Anda di halaman 1dari 10

BENGKEL BIG FASA 6

CIRI-CIRI GURU INOVATIF PISMP BM AMBILAN JANUARI 2011

PENGENALAN
Sebagai seorang guru, kita perlu memiliki sifat-sifat yang inovatif supaya kita dapat mengikuti arus perkembangan terkini dalam bidang pendidikan. Walau bagaimanapun, guru-guru juga dikehendaki mempunyai sifat-sifat ini supaya semua perkara baharu yang diperkenalkan dalam bidang pendidikan mudah dilaksanakan tanpa banyak halangan. Semua bakal guru perlu didedahkan kepada bengkel inovatif ini supaya apabila mereka bertugas di sekolah kelak, mereka sudah memilki sifat-sifat yang inovatif dan ini memudahkan pihak pengurusan dan pembuat keputusan melaksanakan inovasi dalam bidang pendidikan. Sifat-sifat ini adalah suatu sifat yang generik kepada profesionalisme guru. Sifat generik dalam profesionalisme guru termaktub dalam strategi perubahan dalam pendidikan.

STRATEGI PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN


GURU
Perlu bijak mengurus masa bagi merancang, mencari dan membuat perubahan dalam p dan p.

BAHAN

Mestilah disesuaikan dengan pendekatan & strategi pengajaran yang terkini dan berupaya disampaikan oleh guru berkenaan.

PENGAJARAN
PENGURUSAN & KEPIMPINAN

Guru mengetahui kebolehan murid serta latarbelakang, pengalaman dan keluarga mereka.

Guru harus bersikap terbuka untuk menerima pandangan orang lain terhadap inovasi yang dilakukan dan memnuat penambahbaikan terhadap inovasi yang dilaksanakan.

CIRI-CIRI GURU INOVATIF


BERWAWASAN KOMUNIKASI YANG BERKESAN

PROAKTIF MEMPUNYAI INISIATIF

MEMPUNYAI PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN TINGGI

RESPONSIF DAN INOVATIF DALAM MENJALANKAN TUGAS

BERUPAYA MENJANA IDEA BARU DAN MELAKSANAKAN IDEA TERSEBUT

BERWAWASAN
Sentiasa mencari jalan bagi menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah Cenderung kepada saranan ikhtisas dan membuat dapatan kajian tindakan sendiri ataupun hasil kajian orang lain yang diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Memberi kerjasama dan sumbangan dalam program kecemerlangan sekolah Memudahkan jalan penerokaan idea dalam kalangan murid Mengoptimumkan potensi pengajaran sebaya di bilik darjah Menggunakan pengukuhan sebagai daya tarikan pembelajaran

PROAKTIF MEMPUNYAI INISIATIF


Sentiasa mencari lebih banyak maklumat tentang inovasi Sering mengadakan hubungan dengan agen perubahan Lebih membuka diri kepada idea-idea baru Sentiasa peka akan keperluan murid dan memberikan tindak balas yang sesuai

RESPONSIF DAN INOVATIF DALAM MENJALANKAN TUGAS


Sentiasa menyumbang idea-idea baru kepada sekolah serta pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Guru inovatif dijadikan sebagai pakar rujuk kepada rakan sejawat yang lain. Menjadi penanda aras kepada guru-guru lain dari segi pengajaran dan pembelajaran. Misalnya bahan bantu mengajar.

BERUPAYA MENJANA IDEA BARU DAN MELAKSANAKAN IDEA TERSEBUT


Berupaya mencipta suasana pembelajaran baru dalam bilik darjah Mampu mencipta bahan pengajaran yang baru serta mampu menarik minat murid untuk belajar Berupaya mewujudkan suasana kondusif dalam pengajaran dan pembelajaran Menggunakan pengukuhan sebagai daya tarikan pembelajaran

MEMPUNYAI PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN TINGGI


Banyak membuat bacaan dan rujukan agar dapat mempertingkatkan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran Sentiasa menambahbaik kekurangan dalam pengajaran dan pembelajaran Mampu menganalisis masalah yang dihadapi oleh murid dalam sesuatu penguasaan kemahiran. Berpengalaman dalam kemahiran yang diajari.

KOMUNIKASI YANG BERKESAN


Membimbing murid dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang
Menghormati buah fikiran dan pendapat rakan sekerja

Memberi kerjasama dan sumbangan dalam program kecemerlangan sekolah Menanamkan perasaan selesa dan selamat kepada semua murid dalam persekitaran bilik darjah

Anda mungkin juga menyukai