang yang ingin menyatakan pandangan
mereka, mengakibatkan kehadiran banyak balasan. Hasil negatif daripada ini ialah etika generasi
akan datang mungkin berubah mengikut sudut pandangan individu terhadap nilai-nilai etika
tersebut.

Nilai Etika Menurut Sumber Barat Iaitu Ahli Falsafah Barat

Pelbagai hipotesis telah timbul akibat ramai ahli falsafah barat mengembangkan teori
berasaskan sains. Teori utilitarian adalah yang pertama. Salah satu arus dalam teleologi adalah

17
teori akibat, yang merupakan salah satu arus dalam teleologi. Mereka melihat keputusan dan
kesan yang cemerlang sebagai matlamat pekerjaan, menurut pandangan ini. Jeremy Benthan dan
John Stuart Mill, dua orang intelektual Jerman, mencipta hipotesis ini. Menurut teori ini,
kebaikan yang mereka maksudkan adalah yang muktamad dan kelebihan aktiviti itu harus dirasai
oleh seberapa ramai orang yang boleh dilaksanakan.

Mereka percaya bahawa frasa seperti "jangan menipu" dan "menepati janji" adalah
sesuatu yang menjadi kebiasaan. Menurut mereka, jika ada faedah yang lebih besar, ini boleh
dipatahkan. Hasil daripada pandangan ini, manusia menjadi alat atau komoditi sains. Mereka
bertujuan untuk berfikir sebanyak mungkin tentang cara membantu orang ramai dengan menolak
beberapa piawaian moral yang dianggap sebagai teori yang luas. Idea ini juga telah mengambil
kira nilai istilah 'machiavellian,' yang merujuk kepada matlamat untuk menghalalkan cara.
Namun Islam melarang sikap keterlaluan menunaikan janji dan menyatakan kebenaran sehingga
menghancurkan masyarakat dan sistem pemerintahan Islam. Islam juga melarang membuat ikrar
kepada 'musuh,' serta mengatakan kebenaran kepada 'musuh,' yang sering muncul dalam petikan
al-Quran. Akibatnya, Islam adalah agama yang waqi'iyyah, bermakna mengikut peredaran masa
dan ruang.

Teori tugas atau tanggungjawab adalah teori seterusnya. Ini juga dikenali sebagai teori
'deontologi' yang merujuk kepada orang yang tidak percaya pada kesan daripada tindakan
mereka. Immanuel Kant mendakwa bahawa objektif penting buruh, bukannya hasil, adalah
kejujuran, ketaatan, menghormati janji, dan keadilan. Tanggapan ini, menurut pengarang, telah
digunakan oleh Hang Tuah semasa pemerintahan Empayar Melaka. Ini kerana ketaatan yang
melampau tanpa mengambil kira kesan daripada permintaan Tun Teja telah mengakibatkan
pembunuhan sahabatnya sendiri, mahkota raja diambil dalam kolam najis, dan banyak lagi
aktiviti taat dan setia yang perlu difikirkan semula. Tanggapan ini membawa kepada lebih ramai
orang yang terlalu patuh, tanpa mengira faedah atau kelemahan sesuatu perintah.
Tambahan pula dalam Islam, pengertian taat dan patuh kepada ibu bapa boleh dilanggar
sekiranya ibu atau bapa menyuruh anaknya meninggalkan perkara-perkara syariat yang
disyariatkan oleh Allah SWT seperti solat dan lain-lain perkara yang diperintahkan. Teori hak

18
asasi manusia mengikuti sebagai teori ketiga. Ini adalah prinsip umum yang terpakai kepada
setiap manusia yang menginginkan kemerdekaan dan keamanannya sendiri.

Hal ini justeru, kita diajar untuk memikirkan hak orang lain semasa menjalankan
perniagaan dan melakukan pekerjaan kita. Apabila kepentingan hak orang tertentu bertemu
dengan cita-cita utilitarian kita yang mahukan yang terbaik untuk masyarakat secara keseluruhan,
dilema mungkin berlaku. Tambahan pula, Islam menjamin hak dan cita-cita keperluan peribadi
dalam Islam. Hal ini termaktub dalam Maqasid Syariah iaitu matlamat Syariah iaitu di mana
agama Islam datang untuk menjaga agama, nyawa, akal, harta benda dan maruah manusia
daripada pencemaran.

Sebaliknya, kita kini melihat manusia mensia-siakan hidup mereka melalui peperangan,
meracuni fikiran mereka dengan alkohol, dan merampas maruah mereka sendiri dengan
mendedahkan aurat mereka kepada khalayak yang lebih luas. Hak asasi kita tidak akan dihormati
dalam Islam melainkan kita boleh melanggar hak orang lain. Ini kerana hak kita terhad kepada
kita secara eksklusif dan tidak termasuk keupayaan untuk membahayakan orang lain. Akibatnya,
doktrin kesederhanaan Islam telah meneutralkan nilai kapitalisme dalam mengembangkan
perniagaan dan pemasaran untuk menundukkan orang lain. Ini kerana Islam mewajibkan segala
sesuatu dilakukan dengan cara yang mudah dan berhikmah.

Setelah meneliti setiap hipotesis tersebut, dapatlah kita simpulkan bahwa kesemua unsur
tersebut dinyatakan dalam al-Quran dan sunnah-sunnah Nabi Muhammad SAW tanpa
mempengaruhi unsur-unsur yang lain. Kita boleh simpulkan bahawa ahli falsafah barat amat
mementingkan teori nilai etika dan moral kerana mereka hanya bergantung kepada pemikiran
dan akal semata-mata, bukannya diarahkan oleh Allah SWT, Penciptanya. Akhir sekali, sebagai
umat Islam, kita mesti bersyukur atas keistimewaan dilahirkan dalam agama yang mempunyai
piawai moral dan etika yang mencukupi dan sempurna.

19
Konsep Peradaban Tamadun Barat

Raja pertama kali dilihat sebagai mandat dan berkat daripada tuhan dan dewa yang
memerintah dalam tamadun Barat. Mereka menghormati unsur-unsur alam dan percaya kepada
banyak tuhan. Selepas itu, penemuan baru seperti roda, pembinaan bangunan, dan kalendar
muncul apabila tamadun barat berkembang. Pada zaman awal, sistem penulisan muncul untuk
memenuhi keinginan mereka untuk menjejaki sesuatu.

Matlamat tamadun Barat adalah memuaskan semata-mata, seperti materialisme,


kolonialisme, kapitalisme, dan sebagainya. Penciptaan wang, kemahiran teknologi pertanian,
pembangunan kapal, penternakan haiwan, nombor dan kalendar, majlis perbandaran, kelas sosial
dalam masyarakat, laut, kebangkitan bandar dan negara, dan pertanian adalah antara 11 ciri yang
dikenal pasti oleh Darcy Riberio, seorang penyelidik barat.

Budaya adalah sebuah tamadun, menurut Arnold Tonbee (1852-1883). Ia adalah koleksi
idea dan gaya budaya yang bertanggungjawab untuk pembinaan organisasi politik, sastera, moral
dan agama.

Akhir sekali, sepanjang sejarah interaksi tamadun-ke-tamadun, hasilnya boleh


menyumbang kepada kemajuan. Sikap terbuka tamadun juga boleh menyumbang kepada
kemajuan. Tamadun Islam misalnya telah membantu kemajuan tamadun Barat. Hubungan positif
menguatkan tamadun, manakala interaksi negatif membawa kepada masalah seperti permusuhan
dan peperangan. Natijahnya, setiap tamadun mesti meneliti kepincangannya dan membentuk
tamadun manusia berdasarkan semangat kekitaan dan saling menghormati sesama manusia.

20
KESIMPULAN

Dari kertas kerja ini, kita dapat menyimpulkan bahwa etika dan peradaban memiliki
hubungan yang erat dan kukuh antara bangsa-bangsa dan kemajuannya. Nilai-nilai etika yang
erat kaitannya dengan agama menjadi pendorong untuk menjadi peribadi yang berakhlak mulia
dan berdaya saing. Kesantunan berbangsa juga mengamalkan etika dan peradaban yang terpuji
dalam kehidupan seharian dan mencakup semua bidang sama ada yang berkaitan dengan bisnis,
pendidikan, kemasyarakatan, politik, dan pengurusan secara keseluruhan. Kesedaran dan praktik
etika yang tinggi memposisikan negara sebagai negara yang beradab. Nilai-nilai yang terkandung
dalam teori etika dimurnikan dengan diskusi berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah.

Sebagai pedoman hidup utama bagi setiap Muslim atau bukan Muslim, diterima bahwa
teori etika harus dikaitkan dengan agama yang dipercayainya. Hal ini karena jika tidak ada ikatan
agama, tidak ada tingkat dosa dan pahala, tidak ada amalan yang akan menentukan seseorang
akan ke syurga atau neraka.

Oleh karena itu, di hari pembalasan itulah yang akan mendorong orang-orang yang
beragama untuk melakukan perbuatan baik dan menjadi orang yang bermoral dan berbudi pekerti
dalam kehidupan. Padahal, ciri-ciri peradaban Islam yang dimaksud tidak membezakan antara
agama, suku mahupun warna kulit. Masalah peradaban adalah sama, meliputi hubungan antara
manusia dengan pencipta, hubungan antara manusia dengan alam semesta, termasuk haiwan,
tumbuhan, dan seluruh alam semesta, termasuk langit dan bumi dan segala isinya.

Asas dan sumber peradaban Islam merupakan hal yang menjamin kesejahteraan dan
peradaban negara maju yang berdaya saing. Bagaimanapun, manusia dan agama itu seperti
nyawa dikandung badan bahkan lebih daripada itu. Lebih banyak lagi kehidupan yang
terkandung di dalam jasad. Manusia tanpa agama seperti jasad tanpa roh, adapun ilmu tanpa
amal. Bagaikan pohon tanpa buah, sebagaimana dikatakan Imam al-Ghazali, bumi gersang tanpa
hujan, roh kering tanpa ilmu, jiwa mandul tanpa cinta dan hati mandul tanpa iman. Oleh karena
itu, pengetahuan, amal, dan keyakinan adalah hal penting dalam setiap bangsa yang beretika dan
beradab.

21
RUJUKAN
Rujukan Buku
1. Al., A. H. E., & Husaini, A. H. (2020). Filsafat Ilmu [E-book]. Gema Insani.

2. Peradaban dan etika, Penyunting, Ateerah Abdul Razak

Rujukan Sumber Internet


1. ETIKA DAN PERADABAN DALAM KEPELBAGAIAN TAMADUN: ISLAM & MELAYU
(2021). Coggle.
https://coggle.it/diagram/X_2HJgfKJttRopdN/t/etika-dan-peradaban-kepelbagaian-tamad
un-islam-melayu
2. .Rushd, A., & Profile, V. M. C. (2008, June 15). Asas Peradaban Islam. Abd Rushd.
http://riquelme-penawarhati.blogspot.com/2008/06/asas-peradaban-islam.html

22

Anda mungkin juga menyukai