Anda di halaman 1dari 5

1

SKRIP PENGACARA MAJLIS

ATURCARA PENYAMPAI/MC PENGUMUMAN/DIALOG


Najib/ Olivia Untuk makluman aturcara majlis pada pagi ini akan
dimulakan dengan acara:

Ketibaan Pengerusi, LPK

a) Nyanyian Lagu Negaraku & Sarawak Ibupertiwiku


b) Bacaan Doa
c) Ucaptama YBhg Dato’, Pengerusi LPK
d) Penyampaian Sijil dan diakhiri Cenderahati bagi Pesara
e) Sesi Fotografi terbahagi kepada 2 sesi iaitu:
i) Para Hadirin dan Ahli Lembaga
ii) Kumpulan Pesara bersama Ahli Lembaga
f) Selepas sesi fotografi hadirin bersama lembaga semua
dijemput minum di foyer dewan iaitu diluar dewan; dan
g) Mohon Para Pesara Mengiringi Cik Ravana untuk
membuat tuntutan Baucer sebelum menjamu selera
i) para hadirin juga dibenarkan untukmembawa makanan
Sebelum Majlis
dan minuman di dalam dewan ini

Mohon perhatian dan kerjasama para hadirin !

1) Majlis kita akan bermula sebentar lagi, sila ambil tempat


duduk masing-masing di dalam dewan dan sila tutup atau
Najib/ Olivia tukar ke mode senyap telefon bimbit anda untuk
mengelakkan sebarang gangguan semasa majlis
berlangsung nanti.

2) Hadirin sekalian, dimohon berdiri dan beri tepukan


semasa ketibaan tetamu kehormat ke Dewan Teater ini.
Kerjasama hadirin sekalian amatlah dihargai.

Sekian, Terima kasih.

Ketibaan Najib Ketibaan


Pengerusi LPK YBerbahagia Dato’ Awg Bemee bin Hj Pengiran Ali Basah,
Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kuching
…….diiringi……………..

YBerusaha En Robert Lau, Pengurus Besar LPK, Ahli-Ahli


Lembaga; dan Pegawai-Pegawai Kanan Lembaga
Pelabuhan Kuching

Nyanyian Lagu Olivia YBhg Dato’, Pengurus Besar, Ahli-ahli Lembaga dan hadirin
Negaraku sekalian, dimohon berdiri bagi menghormati Nyanyian Lagu
Negaraku dan Sarawak Ibupertiwiku…..

Hadirin dipersilakan duduk….Terima kasih…….

Script updates on 03/21/2019 1:55:11 PM


2

Najib Assalamualaikum w.b.t, Selamat pagi dan salam sejahtera

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

YBerbahagia Dato’ Awg Bemee bin Hj Pengiran Ali


Basah, Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kuching,

Yang dihormati Ahli-ahli Lembaga

1. Tuan Hj Mustapha bin Adenan (mewakili Timbalan


Pengerusi, Datu Haji Safri bin Hj Zainuddin)
2. Encik Churchill ak Edward Drem
3. Encik Asem ak Linkin ; dan
4. Encik Milton Foo Tiang Wee

YBerusaha Pengurus Besar LPK, En. Robert Lau,


Pegawai-pegawai Kanan LPK, Para Jemputan,
dan hadirin yang dihormati sekalian.

Olivia Saya Olivia Jane bertemankan Mohd Najib bin Buang


sebagai pengacara majlis pada Majlis Tahunan Penyampaian
Cenderahati kepada kakitangan yang telah bersara serta
penyampaian Sijil-Sijil Penghargaan LPK bagi tahun 2018
pada pagi ini.

Tangan Ditadah penuh inayah


Majlis dibuka Penuh Rahmat
Mohon keberkatan serta hidayah
Moga majlis mendapat berkat

Majlis mempersilakan,

En. Sepawi bin Dollah selaku Imam II, Surau Darul Abrar
Bacaan Doa Najib LPK untuk memimpin bacaan doa, dipersilakan.

…Bacaan doa...

Amin…Amin…Ya Rabbal Alamin

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas pimpinan


bacaan doa itu tadi.

Ucapan Olivia Hadirin dan Hadirat Sekalian,


Pengerusi
Adat Berbahasa Menyampaikan Pesan
Adat Majlis Menyampaikan Pesan

Sebagai pembuka tirai majlis kita pagi ini, dengan penuh


takzim dan hormatnya mempersilakan

YBerbahagia Dato’ Awg Bemee bin Hj Pengiran Ali

Script updates on 03/21/2019 1:55:11 PM


3

Basah, Pengerusi LPK


Untuk menyampaikan ucaptama beliau……dipersilakan

…Ucapan YBhg Dato’…

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada YBerbahagia


Dato’ di atas amanat beliau tadi.

Upacara Olivia Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil-sijil penghargaan


Penyampaian bagi tahun 2018 kepada kakitangan-kakitangan LPK yang
Sijil-Sijil Kursus & telah mengikuti pelbagai kursus dan latihan sepanjang tahun
Penghargaan 2018.
LPK
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Pengurus Besar LPK, En. Robert Lau
Untuk menjemput dan mengiringi

En. Churchill anak Edward Drem

untuk menyampaikan sijil-sijil tersebut……...

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

==Lihat senarai penerima Sijil-Sijil Penghargaan derma darah


bulan sabit merah & Sijil-sijil Kursus, Anugerah Khas==

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada

Selesai En. Churchill anak Edward Drem


penyampaian sijil-
sijil bagi Penyampaian seterusnya dijemput

2.En Asem ak Linkin


3.En Milton FooTiang Wee

Dengan segala hormatnya dipersilakan

………………………………………………………

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada

2.En Asem ak Linkin


3.En Milton FooTiang Wee

Mohon En Robert Lau untuk terus berada di pentas

Upacara Najib Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian Hadiah


penyampaian kemenangan dan Anugerah Khas serta Sijil Perkhidmatan
Hadiah Cemerlang Tahun 2017
kemenangan dan
Anugerah Sijil Dengan segala hormatnya majlis menjemput ;

Script updates on 03/21/2019 1:55:11 PM


4

Perkhidmatan
Cemerlang Tahun Tn Haji Mustapa bin Adenan
2015
untuk menyampaikan hadiah dan Sijil-sijil tersebut…….…

Dengan segala hormatnya dipersilakan…….


Selesai
penyampaian sijil- --------------------------------------------------------------------------------
sijil ==Lihat senarai penerima penerima anugerah dan Sijil
Perkhidmatan Cemerlang==

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada

…… Tn Haji Mustapa bin Adenan

Mohon Tn Hj Mustapha bin Adenan dan En Robert Lau


masih terus berada di pentas

Upacara Olivia Jasamu Dikenang


penyampaian
Cenderahati Kini tibalahke kemuncak majlis iaitu penyampaian
cenderahati untuk kakitangan dan pekerja Pelabuhan yang
telah mencapai usia persaraan dan ada juga yang telah
meninggal dunia sewaktu masih dalam perkhidmatan bagi
tahun 2018. Sebagai mengenang jasabakti mereka itu, pihak
pengurusan LPK memberi cenderahati sebagai tanda ken
ang-kenangan.

Majlis dengan segala hormatnya dan penuh takzim


menjemput

YBerbahagia Dato’ Awg Bemee bin Hj Pengiran Ali


Basah, Pengerusi LPK

Untuk menyampaikan cenderahati tersebut kepada para


pesara dan wakil-wakil mereka.

Dengan segala hormatnya dipersilakan……..

==Lihat senarai penerima Pingat Emas==


Selesai
penyampaian Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada
cenderahati YBerbahagia Dato’ Awg Bemee bin Hj Pengiran Ali
Basah, Pengerusi LPK dan ahli-ahli lembaga.

Acara Fotografi Najib / Olivia Sebagai tanda kenang-kenangan, dijemput para tetamu
jemputan, pesara dan hadirin sekalian untuk berada di
hadapan untuk sesi fotografi bersama ahli-ahli lembaga.

Terima kasih diucapkan….

Mohon para pesara dan ahli lembaga untuk terus berada


dihadapan untuk sesi fotografi seterusnya.

Script updates on 03/21/2019 1:55:11 PM


5

Dipersilakan para tetamu jemputan serta hadirin bersama-


sama menjamu selera dengan hidangan yang telah
disediakan di luar dewan.
……………………………………………………………………

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada hadirin


sekalian dan dipersilakan YBerusaha Pengurus Besar LPK,
En Robert Lau Untuk menjemput dan mengiringi

1. YBerbahagia Dato’ Awg Bemee dan


2. Ahli-ahli Lembaga;

Kebilik santapan yang berada di tingkat 8.

Maka dengan ini berakhirlah majlis kita pada pagi ini, sampai
jumpa lagi di tahun hadapan.

Acara jamuan Najib/Olivia Sekian, Terima kasih…


dan majlis
bersurai

Script updates on 03/21/2019 1:55:11 PM

Anda mungkin juga menyukai