Buku Sila
Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka,
menyambung tali yang sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan
barang-barang. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka
semula.
Fungsi
~ Menyambung 2 tali yang sama saiz.
~ Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan
cemas.
Teknik
a) Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain.
b) Masukkan hujung A dibawah B.
c) Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan
memasukkan B di bawah
Tindih Kasih
Fungsi :
~ Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.
~ Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu
keliling badan mangsa.
Teknik :
a) Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.
b) Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.
c) Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali
ke dalam bulatan tersebut.
Bunga Geti
Fungsi :
~ Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz.
~ Mengikat tali kesuatu tanjul.
Teknik :
a) Mulakan simpul.
b) Kemudian masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk simpul seperti
rajah (b).
c) Seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul seperti
rajah (c)
Simpul Manuk
Fungsi :
~ Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
~ Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan
selamat.
~ Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang
gunting.
Teknik :
a) Mulakan simpul pada kayu.
b) Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi.
c) Tarik hujung tali.
Simpul Pulih
Fungsi :
~ Digunakan untuk menguatkan bahagian tali yang tidak kuat tanpa memotongnya.
~ Memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya.
Teknik :
a) Mulakan simpul pulih.
b) Kemudian bentukkan satu pusingan setiap hujung.
c) Kayu boleh digunakan atau mengikat tali kecil.
Simpul Himpit
Fungsi :
~ Digunakan untuk menyambung dua tali yang sama saiz dan licin.
~ Simpul ini amat berguna apabila mempunyai minat untuk mengail.
Teknik :
a) Mulakan simpul himpit.
b) Bentukkan satu simpulan pada kedua-dua hujung tali.
c) Kemudian, tarik hujung tali.
Lilit Balak
Fungsi :
~ Untuk mengikat hujung tali ke tiang atau pokok dengan mudah.
~ Agar kayu itu tidak licin dan mudah digerak-gerakkan.
~ Untuk memulakan ikatan serong.
Teknik :
Belit Lucut
Fungsi :
~ Digunakan dalam aktiviti panjat memanjat dan mendaki.
~ Digunakan semasa turun daripada pokok atau tempat tinggi.
~ Dapat dibuka dengan senang.
Teknik :
a) Lipatkan seutas tali supaya sama panjang kedua-dua hujungnya. Kemudian, mulakan
simpul tarik pada batang pokok dengan menarik bahagian A keatas seperti dalam rajah.
b) Seterusnya tarik bahagian B melalui bawah bahagian A.
c) Tarik bahagian A untuk mengemaskan simpul ini untuk membentuk seperti dalam
rajah.
Simpul Abah-abah
Fungsi :
~ Digunakan untuk membuat tanjul di tengah-tengah tali.
~ Digunakan dalam aktiviti panjat memanjat.
Teknik :
a) Buat satu gelung seperti dalam rajah.
b) Tarik tali bahagian atas melalui gelung.
c) Tali tersebut hendaklah membentuk tanjul.
d) Beberapa tanjul hendaklah dibuat supaya sesuai digunakan untuk memanjat.
Lilit Pasdul
Fungsi :
~ Digunakan untuk mengikat batang kayu kecil untuk membuat tangga.
~ Digunakan untuk mencabut kayu pancang yang terbenam terlalu dalam tanah.
Teknik :
a) Mulakan membuat satu gelung.
b) Ambil kayu sepanjang 60cm yang saiznya sebesar lengan kemudian masukkan seperti
dalam rajah.
c) Lakukan simpul ini pada kedua-dua hujung kayu supaya seimbang kiri dan
kanan.
Teknik :
a) Mulakan simpulan.
b) Kemudian, ulang simpulan dan tindih di atas simpulan sebelumnya.
Ikatan Pengail
Fungsi :
~ Digunakan untuk mengikat tali pada gelung besi, kayu dan pancang.
~ Ikatan ini kuat dan kukuh.
Simpul Kerusi
Fungsi :
~ Digunakan bagi menurunkan orang sakit dari tempat tinggi atau menaikkan ke atas.
Teknik :
a) Buatkan 2 gelung tali.
b) Kemuadian, tarik kedua-dua bahagian tali.
c) Ikatan seperti dalam rajah akan terbentuk.
d) Seterusnya, bentukkan satu gelung pada setiap hujung tali.
e) Tarik kedua-dua hujung tali untuk mengemaskan ikatan. Satu gelung yang lebih
kecil dibentuk untuk memasukkan bahu pesakit.
Ikat Serong
Fungsi :
~ Untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu yang bersilang.
~ Digunakan untuk membina jambatan, menara, gejek dan pioneering.
Teknik :
a) Mulakan dengan lilit balak pada kayu atau buluh yang bersilang.
b) Kemudian belitkan membujur dan melintang.
c) Seterusnya dicelah-celah silang supaya lebih kuat dan kemas.
d) Akhirnya matikan ikat serong dengan menggunakan simpul manuk.
Ikat Seraya
Fungsi :
~ Digunakan apabila dua batang kayu atau buluh bersilang dengan sudut tepat.
Teknik :
a) Dimulakan dengan simpul manuk.
b) Kemudian dililitkan dengan kemas dan ketat.
c) Seterusnya dililit dicelah kayu.
d) Akhirnya matikan ikatan dengan simpul manuk.
Lilit Kacang
Fungsi :
~ Digunakan untuk mengikat kayu atau buluh bagi membuat lantai sesuatu gadjet.
Teknik :
Ikat Jepun
Fungsi :
~ Kegunaannya sama dengan dengan ikat seraya.
~ Menyambung 2 jenis kayu.
Teknik :
a) Kelilingi kayu tengah dan 2 bahagian tali diambil ke atas kayu mendatar.
b) Lilit keliling kayu tegak ke bawah di bahagian hadapan kayu mendatar sebanyak 3
lilitan.
c) Asingkan kedua-dua hujung tali dan lilitkan pada arah bertentangan.
d) Akhirkan ikatan dengan mengikat kedua-dua hujung tali dengan simpul buku sila di
antara kayu.
Sambat Balik
Fungsi :
~ Untuk mematikan hujung tali.
Teknik :
a) Pecahkan hujung tali.
b) Kemudian sambat balik bersilang-silang ke belakang. Masukkan setiap hujung urat
tali berselang-selang di atas urat yang rapat dengannya dan dibawah lembar yang
dihadapannya.