Anda di halaman 1dari 8

Pengenalan Kursus Bina Insan Guru (BIG) merupakan suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan

guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program ini melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Program ini direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam semester tempoh pengajian. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi.

Objektif 1. Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza. 2. Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam melaksanakan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti. 3. Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan. 4. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan. 5. Berupaya berfikir secara refleksi dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan.

BIG 1 Program Bina Insan Guru Fasa 1 merupakan suatu program perkhemahan selama empat hari tiga malam yang khusus buat guru pelatih PISMP semester pertama. Melalui program ini, guru pelatih diterapkan dengan ciri-ciri, potensi dan citra diri seorang insan guru, membina daya saing yang tinggi di samping mampu membuat refleksi diri dalam menghadapi cabaran yang akan dihadapi dalam profesion pe rguruan. Program Bina Insan Guru Fasa 1 bagi sesi 2011 ini bertemakan Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan. Aktiviti yang telah dilaksanakan sewaktu perkhemahan adalah membina gajet khususnya gajet tempat makan, tempat memasak dan rak kasut. Aktiviti seterusnya ialah memasang khemah bagi penginapan para peserta. Aktiviti kembara hutan dijalankan pada hari kedua perkhemahan. Kembara hutan ini merupakan antara satu aktiviti yang menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta. Setiap kumpulan akan memulakan kembara di tempat permulaan yang berbeza tetapi dijangka akan tiba ke tempat yang sama pada akhir kembara ini. Peserta membawa alatan seperti peti

pertolongan cemas, parang, tali, peralatan membaca peta dan kompas, keperluan solat dan pakaian yang sesuai untuk menjalani kembara hutan. Setiap kumpulan mempunyai pembaca kompas, runner dan ahli yang bertugas membuka jalan kepada peserta lain. Sewaktu kembara hutan ini, peserta dikehendaki membina satu usungan daripada bahan-bahan yang ditemui dalam hutan dan mampu memuatkan sekurang-kurangnya seorang peserta. Antara aktiviti lain yang dijalankan ialah Latihan dalam Kumpulan, aktiviti berenang dan membuat rakit, malam penghayatan dan kembara malam. Setelah mengikut semua aktiviti sepanjang perkhemahan ini, para peserta lebih menyedari nilai ketepatan masa kerana telah merasai pengalaman padah tidak bertindak atau melakukan tugas dalam masa yang ditetapkan. Selain itu, para peserta lebih bertolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain. Para peerta kini bersikap lebih terbuka terhadap rakan yang berbeza bangsa, agama dan bahasa. Di samping itu, para peserta juga menunjukkan keyakinan diri yang lebih tinggi pada akhir program ini.

BIG 2 Pada sesi pengajian PISMP semester dua bagi tahun 2011 ini, aktiviti bagi program Bina Insan Guru yang telah dilaksanakan ialah bengkel budaya cemerlang dan aktiviti khidmat masyarakat. Bengkel budaya cemerlang telah disampaikan oleh Encik Engkasan Anak Inchang yang bertajuk Ciri Ciri Orang Yang Cemerlang. Melalui ceramah tersebut, peserta BIG telah didedahkan dengan ciri ciri orang yang cemerlang seperti mempunyai penampilan diri yang positif iaitu bersemangat, sentiasa bersedia, ceria, kemas, berpengetahuan, berkeyakinan dan sentiasa mendahului orang lain Aktiviti khidmat masyarakat yang dilaksanakan untuk program BIG kali ini ialah aktiviti gotong royong. Aktiviti gotong royong ini telah dilaksanakan di kawasan berdekatan kelas kami dan dalam kawasan kelas kami. Kelas kami terletak di tingkat satu sama bangunan dengan perpustakaan IPG Kampus Rajang. Aktiviti gotong royong ini melibatkan semua ahli kelas dalam tempoh selama satu jam. Aktiviti kemasyarakatan ini secara langsung memberi peluang kepada semua ahli kelas untuk berbakti kepada kelas dengan mengerah tenaga membersihkan kawasan kelas tersebut.

Peserta BIG mendengar dengan khusyuk ceramah Ciri ciri Orang yang Cemerlang yang disampaikan oleh Encik Engkasan Anak Inchang.

Peserta BIG sedang bergotong-royong membersihkan kawasan kelas.

BIG 3 Pada 13 April 2012, iaitu hari Jumaat dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang, bengkel Etika Sosial dan protokol telah dijalankan di Dewan Kenanga, IPG Kampus Rajang. Pembentangan bermula dari kelas Pemulihan Bahasa Melayu dengan tajuk Pengucapan Awam yang dibentangkan Nur Maliana Sofea dan Nurul Atiqa. Disambungkan dengan simulasi pidato Bahasa Satu Bangsa yang disampaikan oleh Mohd Fadhil. Seterusnya disambungkan oleh kelas Pendidikan Jasmani dengan tajuk Kesantunan Berbahasa. Tajuk ini dibahagikan kepada beberapa tajuk kecil, iaitu definisi, ciri-ciri, penggunaan tatasusila, penggunaan kata ganti nama diri, bentuk sapaan, penggunaan gelaran dan gelaran anugerah. Kumpulan ketiga pula adalah pembentangan dari kelas Pemulihan bahasa Cina yang tajuknya Tertib di meja makan. Tajuk kecil bagi tajuk tersebut merangkumi susun atur meja makan, susun letak peralatan di meja makan dan tatacara penyusunan peralatan makan yang lazim digunakan. Kumpulan ini telah mempersembahan cara makan dan penggunaan peralatan yang betul semasa makan. Mereka juga mempersembahkan cara melayan tetamu di restoran-restoran. Kumpulan seterusnya sambung dengan tajuk Pengendalian Majlis Rasmi. Dalam tajuk ini, kami perlu membentangkan susunan keutamaan, panggilan hormat, susunan tempat duduk, tertib ketibaan dan kepulangan tetamu dan pengacara majlis yang perlu ada pada sesuatu majlis yang rasmi. Persembahan kumpulan terakhir adalah etika berpakaian. Tajuk yang dibentangkan berkait dengan jenis pakaian rasmi, baju rasmi dan tidak rasmi bagi kakitangan kerajaan dan cara berpakaian pelajar IPG.

BIG 4 Pada semester empat, pengisian BIG Fasa 4 adalah Program Perkhemahan dan Khidmat Masyarakat di SK Nanga Stras Meradong yang melibatkan empat kumpulan pelajar PISMP Semester Empat Ambilan Januari 2011. Pengisian BIG yang pertama, kami melaksanakan program perkhemahan yang berlangsung di Pusat Latihan Kokurikulum (PULAKO) IPG Kampus Rajang selama tiga hari dua malam. Antara perisian yang menarik adalah program khidmat sosial di mana pelajar berkunjung ke Kampung Sessang Roban untuk program anak angkat. Semasa program perkhemahan berlangsung, pelbagai aktiviti dan pengisian telah dijalankan. Secara ringkasnya, pada hari pertama, telah diadakan aktiviti mendirikan khemah, sesi tazkirah dan sesi moral, serta LDK 1 berkenaan EIC interpersonal. Pada hari kedua, bersamaan hari Khamis, aktiviti yang bermula dari jam 5.30 pagi dimulai dengan sesi tazkirah dan sesi moral, aktiviti senamrobik dan menaikkan bendera, dan pada jam 8 pagi kami telah bertolak ke Kampung Sessang untuk menjalankan kembara sosial. Pengisian terakhir kami pada hari tersebut adalah refleksi kembara sosial. Pengisian BIG yang kedua untuk Fasa 4 ini pula ialah Program Khidmat Masyarakat di SK Nanga Stras Meradong pada 20 September 2012 bersamaan hari Khamis. Semasa program tersebut berlangsung, pelbagai aktiviti dan perisian telah dijalankan mengikut agihan kumpulan masing-masing. Bagi kumpulan kami, iaitu PISMP BM mendapat tugasan untuk menjalankan program kelas tambahan untuk Tahun 4. Semasa mengendalikan aktiviti LDK 2, pelbagai aktiviti telah kami jalankan dan kelihatan murid-murid tersebut seronok dan melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti tersebut. Antara aktiviti yang kami jalankan adalah Kerusi Ajaib, Teka Saya dan Mari Menyanyi. Aktiviti Kerusi Ajaib dijalankan untuk menguji tahap kecekapan pendengaran dan kecekapan murid menerima dan memproses maklumat atau arahan yang diberikan.

BIG 5 Program Bina Insan Guru (BIG) yang dilaksanakan pada fasa yang kelima ialah Bengkel Pekeliling untuk siri yang pertama dan Program Lawatan Penandaarasan Sekolah Kebangsaan Agama Sibu, Sarawak untuk siri yang kedua. Kumpulan PISMP Bahasa Melayu telah mengadakan bengkel BIG Fasa 5 Siri I ini pada 6 Mac 2013 pada pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang di bilik Anggerik 3, IPG Kampus Rajang yang dihadiri oleh 20 orang pelajar dan seorang tutor kumpulan iaitu Encik Haidi bin Kasran. Kumpulan pembentang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan satu, membentangkan berkenaan Surat Pekeliling Ikhtisas manakala kumpulan yang kedua pula membentangkan tentang Pekeliling Perkhidmatan.

Lawatan penandaarasan ke sekolah kluster iaitu Sekolah Kebangsaan Agama Sibu pula telah diadakan pada 12 Mac 2013 yang lalu. Lawatan ini diadakan bagi melengkapkan salah satu pengisian dalam program Bina Insan Guru Fasa 5. Sekolah Agama Sibu merupakan sekolah kluster kecemerlangan Fasa 6 di Sarawak. Kedatangan peserta BIG Fasa 5 ke sekolah disambut mesra dan meriah dengan paluan kompang oleh murid-murid sekolah tersebut dan disambut mesra oleh guru-guru di situ.

BIG 6 Program Bina Insan Guru fasa ke-6 kali ini ialah penandaarasan ke SJKC Kwang Chien untuk menemu ramah dengan dua orang guru cemerlang di sekolah tersebut. Seramai 83 orang guru pelatih daripada PISMP Ambilan Januari 2011 telah bersama dengan tutor masing-masing untuk menjalankan program penandaarasan ini. Tujuan utama adalah untuk mendengar perkongsian daripada guru cemerlang tentang pengalaman mereka sebelum dan semasa menjadi guru cemerlang, manfaatnya menjadi seorang guru cemerlang, laluan kerjaya guru dan sebagainya.

Pelaksanaan Bengkel Guru Inovatif sempena program Bina Insan Guru Siri 6 / 2013 telah dilaksanakan pada 7 Oktober 2013 bertempat di kelas Anggerik 3 yang melibatkan guru pelatih PISMP Bahasa Melayu Semester 6. Bengkel tersebut telah mengetengahkan elemen Ciri-Ciri Guru Inovatif sebagai perkara utama untuk didedahkan kepada guru pelatih.

PENUTUP Setelah mengikut keenam-enam BIG sepanjang berada di IPG, banyak ilmu pengetahuan dan perkongsian serta pengalaman yang kami perolehi daripada aktivitiaktiviti yang telah diatur dan dijalankan untuk kami. Kesemua ilmu ini boleh dijadikan panduan dan persediaan sebagai bakal guru kelak. Kelemahan yang terdapat dalam keenam-enam BIG ini ialah terdapat aktiviti yang dijalankan tidak mengikut perancangan dan membebankan pelajar. Aktiviti yang dijalankan adalah pada saat-saat akhir dan lambat dimaklumkan kepada pelajar. Pelajar terpaksa mengikut sahaja perancangan yang telah diatur tanpa ada perbincangan dengan semua pelajar. Kekuatan yang terdapat pada BIG ini ialah aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar walaupun terdapat banyak kekangan. Objektifobjektif yang dirangka juga tercapai. Semoga aktiviti seperti ini diteruskan dengan perancangan yang rapi agar objektif dan tujuan utama tercapai dan dapat memberi pengalaman kepada pelajar sebagai guru permulaan di sekolah kelak. sesunguhnya perkara-perkara kecil seperti ini mampu membantu kami untuk bekalan di dunia pendidikan kelak.

Anda mungkin juga menyukai