Anda di halaman 1dari 10

TEKS PENGACARAAN MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN JAWATANKUASA

SEKRETARIAT PENCEGAHAN RASUAH


IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK 2018
12 MAC 2018
2.00 PTG – 4.00 PTG

BIL CUE ANN TINDAKAN


1 Dipersilakan tetamu-tetamu jemputan mengambil FLORA
tempat masing-masing kerana majlis kita akan
bermula sebentar lagi.

Sidang hadirin sekalian, bagi melicinkan


perjalanan majlis, di sini dibacakan beberapa
pengumuman:

1. Pihak majlis memohon kerjasama para hadirin


agar dapat mematikan nada deringan telefon
bimbit masing-masing atau menukarkan kepada
mod senyap.
2. Pihak majlis mengharapkan agar tetamu-tetamu
yang hadir dapat memenuhkan ruangan tempat
duduk di bahagian hadapan terlebih dahulu, bagi
memudahkan kemasukan tetamu-tetamu yang
akan datang seterusnya.
3. Pihak majlis juga mengharapkan agar para
tetamu dapat berdiri semasa pengumuman
ketibaan tetamu kehormat.

Pihak majlis mengucapkan terima kasih atas


perhatian dan kerjasama hadirin sekalian.

2 Pengumuman Mengumumkan ketibaan, AMIN


ketibaan
Yang Berhormat,
Dato’ Hj Hasim bin Rusdi
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Labu
Merangkap Pengerusi,
Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri
Asas Tani

Hadirin diminta berdiri

3 Nyanyian lagu
negaraku dan
negeri Sembilan *****nyanyian lagu negaraku dan negeri
Sembilan*****
4 Ucapan Hadirin dipersilakan duduk. AMIN
pembuka dari
pengacara Bismillah….
majlis

Assalamualaikum w.b.t.... Salam sejahtera dan


salam 1 Malaysia...

Melati kuntum tumbuh melata, AMIN


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Ingin rasa memakan kari, FLORA


Kari cendawan batang keladi;
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu tuan yang baik budi.

Yang Berhormat, FLORA


Dato’ Hj Hasim bin Rusdi
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Labu
Merangkap Pengerusi,
Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri
Asas Tani

Yang Berbahagia,
Encik Khairuddin bin Abd Rahman,
Timbalan Pengarah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,
Negeri Sembilan

Yang Berbahagia,
Dr. Yazid bin Abdul Manap
Pengarah,
IPG Kampus Pendidikan Teknik

Yang Berbahagia,
Dr Tajul Ariffin bin Yang Hussin
Timbalan Pengarah
IPG Kampus Pendidikan Teknik

Yang Berusaha,
En Zaimuddin bin Hj Hussin
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
IPG Kampus Pendidikan Teknik

Yang Berusaha,
Dr Wan Ameran bin Wan Mat
Penyelaras,
Kelab Sekretariat Pencegahan Rasuah,
IPG Kampus Pendidikan Teknik

Ketua-ketua Jabatan,
Ketua-ketua unit,

Barisan pensyarah,

Dan siswa siswi yang diraikan

Selamat datang ke Majlis Watikah Pelantikan


Sekretariat Pencegahan Rasuah IPG Kampus
Pendidikan Teknik 2018 AMIN

Puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan


limpah kurniaNya dapat sama-sama kita
berkumpul di dewan ini bagi meraikan Majlis
Watikah Pelantikan Jawatankuasa Sekretariat
Pencegahan Rasuah IPG Kampus Pendidikan
Teknik bagi sesi 2018

Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan


dapat memeriahkan lagi suasana majlis pada
petang ini, di samping dapat mengukuhkan lagi
tautan kemesraan antara satu sama lain.

Sekali lagi majlis mengucapkan selamat datang

5 Bacaan doa Kalau pergi Tanjung Keramat, AMIN


Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Hadirin dihormati, AMIN

Bagi memberkati majlis kita pada petang ini,


marilah kita bersama-sama mengaminkan bacaan
doa yang akan dipimpin oleh Saudara Mohd
Ikram Hakimi bin Azizan.

Dipersilakan…

--------- Bacaan doa ---------

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


saudara Mohd Ikram Hakimi bin Azizan atas
bacaan doa sebentar tadi
6 Ucapan alu- Bukan rumput sebarang rumput, FLORA
aluan oleh Rumput penghias tepi halaman;
pengarah ipgkpt Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.

Hadirin yang budiman, FLORA

Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan


segala hormatnya menjemput dan mempersilakan
Yang berbahagia,
Dr. Yazid bin Abdul Manap,
Pengarah
IPG Kampus Pendidikan Teknik

untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis


dengan segala hormatnya mempersilakan.

------ Ucapan Pengarah IPGKPT ------

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan


terima kasih kepada Tuan Pengarah IPG
Kampus Pendidikan Teknik atas ucapan alu-
aluan itu tadi.

7 Ucapan yb dato’ Pergi ke kota beli selasih, AMIN


hj hasim bin Sayang si dara buat halwa;
rusdi, Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa
Adun kawasan
labu, negeri Hadirin yang dihormati, AMIN
Sembilan
Majlis seterusnya menjemput

Yang Berhormat,
Dato’ Hj Hasim bin Rusdi,
Ahli Dewan Undangan negeri Kawasan Labu,
Merangkap Pengerusi
Jawatankuasa bertindak Pertanian dan Industri
Asas Tani

untuk menyampaikan ucapan

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

**** Ucapan YB ****

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan


terima kasih kepada Yang Berhormat, Dato Hj
hasim bin Rusdi di atas ucapan itu tadi.

8 Penyerahan Tuan-tuan dan Puan-puan, FLORA


replica cek oleh
yb Majlis pada petang ini diteruskan dengan upacara
penyerahan replika cek oleh Yang Berhormat
Dato’ Hj Hasim bin Rusdi kepada pihak IPG
Kampus pendidikan Teknik.

Oleh itu, dijemput

Yang berhormat,
Dato’ Hj Hasim bin Rusdi,
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Labu
diiingi oleh,

Yang berbahagia,
Dr Yazid bin Abd Manap,
Pengarah,
IPG Kampus Pendidikan Teknik

Untuk tampil ke hadapan. Dipersilakan.


AMIN
Bagi menyempurnakan upacara penyerahan
replika cek sumbangan dari Yang Berhormat
Dato. Hj Hasim bin Rusdi,

Dijemput,

Yang berusaha,
En Zaimuddin bin Hj Husin,
Ketua,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
IPG Kampus Pendidkan Teknik

Untuk menerima replika cek tersebut.


Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


Yang Berhormat Dato’ Hj Hasim bin Rusdi atas
kesudian menyerahkan replika cek itu tadi.

9 Penyerahan Akar keladi melilit selasih, AMIN


cenderamata Selasih tumbuh di hujung taman;
kepada yb adun Kalungan budi junjungan kasih,
labu Mesra kenangan sepanjang zaman.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih AMIN


kami,

Dijemput,

Yang Berbahagia,
Dr Yazid bin Abd manap,
Pengarah,
IPG Kampus Pendidikan Teknik

Diiringi oleh,

Yang Berusaha,
En Zaimuddin bin Hj Hussin
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
IPG Kampu Pendidikan Teknik

Untuk menyampaikan cenderamata kepada

Yang Berhormat,
Dato, Hj Hasim bin Rusdi,
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Labu

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang


Berbahagia Dr Yazid dan Yang Berhormat Dato
Hj Hasim atas penyempurnaan penyampaian
cenderamata itu tadi.

Alu-aluan Untuk makluman hadirin, tetamu kehormat kita AMIN


pergerakan pada petang ini akan meninggalkan majlis
keluar yb dato sebentar lagi atas tuntutan kerja di tempat lain.

Pihak majlis ingin mengucapkan terima kasih yang


tidak terhingga atas kesudian dato’
menyempurnakan penyerahan replica cek pada
petang ini.

10 Ucapan Hadirin yang dihormati, FLORA


pengarah sprm
cawangan Besar langit di tepi busut, FLORA
negeri Sembilan Besar tak muat di dalam peti;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Hadirin yang dirahmati, FLORA

Majlis kita pada hari ini akan diteruskan dengan


ucapan oleh

Yang Berbahagia,
Encik Khairuddin bin Abd Rahman,
Timbalan Pengarah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,
Negeri Sembilan

Dengan segala hormatnya, dipersilakan

*****ucapan pengarah SPR*****

Terima kasih diucapkan kepada Encik


Khairuddin bin Abd Rahman atas kesudian
memberikan ucapan sebentar tadi.
11 Watikah Hadirin yang dimuliakan, AMIN
pelantikan ahli
secretariat Majlis pada petang ini akan diteruskan dengan
pencegahan acara penyampaian watikah pelantikan kepada
rasuah 2018 ahli sekretariat pencegahan rasuah IPG
oleh pengarah Kampus Pendidikan Teknik bagi sesi 2018
spr
Bagi menyempurnakan acara ini, dipersilakan
Yang Berbahagia,
Encik Khairuddin bin Abd Rahman,
Timbalan Pengarah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,
Negeri Sembilan

Diiringi oleh,

Yang Berbahagia,
Dr. Yazid bin Abd Manap,
Pengarah
IPG Kampus Pendidikan Teknik

untuk tampil ke hadapan. Dipersilakan.

Mendahului senarai penerima watikah pelantikan,

Dijemput,

****senarai nama****

Terima kasih diucapkan kepada Yang


Berbahagia En Khairuddin atas kesudian
menyampaikan watikah pelantikan sebentar tadi.
12 Penyerahan sijil Siding hadirin, FLORA
penghargaan
kepada mantan Bagi menzahirkan ucapan terima kasih kepada
secretariat mantan jawatankuasa Kelab Sekretariat
pencegahan Pencegahan Rasuah IPG Kampus Pendidikan
rasuah Teknik bagi sesi 2017, majlis diteruskan lagi
dengan penyerahan sijil penghargaan kepada
mantan jawatankuasa Kelab Sekretariat
Pencegahan Rasuah IPG Kampus Pendidikan
Teknik bagi sesi 2017.

Oleh itu, majlis menjemput,

Yang berbahagia,
Dr Yazid bin Abdul Manap,
Pengarah
IPG Kampus Pendidikan Teknik

Diiringi oleh

Yang Berusaha,
En Zaimuddin bin Hj Hussin
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
IPG Kampu Pendidikan Teknik

Untuk tampil ke hadapan. Dipersilakan.

Mendahului senarai penerima sijil penghargaan,


Dijemput

****senarai nama****

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


yang berbahagia Dr Yazid bin Abd Manap atas
acara penyerahan sijil sebentar tadi
13 Tayangan Dewan yang dimuliakan, AMIN
montaj ibr (ikrar
bebas rasuah) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) telah memperkenalkan satu inisiatif
baharu iaitu Ikrar Bebas Rasuah atau dikenali
dengan IBR hasil cetusan idea oleh Ketua
Pesuruhjaya SPRM sendiri, Tan Sri Dzulkifli
Ahmad. IBR ini memberi penekanan kepada ikrar
dan janji yang dibuat oleh kepemimpinan
organisasi dan warganya secara sukarela atas
kapasiti sebagai individu untuk memastikan tugas FLORA
mereka dan menjauhkan diri daripada sebarang
perlakuan rasuah selama mereka memegang
jawatan tersebut.

Selain itu,

Keterbukaan dan sifat kebertanggungjawaban


yang dipamerkan oleh para pemimpin dan
warganya dalam mennandatangani Ikrar Bebas
Rasuah ini juga turut membuktikan bahawa usaha
membanteras dan memerangi rasuah bukanlah
tanggungjawab eksekutif SPRM semata-mata,
tetapi sebaliknya ianya merupakan amanah dan
tugas yang perlu dikongsi oleh seluruh ahli
masyarakat khususnya dalam kalangan warga
yang berkhidmat di agensi-agensi kerajaan, bagi
memastikan negara ini bebas daripada sebarang
gejala rasuah dan salah guna kuasa.

Oleh itu, Sama-sama lah kita menyaksikan


tayangan montaj yang telah disediakan berkaitan
Ikrar Bebas Rasuah.

Selamat menonton.

14 Ikrar bebas Hadirin yang dihormati, AMIN


rasuah diketuai
oleh pengarah Bagi menzahirkan usaha membanteras dan
spr memerangi rasuah, majlis dengan segala
hormatnya menjemput,

Yang Berbahagia,
Dr. Yazid bin Abd Manap,
Pengarah
IPG Kampus Pendidikan Teknik
Untuk mengetuai lafaz Ikrar Bebas Rasuah.

Hadirin diminta berdiri.

15 Tandatangan Bagi menyempurnakan upacara ikrar ini, marilah FLORA


ikrar (pihak ipg sama-sama kita saksikan upacara
dan sprm) menandatangani Ikrar Bebas Rasuah yang akan
ditandatangani oleh pihak SPRM dan pihak IPG
Kampus Pendidikan Teknik

Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya


menjemput

Yang Berbahagia,
Encik Khairuddin bin Abd Rahman,
Timbalan Pengarah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,
Negeri Sembilan

Dan

Yang berbahagia,
Dr Yazid bin Abd Manap,
Pengarah
IPG Kampus Pendidikan Teknik

Untuk tampil ke hadapan bagi menyempurnakan


upacara ini. Sama-sama kita saksikan.

Dengan itu, upacara menandatangani Ikrar Bebas


Rasuah telah pun disempurnakan dengan
jayanya.

Terima kasih diucapkan.

16 Penyerahan Tuan-tuan dan puan-puan,


cenderahati
kepada tetamu Akar keladi melilit selasih, AMIN
kehormat Selasih tumbuh di hujung taman;
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.

Sebelum majlis bersurai, dipersilakan, AMIN

Yang berbahagia,
Dr Yazid bin Abd Manap,
Pengarah
Ipg kampus pendidikan teknik

Diiingi oleh

Yang Berusaha,
En Zaimuddin bin Hj Hussin
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
IPG Kampus Pendidikan Teknik

Untuk memberikan cenderamata sebagai tanda


kenangan dan terima kasih kepada

Yang berbahagia
En Ramli Ismail,
Pengarah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Negeri Sembilan

Terima kasih kepada Yang Berbahagia Dr Yazid


atas penyampaian cenderamata sebentar tadi.

17 Bersurai Tuan-tuan dan puan-puan, FLORA

Maka sempurnalah sudah Majlis Watikah


Perlantikan Jawatankuasa Sekretariat
Pencegahan Rasuah IPG Kampus Pendidikan
Teknik bagi sesi 2018

Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak


dalam menjayakan program ini amat dihargai dan
kami berasa begitu terharu dengan sokongan
yang tidak berbelah bagi daripada semua pihak.
Bagi pihak seluruh ahli jawatankuasa, majlis sekali
lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada semua pihak yang terlibat sama ada AMIN
secara langsung mahupun tidak langsung dalam
menjayakan majlis pada petang ini

Tenang-tenang air di laut,


Sampan kolek mudik ke tanjung; AMIN
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak junjung.

Terima kasih atas segala perhatian, salam


kemaafan di setiap kesilapan dari tuturkata
mahupun lakucara, jumpa lagi pada lain ketika.

Sebelum majlis melabuhkan tirainya, hadirin


diminta berdiri untuk menyanyikan lagu rasmi
IPGM.
18 Nyanyian lagu
ipgm ***** nyanyian lagu ipgm*****

Dengan berakhirnya nyanyian lagu rasmi IPGM


sebentar tadi, maka berakhilah perjalanan majlis FLORA
kita pada ptg ini.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah, AMIN


wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai