Anda di halaman 1dari 16

ASSIGNMENTCTU 101

FUNDAMENTALS OF ISLAM
Soalan: Jenis-Jenis Akhlak Yang Perlu Bagi Setiap Manusia Dan Kaedah Mengatasi Isu
Berkaitan Akhlak Remaja Masa Kini

GROUP : QAMP 1

MEMBER : MOHAMMAD NOOR AFIQ BIN MOHAMAD SHAPI’EE 2019562049

: MOHAMAD NAJIB BIN BUANG 2019923751
: MOHAMAD QHAIRUZZAMAN BIN BAIHAKI 2019504723

LECTERUR : USTAZ AEMY BIN AZIZ

SUBMIT DATE : 21 JUN 2019
PENGENALAN

Manusia adalah makhluk Allah S.W.T yang teristimewa yang memiliki tabiat dan mentaliti yang
mempengaruhi amalan dan tingkah lakunya, maka keperibadian inilah yang menjadi perbicaraan
dan perbincangan yang utama dalam akhlak. Memang tidak dapat disangkalkan lagi bahawa
akhlak merupakan nadi utama dalam pembangunan manusia. Setiap tamadun umat manusia
dari dahulu sehingga kini ianya terbina dari asas akhlak ataupun dikenali sebagai tamadun
kemanusiaan, iaitu asas yang membina tamadun tersebut di luar kuasa kebendaan. Walau
bagaimanapun, Islam mempunyai persepsinya yang tersendiri dan memiliki asas akhlaknya dan
asas tamadunnya yang tersendiri.

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji dan memahami pengertian akhlak dan kepentingannya
kepada manusia khasnya bagi umat islam pada masa kini. Dengan kajian ini juga akan dapat
mencari kaedah mengatasi masalah akhlak yang semakin meningkat dikalangan remaja pada
masa kini.

PENGERTIAN ATAU DEFINISI.

Menurut bahasa: Perkataan akhlak berasal daripada perkataan (al-khulq) bererti tabiat,
kelakuan, perangai, tingkahlaku, adat kebiasaan, malah ia juga bereti agama itu sendiri.
Perkataan (al-khulq) ini di dalam Al-Quran hanya terdapat pada dua tempat sahaja, antaranya
ialah:

Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia. (Al-
Qalam:4)

mukasurat 1 dari 15
Menurut istilah:

Antara definasi akhlak menurut istilah ialah: sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat
mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan
paksaan.

Ibn Miskawaih, ahli falsafah Islam yang terkenal mentakrifkan:

Akhlak itu sebagai keadaan jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa
pemikiran dan penelitian.

Imam Ghazali radiAllahu anhu mengatakan:

Akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-
perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang
terkeluar itu baik dan terpuji menurut syara dan aqal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang
mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk.

Menurut Islam:

Islam mempunyai dua sumber iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pegangan
dalam menentukan segala urusan dunia dan akhirat. Kedua-dua sumber itulah juga yang menjadi
sumber akhlak Islamiyyah. Prinsip-prinsip dan kaedah ilmu akhlak Islam semuanya didasarkan
kepada wahyu yang bersifat mutlak dan tepat neraca timbangannya.

Apabila melihat perbahasan bidang akhlak Islamiyyah sebagai satu ilmu berdasarkan
kepada dua sumber yang mutlak ini, dapatlah dirumuskan definisinya seperti berikut:

Satu ilmu yang membahaskan tatanilai, hukum-hukum dan prinsip-prinsip tertentu bagi
mengenalpasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan dan mengenalpasti sifat-sifat
tercela untuk dijauhi bagi mencapai keredhaan Allah .

Manakala akhlak pula dapatlah kita rumuskan sebagai satu sifat atau sikap keperibadian
yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang
sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah.

mukasurat 2 dari 15
Dengan kata lain, akhlak ialah suatu system yang menilai perbuatan zahir dan batin
manusia baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia
dengan baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia
dengan Allah, manusia sesama manusia, manusia dengan haiwan, dengan malaikat, dengan jin
dan juga dengan alam sekitar.

3. PERBEZAAN ANTARA AKHLAK DAN MORAL @ETIKA

i) Akhlak merupakan satu sistem yang menilai tindakan zahir dan batin manusia manakala moral
ialah satu sistem yang menilai tindakan zahir manusia sahaja.

ii) Akhlak mencakup pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia dalam hubungan manusia
dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan makhluk lain manakala moral
mencakupi pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia dalam hubungan manusia dengan
manusia sahaja.

iii) Nilai-nilai akhlak ditentukan oleh Allah swt melalui al-Quran dan tunjuk ajar oleh Rasulullah
saw manakala moral ditentukan oleh manusia.

iv) Nilai-nilai akhlak bersifat mutlak, sempurna dan tetap manakala nilai-nilai moral bersifat
relatif, subjektif dan sementara.

ANTARA CONTOH PERBEZAAN ANTARA AKHLAK DAN MORAL

1. Pakaian: Menurut Islam pakaian bagi seseorang muslim mestilah menutup aurat. Seandainya
mereka tidak menutup aurat maka ia telah dianggap sebagai orang yang tidak berakhlak kerana
telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Berbeza dengan moral, jika
seseorang itu mendedahkan aurat tetapi masih mempunyai perlakuan yang baik, maka mereka
masih dianggap bermoral oleh sesetengah pihak.

mukasurat 3 dari 15
2. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan : Fenomena seumpama ini sudah menjadi suatu
lumrah bai masyarakat di Barat dan masyarakat kita. Berdasarkan penilaian Barat perkara ini
masih dianggap bermoral, sebaliknya jika dilihat dari sudut akhlak Islam, perlakuan sedemikian
sudah dianggap tidak berakhlak.

3. Bersalaman: Bersalaman di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya adalah
haram menurut Islam walaupun tujuannya untuk merapatkan hubungan. Tetapi perkara ini
dibolehkan dalam sistem moral.

4. SKOP AKHLAK ISLAM

Skop akhlak Islam adalah luas merangkumi segenap perkara yang berkaitan dengan
kehidupan manusia sama ada hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia dengan
manusia dan hubungan manusia dengan makhluk lain.

a) Akhlak dengan Allah: Antara ciri-ciri penting akhlak manusia dengan Allah swt ialah:

-Beriman kepada Allah: iaitu mengakui, mempercayai dan meyakini bahawa Allah itu
wujud serta beriman dengan rukun-rukunnya dan melaksanakan tuntutan-tuntutan di samping
meninggalkan sebarang sifat atau bentuk syirik terhadapnya.

-Beribadah atau mengabdikan diri, tunduk, taat dan patuh kepada Allah: iaitu
melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangannya dengan ikhlas semata-mata
kerana Allah swt.

-Sentiasa bertaubat dengan tuhannya: iaitu apabila seseorang mukmin itu terlupa atau jatuh
kepada kecuaian dan kesilapan yang tidak seharusnya berlaku lalu ia segera sedar dan insaf lalu
meminta taubat atas kecuaiannya.

mukasurat 4 dari 15
-Mencari keredhaan Tuhannya: iaitu sentiasa mengharapkan Allah dalam segala usaha dan
amalannya. Segala gerak geri hidupnya hanyalah untuk mencapai keredhaan Allah dan bukannya
mengharapkan keredhaan manusia walaupun kadang kala terpaksa membuat sesuatu kerja yang
menyebabkan kemarahan manusia.

-Melaksanakan perkara-perkara yang wajib, fardhu dan nawafil.

-Redha menerima Qadha' dan Qadar Allah: Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Apabila mendapat kesenangan dia bersyukur dan apabila dia ditimpa kesusahan dia
bersabar maka menjadilah baik baginya."

b) Akhlak dengan manusia:

-Akhlak dengan Rasulullah: iaitu beriman dengan penuh keyakinan bahawa nabi
Muhammad saw adalah benar-benar nabi dan Rasul Allah yang menyampaikan risalah
kepada seluruh manusia dan mengamalkan sunnah yang baik yang berbentuk suruhan
ataupun larangan.

-Akhlak dengan ibubapa: iaitu berbuat baik (berbakti) ke pada ibu bapa. Berbuat baik di
sini mengandungi erti meliputi dari segi perbuatan, perkataan dan tingkah laku. Contohnya
berkata dengan sopan dan hormat, merendahkan diri, berdoa untuk keduanya dan menjaga
keperluan hidupnya apabila mereka telah uzur dan sebagainya.

Firman Allah swt yang bermaksud: " Kami perintahkan manusia berbuat baik kepada
kedua ibu bapa."

-Akhlak dengan guru: Maksud dari sebuah hadith Nabi saw: "Muliakanlah orang yang
kamu belajar daripadanya." Setiap murid dikehendaki memuliakan dan menghormati
gurunya kerana peranan guru mengajarkan sesuatu ilmu yang merupakan perkara penting
mukasurat 5 dari 15
di mana dengan ilmu tersebut manusia dapat menduduki tempat yang mulia dan terhormat
dan dapat mengatasi berbagai kesulitan hidup sama ada kehidupan di dunia ataupun di
akhirat.

-Akhlak kepada jiran tetangga: Umat Islam dituntut supaya berbuat baik terhadap jiran
tetangga. Contohnya tidak menyusahkan atau mengganggu mereka seperti membunyikan
radio kuat-kuat, tidak membuang sampah di muka rumah jiran, tidak menyakiti hati
mereka dengan perkataan-perkataan kasar atau tidak sopan dan sebagainya. Malah berbuat
baik terhadap jiran tetangga dalam pengertiannya itu dapat memberikan sesuatu pemberian
kepada mereka sama ada sokongan moral atau material.

-Akhlak suami isteri: Firman Allah swt yang bermaksud: "Dan gaulilah olehmu isteri-isteri
itu dengan baik."

-Akhlak dengan anak-anak: Islam menetapkan peraturan terhadap anak-anak. Sabda

Rasulullah saw yang bermaksud: "Kanak-kanak lelaki disembelih aqiqahnya pada hari
ketujuh dari kelahirannya dan diberi nama dengan baik-baik dan dihindarkan ia daripada
perkara-perkara yang memudharatkan. Apabila berusia enam tahun hendaklah diberi
pengajaran dan pendidikan akhlak yang baik."

-Akhlak dengan kaum kerabat: Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah
menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan dan memberi kepada kaum kerabat."

c) Akhlak terhadap makhluk selain manusia:

-Malaikat: Akhlak Islam menuntut seseorang muslim supaya menghormati para malaikat
dengan menutup kemaluan walaupun bersendirian dan tidak ada orang lain yang melihat.

mukasurat 6 dari 15
-Jin: Adab terhadap golongan jin antaranya Rasulullah melarang membuang hadas kecil di
dalam lubang-lubang di bumi kerana ia adalah kediaman jin. Sabda Rasulullah saw yang
bermaksud: "Jangan kamu beristinjak dengan tahi kering dan jangan pula dengan tulang-
tulang kerana sesungguhnya tulang-tulang itu adalah makanan saudara kamu dari kalangan
jin."

-Haiwan ternakan: Haiwan yang digunakan untuk membuat kerja, maka tidak boleh mereka
dibebani di luar kesanggupan mereka atau dianiaya atau disakiti. Malah ketika hendak
menyembelih untuk dimakan sekalipun, maka hendaklah penyembelihan dilakukan dengan
cara yang paling baik iaitu dengan menggunakan pisau yang tajam, tidak mengasah pisau di
hadapan haiwan tersebut atau menyembelih haiwan di samping haiwan-haiwan yang lain.

-Haiwan bukan ternakan: tidak menganiayai haiwan-haiwan bukan ternakan seperti

mencederakannya dengan menggunakan batu dan sebagainya.

-Alam: Manusia diperintahkan untuk memakmurkan sumber-sumber alam demi kebaikan

bersama. Islam menetapkan bahawa alam ini tidak boleh dicemari dengan kekotoran yang
boleh merosakkan kehidupan manusia dan kehidupan lainnya.

mukasurat 7 dari 15
Punca Keruntuhan Akhlak

Keruntuhan akhlak di kalangan remaja merupakan salah satu masalah sosial di Malaysia.
Keruntuhan akhlak bermaksud pelbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak
membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang
diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara. Isu berkaitan remaja ini juga perlu diberi
penekanan kerana bangun dan jatuhnya sesebuah negara adalah bergantung kepada bagaimana
badan- badan kerajaan dan juga bukan kerajaan memainkan peranan mereka dalam cara
mengatasi masalah keruntuhan akhlak dan di kalangan remaja.

Salah satu faktor yang dikenal pasti menyebabkan keruntuhan akhlak remaja ialah perasaan
ingin tahu dan ingin bercuba. Remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Pada
peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa- apa sahaja
perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka akan mengundang perasaan ingin tahu dalam
kalangan remaja. Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan
melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk
remaja, namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada panduan dari orang-orang yang
sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi perasaan ingin tahu
remaja akan mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan tanpa memikirkan baik atau
buruknya perkara tersebut.

Pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan keruntuhan
akhlak di kalangan remaja. Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan
yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan,
akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu sikap remaja turut
menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang
lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami,
dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa
bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan”. Dalam keadaan ini ramai para remaja
terjerumus ke dalam gejala sosial.

mukasurat 8 dari 15
Selain itu, pengaruh media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial
dalam kalangan para remaja hari ini. Tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu
memberikan kesan yang buruk. Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yang
memaparkan pergaulan bebas dalam kalangan remaja, program-program realiti televisyen, serta
rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata- mata mempengaruhi para remaja dengan
perkara yang tidak baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai
ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat.
Terdapat juga unsur-unsur lucah dan mengghairahkan terdapat dengan mudah dipasaran sama
ada dalam bentuk bercetak, CD, atau lain-lain.

Cadangan

Strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini. Beberapa
saranan atau cara-cara mengatasi keruntuhan akhlak remaja di antaranya ialah seperti berikut:

Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-
anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa memerhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-
anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang
dihadapi oleh anak-anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasi masalah
tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka yang mempunyai
kedudukan moral yang baik. Selain itu, ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada
masa seharian bersama anak-anak dengan memberika keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap
positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu, tingkatkan penghayatan anak-anak
terhadap agama, tanamkan nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-
prinsip akauntibiliti, menepati janji, berketerampilan, menunjukan peribadi yang mulia, amanah,
sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. ibu bapa hendaklah menjadi role
model kepada anak-anak.

Pendidikan keibubapaan perlu diperkembangkan dengan cara yang lebih berkesan sehingga
keupayaan pendidikan anak-anak dalam institusi keluarga dapat diperkemaskan. Amalan

mukasurat 9 dari 15
keibubapaan Islam hendaklah dipraktikkan melalui bimbingan langsung dari masjid. Remaja
yang bermasalah di qariah boleh dijadikan sasaran yang terawal untuk membina modal nyata
untuk dikembangkan dalam masyarakat.

Selain itu, mengadakan aktiviti yang dapat membentuk akhlak remaja seperti aktiviti
kemasyarakatan dan sebagainya. Melalui aktiviti sebegini, para remaja dapat memantapkan
akhlak mereka di samping dapat melakukan sesuatu yang berfaedah dan tidak membunag masa.
Bak kata pepatah “sambil menyelam, minum air”.

Seterusnya, mewujudkan system perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di

peringkat sekolah telah menimbulkan rasa takut dikalangan pelajarr sekolah, disamping
mengurangkan bebanan dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawalan
disiplin. Meningkatkan semula pengawalan disiplin dari peringkat awalan oleh semua pihak
dalam sekolah seperti yang dahulunya pernah ditegaskan dalam system pembentukkan disiplin
pelajar. Kawalan diperingkat awal mesti dilaksanakan. Semua pihak hendaklah ‘turun padang’
dengan ertikata sebenar untuk mengatasi masalah disiplin remaja pada masa kini.

Di samping itu juga, pihak kerajaan seperti Kementerian Penerangan hendaklah memainkan
peranan dengan memastikan sertiap rancangan yang disiarkan sesuai untuk tontonan umum dan
tiada unsur-unsur keganasan atau seks. Selain itu, rancangan-rancangan yang dapat membentuk
jati diri dan kerohanian juga hendaklah diperbanyakkan untuk membentuk jati diri dan membaiki
akhlak remaja.

Akhir sekali, penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa seperti polis, yang mana
bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam
mendisiplinkan pelajar yang bermasalah. Dimana kes pelajar tersebut akan dirujuk kepada pihak
polis sebagai penyelesaian yang terakhir.

mukasurat 10 dari 15
Rumusan

Al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk
mengubah akhlak seluruh manusia. Akhlak sangat penting dalam mencorakkan kehidupan setiap
individu kerana ia menentukan tingkahlaku dan perbuatan sama ada baik atau sebaliknya.
Masyarakat kita pada hari ini dicemari dengan pelbagai krisis akhlak merangkumi tingkah laku
dan perbuatan tidak bermoral seperti berkelakuan tidak sopan di tempat awam, sumbang mahram
dan zina yang akhirnya menyebabkan kelahiran anak luar nikah. Hal ini menggambarkan betapa
masyarakat kita sedang berhadapan dengan masalah keruntuhan akhlak yang sangat serius.
Kajian ini dibuat bagi mencari penyelesaian terhadap masalah keruntuhan akhlak melalui
pendekatan perspektif al-Quran dan al-Sunnah. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini
ialah kajian kepustakaan iaitu dengan menganalisis dokumen-dokumen seperti jurnal, artikel dan
penulisan ilmiah berkaitan. Kajian mendapati terdapat beberapa dalil al-Quran dan al-Hadith
yang boleh menjadi benteng utama dan digunakan bagi tujuan menangani masalah keruntuhan
akhlak. Sehubungan itu, keruntuhan akhlak masa kini dapat ditangani sekiranya masyarakat
berpegang teguh dengan ajaran Islam sebenar.

Akhlak merupakan sifat yang tertanam dalam jiwa yang menimbulkan bermacam-macam
perbuatan yang mudah, tanpa memerlukan pemikiran dan pertimbangan. Objek kajiannya adalah
perbuatan manusia dan norma (aturan) yang dijadikan untuk mengukur perbuatan dari segibaik
dan buruk. Pembentukannya secara integral melalui rukun iman dan rukun Islam. Rukun Iman
bertujuan tumbuhnya keyakinan akan ke-esaan Tuhan (unity of God) dan kesatuan kemanusiaan
(unity of human beings). Kesatuan kemanusiaan menghasilakn konsep kesetaraan sosial (social
equity). Rukun Islam menekankan pada aspek ibadah yang menjadi sarana pembinaan akhlak,
karena ibadah memiliki fungsi sosial. Dalam menghadapi problematika kehidupan, diantara
caranya adalah dengan mengembangkan kehidupan yang berakhlak dan bertasawuf. Untuk
pengkajiannya merupakan bagian yang tak terpisahkan dari penelitian dan pengembangan dalam
Ilmu Pengetahuan Agama Islam. Oleh karena itu dalam pengembangannya diperlukan untuk
mengembalikan kembali dalam kajian-kajian akhlak tasawuf Islami ke sumber yang pokok yaitu
Al-Qur’an dan Hadits-hadits Nabawi yang tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam. Dengan
demikian sudah semestinya kajian-kajian tentang akhlak dan tasawuf perlu diajarkan

mukasurat 11 dari 15
dalamlembaga-lembaga pendidikan formal, informal, dan non-formal. Untuk itu dalam
pendidikan dan pengajarannya disesuaikan dengan tingkat pemahaman dan kemampuannya
sesuai dengan jenjang pendidikannya.

Pengajaran akhlak amat penting dalam membangunkan modal bersifat fizikal. Masyarakat kini
mula sedar kepentingan modal jati diri yang mampu membawa kemajuan dan kecemerlangan
peradaban ummah. Ini bermakna, sistem Pendidikan Islam dapat memperkasakan jati diri
Melayu muslim. Ini merupakan agenda utama bagi kebanyakan negara Islam termasuk Malaysia.
Maka diakui bahawa Pendidikan Islam merupakan wadah terpenting bagi
mencapai dan merealisasikan hal ini. Ini kerana sistem pengajaran akhlak yang lengkap dan
teratur mampu menghasilkan rakyat yang berpengetahuan
tinggi dan dapat menjaga jati diri mereka sebagai seorang Melayu muslim. Jati diri yang
dilahirkan itu pula hendaklah mempunyai nilai kerohanian dan nilai etika yang mantap hasil
daripada kesepaduan jasmani, rohani, emosi dan
intelek dalam Pendidikan Islam. Bagi pelajar Islam, mereka dididik dengan nilai akhlak
menerusi mata pelajaran Pendidikan Islam. Namun usaha ini perlu dilakukan dengan
bersungguh-sungguh dan memerlukan komitmen yang tinggi dari pelbagai pihak. Dengan itu,
kita mengharapkan agar usaha memperkasakan jati diri melalui pengajaran akhlak dapat
melahirkan masyarakat yang beriman, berkualiti dan cemerlang dalam kehidupan di dunia dan di
akhirat. Hal ini bukan sahaja dapat menguntungkan diri sendiri bahkan kepada masyarakat
dan negara. Oleh itu, penulis akan membincangkan pengajaran akhlak dalam Pendidikan Islam
dalam usaha memperkasakan jati diri Melayu muslim.

mukasurat 12 dari 15

mukasurat 13 dari 15
Para sarjana Islam dan barat telah banyak berdiskusi tentang kepentingan ahklak dan moral. Jika
disorot dengan terperinci akhlak adalah merupakan satu kelakuan diri yang baik serta bertepatan
dengan akal dan syarak. Manakala moral pula ditafsirkan sebagai sikap yang baik dan diterima
oleh masyarakat. Dalam konteks pembentukan Masyarakat Lestari, pembangunan akhlak dan
moral adalah wajib ditekankan kerana ia adalah suatu elemen dalam membentuk modal insan ke
dalam diri setiap insan. Oleh itu, pembentukan masyarakat lestari ini haruslah dibentuk
berdasarkan beberapa aspek yang meliputi kelestarian alam sekitar, kelestarian ekonomi, dan
kelestarian sosial. Jika diselusuri terhadap perspektif Islam pula, terdapat 3 tunjang utama yang
menjadi teras di dalam proses pembinaan dan pembentukan masyarakat lestari iaitu akidah,
syariat dan akhlak di mana ia harus dihayati oleh setiap manusia. Menerusi teras akidah, setiap
insan perlu sedar bahawa tugas mentadbir alam ini adalah suatu bentuk amanah yang besar
daripada Allah SWT. Menerusi teras syariat pula, prinsip Maqasid Syariah perlu diperkasakan
dengan melaksanakan perkara-perkara yang bersangkutan dengan pemeliharaan agama,
pemeliharaan nyawa, pemeliharaan akal, pemeliharaan keturunan dan pemeliharaan harta. Hal
yang demikian diyakini mampu untuk membantu setiap insan untuk mencapai matlamat akhir
iaitu ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Pendidikan keibubapaan perlu diperkembangkan dengan cara yang lebih berkesan sehingga
keupayaan pendidikan anak-anak dalam institusi keluarga dapat diperkemaskan. Amalan
keibubapaan Islam hendaklah dipraktikkan melalui bimbingan langsung dari masjid. Remaja
yang bermasalah di qariah boleh dijadikan sasaran yang terawal untuk membina modal nyata
untuk dikembangkan dalam masyarakat.

Selain itu, mengadakan aktiviti yang dapat membentuk akhlak remaja seperti aktiviti
kemasyarakatan dan sebagainya. Melalui aktiviti sebegini, para remaja dapat memantapkan
akhlak mereka di samping dapat melakukan sesuatu yang berfaedah dan tidak membunag masa.
Bak kata pepatah “sambil menyelam, minum air”.

Seterusnya, mewujudkan system perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di

peringkat sekolah telah menimbulkan rasa takut dikalangan pelajarr sekolah, disamping
mengurangkan bebanan dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawalan

mukasurat 14 dari 15
disiplin. Meningkatkan semula pengawalan disiplin dari peringkat awalan oleh semua pihak
dalam sekolah seperti yang dahulunya pernah ditegaskan dalam system pembentukkan disiplin
pelajar. Kawalan diperingkat awal mesti dilaksanakan. Semua pihak hendaklah ‘turun padang’
dengan ertikata sebenar untuk mengatasi masalah disiplin remaja pada masa kini.

Disamping itu juga, pihak kerajaan seperti Kementerian Penerangan hendaklah memainkan
peranan dengan memastikan sertiap rancangan yang disiarkan sesuai untuk tontonan umum dan
tiada unsur-unsur keganasan atau seks. Selain itu, rancangan-rancangan yang dapat membentuk
jati diri dan kerohanian juga hendaklah diperbanyakkan untuk membentuk jati diri dan membaiki
akhlak remaja.

Akhir sekali, penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa seperti polis, yang mana
bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam
mendisiplinkan pelajar yang bermasalah. Dimana kes pelajar tersebut akan dirujuk kepada pihak
polis sebagai penyelesaian yang terakhir.

Rujukan. Nyatakan nama sumber, terbitan, pengarang, tarikh dan halaman. Contohnya

1. konsep-akhlak- dan-moral.html

mukasurat 15 dari 15

Anda mungkin juga menyukai