Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS JELAJAH MUAFAKAT BERSAMA WAKIL MENTERI BESAR KEDAH

MASA CUE ANN 1


8.00 pm Ketibaan hadirin ke (1st announcement)
dewan
Assalamualaikum Warahmtullahiwabarakatuh , Salam
sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Para hadirin diminta untuk mengambil tempat masing-


masing kerana majlis akan dimulakan sebentar sahaja
lagi.

Diminta para hadirin untuk mematikan telefon bimbit


atau meletakkannya dalam keadaan mood senyap bagi
memastikan kelancaran majlis sebentar sahaja lagi.
Terima kasih.

MASA CUE ANN 2


8.15 pm Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan Yang Amat Berhormat Dato’
Norsabrina binti Mohd Noor, wakil Menteri Besar Negeri
Kedah, diiringi Yang Berhormat Dato’ Shaiful Hazizy bin
Zainol Abidin, setiausaha politik Menteri Besar Kedah,
Yang Berbahagia Saudara Muhamad Nur Aizat Noor
Azam, Presiden ANSAR & Ahli Parlimen Belia Negeri
Kedah, Yang Berusaha En Jamaluddin Yacob, Pegawai
dari HEPA, Yang dirahmati Saudara Muhamad Fahmi
Izzuddin bin Mohamad Zakir , Yang Dipertua Persatuan
Mahasiswa Kedah Universiti Malaya dan Yang di kasihi
Saudari Nor Hafiza binti Hassan ,Timbalan Yang dipertua
Persatuan Kebajikan Mahasiswa Universiti Kebangsaan
Malaysia.

MASA CUE ANN 3


8.25 pm Nyanyian lagu Majlis diminta untuk terus berdiri untuk nyanyian lagu
negeri kedah dan ‘Universiti Malaya’ dan lagu Negeri Kedah.
universiti Malaya
*Nyanyi*

Setelah selesai Hadirin dipersilakan duduk.


MASA CUE ANN 4
8.30 pm Setelah semua YANG AMAT BERHORMAT DATO’ NORSABRINA BINTI
hadirin berada di MOHD NOOR, WAKIL MENTERI BESAR KEDAH,
tempat duduk.
YANG BERHORMAT DATO’ SHAIFUL HAZIZY BIN ZAINOL
ABIDIN, SETIAUSAHA POLITIK MENTERI BESAR KEDAH,

YANG BERBAHAGIA SAUDARA MUHAMAD NUR AIZAT


NOOR AZAM, PRESIDEN ANSAR,

YANG BERUSAHA ENCIK JAMALUDDIN YACOB, PEGAWAI


DARI HEPA,

YANG DIHORMATI DR SITI NOR AWANG, SELAKU


MENTOR PERMADAH,

YANG DIRAHMATI SAUDARA MUHAMAD FAHMI


IZZUDDIN BIN MOHAMD ZAKIR, YANG DIPERTUA
PERSATUAN MAHASISWA KEDAH UNIVERSITI MALAYA

YANG DIKASIHI SAUDARI NOR HAFIZA BINTI HASSAN ,


TIMBALAN YANG DIPERTUA PERSATUANA KEBAJIKAN
MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA,

BARISAN EXCO PERSATUAN MAHASISWA KEDAH


UNIVERSITI MALAYA DAN UNIVERSITI KEBANGSAAN
MALAYSIA,

serta hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

Sirih berlipat siri pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum wbh dan salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana


dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita kumpul
bersama di dalam Majlis Jelajah Muafakat bersama wakil
Menteri Besar Kedah pada malam ini.
MASA CUE ANN 5
8.32 pm Bacaan doa Warga Dewan yang mulia,
Menadah tangan tanda kerendahan,
Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan.
Untuk memberkati majlis pada malam ini, dengan
sukacitanya dijemput saudara Akmal Hazieq untuk
memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

*Bacaan doa*

Setelah bacaan doa Amin, aminyarabbal ‘alamin. Majlis mengucapkan terima


kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

MASA CUE ANN 6


8.35 pm Jamuan makan dan Para hadirin sekalian, majlis mempersilakan hadirin bagi
persembahan menjamu selera hidangan yang telah disediakan.

Persembahan UKM Majlis diteruskan lagi dengan persembahan daripada


wakil Universiti Kebangsaan Malaysia. Majlis
mempersilakan.

*persembahan*

Setelah selesai Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas


persembahan persembahan yang begitu menarik sebentar tadi.
Persembahan UM Seterusnya majlis mempersilakan wakil Universiti Malaya
untuk membuat persembahan. Majlis mempersilakan.

*persembahan*

Setelah selesai Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas


persembahan persembahan sebentar tadi

MASA CUE ANN 7


8.50 pm Tayangan Majlis diteruskan lagi dengan tayangan multimedia yang
Multimedia telah disediakan.

*tayangan multimedia*

Begitulah tayangan multimedia yang disediakan oleh


pihak Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan
Malaysia
MASA CUE ANN 8
9.00 pm Ucapan president Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan
ansar hormatnya mempersilakan saudara Muhamad Nur Aizat
Noor Azam, Presiden Ansar untuk memberi ucapan.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

*Ucapan*

Setelah selesai Demikian merupakan sedikit ucapan dan aluan daripada


ucapan President Persatuan Mahasiswa Aman Makmur (ANSAR).
Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan itu tadi.

MASA CUE ANN 9


9.10 pm Ucapan YDP Seterusnya, majlis mempersilakan saudara Muhamad
PERMADAH Fahmi Izzuddin bin Mohamad Zakir selaku Yang Dipertua
PERMADAH untuk memberikan ucapan. Majlis dengan
hormatnya, mempersilakan.

*ucapan*

Setelah selesai Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan


ucapan sebentar tadi.

MASA CUE ANN 10


9.20 pm Ucapan wakil HEPA Sidang dewan yang mulia,

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada wakil Hal


Ehwal Pelajar dan Alumni iaitu Encik Jamaluddin Yacob.
Majlis dengan penuh takzimnya dipersilakan.

*Ucapan*

Setelah selesai Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian


Encik Jamaluddin Yacob memberikan ucapan sebentar
tadi.
MASA CUE ANN 11
9.30 pm Ucapan Exco Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada wakil
Negeri Kedah menteri besar kedah kita iaitu Yang Berhormat Dato’
Norsabrina Mohd Noor yang juga merupakan Exco
Negeri Kedah Darul Aman. Majlis dengan segala
hormatnya, mempersilakan.

*ucapan*

Setelah selesai Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang


ucapan berbahagia Dato’ atas kesudian beliau menyampaikan
ucapan itu tadi.

MASA CUE ANN 12


9.35 pm Sesi sembang Majlis telah sampai kemuncaknya dimana semua para
santai hadirin amat menantikannya iaitu sesi sembang santai
kita bersama wakil kerajaan negeri kedah iaitu Yang
Berhormat Dato’ Norsabrina Mohd Noor. Majlis
mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Norsabrina Mohd
Noor dengan diiringi Yang Berhormat Dato’ Shaiful
Hazizy Zainol Abidin untuk naik ke atas pentas bagi
menyempurnakan sesi sembang santai kita pada malam
ini.

*sesi sembang santai*

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’
Norsabrina Mohd Noor dan juga Yang Berhormat Dato’
Shaiful Hazizy Zainol Abidin untuk sesi sembang santai
kita sebentar tadi.

MASA CUE ANN 13


11.00 pm Sesi penyampaian Diminta kepada Dato’ Norsabrina dan Dato’ Shaiful
mock cheque Hazizy bagi terus berada di atas pentas bagi
penyampaian sedikit cenderahati dari pihak PERMADAH.

Majlis menjemput Yang Dipertua PERMADAH saudara


Penyampaian Muhamad Fahmi Izzuddin bin Mohamad Zakir bagi
cenderahati menyampaikan sedikit cenderahati kepada Dato’
Norsabrina.

Setelah selesai Terima kasih diucapkan atas penyampaian cenderahati


penyampaian sebentar tadi.
cenderahati
MASA CUE ANN 14
11.15 pm Sesi bergambar Hadirin diminta untuk terus kekal berada di dalam
dewan kerana majlis akan diteruskan dengan sesi
fotografi. Dipersilakan Yang berhormat Dato’ dan semua
hadirin untuk mengambil posisi bagi sesi fotografi.

*sesi fotografi*

Setelah selesai Setelah berakhirnya sesi fotografi sebentar tadi maka


bergambar berakhirlah majlis kita pada malam ini.

MASA CUE ANN 14


11.30 pm Bersurai Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis pada pagi ini telah sampai ke penghujungnya.

Merdu bertingkah alunan suara,


Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.

Dengan bismillah kita mulai ,


Alhamdulillah wassalatanabi,
Dengan takdirIllahi Rabbi,
Selesailah sudah majlis kita hari ini.

Sekian sahaja majlis kita pada hari ini.

Saya akhiri majlis ini dengan lafaz suci Wabillahi Taufik


Walhidayah Wassalaamu’alaikum Warohmatullahi
Wabarakaatuh.

Keberangkatan Majlis mengumumkan Yang Amat Berhormat Dato’


keluar tetamu Norsabrina Mohd Noor diiringi Yang Berbahagia Dato’
kehormat Shaiful Hazizy Zainol Abidin, Encik Jamaluddin Yacob, Dr
Siti Nor Awang, Saudara Muhamad Nur Aizat Noor Azam,
Saudara Muhamad Fahmi Izzuddin bin Mohamad Zakir,
dan Saudari Nor Hafiza Hassan untuk meninggalkan
majlis.

Anda mungkin juga menyukai