Anda di halaman 1dari 6

KULIAH 8

BAHASA MELAYU LESTARI


BMLB3013
KREATIVITI DAN INOVASI DALAM LAGU RAKYAT
5. KREATIVITI DAN INOVASI DALAM
NYANYIAN LAGU RAKYAT
 Kreativiti dan Inovasi dalam Nyanyian Lagu Rakyat
 Melalui kemahiran berbahasa
 - Menyampaikan idea kreatif bersumberkan lagu rakyat secara lisan dan
tulisan



 - Menghasilkan pelbagai bentuk penulisan kreatif bersumberkan lagu
rakyat
 - Mempersembahkan idea kreatif melalui aspek seni bahasa
KREATIVITI DAN INOVASI

 Kreativiti ditakrifkan sebagai proses pemikiran yang


mendorong dalam merealisasikan idea baru juga sebagai
penemuan baru di mana ia menuju ke arah yang lebih realiti.
 Dalam konteks ini kreativiti boleh ditaksirkan sebagai
kombinasi di antara idea baru dan idea lama.
 Idea baru diperlukan dan idea lama dikaji dan dinilai semula.
 Ia juga merupakan proses melihat semula, memilih, menukar
ganti, gabungan dua maklumat idea baru dan kemahiran.
KREATIVITI DAN INOVASI

 Inovasi adalah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan


produk baru, produk dan perkhidmatan yang lebih baik.
 Hal ini bermakna, setiap organisasi sama ada berasaskan
keuntungan atau tidak akan bersaing untuk menghasilkan
idea kreatif bagi manfaat organisasi bersama.
 Inovasi juga berfikir (deemed) untuk menghasilkan sesuatu
yang baru di pasaran yang akan merubah persamaan
antara permintaan dan pengeluaran (supply-demand
equation)
KREATIVITI DALAM LAGU

 Perkembangan mutakhir dalam bidang ini sekarang ini nampaknya agak


kabur.
 Walaupun kedudukan sebenarnya, lagu-lagu ini cukup diminati jika
diketengahkan dengan cara yangsewajarnya.
 Kita mungkin boleh mengekalkan bentuk persembahan asalnya sebagai
bahan dokumentari dan rujukan dari semasa ke semasa mungkin lagu-Iagu ini
menjadi inspirasikepada tokoh-tokoh muzik tanahair.
 Sebagai contoh lagu Rakyat Pahang berjudul Walinongsari telah dinyanyikan
oleh Allahyarhamah Datin Rafeah Buang termuat dalam album yang
dikeluarkan oleh kerajaan Negeri Pahang dengan judul "Bingkisan Dari
Pahang".
 Kemudiannya lagu ini dinyanyikan pula oleh Siti Nurhaliza yang termuat dalam
album Seri Balas.
SAMBUNGAN

 Baik dalam masyarakat Melayu tradisional masa lalu, mahupun


dalam masyarakat majmuk era globalisasi sekarang ini kita
menyakini bahawa lagu-Iagu rakyat bakal mendapat tempat jika
usaha-usaha yang jelas dibuat bagi mengenengahkan semula
lagu-Iagu tersebut walaupun dalam bentuk persembahan yang
berlainan dengan persembahan asalnya.
 Apa lagi dengan adanya segala kecanggihan teknologi bunyi
sekarang ini.
 Hal ini bererti kita dapat menjadikan lagu-Iagu itu berfungsi kembali
dalam masyarakat sebagaimana ia berfungsi dalam masyarakat
tradisional yang disebutkan itu.

Anda mungkin juga menyukai