Anda di halaman 1dari 27

Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang Pendidikan Jasmani 1 PJ 3311 P

Ikatan Dan Lilitan


Desmond Daniel ak Copta Eriana Bt Kamat Wong Hung Huong Muhammad Akmal Bin Abdul Kadir Tuan Nur Fatin Nadia Bt Tuan Izham Ros

Ikatan seraya sangat mustahak dalam aktiviti membuat gejek dan poineering. Ikatan seraya digunakan untuk mengikat kayu yang diikat itu dalam keadaan bersilang dan bersudut tepat.

Cara-cara Ikat Seraya

Ikat seraya dimulakan dengan simpul manuk pada batang kayu seperti rajah (a) .

Kemudian lilit dengan kemas dan ketatkan seperti rajah (b),(c) dan (d)

Selepas itu dililit di celah kayu seperti dalam rajah (e)

Akhirnya tamatkan ikat seraya dengan simpul manuk pada salah satu batang kayu.

Ikat serong sangat penting dalam aktiviti membina,pioneering dan membuat gejek. Ikatan ini digunakan untuk membuat jamabatan, menara dan sebagainya. Ikatan ini digunakan pada kayu yang bersilang dan dalam keadaan serong.

Cara-cara

Ikat serong dimulakan dimulakan dengan lilit balak pada kayu atau buluh yang bersilang seperti rajah (a).

Selepas itu belitkan secara membujur dan melintang seperti dalam rajah (b) dan (c) .

Seterusnya dicelahcelah silang supaya lebih kuat dan kemas seperti rajah (d)

Akhirnya tamatkan ikatan ini dengan menggunakan simpul manuk seperti dalam rajah (e).

Ikat silang gunting digunakan dalam aktiviti pioneering dan membuat gejek. Ikatan ini digunakan untuk menyambung dua batang tiang atau mengikat dua batang kayu.

Cara-cara
Apabila digunakan untuk menyambung dua batang kayu,ikat silang gunting dibuat pada dua tempat seperti dalam rajah (a).

Ikat silang gunting dimulakan dengan menggunakan simpul manuk pada sebatang kayu. Kemudian lilit kedua-dua kayu itu dengan kuat dan ketat. Akhirnya belitkan secara bersilang di celah kayu untuk menguat dan mengetatkan lagi ikatan tersebut seperti dalam rajah (b) dan (c).

Tamatkan ikat silang gunting dengan menggunakan simpul manuk pada sebatang kayu seperti dalam rajah (d).

Ikat silang gunting pada gejek

Ikat silang tungku digunakan untuk membuat gejek dan dalam aktiviti pioneering. Apabila membuat tiang gejek,ketiga batang kayu dikerat sama panjang. Pada hujung ketiga-tiga tiang itu dibuat ikat silang tungku.

Cara-cara
Ikatan ini dimulakan dengan menggunakan lilit balak atau simpul manuk pada sebatang tiang. Kemudian dibelitbelitkan pada ketigatiga batang tiang berselang-selang seperti dalam rajah (a).

Selepas itu,belitkan tali dicelah-celah batang kayu seperti dalam rajah (b).

Akhirnya tamatkan ikat silang tungkudengan menggunakan simpul manuk pada tiang yang di tengah.

Ikat silang tungku juga boleh digunakan untuk menyambung tiga batang semasa membuat aktiviti pioneering. Letakkan tiang yang hendak disambung itu pada bahagian tengah seperti dalam rajah (a).

Kemudian belit-belitkan tali pada ketiga-tiga batang tiang berselang-selang dilakukan semasa membuat gejek di atas atau seperti dalam rajah (b) dan (c).

Anda mungkin juga menyukai