Anda di halaman 1dari 9

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN PERKHEMAHAN DAN PENYERAHAN ANAK ANGKAT SEBAGAI PROGRAM BINA INSAN GURU

FASA IV PERINGKAT IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL TARIKH : 26.09.2013 TEMPAT : KG. JONGOK BATU, DUNGUN, TERENGGANU

PERKARA

TINDAKAN

QUE

General Mohon perhatian. Announcement Bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar, sidang hadirin diminta untuk mematikan telefon bimbit atau meletakkannya dalam mod senyap.

Apabila diumumkan ketibaan Yang Dihormati , bersama-sama dif-dif jemputan, hadirin diminta untuk sama-sama berdiri, diikuti dengan nyanyian Negaraku

Kerjasama daripada hadirin amat dihargai. Terima Kasih..

Ketibaan jemputan

Mengumumkan ketibaan Yang Dihormati _________ serta dif-dif jemputan masuk ke dalam dewan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hadirin diminta untuk terus berdiri bagi menyanyikan Lagu Negaraku dengan iringan muzik

Hadirin dipersilakan duduk

Kata-kata aluan

Ke pekan kuala membeli bingka, Sayang pesanan terlupa sudah, Majlis bermula tirai dibuka, Dengan alunan madah yang indah === SALUTASI-===

Assalamualaikum W.B.T, Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Yang dihormati, En.___________________, timbalan pengerusi JKKK Kampung Jongok Batu,

Yang berbahagia, (tgk lect mane y avalaible)_______________________________________________________________

Yang dihormati, Tuan Haji Mohd Rasid bin Chik, Kem Komandan Bina Insan Guru Siri IV, IPG Kampus Dato Razali Ismail,

Yang Berusaha, Ketua Jurulatih Bina Insan Guru Siri IV

Yang Berusaha,

Fasililator-fasililator, para penduduk Kampung Jongok Batu, peserta Program Bina Insan Guru

Serta hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Mencari timba si anak dara, Dibawah sarang Burung Tempua, Salam sembah pembuka bicara, Selamat datang untuk semua.

Sayang kumbang mencari makan, Terbang seiring di tepi kali, Selamat datang kami ucapkan, Moga diiring restu ilahi.

Aluan pengerusi

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah dan izinNya dapat kita berkumpul pada petang ini untuk bersama-sama bagi menjayakan Majlis Perasmian Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4 Tautan Kasih.

Majlis juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Dihormati __________________, dif-dif jemputan, barisan penyelaras dan fasilitator, serta hadirin sekalian kerana sudi bersama-sama dalam memeriahkan majlis pada petang yang berbahagia ini.

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, program ini Bina Insan Guru ini adalah merupakan satu program wajib yang harus dijalani pada setiap semester iaitu bermula dari semester 1 hingga semester 6 PISMP bagi menerapkan nilai-nilai insan guru dalam diri guru-guru pelatih. Sehubungan dengan itu, kami telah memilih Kampung Jongok Batu ini sebagai destinasi bagi bersama-sama menjayakan program anak angkat pada semester ini.

Bacaan Doa

Warga Dewan yang mulia,

Menadah tangan tanda kerendahan, Lafaz Bismillah memperkukuh tautan, Doa dipohon penuh pengharapan, Agar Majlis mendapat keberkatan

Untuk memberkati majlis pada petang ini, dengan sukacitanya dijemput saudara Mohd Syukur Bin Abdullah dari PISMP Pendidikan Agama Islam 2 untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan...

Setelah selesai bacaan doa........... Amin Ya Rabbal Alamin.. Terima kasih diucapkan kepada saudara Mohd Syukur Bin Abdullah atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis kita ini akan mendapat keberkatan daripada Tuhan Yang Maha Esa. Insya-Allah.....

Bukan rumput sebarang rumput, Rumput penghias tepi halaman, Bukan jemput sebarang jemput, Jemput memohon kata aluan.

Ucapan Pengerusi BIG

Hadirin sekalian,

Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan hormatnya mempersilakan Ahmad Syamzari Bin Abu Bakar, Pengarah Projek Program Bina Insan Guru Fasa 4 IPG Kampus Dato Razali Ismail untuk memberi ucapan. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

(pause)

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan itu tadi.

Pergi ke kota beli selasih, Sayang si dara buat halwa, Ucapan Pengarah IPG KDRI Berilah kata simpulan kasih, Sulamkan mesra satukan jiwa

Seterusnya, Majlis kini mempersilakan Encik Ghulam Sarver Bin Mobarak Ali, Pengarah IPG Kampus Dato Razali Ismail bagi menyampaikan ucapan.

Majlis dengan dengan ini mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada diatas ucapan sebentar tadi.

Kalau tuan pikat kenari, Jangan patahkan batang jerami, Ucapan Pengerusi JKKK Kampung Jongok Batu Kepada tuan sembah diberi, Mohon rasmikan majlis kami.

Hadirin sekalian,

Sekarang tibalah masanya untuk En.______________, Pengerusi JKKK Kampung Jongok Batu untuk menyampaikan ucapan. Untuk itu, tanpa melengahkan masa, majlis dengan ini menjemput untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan

Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4 pada hari ini.

Majlis dengan dengan ini mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan itu tadi.

Simbolik Penyerahan Anak Angkat

Seterusnya majlis diteruskan untuk upacara simbolik penyerahan anak angkat. Untuk itu majlis menjemput Yang Dihormati En___________, Pengerusi JKKK Kampung Jongok Batu dan Yang Berusaha Encik Ghulam Sarver Bin Mobarak Ali untuk bersama-sama berada di atas pentas bagi menyempurnakan upacara simbolik penyerahan anak angkat. Dijemput Tuan Pengarah untuk menyerahkan ______________ kepada Pengersi JKKKK.

(majlis penyerahan anak angkat berlangsung)

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada kerana sudi menyempurnakan upacara simbolik penyerahan anak angkat.

Dengan berakhirnya upacara simbolik penyerahan anak angkat sebentar tadi, maka berakhirlah majlis kita pada petang ini. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Dihormati En._______________, Yang Berusaha, Encik Ghulam Sarver Bin Mobarak Ali, Yang Berusaha, Tuan Haji Mohd Rasid bin Chik, dif-dif jemputan serta hadirin sekalian kerana sudi bersama-sama hadir untuk menjayakan majlis kita pada petang ini.

Dengan bismillah kita mulai, Alhamdulillah kita akhiri, Dengan takdir Illahi Rabbi, Selesailah sudah upacara merasmi.

Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita, Kalau tersilap tutur bicara, Jemari sepuluh maaf dipinta.

Segala kekurangan yang berlaku disepanjang majlis pada kali ini, saya mewakili semua jawatankuasa pelaksana majlis menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf. Sesunguhnya yang baik itu datang dari Allah dan kelemahan itu datangnya dari diri kami sendiri. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum W.B.T .

Anda mungkin juga menyukai