Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN PERKHEMAHAN DAN ANAK ANGKAT SEBAGAI PROGRAM BINA INSAN GURU PERINGKAT IPG

KTB TARIKH : 27.09.2013 TEMPAT : SK TOH SAJAK, BATU KARAU, PERAK BIL 1 CUE Apabila VIP tiba di pintu utama ANN Mengumumkan ketibaan Tuan Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun, diiringi oleh Guru Besar SK Toh Sajak, Penyelaras Program BIG dan Kem Komandan Program BIG IPG Kampus Tuanku Bainun masuk ke dewan. Hadirin diminta bersedia untuk nyanyian lagu Negaraku Sebelum dan lagu Guru Malaysia. VIP duduk Terima kasih di atas nyanyian sebentar tadi. Hadirin dipersilakan duduk. 3 Protokol majlis Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Yang Berbahagia, Tuan Haji Daud bin Mad Saman, Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun, Yang Berusaha, En Azmi bin __________________, Guru Besar SK Toh Sajak, Yang Dihormati, En. Abdul Rahman Bin Moidu, Penyelaras Program Bina Insan Guru siri IV IPG Kampus Tuanku Bainun, En Kuppusamy Krishnan, Kem Komandan Program BIG IPG Kampus Tuanku Bainun, Apabila VIP bersedia CATATAN

Nyanyian lagu negaraku

Roland Kula, Pengerusi BIG, Peserta-peserta Program Bina Insan Guru serta hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian. 1

Menyatakan kesyukuran

Sirih berlipat siri pinang, Sirih dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita sama-sama berkumpul di sini bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Perkhemahan dan Penyerahan Anak Angkat, Bina Insan Guru peringkat IPG Kampus Tuanku Bainun.

Bacaan doa

Warga dewan yang mulia, Menadah tangan tanda kerendahan, Lafaz Bismillah memperkukuh tautan, Doa dipohon penuh pengharapan, Agar Majlis mendapat keberkatan Bagi menambah keberkatan majlis kita pada pagi ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Saudara Noor Syamim bin Noor Yawaris dari kelas 4 PISMP Matematik Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Setelah selesai bacaan doa........... Amin amin ya Rabbal alamin. Terima kasih diucapkan atas bacaan doa sebentar tadi. 6 Ucapan aluan Pengerusi BIG

Hari ini memugal jagung Hari esok memetik peria Hari ini kita berkampung Meraikan majlis penuh ceria Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan pengerusi Program Bina Insan Guru Siri IV IPGKTB, saudara Roland Kula, dari 4 PISMP Matematik untuk memberi ucapan. Majlis dengan ini mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan itu tadi.

Ucapan Guru Besar

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, Majlis diteruskan dengan ucapan daripada En. Azmi bin ____________, Guru Besar SK Toh Sajak, Perak. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan itu tadi. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, 7 Ucapan Perasmian oleh Pengarah

Tak lengkap bahtera tanpa nakhoda, Tak lengkap malam tanpa purnama, Tak lengkap laut tanpa ombak badainya, Tak lengkap sambutan tanpa ucapan perasmiannya. Seterusnya, tanpa melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan Haji Daud bin Mad Saman, Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun untuk menyampaikan ucapan sekali gus merasmikan Program Perkhemahan dan Penyerahan Anak Angkat, Bina Insan Guru peringkat IPG Kampus Tuanku Bainun.

Dengan penuh takzimnya dipersilakan.

Setelah selesai ucapan....... Daun selasih tidak terperi, Terima kasih tuan, atas ucapan yang diberi. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Pengarah atas kesudian menyampaikan ucapan perasmian.

Penyerahan Anak Angkat

Warga dewan yang dihormati, Majlis diteruskan dengan penyerahan anak angkat. Dengan ini, majlis menjemput______________ untuk sesi penyerahan anak angkat. Dengan berakhirnya penyerahan anak angkat sebentar tadi, maka berakhirlah sudah majlis kita pada pagi ini.

Ucapan penutup dan bersurai

Merdu bertingkah alunan suara, Kadang tak sedar tersilap kata, Andai terlanjur patah bicara, Serendah hati kemaafan dipinta. Sekian, wabillah hi taufik wassalamualaikum w.b.t.

10

Pergerakan Keluar

Majlis mengumumkan Tuan Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun, diiringi oleh Guru Besar SK Toh Sajak serta para pensyarah meninggalkan dewan.

Anda mungkin juga menyukai